Assalamualaikum.


Alhamdulillah. It's been 4 sweet years after my last post. Finally I made my way back to this rusty blog.


4 years has changed a lot of thing~more responsibilities and life commitment. I am now a wife to a lovely man and a mama to a gorgeous girl. So many things to tell that I lost my word.


Alhamdulillah, I've completed my medical degree in Dublin 2 years ago and tadaa tadaa I am back in Malaysia. Hot scorching weather.


Alhamdulillah, I've also completed my housemanship in PPUKM with Emergency Department being the last posting. It's been a hate-love relationship with this hospital but I bet I am going to miss this place a lot.


I guess one post wont be able to summarize these 4 years.


Anyhow, I am going back to Penang ~closer to dear family, food heaven!


Till then =)
Assalamualaikum wrt wbt.


Sabda Nabi s.a.w "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah Jumaat"

Kata para ulama' "Tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali Hari Arafah, Aidil Adha dan Adil Fitr. Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat adalah lebih baik daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan"

"Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dn mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya,dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun"

ADAB BERSEDIA PADA HARI JUMAAT
1. Mandi
Nabi s.a.w bersabda "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang sudah baligh"

2. Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat.
3. Memakai wangi-wangian menggunakan a'tar atau haruman-haruman lain.
4. Memotong kuku dan mencukur/gunting bulu yang dibolehkan
5. Melumurkan badan dengan minyak, lotion atau krim

ADAB KELUAR MASJID
1. Berjalan kaki selagi mampu dan jika masjid terletak berdekatan, atau memandu kereta
2. Keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar.
"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"

3. Menunaikan solat tahiyyatul masjid meskipun imam sudah di mimbar
4. Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.

"Barangsiapa yang menggerakkan batu, pada hari Jumaat maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia, barangsiapa yang melakukan perkara sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat untuknya. Barangsiapa bercakap dengan temannya maka tiada pahala jumaat untuknya"

ADAB PADA HARI JUMAAT DAN MALAM SEBELUMNYA
1. Membaca surah Al-Kahfi. Ia melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya hingga ke Jumaat berikutnya."

2. "Banyakkan berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya" permintaan peribadi Rasulullah.
3. Perbanyakkan doa dan menunggu saat doa makbul (saat matahari mulai terbenam)
Nabi s.a.w bersabda "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seorang Muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan Allah"

"Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu" [Ali Imran:31]

Semoga Jumaat anda bermanfaat,insyaAllah.

nota metatarsal : esok PUISI (^_^)Y

bookmarks: 1 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Bila lidah kelu bicara, rasa dari hati itu mula menyusur ke ruang fikir dan dizahirkan ke lentikan tangan yang pantas menaip.


Sukarnya mahu bersabar dengan manusia. Bukan sahaja kita mahu bersabar dengan insan lain, malahan hati-hati mereka mahu bersabar dengan kita. Perasaan yang busuk jika dibiar bertakung lama-lama akan menjadi nanah (atau emphyema dalam bahasa perubatan).


SABAR. Ringan di mulut, berat di hati.


Shaikh Salih al-Munajid r.h.m berkata :


والصبر مراتب فالصبر على طاعة الله أعلى منزلة من الصبر عن المعاصي 


Sifat sabar itu ada peringkat-peringkatnya. Bersabar dalam mentaati Allah adalah lebih tinggi darjatnya daripada bersabar dalam meninggalkan maksiat.


والصبر عن المعاصي أعلى منزلة من الصبر على الأقدار. 


Bersabar dalam meninggalkan maksiat lebih tinggi darjatnya daripada bersabar atas apa-apa (musibah) yang telah ditakdirkan.

فالصبر على الواجبات أعلى أنواع الصبر لأن جنس فعل الواجبات أعلى درجة عند الله من جنس ترك المحرمات ،

Bersabar dalam melaksanakan hal-hal yang wajib adalah setinggi-tinggi jenis sabar. Ini kerana darjat melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ada lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada perbuatan meninggalkan maksiat.

وأجر ترك المحرمات أكبر من أجر الصبر على المصائب ،

Pahala meninggalkan perkara haram itu lebih besar daripada pahala bersabar apabila menghadapi musibah.

لأن الصبر على الواجب والصبر على ترك الحرام عملية اختيارية،

Ini kerana bersabar dalam melaksanakan kewajipan dan meninggalkan perkara haram merupakan perbuatan yang kita mempunyai pilihan (untuk melakukannya atau tidak).

لكن لما نزلت به المصيبة ، شيء بدون اختياره، ليس له إلا كف النفس والصبر.

Sedangkan apabila turunnya musibah, ia merupakan sesuatu yang hadir tanpa pilihannya. Tiada jalan lain kecuali menahan dirinya dan bersabar.

فقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله عن يوسف عليه السلام: " كان صبر يوسف عن مطاوعة امرأة العزيز على شأنها الذي دعته إليه من الحرام أكمل من صبره على إلقاء أخوته له في الجبّ"،

Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata tentang Nabi Yusuf Alaihissalam : Sabarnya Yusuf terhadap godaan isteri Al-Aziz yang mengajak dirinya melakukan perkara haram itu lebih sempurna daripada sabarnya ketika saudara-saudaranya mencampakkan dia ke dalam perigi.

[Silsilah A'mal al-Qulub (Koleksi amalan hati) oleh Shaikh Salih al-Munajid, jilid 2, m/s 27]


Maka ketahuilah hati, sabar ketika mempunyai pilihan itu lebih sukar. Pilih jalan yang membawamu ke syurga.


InsyaAllah.




nota metatarsal : 2 hari sebelum PUISI. Subhanallah!
Assalamualaikum wrt wbt.

88 days to final short case exam. 201 days to final written exam @_@

Allahuma yasir ya kareem.. Mohon doakan.

Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi melalui pembacaan 30 wasiat Imam syafie mungkin 2 tahun lepas. Tinggal di rumah tanpa teman (semua housemates ke peripheral rotation) memang agak melemahkan jiwa kerana kurang peringatan,maybe? My bad.

Iman mempunyai benteng bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Imam Syafie meninggalkan beberapa pesanan untuk menguatkan benteng iman. Keimanan perlu dibajai dengan 5 perkara:

1) Keyakinan
Keyakinan adalah teras rukun iman dan merupakan salah satu syarat sah ibadah, nampak penekanannya dalam agama? Namun, bukan keyakinan tanpa asas. Keyakinan mesti disertai dengan ilmu pengetahuan sama ada ilmu fardu ain atau tauhid. Thinking of it, keyakinan juga adalah cara menolak hasutan syaitan dalam ibadah atau kehidupan seharian. Mesti tanam keyakinan,aite?

2) Ikhlas
Pernah dengar perumpamaan semut hitam berjalan pada malam yang pekat? Yes,ikhlas itu rahsia Allah. Imam Syafie cakap cara kita nak ukur keikhlasan ialah dengan menilai hati kita (tidak bangga dipuji, tidak kecewa dikeji. remember redha Allah > redha manusia?) Ada sirah menceritakan dalam satu peperangan, Ali diludah oleh seorang musuh tatkala mahu menghunuskan pedang untuk membunuh musuh tersebut. Tahu apa tindakan Saidina Ali? Terus dilepaskan musuh tersebut. Apabila ditanya sebab di sebalik tindakan itu, "Aku takut kalau-kalau pukulanku sesudah ludah itu adalah kerana marah akibat diludah dan bukan kerana Allah." Amazed? I am.

3) Mengerjakan amalan sunat
Pernah tengok Masterchef? Ia rancangan kegemaran saya walaupun saya bukan pandai masak pun. Tak best kan kalau ada main menu tanpa appetizer dan dessert? Kalau itu keperluan fizikal kita, samalah keperluan rohani. Tak best la kalau buat yang wajib je tanpa ada 'appetizer dan dessert' ibadah iaitu amalan sunat. Kenapa perlu buat ibadah sunat? Sebab ia menyempurnakan amalan wajib (yang masih tercari-cari khusyuk) dan meninggikan darjat seseorang di syurga (kalau exam bukan main nak aim 1st class honours, why not for ur akhirat?). Cuma, buat amalan sunat jangan sampai lupa perkara yang wajib. Dah lama Islam ajar konsep priority.

4) Istiqamah
"Kerjakanlah amalan semampu kalian, sesungguhnya sebaik - baik amalan adalah yang dikerjakan secara terus menerus walaupun sedikit" (HR Ibnu Majah)
Sounds familiar? It is. Istiqamah bukan bermaksud statik. Istiqamah ialah kaizen iaitu continuous improvement. Continuous improvement. Syaitan sentiasa berusaha dan istiqamah, jadi apa akan jadi kalau iman kita statik tanpa ada usaha pembaikan? Obvious answer. Retorik.

5) Disiplin
Disiplin dalam segenap aspek sama ada hubungan dengan Allah mahupun hubungan seharian dengan manusia lain. Ulama' tasawuf pernah berkata "Yang menjauhkan hamba itu daripada Allah bukanlah kerana tidak cukupnya ilmu dan amal tapi kerana kurangnya adab dalam melaksanakan ilmu dan amal." Jadi, jom perhalusi ibadah kita dari semasa ke semasa. Continuous improvement again,remember?

Apa yang menarik tentang nasihat alim ulama' ni ialah tips mereka adalah sesuatu yang 'proved right'. Orang lama bercakap bukan atas dasar teori semata, tapi atas dasar pengetahuan dan pengalaman. Nak ajar masyarakat dan anak-anak, kita kena betul dulu x? InsyaAllah, ayuh usaha!