Showing posts with label .:my sweethearts:.. Show all posts
Showing posts with label .:my sweethearts:.. Show all posts
Assalamualaikum wrt wbt.

12/12/11. Hari ini tarikh lahir adik saya yang kedua kalau mengikut tarikh masihi. Awis Qushairi. Malu-malu mahu menjawab panggilan telefon saya.

Selamat hari lahir heroku, Awis Qushairi!


Adik kakak yang seorang ini memang unik. Lain sungguh perwatakannya dengan Amin dan Akif si kaki buli itu. Melihatkan raut wajahnya sudah dapat meneka Awis seorang yang pemalu (sangat!) dan suka tersenyum. Benar-benar suka tersenyum. Semoga dapat pahala ikut sunnah nabi, my dear Awis!

Memandangkan kakak dan Amin tiada di rumah buat masa ini, Awis dan Akif lah yang menjaga pengganti untuk memegang amanah menjadi mak dan abah (ke abah dan mak yang 'jaga' hangpa?) Awis adik yang sangat baik. Tidak pernah sekalipun Awis membantah cakap kakak kan? Adik ini yang tolong jaga mak bila mak sakit dan kakak berada jauh dari rumah. Masak, basuh baju, iron baju, basuhkan kasut Akif, pergi ke kedai. Jarang sekali kakak dengar Awis menjawab tidak dengan setiap permintaan mak. Awis memang anak yang taat sampaikan kakak jadi kagum. Kakak memang sangat kagum dengan adik kakak ni. Kakak selalu bercita-cita untuk menjadi setenang Awis yang manis dengan senyuman.

Awis tidak banyak cakap kan di rumah ataupun mungkin kakak sudah terlampau sibuk dengan dunia kakak sendiri. Kakak minta maaf kalau kakak tak pandai melayan Awis mengikut karakter Awis. Kebanyakan benda Awis simpan dalam hati. Tak bengkak dan meletup ke hati tu lama-lama nanti? Kadang-kadang kita kena luahkan perasaan kita tau. Tapi bukan macam masa Awis mengamuk dengan Akif kat rumah tok dulu. Yang tu kakak tengok pun nak pengsan. Hehe. But i must say, you are one of the sweetest people i ever met! :)

Kakak tau mak selalu marah Awis sebab asyik gaduh dengan Akif tapi kakak percaya Akif sebenarnya punca pergaduhan. Biasalah Akif tu. Terima kasih Awis sebab selalu mengalah dan bersikap matang dengan Akif. Cuma pesan kakak, jangan ajar Akif benda-benda yang bukan-bukan eh. Ajar Akif suruh senyum banyak2,yang tu ok :) ajak Akif pi mengaji setiap petang eh.

Awis dah nak PMR kan tahun depan? Rajin belajar ok. Kakak minta maaf sebab kakak tak boleh bantu Awis dalam pelajaran. Tapi ingat pesan kakak, bukan senang kita nak senang. Semuanya perlukan usaha dan sabar. Kakak tahu Awis budak pandai dan baik, insyaAllah Allah sayang. Bila Allah sayang, Allah akan tolong dalam setiap kesusahan. Kakak doakan Awis dari sini eh.

Kaki Awis yang kena eczema tu jangan lupa sapu ubat dan jangan main kotor-kotor. Sensitif sangat kulitnya ni. Xpe,semoga banyak pahala sabar. :)

Awis, tolong jaga mak,abah dan Akif untuk kakak, please?

Untuk hari lahir yang ke-14 ini, kakak doakan Allah kurniakan Awis umur yang berkat. Jangan tinggal sembahyang dah tau, dah besar ni. Jaga diri. Semoga Allah beri kebahagiaan dunia akhirat dan pelihara Awis dari segala malapetaka. Semoga Awis menjadi anak yang terbaik untuk mak dan abah. Awis, kakak sayang Awis! InsyaAllah nanti balik Malaysia kakak bagi hadiah untuk adik yang terbaek ni. :) Jangan lupa doakan mak abah selalu. Doakan kakak di sini jugak.

Awis, kakak rindu sungguh telur goreng resepi Awis tu! Kakak balik nanti nak makan tau :)

Lagi 3 hari akan bermulanya paper HLTM [Haemato-Lymphoid Trop Med] dan disusuli OSCE [exam microb dan pathology]. Sesi berkabung tamat secara rasminya semalam. Memandang ke arah nota yang tersusun cukup membuatkan adrenaline makin laju. Tachycardia mula terasa. Allahu. Banyaknya!

Tapi xpe. Saya sentiasa ada Allah. Saya ada mak dan abah. Berkali-kali mereka meyakinkan saya, tapi saya ambil masa terlalu lama untuk pulih kan. Sebenarnya rindu mak dan abah. :) Saya ada sahabat-sahabat. Saya ada ramai insan di sekeliling yang mendoakan. :)

Go go go gambatte Fadzlina! U can do it!

Bunga yang dibeli selepas mendapat consultation mak. Agak comot bekasnya tapi hanya itu yang ada di rumah.



I love u!

Dan pesan teman saya, "Mengadulah pada Allah. Dia Maha Mendengar dan Maha Penyayang." Very true indeed.

Ayuh berusaha, berdoa dan bertawakal! :)
Assalamualaikum wrt wbt.

Blast! Alhamdulillah rasa gembira hari ini walaupun semalam terasa semacam taufan Lanino di dada. Memang gila. Penuh emosi dan bersensitiviti tinggi. Allah2..

Nabi ajarkan kita satu doa sebagaimana disebutkan dalam hadisnya:

حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي سفيان عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول : يا مثبت القلوب ، ثبت قلبي على دينك ، قالوا : يا رسول الله ، آمنا بك وبما جئت به ، فهل تخاف علينا ؟ قال : نعم ، إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبها .

Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya.
(Sunan Ibn Majah)

Pagi ini bangun dalam keadaan lebih ceria dan mensyukuri nikmatNya. Alhamdulillah. Semenjak mak terkena penyakit shingles/herpes/kayap, saya la yang perlu menyediakan juadah sahur di pagi hari. Wah, teringat kota Dublin. Ada baiknya, sekurang-kurangnya saya dapat bangun lebih awal dan kurang berperasaan untuk tidur semula selepas waktu subuh. Masih ingat dialog Ketika Cinta Bertasbih? Jangan biar rejekimu dipatuk ayam! ^_^

Selepas menyiapkan hidangan bersahur [don't put expectation too high, nasi goreng je pun] saya dan mak mengejutkan seisi rumah. Mak memang sudah jadi pemerhati tetap saya setiap dinihari. Kami bersahur bersama kemudian ada yang tidur semula,ada yang tertidur menunggu waktu Subuh. Hehe, mak je yang paling mantop jarang sangat tidur lepas subuh. Ok, cerita yang ingin saya bawakan hari ini adalah tentang Akif. Dah berjela perenggan, baru nak intro.

Hari ni Akif ada sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Semenjak malam tadi beriya-riya mencari baju melayu raya tahun lepas untuk di'gaya'kan ke sekolah. Korek punya korek, alhamdulillah berjumpa dengan baju tersebut. Rasa nak tergelak juga bila nampak Akif cuba terkial-kial memakai baju tersebut. Alahai, macam sarung nangka! Ternyata proses 'perkembangan' Akif amat pesat dan memberansangkan. Lalu, baju Awis la yang menjadi sasaran kami. Hehe, misi mencari baju selesai. Merah menyala bajunya. [X paham dari mana datangnya perkataan 'merah mak ngah!'] Itu memang warna faveret Akif. Dengan laju dia menolak memakai baju melayu cream pemberian kawan mak. Merah pun merah la cik Akif.

Pagi tadi berusaha pula memakaikan sampin untuk si budak semangat ni. Memandangkan sampin tidak dapat dijejaki hingga ke sudah, mak mencadangkan saya melipat2 kain songket pemberian tok untuk dijadikan sampin. Wah, mak andam di pagi hari! Memang susah. Dulu saya selalu hairan dengan kawan-kawan yang suka membetulkan sampin. Hari jumaat adalah hari sampin sedunia bagi mereka. Rupa-rupanya memang susah mengenakan sampin secara manual. Geleng kepala saya dengar mak menyuruh saya bersabar. "Kalau sampin orang nak kawin lagi la. Berjam-jam siap". Whoa! Berjam-jam? Penyelesaiannya beli sampin yang sudah siap dijahit, tinggal sarung je [baca:malas!] Bukan malas, lebih praktikal. =)

Ziarah rumah Pak Cik Google kejap mencari tentang sampin. [xde plak dalam wikipedia? Baju kurung ada!] Wosh2, macam-macam cara pemakaian sampin. Berbunga-bunga, berpintal-pintal pun ada. Kalau hendak diikutkan budaya Melayu, pemakaian sampin ni pun sebenarnya dapat melambangkan identiti dan perwatakan seseorang. Kalau masuk istana, Datuk je boleh pakai sampin hijau tau [eh?]. Zaman berganti zaman, generasi macam saya ni kadang-kadang x tahu pun signifikasi pemakaian sampin tu. Pakai sebab memang dah sejak bukak mata, time raya orang pakai sampin. Tak segak la kalau tak pakai [macam la saya pakai].

Bercerita dengan sungguh random di pagi hari. Berpakaianlah secara bersederhana dan sesuai dengan suasana. Kesimpulannya :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al- A’raaf:26)


p/s : Akif, diet sikit la!
Assalamualaikum wrt wbt.

Esok, mahu ke Langkawi. Moga Allah permudahkan segala urusan.

Sepatutnya malam ini saya gembira. Perlu senyum dari satu sisi telinga ke sisi seterusnya. Namun, hati saya rasa gundah. Berdebar-debar. Mungkin kerana esok 18 June 2010. Rasa mahu menangis. Itu sahaja terapi yang saya ada. Tidak, perlu berdoa juga.

The one who kneels to Allah can stand up to anything.

Moga Allah mengurniakan kecemerlangan yang dapat mendekatkan diri kami kepadanya. Above all, Allah knows best.

Doakan kami...
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah... Lebih kurang 6 hari saya sudah berada di rumah bersama keluarga tercinta. Syukur kerana dikurniakan nikmat seindah ini.

Hari pertama pulang, saya masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan perbezaan waktu antara Malaysia dan Ireland [sebenarnya tidak ada usaha untuk menyesuaikan diri]. Waktu tidur saya bermula selepas waktu subuh [astaghfirullah...] hingga ke waktu zohor. Waktu perkhidmatan saya sebagai pengawal rumah bermula selepas waktu tersebut hingga ke waktu subuh keesokan harinya. Tunggang terbalik jadual tidur saya. Haish. Mak dan abah tidak mampu berkata apa-apa. Begini juga keadaan saya tahun lalu, unorganized! Chronic jetlag.

Hari-hari seterusnya hingga kini, sleep cycle saya masih bengong. Masih malas menyesuaikan diri. Malas dan tidak sanggup berhadapan dengan kepanasan matahari Malaysia yang bukan kepalang. Rasa berpinar-pinar mata waktu tengah hari. Saya hanya bergiat cergas pada waktu malam,dengan alasan malam lebih sejuk! Benar, saya tak tipu... Tarbiyah panas Dublin x cukup untuk berdepan medan sebenar di Malaysia. Tergelak-gelak abah tatkala saya bercerita tentang panasnya Dublin dengan suhu menjangkau 20 degree. 'Itu macam dalam air cond je'. Haish,bagi la peluang 'orang putih celup' ni nak menyesuaikan diri.

Menariknya, kepulangan saya kali ini bakal mencatat kenaikan berat badan mendadak. Kalau di Dublin saya tidak lalu makan menjelang musim exam, sebut sahaja makanan apa yang tidak saya jamah di Malaysia ni. Malam kedua pulang ke rumah, mak dan abah membawa saya makan di luar. Menu paling terbaek! Satay! Sempat jugak berinterview dengan makcik penjual satay tu. Gaya sakit macam deep vein thrombosis tapi macam radical sangat pulak diagnosis saya. Mentang-mentang la baru belajar tajuk tu. Urm, xpe la makcik. Semoga cepat sembuh. =)

Ok, mari kita lihat!

Akif dengan posing favourite yang sukar difahami motifnya.

Kenyang saya tengok dia makan.


Gembira sungguh rasanya berada di samping insan tersayang. Paling menarik, tidak perlu memikirkan tentang study buat seketika. Tapi inilah nikmat kesenangan yang susah untuk saya hadapi. Setiap hari berlalu dengan mudah hingga kadang-kadang membuat saya risau. Takut hanyut dengan nikmat Allah yang 2 ini-kesihatan dan masa lapang. InsyaAllah hari ini kena kembali menjadi manusia yang produktif, bukan takat menghabiskan beras di rumah je. Doakan saya ye!
I miss u so much!

Tapi kakak kena habiskan perjuangan ini.

Banyak sangat kakak nak cakap.


Terima kasih mak atas ketabahan mak membesarkan kakak. Kakak nakal kan kecik2 dulu. InsyaAllah, nanti kakak akan tabah macam mak!

Terima kasih kerana sudi menjadi pendengar yang paling baik. Tanpa perlu tengok ECG, mak dapat teka apa yang kakak rasa.

Terima kasih mak sebab mahu jadi bestest friend kakak! Kita biar Amin, Awis dan Akif jeles. Hehe. Nanti balik summer kakak teman mak g mengaji lagi ok! Then, kita borak sampai petang pastu masak. InsyaAllah.

Terima kasih kerana sering menasihati kakak tentang sabar. Susah. Selalu kakak tewas dengan perasaan. Betul kata mak, 'kita kena bersabar dengan kesabaran'.

Terima kasih mak sebab mengajar kakak untuk menjadi lebih positif menghadapi hari mendatang. Mak tahu anak mak ni suka merungut kan. Setiap kali merungut, kakak ingat pesan mak. 'Allah tak zalim, dia ada sebab untuk setiap sesuatu' Kurang sikit beban di dada. =)

Terima kasih kerana menenangkan kakak. Apatah lagi di musim exam begini. Mak sentiasa ingatkan kakak tentang Allah dan sifat penyayangNya. Kakak kembali bersemangat!

Terima kasih mak. Atas segala memori indah yang kita cipta.

Mak, semoga mak dipanjangkan umur dalam iman dan Islam. Semoga rezeki mak dimurahkan. Paling penting, kakak doakan Allah mengurniakan hadiah yang terbesar dariNya, Jannah bersama abah.

Semoga doa kakak dan adik-adik akan Allah terima sebagai doa daripada anak yang soleh dan solehah.

Kami benar-benar sayangkan mak.

HAPPY TEACHER'S DAY!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjf1pGgsZIJM55lwcQbCXPEyPOgqBVejteL1Cc2uKu9BQW9xN9j5Lqv2z6hU6PDPJ_-LfyMyZQrVvDKATbwit5y4kfcQsO_-w3EeM6Eps4N4Mm1_AS5KTRUjstjozmns-dFdgFldYe-qWQ/s400/teachers%2520pic.jpg

Wikipedia : A teacher is a person who educates others~A

Collins English Dictionary : A teacher is a person who teaches, usually as a job at a school or similar institution.

Dalai Lama : The teacher who is indeed wise does not bid you to enter the house of his wisdom but rather leads you to the threshold of your mind.

Salam teristimewa buat guru-guru yang amat saya sanjungi...

Tadika Lubuk Meriam, Pulau Pinang
Taski Taman Makmur, Kedah Darul Aman
Sekolah Kebangsaan Padang Menora, Pulau Pinang
Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Kedah Darul Aman
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irshad, Pulau Pinang
Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gopeng, Perak Darul Ridzuan
Kolej Matrikulasi Kedah (2 minggu)
KOLEJ MARA BANTING, SELANGOR

Royal College of Surgeons in Ireland, Dublin

Kalau bintang itu dekat, mungkin dapat ku sunting sebagai hadiah untukmu,
Andai langit itu rendah, pasti akan ku gapai pelangi tuk hiasi hidupmu,
Jika angin bisa berbicara, kan ku khabarkan padanya tuk sampaikan kerinduan padamu,
Namun...
Ku sedar,
Kudrat ku tak sekuat mana,
Mampuku tak setinggi mana,
Lalu...
Yang tinggal hanya doa,
Yang pasti ku titipkan,
Dalam setiap pertemuanku dengan Yang Esa...

Terima kasih cikgu!

http://myenblog.com/UploadFiles/2007-9/915657896.png

buat bakal guru klik sini

p/s : teringat Akif dan Awis di rumah. Mak cte Akif sakit perut sebab x beli makanan kat sekolah. Bukan sebab xde duit, tapi sebab nak belikan bunga untuk kakak. Subhanallah, terima kasih Allah. Hati mana yang tidak tersentuh. Kakak sayang Akif dan Awis sgt2!

"Kenapa adik tahan makan?"

"Adik beli bunga kaca kat kakak 2 ringgit. Adik ada lagi seringgit. Tengok2 duit seringgit tu hilang, adik x ada duit la nak makan"

Suasana diam. Hati tersentuh. Emosi beralun.

"Urm... kenapa adik beli bunga untuk kakak?"

"Sebab adik sayang kakak..."

Terasa panas pipi. Allah, terima kasih.


Alhamdulillah. Sehari lagi berlalu dalam hidupku. Semakin meluap-luap perasaan tak sabar nak menjejakkan kaki ke bumi Malaysia. Tapi, exam menanti di depan mata. "Kan best kalau x payah exam trus balik Malaysia..." Udah2 le.. Angan kosong yang tak kan ke mana. Moga Allah permudahkan segalanya.

Tadi sempat berbual kejap dengan mak. Hajat di hati nak call abah nak wish birthday, tengok-tengok tersilap tekan number mak la plak. Haih... Nampak sangat jarang-jarang call abah. Huhu, segan sikit nak cakap ngan abah berbanding cakap ngan mak. Alang-alang dah tercall mak tu, bersembang la jugak. Sentiasa ada idea nak sembang. Well, mak dan anak. Mak bercerita tentang keletah Akif sekarang. Mak cakap Akif dah makin matang sekarang. Banyak percakapannya yang kadang-kadang mengalahkan orang tua. Kagum seketika.

"Mak saja je ajak Akif g makan KFC lepas skolah." Akif membalas dengan yakinnya, "Mak, x boleh la. Haram. Mana boleh makan KFC". =)

"Mak, adik x bawak pun kawan adik masuk rumah sampai berselerak. Mak cik ni x baik tau nak tuduh2 kalau x nampak" =)

"Mak, seronok la adik da boleh sembahyang. Nanti kalau mak ngan abah doa, adik ngan awis mesti jadi pandai" =)

"Xmau la pakai seluaq pendek ni. Mana bleh. Malu la" =)

Teringat dulu aku penah saja-saja nak test budak ni.
"Akif, kalau kakak keluar umah x pakai tudung bleh x?"
Akif memandang aku sambil tersenyum, mencari jawapan untuk soalan kakak dia yang pelik ni..."Urm.. x boleh" Aku bertanya lagi, dengan nada provoke "Tu adik x pakai tudung pun. Kakak pun boleh la x pkai tudung kan?"
Dia tersenyum lagi. "Kakak ngan adik x sama. Adik lelaki, kakak perempuan. Tuhan marah kalau kakak x pakai" =)

"Mak, x payah la nak jumpa sapa-sapa nak buat air penerang hati. Mak doa pun dah cukup. Mak doa la sungguh-sungguh. Mesti adik jadi pandai" =)

Subhanallah, semoga Allah memelihara adik-adikku. Mungkin tanpa adikku yang satu ini sedari, sedikit sebanyak, dia banyak membuat aku berfikir. Biarpun apa yang dia zahirkan melalui lisan adalah daripada pandangan seorang kanak-kanak, tiada salahnya apa yang Akif cakap tu. Dia dah ada pegangan sendiri. Benar la,pengajaran dan tazkirah tu sebenarnya bukan hanya di masjid, bukan hanya di usrah, bukan hanya di majlis-majlis ilmu. Banyak ilmu dan pengajaran yang terselit dalam situasi-situasi seharian kita. Nak terima atau x je.

Aku rindu sangat pada adik yang bongsu ni. Terasa lama sangat x bergurau dan berbual dengannya. Masih terngiang-ngiang soalan-soalan pelik yang ditanya hingga kadang-kadang menggugat kesabaranku. Paling terasa menggugat kredibiliti kalau tak dapat jawab. Hehe... Subhanallah, rindunya...

Dia lah sahabat yang setia menemaniku di rumah dulu. Berebut-rebut channel tv - muak tengok muka sponge bob. Baca buku sama-sama. Makan nasi sama-sama. Senyumannya masih tak luput dari ruang ingatan. Bagai cahaya yang menerangi hati. Cukup untuk membuat hati yang gundah kembali tenang. Tawanya bagaikan penawar yang mengubati jiwa yang dirundung duka. Rajuknya tidak selalu terpamer. Kadangkala menghiburkan, kadang-kadang, membuat diselubungi perasaan bersalah. Tangisannya terasa menyakitkan. Tatkala malam tiba, melihat wajahnya di balik cahaya lampu yang malap, terasa sayu hati. Lirik matanya membuatkan rasa sayang ini melimpah ruah padanya. Cukup besar makna kasih sayang yang Allah campakkan dalam hati adik-beradik ini.

Ya Allah, peliharalah Akif kerana ku yakin, tiada siapa yang dapat menjaganya sebaik Engkau.



p/s : HAPPY 45TH BIRTHDAY ABAH, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI USIA DAN MERAHMATI ABAH SELALU. TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA. HAPPY 7TH BIRTHDAY AKIF UZAIR, SEMOGA ADIK MENJADI LEBIH MATANG DAN COMEY! TUNGGU KAKAK BALIK YE.
Kadang-kadang Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita...
Dia patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat...
Dia memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat...
Dia memberi kita kegagalan untuk membuat kita rendah diri...
Dia menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......
hayati la pemberian dr ALLAH S.W.T
yups..
dan Dia membenihkan rasa rindu di hati kita
supaya kita lebih menghargai insan yang tidak di samping kita
pada waktu ini....


.i miss my family.
alhamdulillah.Allah masih memberi aku peluang untuk hidup di buminya. menghirup oxygen percuma. meskipun kali ini, tidak semeriah smbutan di KMB yang rasanya paling memorable skali thanx to my M06F,rumates2, and all atas sambutan yang pastinya paling manis bagiku.

21 kunci kebebasan? tidak... 21 untuk menjadi lebih matang. 21 untuk lebih banyak amanah yang terpikul dibahu. 21 untuk perjalanan yang insyaallah masih panjang jika dipanjang umur. insyallah... leen akan lebih matang!

terima kasih Allah atas nikmat kurniaan Islam sejak aku dilahirkan. terima kasih kerana tidak pernah sesaat pun Kau meninggalkanku meskipun di saat aku sering lupa menghamparkan syukur padaMu. terima kasih atas ciptaanMu yang sempurna, maka sempurnakanlah akhlakku ya Rabbi...

terima kasih mak dan abah atas kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan insan ini meskipun terpaksa berdepan perit dan getir. terima kasih atas segala-galanya. takkan mampu kakak balas. takkan....

terima kasih pada amin,awis, akif dan keluarga yang sentiasa hadir menyerikan perjalanan hidupku sepanjang 21 tahun ini. terima kasih atas sokongan dan kasih sayang. semoga Allah merahmati kalian.

kepada rakan-rakan teman sperjuangan, terima kasih. terima kasih atas ingatan dan doa. terima kasih kerana ada menemani di saat duka dan suka. pastinya aku bukan teman yang baik. tidak pandai menjaga hati. kadangkala tawa dan gurau senda yang berlebihan. mungkin menyakitkan.. maafkan aku. u guys have big role in my life. thanx...

terima kasih semua. tegurlah aku jika aku tersalah kerana fitrah manusia itu lupa. insyaallah aku akan menjadi lebih baek. matang! =p

nota metatarsal : x sabar gilest nak celebrate besday lepas exam. moga dipermudahkan semuanya. doakan kitorg ek...




menemui adikku yang amat aku kasihi,

selamat hari lahir yang ke-18 amin...
masa berlalu begitu pantas untuk kita menyedari yang kita semakin meniti usia. menghitung hari-hari yang berlalu, kita kadangkala alpa untuk mengucap syukur atas nikmat tuhan...alhamdulillah.Dia sentiasa sayangkan kita.

mengimbau waktu dulu ketika kita masih kecil. kakak selalu bawak amin jalan2 dgn stroller. bangga kakak waktu tu. ada adik yang comel dan tak banyak buat perangai. baik sungguh! kita pusing2 satu kampung. indahnya zaman muda-muda.

dah besar sikit, kita pakai baju yang sama. kakak ingat lagi mak selalu belikan kita T shirt yang sama. Cute Maree kaler merah! tangkap gambar kat dalam estate kelapa sawit. apa la yang kita tahu tentang erti susah atau penat. yang penting kita enjoy main. masa tu kita tinggal kat rumah taman. mak ngan abah pegi keja. tinggallah kita kat umah cik nora. main,main,main. sampai kakak masuk tadika. waktu tu,kakak cuma ada amin, amin cuma ada kakak. tapi kita bahagia. setiap hari tunggu mak balik dengan senyuman sampai telinga. tiap2 hujung minggu, mak ngan abah bawak kita gi makan kfc. best sgt! manisnya saat itu.



kakak masuk sekolah. seronok! setiap hari emak hantar kakak sebelum pegi keja. whoa! semangat sungguh kakak belajar. (kononnya) hehe... waktu ni kita dah tak main2 ligan2 lagi. kita dah besar sket. dah malu nak buat mak marah kita. kita makin membesar. kakak dah x ingat betapa banyaknya peristiwa yang berlaku. masa terlampau cepat menginjak. yang kakak ingat awis lahir selepas tu. kita seronok sgt dapat adik.awis qushairi. kesian awis selalu kena ejek 'awis pokok ceri'. hehe. sempena nama pokok ceri depan rumah cik nora. best2! adik kakak dah bertambah. awis memang comey. tapi kakak tetap sayang amin.




habis UPSR, kakak dapat tawaran masuk asrama penuh. tapi kakak tak sanggup nak tinggalkan rumah. kakak tau nanti kakak akan rindukan rumah. mak,adik2,abah, kawan2. kakak tak sanggup ambil risiko. kakak tolak tawaran tu. biarlah kakak habiskan sedikit masa lagi di rumah. rasanya pilihan kakak tepat. yup!

sejak kakak bergelar pelajar sekolah menengah, amin pulak dah masuk sekolah rendah. sronok! kita masing-masing dah lebih 'matang'. hehehe. jadi budak sekolah yang baik. kakak suka tengok amin pakai songkok pegi sekolah. kakak ingat lagi. nampak baik sungguh adik kakak. tapi kakak sedar. kita makin sibuk. masing-masing dengan hal sendiri. nak buat keja sekolah. kakak sedar kakak selalu pentingkan diri sendiri. kakak bukan x nak ajar amin. tapi kakak memang x reti nak ajar orang. amin x kisah pun. kita membesar lagi. kita dianugerahkan lagi seorang penyeri rumah, akif uzair. kita terasa lebih perlu menjadi dewasa sebab kita dah jadi kakak dan abang.

kemudian kakak masuk asrama. pertama kali kakak pergi agak jauh dari rumah. kakak sedar, kita sudah x serapat dulu. mungkin sebab kita sudah x bermain bersama. kita dah x berkongsi cerita. bukannya setiap hari kakak dapat call rumah. setiap kali call juga, amin selalu tiada. jarak mula memisahkan kita. tapi kakak x penah lupa utk ucapkan gudluck setiap kali kita nak exam.

kakak nak terus mengimbau masa silam yang penuh dengan warna. cerita. suka. duka. girang gembira. kadangkala air mata. kita membesar bersama. mencari haluan sendiri. hingga saat ini, kakak sedar. kita tidak serapat dulu. kita sudah tak berkongsi semua cerita kita. amin mungkin sudah jarang di rumah. kakak lebih senang berbicara dengan mak. awis dan akif terasa lebih memerlukan perhatian kakak. mungkin itu salah kakak. lambat sedar yang kita semakin jauh.

bicara sepanjang ini masih tak dapat menggambarkan betapa kakak sayangkan amin. mungkin kakak tak selalu menyatakan rasa hati. tapi ketahui lah amin, kakak sayangkan amin. sama macam kita kecik2 dulu. kakak masih akan menangkan amin kalau amin berebut barang dgn org. kakak masih mengambil berat. kakak tak pernah lupa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan adik-adik kakak. maafkan kakak kalau selama ini kakak terlalu banyak masa bersendiri. maafkan kakak kalau kakak bukanlah kakak yang terbaik buat amin. namun percayalah jauh di sudut hati kakak, amin tiada gantinya. kakak sayang amin!

untuk hari lahirmu kali ini, kakak panjatkan rasa syukur pada Allah kerana menganugerahkan amin kepada kakak. bukan kepada orang lain.

selamat hari lahir amin. semoga lebih matang menghadapi hari-hari mendatang. semoga Allah memelihara kita dengan rahmat kasih sayangNya. semoga hidupmu akan sentiasa gembira dan bahagia. moga amin akan menjadi anak yang baik. kebanggaan mak dan abah. juga kebanggaan kakak. jaga hati mak dan abah selalu. kebahagiaan kita atas restu mereka. kakak jauh di sini tapi kakak percaya, amin pasti mampu menjaga mak,abah dan adik2. itu doa kakak. teristimewa buatmu...
....my dearest amin...






nota metatarsal : tunggu kakak bawak blk adiah ye. thanx painpal for the birthday card! btol2 mood booster! =)
alhamdulillah...

"kakak jangan risau. mak ok je ni. jangan risau tau. nanti mak kirim barang yang kakak pesan tu ek.."

mak..mak...tengah sakit-sakit pun ingat jugak dia pasal ikan kering yang aku pesan.. itulah kasih seorang ibu.

syukur Ya Allah. ku tak mampu untuk berada dekat di sisi mak di saat ini. apatah lagi untuk menyuap makan minumnya, menemani tidurnya. tapi aku yakin ya Allah. Kau pasti mampu menjaganya lebih daripada dayaku...

maafkan kakak mak sebab kakak x dapat jaga mak. tapi ketahuilah, kakak sentiasa mendoakan mak dan berharap mak cepat sembuh. kakak sayang mak!


saya nak balik Malaysia!