Showing posts with label .:my life:.. Show all posts
Showing posts with label .:my life:.. Show all posts
Assalamualaikum wrt wbt.

Bila lidah kelu bicara, rasa dari hati itu mula menyusur ke ruang fikir dan dizahirkan ke lentikan tangan yang pantas menaip.


Sukarnya mahu bersabar dengan manusia. Bukan sahaja kita mahu bersabar dengan insan lain, malahan hati-hati mereka mahu bersabar dengan kita. Perasaan yang busuk jika dibiar bertakung lama-lama akan menjadi nanah (atau emphyema dalam bahasa perubatan).


SABAR. Ringan di mulut, berat di hati.


Shaikh Salih al-Munajid r.h.m berkata :


والصبر مراتب فالصبر على طاعة الله أعلى منزلة من الصبر عن المعاصي 


Sifat sabar itu ada peringkat-peringkatnya. Bersabar dalam mentaati Allah adalah lebih tinggi darjatnya daripada bersabar dalam meninggalkan maksiat.


والصبر عن المعاصي أعلى منزلة من الصبر على الأقدار. 


Bersabar dalam meninggalkan maksiat lebih tinggi darjatnya daripada bersabar atas apa-apa (musibah) yang telah ditakdirkan.

فالصبر على الواجبات أعلى أنواع الصبر لأن جنس فعل الواجبات أعلى درجة عند الله من جنس ترك المحرمات ،

Bersabar dalam melaksanakan hal-hal yang wajib adalah setinggi-tinggi jenis sabar. Ini kerana darjat melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ada lebih tinggi darjatnya di sisi Allah daripada perbuatan meninggalkan maksiat.

وأجر ترك المحرمات أكبر من أجر الصبر على المصائب ،

Pahala meninggalkan perkara haram itu lebih besar daripada pahala bersabar apabila menghadapi musibah.

لأن الصبر على الواجب والصبر على ترك الحرام عملية اختيارية،

Ini kerana bersabar dalam melaksanakan kewajipan dan meninggalkan perkara haram merupakan perbuatan yang kita mempunyai pilihan (untuk melakukannya atau tidak).

لكن لما نزلت به المصيبة ، شيء بدون اختياره، ليس له إلا كف النفس والصبر.

Sedangkan apabila turunnya musibah, ia merupakan sesuatu yang hadir tanpa pilihannya. Tiada jalan lain kecuali menahan dirinya dan bersabar.

فقال شيخ الإسلام ابن تيمية رحمه الله عن يوسف عليه السلام: " كان صبر يوسف عن مطاوعة امرأة العزيز على شأنها الذي دعته إليه من الحرام أكمل من صبره على إلقاء أخوته له في الجبّ"،

Shaikh al-Islam Ibn Taimiyyah rahimahullah berkata tentang Nabi Yusuf Alaihissalam : Sabarnya Yusuf terhadap godaan isteri Al-Aziz yang mengajak dirinya melakukan perkara haram itu lebih sempurna daripada sabarnya ketika saudara-saudaranya mencampakkan dia ke dalam perigi.

[Silsilah A'mal al-Qulub (Koleksi amalan hati) oleh Shaikh Salih al-Munajid, jilid 2, m/s 27]


Maka ketahuilah hati, sabar ketika mempunyai pilihan itu lebih sukar. Pilih jalan yang membawamu ke syurga.


InsyaAllah.




nota metatarsal : 2 hari sebelum PUISI. Subhanallah!
Assalamualaikum wrt wbt.

Almost 4 months. Not bad.

Alhamdulillah sekarang dah final year (^_^). How time flies kan? Masuk minggu ini sudah cukup 11 minggu bergelar pelajar tahun akhir. Final year student. Sewaktu di Connoly Hospital pada minggu pertama dulu, rasa takut memuncak setiap kali ketika menaiki bus ke hospital. Berdebar-debar kalau ada doktor yang bertanya

'Which year are u in now?".
Separuh berbisik 'final year' dengan doa dalam hati 'jangan tanya soalan pelik-pelik dan expect aku tau semua benda please...'.
"Great! U must know everything!"
*pre-syncope and tremor*

Hari- hari seterusnya berlalu dengan sangat cepat, sepantas masa yang berlalu hampir lima tahun. Sebenarnya bukanlah teruk sangat bergelar pelajar final year. Dulu selalu rasa takut nak masuk hospital, kalau nampak consultant rasa macam nak 'honey i shrunk the kid' je. Tapi sebenarnya doktor-doktor ni makin semangat nak mengajar dan membantu kalau kita tunjukkan sedikit usaha dan semangat. Terharu rasanya kalau SHO atau intern sanggup jerit dalam wards untuk carikan patient untuk kita. Sweet.

Tahun akhir lebih kepada kesedaran diri sendiri untuk terasa diri tidak cukup ilmu dan dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu yang semakin lama semakin endless. Memang endless. Semakin lama belajar, semakin rasa nak habis belajar cepat-cepat, kerja, kahwin dan berhenti kerja. Yes, semangat berkobar-kobar mahu belajar hingga ke tahap tertinggi entah ke mana campaknya. Tatkala berbual dengan rakan-rakan, rupanya itu bukanlah perasaan yang asing. Perasaan itu makin memuncak tatkala mengulangkaji dan terasa medicine ini seperti tiada hujungnya. Belajar surgery, lupa medicine. Belajar medicine, risau surgery tak ingat. Hurm, don't remind me of ear,nose and throat, orthopaedics, anaest dan segala macam subspecialties lain. Kusut sorang-sorang jadinya.

Tapi...

Allah berikan peluang bukan untuk disia-siakan. Diri ini pernah berangan-angan agar suatu hari nanti dapat jadi seorang specialist (xtahu word consultant lagi time tu). Doa tanpa henti, berusaha semampunya dan sentiasa cuba untuk bangun walaupun acapkali langkah tersadung. Menjadi seorang specialist juga adalah cita-cita seorang ibu yang tulus hatinya.

"Jadi doktor ni bukan untuk dunia ja, kat akhirat pun dapat saham. Kalau penat belajar, cuba bayangkan pesakit-pesakit yang bersyukur kalau diberikan kesembuhan melalui kita oleh Allah. Pahala berpanjangan insyaAllah" *homesick*

So, stop dreaming and wake up. Life is more than just thinking about your own comfort. Hidup adalah anugerah dan amanah. ANUGERAH DAN AMANAH.

Daripada anaesthetist ke paediatrics ke internal medicine ke geriatrics. Entah  di mana akan berjumpa hujungnya. InsyaAllah, sematkan niat. Semoga dikira sebagai ganjaran pemberat timbangan di sana.

Doakan saya dan sahabat-sahabat kalau anda terbaca entry ini!
bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah baru sahaja selesai exam end of rotation ObsGynae. Marathon sungguh sampai 12 stations OSCE dia nak buat, memang RCSI. Semoga Allah lembutkan hati pemeriksa, hijabkan kesalahan dan kurniakan kejayaan yang mendekatkan diri kepadaNya. Ameen ya rabb.

And yes, Obsgynae is definitely a consideration :)

Perjuangan seterusnya bersambut dengan Psych selasa ini.


SENIOR CYCLE 1
WRITTEN
CLINICAL
Psychiatry
08/05/2012
11/05/2012
Paediatrics
14/05/2012
17&18/05/2012
Obstetrics & Gynaecology
19/05/2012
23,24,25/05/2012
Med/surgery/GP
29/05/2012
31/05&1/06/2012


Tunggu result keluar dan beli tiket pulang ke Malaysia insyaAllah. Semoga Allah kurniakan kecemerlangan.

Mohon doakan!

bookmarks: 1 comments | edit post
"I can imagine yourself doing an operation in the theatre as gynaecologist" -Dr.M-

"Awak ni nanti mesti jadi anaesthetist. Gaya dah ada..."

Whatever field I might end up one day, insyaAllah hopefully someone beneficial for the ummah.

Ameen ya rabb.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah hari ini saya kembali mendapat rentak. Selepas bercakap dengan mak selama lebih sejam, saya tahu saya masih anak kecil mak yang sentiasa perlu recharge setiap kali berada dalam kesusahan. Mak adalah yang terbaik, dia tahu apa yang saya sembunyikan dalam hati. Walaupun tanpa melihat wajah, naluri mak cepat menduga.

Sejak memasuki tahun ke-4, saya sudah sedikit jarang menghubungi mak. Kalau ya pun, dalam keadaan tergesa-gesa berlari mengejar bus atau bersesak-sesak dengan orang ramai di atas bus atau di tengah jalan. Mak selalu menyambung panggilan saya dengan ceria, tidak pernah gagal untuk ceria. "Hello mak,assalamualaikum!" "Waalaikumsalam sayang.."

Allahu, hati yang gundah pun cepat-cepat tersenyum mendengarkan balasan mak. Meskipun selepas itu yang saya zahirkan 70% adalah keluh kesah, dia mendengar dengan sabar, menunggu dengan tenang sehingga saya meluahkan masalah-masalah yang bertakung dalam hati. Amazingly, bercakap dengan mak sahaja kadang-kadang sudah menyelesaikan banyak masalah saya. Saya yakin, memang Allah telah semaikan rasa yang tidak terungkap sejak dari embryo mula bertapak di endometrium seorang ibu. Intimnya anak dan ibu hingga seorang anak keluar dari tempat yang paling sulit bagi seorang wanita. Baiknya hati ibu sanggup berkongsi oksigen dan makanan dengan anak di dalam kandungan. Tambah menyayatkan hati, ketika berada di dalam antenatal clinic tempohari, ada seorang wanita berketurunan Irish, berkerusi roda, datang menangis-nangis kerana sudah tidak larat dengan keadaan mengandung. Tidak boleh tidur, susah untuk makan, pergerakan terbatas, lemah tenaga. Allahu, saya yang hanya memandang pun sudah terdetik rasa takut untuk mengandung. Teringat ketika mak mengandungkan Akif gems yang seberat 4+kg tu, entah apa la rasanya. Tapi mak tak pernah merungut. I doubt myself if i can be as strong as her. Dengan exam pun, dah bergantang-gantang rungutan...

Bila sudah besar panjang, tinggal pula jauh di tempat orang, jarang pulak call rumah seperti selalu. Entah apa rasa yang mak saya pendamkan.

Bila tadi dapat bercakap lama dengan mak, baru saya sedar saya sangat sibuk dan jarang call rumah rupanya. Walaupun saya tahu mak faham dan redha je, saya terasa kembali hubungan uteroplacenta kami :) Kata-kata mak menyalakan kembali semangat saya yang kian longlai bila melihatkan jadual exam yang tidak terkata. InsyaAllah, kalau kakak tak jadi doktor, sapa lagi dak yang nak jadi doktor dari Ireland. Comel, tapi ayat itu yang mak ulang-ulang sejak saya di tahun pertama. Whoa,baru sedar dah 4 tahun pengajian, tahun depan dah nak grad insyaAllah.


Baiknya mak, baik lagi Allah yang mengurniakan mak pada saya. Saya tahu sifat manusia itu tidak kekal. Saya doakan Allah berikan kesejahteraan kesihatan kepada mak dan abah, semoga Allah panjangkan usia mak dan abah dalam iman. Kita tidak boleh bersandar kepada benda yang tidak kekal sifatnya, sebaliknya kena belajar untuk cari kekuatan daripada Yang Maha Kekal, Maha Penyayang, Maha Pengasih, Maha Mengasihani. InsyaAllah.

Memang ini entry untuk sedapkan hati di kala exam bakal menjelang. Mohon masukkan saya dalam doa anda. Semoga malaikat mengaminkan doa tersebut dengan balasan yang lebih baik :)

Bercakap tentang hubungan embryo-endometrium, uteroplacenta, lipase-colostrum ibu dan anak, saya teringat kisah tabiin yang menjadi sebutan penduduk langit. Semoga Allah kurniakan kekuatan untuk berbakti kepada ibu bapa meskipun jauh di perantauan.

Pada zaman Nabi Muhammad S.A.W, ada seorang pemuda bermata biru, rambutnya merah, pundaknya lapang panjang, berpenampilan cukup tampan.

Kulitnya kemerah-merahan. Dagunya menempel di dada kerana selalu melihat pada tempat sujudnya. Tangan kanannya menumpang pada tangan kirinya.

Ahli membaca al-Quran dan selalu menangis, pakaiannya hanya dua helai dan sudah kusut yang satu untuk penutup badan dan yang satunya digunakannya sebagai selendang. Tiada orang yang menghiraukan, tidak terkenal dalam kalangan manusia,namun sangat terkenal di antara penduduk langit.

Tatkala datangnya hari Kiamat, dan tatkala semua ahli ibadah diseru untuk memasuki Syurga, dia justeru dipanggil agar berhenti dahulu seketika dan disuruh memberi syafa'atnya.

Ternyata Allah memberi izin padanya untuk memberi syafa'at bagi sejumlah bilangan qabilah Robi'ah dan qabilah Mudhor, semua dimasukkan ke Syurga dan tiada seorang pun ketinggalan dengan izin-Nya.

Dia adalah 'Uwais al-Qarni' siapalah dia pada mata manusia...

Tidak banyak yang mengenalnya, apatah lagi mengambil tahu akan hidupnya. Banyak suara-suara yang mentertawakan dirinya, mengolok-olok dan mempermainkan hatinya.

Tidak kurang juga yang menuduhnya sebagai seorang yang membujuk, seorang pencuri serta berbagai macam umpatan demi umpatan, celaan demi celaan daripada manusia.

Suatu ketika, seorang fuqoha' negeri Kuffah, datang dan ingin duduk bersamanya. Orang itu memberinya dua helai pakaian sebagai hadiah. Namun, hadiah pakaian tadi tidak diterima lalu dikembalikan semula kepadanya. Uwais berkata:

"Aku khuatir, nanti orang akan menuduh aku, dari mana aku mendapatkan pakaian itu? Kalau tidak daripada membujuk pasti daripada mencuri."

Uwais telah lama menjadi yatim. Beliau tidak mempunyai sanak saudara, kecuali hanya ibunya yang telah tua renta dan lumpuh tubuh badannya. Hanya penglihatan kabur yang masih tersisa.

Bagi menampung kehidupannya sehari-hari, Uwais bekerja sebagai pengembala kambing. Upah yang diterimanya hanya cukup-cukup untuk menampung keperluan hariannya bersama ibunya. Apabila ada wang berlebihan, Uwais menggunakannya bagi membantu tetangganya yang hidup miskin dan serba kekurangan.

Kesibukannya sebagai pengembala dan merawat ibunya yang lumpuh dan buta, tidak mempengaruhi kegigihan ibadahnya. Dia tetap melakukan puasa di siang hari dan bermunajat di malam harinya.

Uwais al-Qarni telah memeluk Islam ketika seruan Nabi Muhammad S.A.W tiba ke negeri Yaman. Seruan Rasulullah telah mengetuk pintu hati mereka untuk menyembah Allah, Tuhan Yang Maha Esa, yang tidak ada sekutu bagi-Nya.

Islam mendidik setiap pemeluknya agar berakhlak luhur. Peraturan-peraturan yang terdapat di dalamnya menarik hati Uwais. Apabila seruan Islam datang di negeri Yaman, ia segera memeluknya, kerana selama ini hati Uwais selalu merindukan datangnya kebenaran.

Banyak tetangganya yang telah memeluk Islam, pergi ke Madinah untuk mendengarkan ajaran Nabi Muhammad S.A.W secara langsung. Sekembalinya di Yaman, mereka memperbaharui rumah tangga mereka dengan cara kehidupan Islam.

Alangkah sedihnya hati Uwais apabila melihat setiap tetangganya yang baru datang dari Madinah. Mereka itu telah bertamu dan bertemu dengan kekasih Allah penghulu para Nabi, sedang dia sendiri belum berkesempatan.

Kecintaannya kepada Rasulullah menumbuhkan kerinduan yang kuat untuk bertemu dengan sang kekasih. Namun apakan daya, dia tidak punya bekal yang cukup untuk ke Madinah. Lebih dia beratkan adalah ibunya yang sedang sakit dan perlu dirawat. Siapa yang akan merawat ibunya sepanjang ketiadaannya nanti?

Diceritakan ketika terjadi perang Uhud Rasulullah S.A.W mendapat cedera dan giginya patah kerana dilempari batu oleh musuh-musuhnya. Khabar ini sampai ke pengetahuan Uwais.

Dia segera memukul giginya dengan batu hingga patah. Hal tersebut dilakukan sebagai bukti kecintaannya kepada Rasulullah, sekalipun ia belum pernah melihatnya.

Hari berganti dan musim berlalu, dan kerinduan yang tidak terbendung dan hasrat untuk bertemu tidak dapat dipendam lagi. Uwais merenungkan diri dan bertanya dalam hati, "Bilakah ia dapat menziarahi Nabinya dan memandang wajah beliau dengan dekat?"

Bukankah dia mempunyai ibu yang sangat memerlukan perhatian daripadanya dan tidak sanggup meninggalkan ibunya sendiri. Hatinya selalu gelisah siang dan malam menahan kerinduan untuk berjumpa Rasulullah.

Akhirnya, pada suatu hari Uwais mendekati ibunya. Dia meluahkan isi hatinya dan memohon izin kepada ibunya agar diperkenankan untuk pergi menziarahi Nabi S.A.W di Madinah.

Sang ibu, walaupun telah uzur, merasa terharu ketika mendengar permohonan anaknya. Beliau amat faham hati nurani anaknya, Uwais dan berkata,

"Pergilah wahai anakku! Temuilah Nabi di rumahnya. Apabila telah berjumpa, segeralah engkau kembali pulang."

Dengan rasa gembira dia berkemas untuk berangkat. Dia tidak lupa untuk menyiapkan keperluan ibunya yang akan ditinggalkan serta berpesan kepada tetangganya agar dapat menemani ibunya selama mana dia pergi.

Sesudah siap segala persediaan, Uwais mencium sang ibu. Maka berangkatlah Uwais menuju Madinah yang berjarak lebih kurang empat ratus kilometer dari Yaman.

Medan yang begitu panas dilaluinya. Dia tidak peduli penyamun gurun pasir, bukit yang curam, gurun pasir yang luas yang dapat menyesatkan dan begitu panas di siang hari, serta begitu dingin di malam hari. Semuanya dilalui demi bertemu dan dapat memandang sepuas-puasnya paras baginda Nabi S.A.W yang selama ini dirinduinya.

Tibalah Uwais al-Qarni di kota Madinah. Segera ia menuju ke rumah Nabi S.A.W, diketuknya pintu rumah itu sambil mengucapkan salam. Keluarlah sayyidatina 'Aisyah R.A sambil menjawab salam Uwais.

Segera sahaja Uwais menanyakan Nabi yang ingin dijumpainya. Namun ternyata baginda tidak berada di rumah melainkan berada di medan perang. Betapa kecewa hati sang perindu, dari jauh ingin berjumpa tetapi yang dirindukannya tidak berada di rumah. Dalam hatinya bergolak perasaan ingin menunggu kedatangan Nabi S.A.W dari medan perang.

Bilakah beliau pulang? Sedangkan masih terngiang di telinga pesan ibunya yang sudah tua dan sakit-sakitan itu, agar ia cepat pulang ke Yaman.

"Engkau harus lekas pulang."

Atas ketaatan kepada ibunya, pesan ibunya tersebut telah mengalahkan suara hati dan kemahuannya untuk menunggu dan berjumpa dengan Nabi S.A.W.

Dia akhirnya dengan terpaksa memohon untuk pulang semula kepada sayyidatina 'Aisyah R.A ke negerinya. Dia hanya menitipkan salamnya untuk Nabi S.A.W dan melangkah pulang dengan hati yang pilu.

Sepulangnya dari medan perang, Nabi S.A.W langsung menanyakan tentang kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad S.A.W menjelaskan bahawa Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni langit dan sangat terkenal di langit.

Mendengar perkataan baginda Rasulullah S.A.W, sayyidatina 'Aisyah R.A dan para sahabatnya terpegun.

Menurut sayyidatina 'Aisyah R.A memang benar ada yang mencari Nabi S.A.W dan segera pulang kembali ke Yaman, kerana ibunya sudah tua dan sakit-sakitan sehingga ia tidak dapat meninggalkan ibunya terlalu lama.

Rasulullah S.A.W bersabda: "Kalau kalian ingin berjumpa dengan dia (Uwais al-Qarni), perhatikanlah, ia mempunyai tanda putih di tengah-tengah telapak tangannya."

Sesudah itu Rasulullah S.A.W, memandang kepada sayyidina Ali K.W dan sayyidina Umar R.A dan bersabda:

"Suatu ketika, apabila kalian bertemu dengan dia, mintalah doa dan istighfarnya, dia adalah penghuni langit dan bukan penghuni bumi."

Tahun terus berjalan, dan tidak lama kemudian Nabi S.A.W wafat, hinggalah sampai waktu khalifah Sayyidina Abu Bakar as-Shiddiq R.A telah digantikan dengan Khalifah Umar R.A.

Suatu ketika, khalifah Umar teringat akan sabda Nabi S.A.W tentang Uwais al-Qarni, sang penghuni langit. Beliau segera mengingatkan kepada sayyidina Ali K.W untuk mencarinya bersama.

Sejak itu, setiap ada kafilah yang datang dari Yaman, mereka berdua selalu bertanya tentang Uwais al-Qarni, apakah ia turut bersama mereka. Di antara kafilah-kafilah itu ada yang merasa hairan, apakah sebenarnya yang terjadi sampai ia dicari oleh beliau berdua.

Rombongan kafilah dari Yaman menuju Syam silih berganti, membawa barang dagangan mereka. Suatu ketika, Uwais al-Qarni turut bersama rombongan kafilah menuju kota Madinah.

Melihat ada rombongan kafilah yang datang dari Yaman, segera khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W mendatangi mereka dan menanyakan apakah Uwais turut bersama mereka.

Rombongan itu mengatakan bahawa ia ada bersama mereka dan sedang menjaga unta-unta mereka di perbatasan kota. Mendengar jawapan itu, beliau berdua bergegas pergi menemui Uwais al-Qarni.

Sesampainya di khemah tempat Uwais berada, Khalifah Umar R.A dan sayyidina Ali K.W memberi salam. Namun rupanya Uwais sedang melaksanakan solat. Setelah mengakhiri solatnya, Uwais menjawab salam kedua tamu agung tersebut sambil bersalaman.

Sewaktu berjabat tangan, Khalifah Umar segera membalikkan tangan Uwais, untuk
membuktikan kebenaran tanda putih yang berada di telapak tangan Uwais,
sebagaimana pernah disabdakan oleh baginda Nabi S.A.W.

Memang benar! Dia penghuni langit. Dan ditanya Uwais oleh kedua tamu tersebut,

"Siapakah nama saudara?"

"Abdullah." Jawab Uwais.

Mendengar jawapan itu, kedua sahabat pun tertawa dan mengatakan,

"Kami juga Abdullah, yakni hamba Allah. Tapi siapakah namamu yang sebenarnya?"

Uwais kemudian berkata "Nama saya Uwais al-Qarni."

Dalam pembicaraan mereka, diketahuilah bahwa ibu Uwais telah meninggal dunia.
Itulah sebabnya, dia baru dapat turut bersama rombongan kafilah dagang saat itu. Akhirnya, Khalifah Umar dan sayyidina Ali K.W. memohon agar Uwais berkenan mendoakan untuk mereka.

Uwais enggan dan dia berkata kepada khalifah,

"Sayalah yang harus meminta doa daripada kalian."

Mendengar perkataan Uwais, Khalifah berkata,

"Kami datang ke sini untuk mohon doa dan istighfar daripada anda."

Karena desakan kedua sahabat ini, Uwais al-Qarni akhirnya mengangkat kedua tangannya, berdoa dan membacakan istighfar.

Setelah itu Khalifah Umar R.A berjanji untuk menyumbangkan wang negara daripada Baitulmal kepada Uwais, untuk jaminan hidupnya. Segera sahaja Uwais menolak dengan halus dengan berkata,

"Hamba mohon supaya hari ini saja hamba diketahui orang. Untuk hari-hari selanjutnya, biarlah hamba yang fakir ini tidak diketahui orang lagi."

Setelah kejadian itu, nama Uwais kembali tenggelam dan tidak terdengar beritanya.

Namun, ada seorang lelaki pernah bertemu dan dibantu oleh Uwais. Ketika itu kami berada di atas kapal menuju ke tanah Arab bersama para pedagang. Tanpa disangka-sangka angin taufan berhembus dengan kencang.

Akibatnya, hempasan ombak menghentam kapal kami sehingga air laut masuk ke dalam kapal dan menyebabkan kapal semakin berat. Pada saat itu, kami melihat seorang laki-laki yang mengenakan selimut berbulu di pojok kapal yang kami tumpangi, lalu kami memanggilnya.

Lelaki itu keluar daripada kapal dan melakukan solat di atas air. Betapa terkejutnya kami melihat kejadian itu.

"Wahai waliyullah, tolonglah kami!" Namun, lelaki itu tidak menoleh. Lalu kami berseru lagi,

"Demi Zat yang telah memberimu kekuatan beribadah, tolonglah kami!"

Lelaki itu menoleh kepada kami dan berkata,

"Apa yang terjadi?"

"Tidakkah engkau melihat bahawa kapal dihembus angin dan dihentam ombak?" Tanya kami.

"Dekatkanlah diri kalian pada Allah!" Katanya.

"Kami telah melakukannya."

"Keluarlah kalian daripada kapal dengan membaca Bismillahirrahmaanirrahiim!"

Kami pun keluar daripada kapal satu persatu dan berkumpul. Pada saat itu jumlah kami lima ratus lebih. Sungguh ajaib, kami semua tidak tenggelam, sedangkan perahu kami serta isinya tenggelam ke dasar laut.

Lalu orang itu berkata pada kami,

"Tidak apalah harta kalian menjadi korban, asalkan kalian semua selamat."

"Demi Allah, kami ingin tahu, siapakah nama Tuan?" Tanya kami.

"Uwais al-Qorni." Jawabnya dengan singkat.

Kemudian kami berkata lagi kepadanya,

"Sesungguhnya harta yang ada di kapal tersebut adalah milik orang-orang fakir di Madinah yang dikirim oleh orang Mesir."

"Jika Allah mengembalikan harta kalian. Apakah kalian akan membahagi-bahagikannya kepada orang-orang fakir di Madinah?" Tanyanya.

"Ya!" Jawab kami.

Orang itu pun melaksanakan solat dua rakaat di atas air, lalu berdoa. Setelah Uwais al-Qarni mengucap salam, tiba-tiba kapal itu muncul ke permukaan air, lalu kami menumpanginya dan meneruskan perjalanan. Setibanya di Madinah, kami membahagi-bahagikan seluruh harta kepada orang-orang fakir di Madinah, tiada satu pun yang tertinggal.

Beberapa waktu kemudian, tersiar khabar Uwais al-Qarni telah pulang ke rahmatullah. Anehnya, pada saat dia akan dimandikan tiba-tiba sudah banyak orang yang berebut untuk memandikannya. Dan ketika dibawa ke tempat pembaringan untuk dikafan, di sana sudah ada orang-orang yang menunggu untuk mengkafankannya.

Demikian juga ketika orang pergi hendak menggali kuburnya. Di sana ternyata sudah ada orang-orang yang menggali kuburnya hingga selesai. Ketika usungan dibawa menuju ke perkuburan, luar biasa banyaknya orang yang berebutan untuk mengusungnya.

Syeikh Abdullah bin Salamah menjelaskan,

"Ketika aku ikut menguruskan jenazahnya hingga aku pulang daripada menghantarkan jenazahnya, lalu aku ingin untuk kembali ke kubur tersebut untuk memberi tanda pada kuburnya, akan tetapi sudah tak terlihat ada bekas di kuburnya."

(Syeikh Abdullah bin Salamah adalah orang yang pernah ikut berperang bersama Uwais al-Qarni pada masa pemerintahan sayyidina Umar R.A.)

Pemergian Uwais al-Qarni telah menggemparkan masyarakat kota Yaman. Banyak terjadi hal-hal yang amat menghairankan. Sedemikian banyaknya orang yang tidak kenal datang untuk mengurus jenazah dan pengebumiannya, padahal Uwais adalah seorang fakir yang tidak dihiraukan orang.

Sejak dia dimandikan hingga jenazahnya hendak diturunkan ke dalam kubur, di situ selalu ada orang-orang yang telah siap melaksanakannya terlebih dahulu. Penduduk kota Yaman tercengang.

Mereka saling bertanya-tanya "Siapakah sebenarnya engkau wahai Uwais al-Qarni? Bukankah Uwais yang kita kenal, hanyalah seorang fakir yang tidak memiliki apa-apa? Kerjanya hanyalah sebagai penggembala?"

"Namun, ketika hari wafatmu, engkau telah menggemparkan penduduk Yaman dengan hadirnya manusia-manusia asing yang tidak pernah kami kenali. Mereka datang dalam jumlah sedemikian banyaknya."

Agaknya mereka adalah para malaikat yang diturunkan ke bumi, hanya untuk mengurus jenazah dan pemakamannya. Baru saat itulah penduduk Yaman mengetahuinya siapa Uwais al-Qarni.

"Dialah Uwais al-Qarni, tidak terkenal di bumi tapi sangat terkenal di langit."
bookmarks: 0 comments | edit post