Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah[Photo]Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku. Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

"Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat padaku" An-Nasai & Ibnu Hibban


Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut–sebut sebagai ikhwannya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, “Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. ", kata Rasulullah.

Ikhwanku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Allahuakbar. Bertuahnya andai dapat menjadi insan yang dirindui kekasih Allah ini. Jom selawat dan hidupkan sunnahnya!
bookmarks: 0 comments | edit post
Toink3...

Assalamualaikum.. =) lama x bersua.

Hampir sebulan tiada sebarang cerita dikongsi. Masa cemburu. Saya masih cuba menyesuaikan diri dengan suasana IC1 (Intermediate Cycle) yang AGAK berbeza berbanding zaman junior dulu...

PENGANGKUTAN
Sekarang ni saya pergi sekolah kena tukar 2 bus. Satu daripada Lesson Street ke Eden Quay. Kemudian dari Eden Quay berangkatlah dengan penuh bersemangat ke Beaumont Hospital. Penat sebenarnya berulang alik setiap hari dari rumah ke hospital. 20 minit perjalanan kalau keadaan traffic ok dan sempat mengejar bas, jika tidak, bersedialah untuk termenung lebih lama di dalam bas atau di bus stop. Kalau dulu perjalanan ke kelas cuma memakan masa 7 minit, kini Allah beri lebih peluang untuk menghirup udara pagi di Dublin. Lebih banyak masa untuk merencana hari. Saya masih cuba menghilangkan motion sickness setiap hari. Pening, nak membaca pun x boleh. Cukuplah sekadar zikrullah menghiburkan sepanjang perjalanan.


HOSPITAL
Yes, Beaumont Hospital. Mendengarkan perkataan 'hospital' pada mulanya memang la sedikit excited namun setelah hampir 2 minggu semester baru menjengah, hati mula rindukan RCSI kotak mancisku. Setahun setengah di bangunan comel itu sudah cukup membenihkan rindu apabila sudah lama tidak bertandang. [padahal baru 2 minggu]. Seperti biasa, saya perlukan sekurang-kurangnya 2 minggu untuk meng'orientate' diri sendiri di dalam bangunan hospital yang agak besar itu. Cukuplah sekadar tahu di mana Robert Adam Lecture Theatre, surau, toilet dan cafeteria. Itu pun kadang-kadang masih meraba-raba mencari jalan keluar. Hippocampus, sila bekerja lebih kuat ok! Semakin banyak manusia yang ditemui saban hari, makin banyak kerenah manusia yang menjadi tontonan, makin banyak yang dipelajari. =)


PEMBELAJARAN
Sistem pembelajaran masih lebih kurang sama seperti Junior Cycle. Duduk dan dengar, kadang-kadang terlelap, selalunya fokus. =D Belajar Pathology dan Microbiology. Jujurnya, microb bukan minat saya namun tidak salah kalau mula menyemai cinta pada Microb. Masih belum terlambat. Mereka kata IC1 susah, tapi saya sentiasa ingat pesan mak~kita mesti optimis,Allah ada! Memang tiada benda yang senang, namun saya akan berusaha. Yes!

Andai perjuangan kali ini ditakdirkan lebih sukar berbanding 3 semester lalu, insyaAllah saya bersedia menghadapinya mental dan fizikal. Kalau saya mula lemah, ingatkan saya Dia ada ek. Selamat berjuang untuk IC1 cik leen! Selamat berjuang rakan2!
bookmarks: 1 comments | edit post