Showing posts with label .:semangat:.. Show all posts
Showing posts with label .:semangat:.. Show all posts
Assalamualaikum wrt wbt.

Whoah! Rasa berpinau mata meneliti randomised clinical trial/meta analysis di Clinical Evidence, Cochrene, JAMA, Lancet, Pubmed dan seangkatan dengannya. Masih berbaki satu kes untuk diselesaikan sebelum saya boleh menginjak ke assignment seterusnya - Ethical Dilemma. Dilemma indeed! @_@

Esok hari Ahad. 11 December 2011. 16 Muharram 1433.


I wish I am a better person

InsyaAllah :)


Assalamualaikum wrt wbt.

Pelbagai aktiviti saya cuba lakukan untuk membuang rasa malas ke rotation yang bersarang sejak pagi di lubuk hati. Dari mengemas buku, masak, baking, mendengar ceramah, bertapa menyiapkan Clinical Encounter Sheet (baca:EBM), hinggalah ke masa ini mengupdate blog.

Dengan suhu di luar yang semakin menjunam. Sejuk terasa hingga ke tulang. Sweater RCSI yang telah lama bersemadi di dalam almari kini menjadi teman 24 jam. Bayangkan mahu mengharung kesejukan ini ke Heuston Train Station dan menunggu taxi di Portarlington Train station. Allahu!

in denial nak g rotation.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Katakanlah: Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu”. (Az-Zumar:9)

"Menuntut ilmu adalah fardhu bagi tiap-tiap Muslim, baik laki-kali mahupun perempuan." (HR. Ibn Abdulbari)

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:
"Barangsiapa menginginkan soal-soal yang berhubungan dengan dunia, wajiblah ia memiliki ilmunya; dan barangsiapa yang ingin (selamat dan berbahagia) di akhirat, wajiblah ia mengetahui ilmunya pula; dan barangsiapa yang menginginkan kedua-duanya, wajiblah ia memiliki ilmu kedua-duannya pula." (HR. Bukhari dan Muslim)

Jadi,mahu atau tidak. Berat atau ringan. Saya mesti teruskan perjalanan hari ini ke bumi Portarlington untuk menuntut ilmu. Sedangkan Imam Syafie yang sudah banyak ilmu pun sanggup belayar membelah lautan untuk menuntut ilmu, apatah lagi saya yang sangat cetek ilmu di dada. Bongkak benar kah?

Barangsiapa yang menempuh satu jalan semata-mata untuk mencari ilmu,nescaya Allah akan memudahkan baginya dengan usahanya itu satu jalan ke syurga (Hadith riwayat Muslim)
Lalu saya menyeru diri sendiri untuk menjadi lebih rajin dan produktif minggu ini. Malam ini sampai di bumi Portarlington yang damai dan serba mewah itu, saya ingin menyiapkan sekurang-kurangnya 50% assignment saya. InsyaAllah.

Doakan saya :)

nota metatarsal : musim sejuk juga sinonim dengan musim exam. Maka buat mereka yang sedang bermujahadah bersengkang mata untuk exam, semoga Allah permudahkan urusan. Jangan lupa usaha,doa dan tawakal. Semoga Allah memberikan setinggi-tinggi kecemerlangan,kejayaan yang mendekatkan diri kepada Yang Memberi Nikmat.

Assalamualaikum wrt wbt.

Bangun awal sikit pagi ni dengan niat mahu mengadap buku sunflower (orang kata kitab besar Paeds) sampai pengsan. Iklan : dapatkan buku ini di KEdai buku Kamal,harganya melambung-lambung di kota Dublin ni. Tapi tersesat ke sini. Ok,5 minutes. :)


Selama hampir 5 minggu menuntut ilmu Paediatrics di Temple Street dan Waterford, hati saya memang bagai ditarik-tarik untuk terus mendalami ilmu Paediatrics. Pesakitnya lebih comel dan innocent dari biasa. Cuma yang sedikit bermasalah ialah mereka tidak tahu untuk menzahirkan sakit yang dialami. Jadi symptoms yang dapat dilihat sangat vogue~fever,cough,vomitting,diarrhoea. Bloody stool pun sebenarnya boleh disebabkan oleh cow's milk allergy je. @_@ Differential dx would be constipation, colonic polyps. Aish,saya dah jatuh hati dengan Paediatrics. But lets wait till i meet O&G,Psych,Clinical Meds later. Surgery isn't in my to-put-into-consideration list unfortunately.

Minggu ini ada sesi terakhir clinical di Waterford,maka saya akan pulang ke Dublin semula minggu depan. Apa yang lebih menarik,minggu depan juga merupakan minggu terakhir rotation Paeds dan minggu exam! 6 minggu rotation,dan minggu terakhirnya ialah minggu exam. Itulah jadual saya sepanjang tahun 4. Mungkin anda dah dapat agak kalau nada saya selepas ini lebih berbaur stress daripada ceria. Or could be the other way round. Bak kata pepatah,

Xpe,yang penting kena teruskan semangat dan positif. Ilmu Allah ni perlu dihadap dengan ikhlas dak? :)

Hari ini lebih bersemangat dari semalam (haruslah!) Semoga minggu terakhir di kota damai Waterford ni Allah permudahkan. Ameen ya rabb. Semoga Allah permudahkan urusan kita smua di dunia dan akhirat.

Doakan saya dan rakan2. :)

Next khalifah. too precious,aren't they?

Allah knows best. He knows what you don't.


This is going endless!

Sudah 4 hari saya dan beberapa orang housemates berkemas membersihkan rumah ini. Tapi masih ada sahaja yang berbaki. Sampah bertimbun-timbun, tidak tahu di mana destinasi akhirnya. Tong sampah sudah membukit,tidak mampu lagi menerima muatan tambahan. Gastrocnemius muscles sudah mula membengkak di kedua-dua belah kaki. Turun dan naik tangga bukan sesuatu yang mudah sekarang. Setiap sendi menjerit-jerit.

Sudah 4 hari tidak call rumah. Selalu sedar2 Malaysia sudah pun pukul 2,3 pagi. Tidak mahu mengejutkan mak yang mungkin sedang enak tidur. Bad. Saya mungkin menangis sebaik sahaja mendengar suara mak. Itu pasti merisaukan mak. Not good.

Buku dan nota masih tidak bersentuh. Terlampau selesa exam akan bermula lagi 2 minggu? Tidak! Cuma terlalu penat untuk menelaah buku. Malam yang tinggal selepas seharian digunakan untuk mengemas rumah adalah sebaiknya dimanfaatkan untuk tidur.

Ditinggalkan housemates yang bakal pulang ke Malaysia dalam beberapa hari. Saya tidak tahu apa yang bakal terjadi.

Penat + homesick + low motivation.

Ini tidak bagus. TIDAK BAGUS.

I know.


Doakan saya.


Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah...Bilik saya sudah kosong sepenuhnya. Meja dan lampu kembali ditukar kepada yang asal. Hilang semua kesan-kesan pink di yang bertapak selama hampir setahun. Sekarang tengah menunggu kehadiran pak cik taxi untuk memindahkan barang saya ke rumah kawan, tumpang untuk cuti summer 3 bulan. Sayu pulak rasanya nak meninggalkan rumah yang penuh dengan kenangan 12 orang di bawah satu bumbung ini. Tahun depan mungkin tidak akan diam di rumah yang seramai, semeriah ini. Tapi saya kurang kisah, insyaAllah tahun depan akan melangkah ke tahun 4 (dengan izin Allah,doakan saya berjaya dengan cemerlang untuk exam final tahun 3 dua minggu dari sekarang). Tahun 4 memang dimomokkan dengan kesibukan-Obstetric&Gynaecology,Psychiatry,Med&surgery, lebih sibuk dari pelajar final year. Semoga Allah beri kekuatan kepada saya dan sahabat-sahabat untuk itu. Ameen ya rabbal alamin.

Sedar tidak sedar, ini tahun ketiga saya di Dublin, tempat yang menjadi idaman saya sejak kecil. Tahun ini juga sudah 3 tahun saya bergelar pelajar perubatan di RCSI. Sewaktu perjalanan pulang dari Drogheda Hospital tempoh hari, terkenang kembali saat kali pertama menjejakkan kaki ke kota berbangunan rendah ini. Takut,gementar dan excited. Alhamdulillah, Allah membantu saya hingga ke saat ini. Benar,hanya dengan kekuasaanNya. Tahun ketiga, saya sewajarnya sudah boleh membuat differential diagnosis untuk setiap symptoms dan signs yang ditunjukkan oleh patient. Sepatutnya. Tapi saya masih terasa banyak kekurangan. Dunia perubatan ini begitu luas untuk diterokai. Setiap hari ada sahaja benda baru yang saya temui, kebanyakannya tidak pernah langsung melepasi external auditory canal (telinga) saya. Begitu luas ilmuNya, begitu kerdilnya saya.

Tempoh hari terserempak dengan case jaundice buat pertama kali di hadapan mata. Terkial-kial menyoal patient setelah sebulan bermastautin di lab bersama mesin-mesin canggih. Alhamdulillah, masih tidak berkarat, cuma berhabuk sedikit skill history taking saya. Pertama kali juga jumpa patient yang positive shifting dullness dan fluid trill! (benarkan saya untuk excited!) Itu juga kali pertama markah case upload saya lebih tinggi dari angka 65 dan tiada lagi komen tentang medicine yang salah (padahal saya copy chart kot!siap wikipedia lagi indication setiap ubat.grr..) Jaundice ini kalau dalam bahasa melayu, 'kuning'. Memang kulit dan mata akan bertukar jadi kuning sebab kandung bilirubin (haemoglobin byproduct) sangat tinggi dalam darah. Jaundice ini berlaku kalau ada masalah dengan sel darah merah kita, sama ada sewaktu proses pembuatan, tapisan atau ada sekatan (macam pelik je translate obstruction). So, sebab-sebab patient present dengan jaundice boleh dikategorikan kepada :

1) Pre-hepatic : haemolysis (blood transfusion), hereditary dx (Gilbert's)

2) Hepatic : hepatitis, alcoholic liver disease, hepatocellular carcinoma, drug-induced, decompensated liver disease (maksudnya hati dah rosak secara total dan tidak berfungsi).

3) Post-hepatic : gallstone (ni paling famous,very painful), head of pancrease carcinoma (>60yo,painless obstructive jaundice), lymph nodes enlargement.

*owh ya, hepatic tu maksudnya liver/hati.

Signs of decompensated liver disease (ingat JEVA)
-Jaundice
-hepatic Encephalopathy
-Variceal bleeding
-Ascites (perut kembung)

Investigations
1) Urine&Electrolyte-check level of bilirubin and electrolyte imbalance.
2) Full blood count-look for evidence of anaemia in GI malignancies or associated infection
3) Inflammatory marker (CRP)-look for any evidence of infection
4) Liver function test (LFT)-check for increase bilirubin. Increase ALT/AST suggestive of hepatocyte damage. Increase Alkaline phosphatise indicating obstructive jaundice or malignant infiltration.
5) Renal function test (RFT)-any evidence of hepatorenal syndrome.
6) Clotting-functional assessment of hepatic function
7) Ascites tap-fluid is sent for cytology (malignancy),albumin and microbiology (to exclude bacterial peritonitis as complication)
8) Ultrasound-check for the presence of underlying liver disease, dilation of common duct, presence of pancreatic mass.

Wah, susah jugak sebenarnya mahu menterjemahkan pelajar medic dalam bahasa inggeris kepada melayu. Alhamdulillah, hingga kini masih tidak diuji dengan ujian kesihatan. Semoga terus kekal sihat untuk beribadah dan berbakti. Ameen.

Ok, nampaknya perlu kembali kepada momentum mengemas rumah. Esok saya sudah boleh memulakan pecutan akhir sebelum exam Intermediate Cycle 3 (IC3) bermula. Takut sangat walaupun exam cuma satu hari. Semoga Allah permudahkan semuanya. Ameen. Doakan saya!

nota metarsal : kenapa saya rasa baju dan barangan saya menjalankan mitosis dari tahun ke tahun eh? pening kepala banyak barang. nasib baik hanya setahun sekali.

i'm sure this is what happen to my stuffs every year. T_T
Assalamualaikum wrt wbt. :)

Semoga kita semua berada di bawah rahmat dan lembayung kasihnya. Terima kasih Allah atas kemurahanMu yang tidak berkira memberi nikmat meskipun hati ini sering rapuh, lupa bersyukur.

Entah kenapa hati saya jadi sayu benar mendengar bait-bait lagu Maha Melihat nyanyian Opick. Palpitation akibat minum cappucino tatkala malam menjengah diganti dengan rasa sebak. Kurang benar saya bersyukur sejak akhir-akhir ini. Selalu mengeluh. Selalu mencari apa yang tiada. Allahu...

Minggu ini bermulalah minggu Student Selected Component aka research. Saya memilih untuk menjalankan kerja di laboratory tentang proteomic study of aromatase inhibitor resistant in cancer cells. Macam menarik kan? Sebab tu saya pilih meskipun terpaksa menjadi anak buah tunggal supervisor saya. Namun sudah dua hari kunjungan saya ke lab dihampakan dengan ketiadaan supervisor. Rupa-rupanya beliau sedang out station. Lalu saya ada satu minggu cuti. In a way, bagus tapi cuak juga takut tidak sempat menyiapkan project tepat pada masanya. InsyaAllah sempat (sambil menepuk2 bahu memberikan semangat).

Moh le kita membaca serba sedikit tentang aromatase inhibitor ye cik lin.

Aromatase inhibitors stop the production of estrogen in post-menopausal women. Aromatase inhibitors work by blocking the enzyme aromatase, which turns the hormone androgen into small amounts of estrogen in the body. This means that less estrogen is available to stimulate the growth of hormone-receptor-positive breast cancer cells.

Aromatase inhibitors can't stop the ovaries from making estrogen, so aromatase inhibitors only work in post-menopausal women.

There are three aromatase inhibitors:

  • Arimidex (chemical name: anastrozole)
  • Aromasin (chemical name: exemestane)
  • Femara (chemical name: letrozole)

Each is a pill, usually taken once a day. Arimidex is the only aromatase inhibitor available in generic form.

Benefit :

Based on the results, most doctors recommend that after initial treatment (surgery and possibly chemotherapy and radiation therapy):

  • an aromatase inhibitor is the best hormonal therapy to start with. When treating early-stage, hormone-receptor-positive breast cancer, aromatase inhibitors have more benefits and fewer serious side effects than tamoxifen.
  • switching to an aromatase inhibitor after taking tamoxifen for 2 to 3 years (for a total of 5 years of hormonal therapy) offers more benefits than 5 years of tamoxifen.
  • taking an aromatase inhibitor for 5 years after taking tamoxifen for 5 years continues to reduce the risk of the cancer coming back, compared to no treatment after tamoxifen.
Side effect :

-heart problem

-osteoporosis

-broken bones (jadi, kena buat bone density test to check ok!)

-joint stiffness/pain

Assalamualaikum wrt wbt.

[mood emo bertukar kepada lebih ceria]


Mari kita meneroka sejarah kemerdekaaan Malaysia. This one is special version, trust me.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53 negaraku, Malaysia.

Assalamualaikum wrt wbt.

Morning! Sobahan nur! [jawab:sobahan khoir] Alhamdulillah, sebuah hari yang indah anugerah Allah kepada saya. Makin tenang jiwa tatkala merenung jauh ke sawah padi yang menghijau di hadapan rumah, sesuatu yang jarang saya temui di Kota Dublin. Selesai mengemas bilik, saya berehat seketika sambil mengstalker manusia-manusia lain di Facebook. Macam-macam kerenah manusia,ada sahaja cerita baru yang mahu dikongsi setiap minit. Rakan-rakan yang sudah berabad lama tak bersua muka pun boleh reunion balik kat facebook. Paling menarik, cikgu-cikgu, pakcik makcik pun tak mahu ketinggalan. Moga saya tidak diserang heart attack jika suatu hari nanti tok saya di kampung pun add facebook saya. Hehe. Benar, facebook telah menjadi satu medium perantaraan yang baik untuk mengkhabarkan berita, iklan, berkongsi rasa dan medan sesetengah golongan meninggalkan tazkirah untuk sahabat-sahabat lain. Cuma, kadangkala pengaruh facebook saya rasakan sudah sampai ke tahap kronik dan membazir masa. Jangan risau, masih belum terfikir untuk mendelete account facebook. Cukup sekadar berjaga-jaga dengan perkara baik yang berkemungkinan mengundang padah.

Ok, bukan tajuk facebook yang ingin saya kongsikan. Rasanya sudah banyak artikel dan pendapat peribadi berkenaan facebook yang diutarakan dengan fakta dan hujah masing-masing. Hanya tinggal untuk memilih. Tepuk dada, tanya akal dan iman.

Sejak menyertai BEE, agak ramai juniors yang saya add di facebook. Sesetengahnya memang saya kenali, tapi sebahagian besar yang lain, saya agak-agak bajet kenal je. Seronok sebenarnya membaca luahan rasa graduan International Baccalaureate [IB] ini. Sedikit sebanyak ia mengimbau kenangan saya menghadapi kehidupan sebelum, semasa dan selepas IB.

12 tahun lalu

Saya membelek akhbar hari ini. Seperti biasa, berita-berita ekonomi atau politik dengan tulisan kecil setengah mukasurat pastinya bukan bahan bacaan pilihan saya. Keratan gambar yang berwarna-warni lebih menarik minat saya. Sehelai demi sehelai naskhah akhbar itu saya selak, entah apa yang saya cari. Urm, menjelang musim raya memang lebih banyak keratan gambar berwarna-warni akan menghiasi setiap mukasurat. Bagi kanak-kanak seperti saya yang merasakan hitam putih adalah gabungan yang sungguh bosan, saya lebih kerap 'membaca' akhbar berbanding musim bukan raya. Mata saya terpaku pada sebuah ruangan khas di dada akhbar itu. 'Salam Perantauan'. Wah, berbunga sakura hati saya melihat gambar-gambar tersebut. Setiap satu gambar saya belek, tidak melepaskan setiap nama yang tercetak di bawah gambar tersebut. 'Royal College of Surgeons in Ireland'. Wah, sungguh sedap. Finger licking good nama universiti ni. Menarik2. Nak pergi la kat universiti ni nanti! Jerit hati yang teruja melihat perkataan royal.

IB 2006-2008

Alhamdulillah,niat asal saya saja-saja apply tajaan MARA untuk program luar negara rupa-rupanya menjadi langkah pertama saya merealisasikan impian masa kecil [direct translation childhood] saya. Saya dipilih oleh Allah menerima tajaan tersebut tetapi perlu menghabiskan sebuah preparation programme yang amat pelik namanya, IB. Pernah saya dengar tapi tidak pernah terlintas untuk menyiasat lebih lanjut. Dengan perasaan gumbira bajet nak fly oversea, saya memulakan pengajian di Kolej Mara Banting, sebuah kolej ala-ala sekolah yang terletak 'tidak jauh' dari bandar Putrajaya. Kehidupan di KMB tidak ubah seperti di sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem outing, beratur di dewan makan, sistem kelas yang berjadual 8am-3pm,dobi, dan segala macam peraturan sekolah biasa. Remaja yang kurang rebel seperti saya [ecece], menerima keadaan tersebut dengan redha. Usah membandingkan diri dengan rakan-rakan di universiti tempatan lain, pujuk diri.

Saya bukanlah antara pelajar cemerlang di KMB. Kadang-kadang result yang diterima hanya cukup-cukup makan. Jangan cakap la pasal cuak tak dapat fly, memang sentiasa menghantui jiwa. Mungkin satu kampung dah tau yang saya mendapat tajaan belajar di oversea. Setiap kali pulang ke rumah, menghadiri kenduri kahwin, pasti ada mulut yang bertanya bila akan terbang ke luar negara. Aish, beban di jiwa memang sukar nak diterjemahkan. Kadang-kadang saya selamba membalas sapaan mereka, 'susah makcik IB ni. Dah masuk prep college pun belum tentu dapat fly'. Entah mereka faham atau tidak, saya malas meneruskan daya fikir.

Kalau mahu bercerita tentang subject Maths yang '........', Extended Essay yang berjaya disiapkan agak last minute [alhamdulillah dapat A,thanx Puan Azhana], Theory of Knowledge Essay [yang saya sendiri sukar nak fahami,entah macam mana dapat B], Internal Assessment Business [yang terpaksa diedit sedikit sebanyak], CAS hour yang bersusah payah saya penuhi, World Literature Malay [yang berjaya membuat saya tak tidur malam], TOK Presentation [first time berlakon jadi peguam ok!], pernah digrounded sebanyak sekali sebab x sempat nak pulangkan kad [bilik warden tutup awal! memang x puas hati], list goes on, memang rasa mahu pecah neuron otakku.

Namun, masih banyak kenangan manis yang menjadi memori hingga kini di KMB. Terlampau banyak untuk dikongsi bersama. Kelas M06F yang terbaek!, cikgu-cikgu yang sporting dan sentiasa update gossip, pengalaman di rumah anak yatim, masakan dewan makan [especially hari jumaat after usrah], jogging bersama Mz, IRP session, study dengan geng common room. Aish, boleh bersarang semut mengimbau semua itu.

Cuma satu yang amat saya ingat hingga kini. Pengalaman mendapatkan placement universiti. Alhamdulillah, memang rezeki saya apabila kaunselor menetapkan supaya saya memilih RCSI sebagai universiti pilihan. The one and only choice i have. Ada rakan-rakan yang merungut, ada yang cuak, ada yang gembira. Saya sendiri sujud syukur berulang kali kerana RCSI memang idaman saya sejak kecil. Memang banyak kali saya ditakutkan dengan cerita-cerita senior tentang ketoughan sistem di RCSI. Masa belajar dari pagi hingga petang. Ramai pelajar Malaysia yang tumpas berdepan dengan exam yang susah dan tidak berperikemanusiaan. Pendek kata, xde life. Tapi saya masih tekad dengan pilihan saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bukan semua student fail pun, ramai je yang pass with flying colours.

Kaunselor cuba membahagikan kami ke universiti sebaiknya. Namun, kaunselor tidak mampu menguruskan semuanya untuk kami, jadi kami diminta apply kemasukan ke universiti secara individu. Dengan exam IB yang hanya berbaki beberapa minggu, saya masih lagi bergelumang dengan masalah placement. Berbekal connection internet Concourse yang sungguh menyesakkan jiwa, saya apply admission RCSI pada suatu petang. Saya perlu mengejar tarikh tutup application. Setelah mengisi pelbagai ruangan kosong, application saya diterima petang itu, menurut webpage tersebut. Saya check email berkali-kali namun confirmation email yang saya tunggu masih belum kunjung tiba. Berdebar juga jantung melihat rakan-rakan lain sudah boleh tersenyum lega setelah menerima confirmation email daripada RCSI. Saya yakin ada masalah teknikal dalam appplication saya. Ingin mencuba sekali lagi tapi mengenangkan setiap application perlu disertakan dengan bayaran 150euro, saya membatalkan niat. Tambahan lagi saya terpaksa meminjam kredit kad kawan saya. Aish, RM750 bukan jumlah yang kecil. Saya menenangkan diri dan berniat mencuba lagi malam nanti. Masih gagal. Cuba lagi keesokan paginya. Gagal. Petangnya pula. Gagal. Malam itu sekali lagi. Juga gagal. Saya menelefon kaunselor dan bercerita masalah yang saya alami, namun tiada apa yang dapat dilakukan. Memang admission procedure, kena apply online dulu. Malam itu saya benar-benar buntu. Saya hubungi mak, meluahkan rasa. Keesokan paginya saya pinjam Streamyx kawan saya dan bertapa di dewan makan, mencuba untuk apply sekali lagi namun masih gagal. Saya segera menulis email kepada pegawai yang bertugas bertanyakan status application saya. Terselit sedikit rasa pasrah kalau terpaksa belajar di Malaysia sahaja. Keesokan paginya, saya terima email daripada pegawai RCSI menyatakan nama saya tiada dalam application list. Huuuu, kematian kutu membawa kaki saya ke bilik kaunseling. Saya merayu kaunselor untuk menghubungi pihak universiti sambil berdoa. Saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Apa yang saya tahu, akhirnya saya dipanggil ke temuduga di Ampang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Semasa sesi temuduga, seperti biasa interviewer memang peramah teramat. Keliru sebentar. Sape interview sape ni? Memang budaya Irish sebegitu, memuji hingga ke langit. Bagi saya yang sudah berpuluh tahun dibesarkan dengan budaya agak lokek dengan pujian, terasa kembang kempis hidung mendengar pujian. Urm, alhamdulillah, daripada 40 orang yang diinterview, saya tersenarai antara 20 orang yang diterima. Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang nyata dan sembunyi. Angan-angan saya 12 tahun dulu kini menjadi kenyataan. Saya akui memang semua orang ada cerita sendiri bagaimana mereka berdepan dengan masalah placement. Ada yang dipermudahkan, ada yang melalui jalan sedikit sukar. Apa yang pasti, semuanya ada hikmah. Saya lebih menghargai penerimaan masuk saya ke RCSI.

Hingga kini, saya pasti tersenyum sendirian mengenangkan angan-angan saya itu. Alhamdulillah, kini saya sudah bergelar pelajar Royal College of Surgeons in Ireland [cuma belum penah masuk ruangan Sampaikan Salam je]. Setiap kali melalui pintu masuk RCSI, perasaan syukur menyelinap di hati saya. Perjalanan ke pintu masuk itu bukan boleh diukur dengan deruan kapal terbang selama 14 jam. Perjuangan ke sini telah bermula sejak saya membelek akhbar 12 tahun lalu. Syukur di atas ketetapan Allah. Allah definitely knows best.


Perjalanan yang sejauh ini tertempa. Alhamdulillah.



Nota metatarsal : Jangan putus asa! Life is too short for u to weep and be sad all times.
Assalamualaikum wrt wbt.

v (^_^) v

Mana pulak la aku belajar emoticon cam di atas tu. Peace! Masih terjangkit dengan penyakit peace Akif. Hari ini bangun awal meskipun tido lambat semalam. Imsonia kah? Entah la.

Saya ikut mak dan abah pergi bersarapan di luar hari ini. Roti canai dan teh tarik. Fuh, truly Malaysian! Selesai makan, abah bawa kami berjalan ke pekan ahad [saya rasa la nama pasar tu pekan ahad sebab hari ini hari ahad]. Belum pun sempat 10 minit berjalan, mak mengajak kami keluar. Nak pitam katanya. Hehe, mentang2 la tiada air cond atau kipas di situ. Lalu, destinasi seterusnya... Pusat taekwondo islamik! Hik3..

Semalam selepas solat maghrib saya duduk di atas katil, membiarkan fikiran melayang entah sampai ke Ireland. Harus melakukan sesuatu untuk memnafaatkan cuti kali ini. 4 bulan bukanlah begitu lama tapi sayang kalau tidak digunakan sebaik-baiknya. Masa adalah amanah daripada Allah. Urm, bercaturan sendirian di dalam kepala. Mahu menjahit baju, dah banyak sangat baju kurung. Mahu ambil tempahan? Hehe, belum cukup pro bab2 menjahit. Mahu belajar masak...urm, mak pun dah bestest chef ape. Takkan la 24 jam nak bertapa di dapur. Tipu3... Mahu tanam pokok? Menarik, tapi macam kurang gemar pulak berjemur tengah panas [bajet orang putih kah?]. Ting! Tetiba terfikir mahu menyertai taekwondo. Yes,ini memang pengaruh Karate Kid. Rasa mahu belajar kungfu tapi macam bermimpi di siang hari plak. Mana nak cari tok guru macam Jackie Chan? So, taekwondo is the best choice i guess. =) Hasrat hati saya suarakan kepada mak malam itu juga usai solat isyak. Mak membalas dengan pandangan pelik. "Buang tabiat ape anak aku ni?"~mungkin ini yang terdetik di dalam hati mak. Tiada hujan, tiada ribut, tiada salji, tetiba nak blaja taekwondo. Haha, apa2 la mak. Saya pun entah macam mana terdetik idea tersebut.

Lalu, tadaa!

Islamic taekwondo!

InsyaAllah bakal sign up for taekwondo khamis ini! =D Tak sangka ada jugak islamic taekwondo. Pulang sahaja ke rumah, saya terus masuk ke website yang tertera di banner tersebut. klik sini. Serius menarik. Tidak sabar untuk bermula. Hehe. Sebenarnya bukan saya buang tabiat, sekadar mengisi masa cuti. =) Lagipun Saidina Umar r.a pernah berpesan supaya kita sebagai umat Islam untuk belajar 5 perkara :

1. Menunggang kuda
2. Bermain pedang
3. Memanah
4. Berenang
5. Ilmu mempertahankan diri

Malangnya semua pun saya tidak tahu tapi insyaAllah peluang untuk belajar sentiasa ada. Yosh! Jom rakan-rakan! Kita manfaatkan masa cuti!

IBN ABBAS RA BERKATA
" Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya ( keluarganya )."

Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah, masih berupaya menyedut oxygen untuk hari ini. Semoga dapat terus berbakti pada mak abah dan berusaha memperbaiki diri.

Hari ini saya ikut mak ke pasar a.k.a market. Menu untuk hari ini sungguh simple. Ayam goreng dan sayur masak air. Lama sungguh x makan bayam kegemaran saya. Di Ireland memang tak berjodoh la dengan bayam. Malas cari. Yummy2!

Selepas selesai melawat-lawat pasar [macam muzium plak], saya ikut mak ke klinik kesihatan berdekatan. Menyesal pulak mengadu gigi berlubang pada mak. Saya memang doktor yang penakut. Bercita-cita mahu jadi pakar bius [amin!], tapi melihatkan jarum sewaktu nak check blood glucose pun saya cuak, aish2... Tak cukup practical ke ape ni? Tetiba pulak teringat peristiwa saya lengan saya terpaksa dicucuk sebanyak 4 kali untuk ujian darah di RCSI. Fuh, mau je bersilat dengan nurse tu. Saya yang pada mulanya tutup-tutup mata melihat jarum menembus kulit, akhirnya sudah hilang takut hingga mampu memberikan cadangan kepada nurse tersebut. Selamba pulak tengok jarum tersebut menginvade blood vessel saya. Masalah jugak kalau veins kecik ni. Well, experience is the best teacher. [Lagipun, jadi doktor kita yang cucuk orang ye x? Hik3...]

Sampai sahaja di pintu klinik, kaki saya terasa ringan mahu melangkah keluar dan mengajak mak pulang. Dasar penakut. Tapi mak berkali-kali menyedapkan hati saya dengan mengatakan doktor yang bertugas adalah doktor perempuan yang lemah lembut [hopefully!]. Selesai mendaftar, saya menunggu giliran. Urm, patut la ramai doktor yang belajar di oversea tidak mahu pulang ke tanahair. Dengan bayaran RM1 saya sudah layak menjalani any dental procedure di klinik tersebut. Banyak sungguh bantuan kesihatan percuma yang ditawarkan kepada rakyat, baru saya tahu. Berbanding sistem di Ireland, penduduk dilindungi dengan insurans. Bagi golongan veterans, mereka diberikan Medical Card yang membolehkan mereka mendapat perkhidmatan doktor dengan harga yang lebih murah. Kalau bercakap tentang consultation, sekali jumpa pun melayang 50 euro. Jika mahu bercakap tentang dental procedure, huh sediakan la wang at least 100euro [antara sebab saya tangguhkan dating dgn dentist]. Alhamdulillah, syukur sudah pulang ke Malaysia. =)

Dentist perempuan yang merawat saya sungguh lemah lembut. Best. Rupa-rupanya gusi saya telah membengkak. [swelling=tumor la kan?] Lalu doktor memprescribe Amoxycillin 250g [sejenis antibiotik] sebelum meneruskan prosedur. Minggu depan kena datang lagi skali. Yes! Penat saya cuba mengingati cabang facial nerve [7th cranial nerve] yang melalui parotid gland serta muscles. Yang mampu saya ingat hanyalah masseter dan temporal. Aish3... Nampak sangat sudah lama meninggalkan medical books sejak exam IC1 tamat. Sila mula belajar semula cik leen.Wajib!



Akif sudah pulang dari sekolah. Petang ini mahu ke pejabat Celcom untuk mendapatkan num celcom. Yes, masih berusaha dengan buku 7 habits saya. Yosh! Gambatte!

p/s : Seek first to understand, then to be understood.
http://kitaabun.com/shopping3/images/frommysiste.jpg

Fadzlina, sila berusaha habiskan buku ini!

http://assets0.snsassets.co.uk/images/books/9781847391537.jpg
Buku ini juga.

Sila berusaha ok!



owh ye, 3 hari lagi ok!
I found this video last few months and it inspired me a lot. This morning, while browsing the internet [i should be reading my lecture notes!] , I came across this wonderful video again. While weeping, let us find our own way on how to be as strong as this man. He has inspired many souls worldwide. Such an optimist guy-without limbs. May Allah give him hidayah.


And one more...


Alhamdulillah, Allah grant me good health both mentally and physically. Just, a little infection~homesickoccus. Be strong ok!

"If I fail I try again and again, and again...."- Nick Vujicic

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."
(Al-Mu'minuun: 62)

"... dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya, tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir." (Yusuf: 87)


Be thankful.

Just a little push.

Be strong.
Assalamualaikum. Secara rasminya, exam saya akan bermula esok. Ini jadualnya.

DATE

DAY

SUBJECTS

TIME

DURATION

11 MAY

TUESDAY

TOSCE

8.30 am

30minutes

13 MAY

THURSDAY

OSCE

2.45 pm

18 MAY

TUESDAY

CARDIORESPIRATORY

9.30am-12.30pm

2.00pm-3.45pm

3 H

1 H 45 M

19 MAY

WEDNESDAY

BIOLOGY & EPIDEMIOLOGY OF DISEASE

11.00am-12.20pm

12.20pm-13.50pm

1 H 20 M

1 H 30 M

25 MAY

TUESDAY

GASTROINTESTINAL/ HEPATOLOGY

9.30am-12.10pm

1.00pm-2.30pm

2 H 40 M

1 H 30 M













Tolong doakan saya dan kawan-kawan ye. =)

“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah (SWT) dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim)

"If Allah should aid you, no one can overcome you; but if He should forsake you, who is there that can aid you after Him? And upon Allah let the believers rely" [3:160]



Salam mujahadah sabahat-sahabat!