Showing posts with label .:f.r.i.e.n.d.s:.. Show all posts
Showing posts with label .:f.r.i.e.n.d.s:.. Show all posts
Assalamualaikum wrt wbt.

Makin banyak masa yang lapang, makin malas pulak update blog. Sebenarnya sudah 2, 3 kali saya tulis kemudian delete entry-entry sebelum ini. Entah apa la masalah.

MOGA KHABAR ITU MENGGEMBIRAKAN

Sambungan entry saya yang lepas, alhamdulillah, memang khabaran yang gembira yang saya terima. Syukur ke hadratNya atas limpah kurnia. Jujurnya, saya rasa tidak layak untuk keputusan begitu jika dibandingkan dengan usaha yang tidaklah semaksima mana. Namun, atas belas ihsan Allah, alhamdulillah kali ini sekali lagi Allah membantu saya. Sujud syukur.

Kali ini result tidak direleased secara personal sebaliknya dikeluarkan dalam bentuk pdf. Jadi, memang terpampang jelaslah result keseluruhan batch saya. Hanya Allah yang mengetahui betapa tachycardia yang melanda hampir saja membuat saya pengsan [yes, ada unsur hiperbola di situ]. Maklum lah exam IC1 ini bukan calang-calang menakutkan. Kalau diikutkan statistik sebelum ini, memang ramai yang fail semester yang satu ini. Semester berhantu agaknya. Awal-awal lagi kami diingatkan oleh seniors agar fokus dengan pembelajaran dan jangan belajar last minute [like what i usually do before]. Mendengar pula pesanan lecturer yang menggerunkan, diburukkan lagi dengan briefing exam yang hampir-hampir membuat aku pitam. Allahuakbar, benar, ini semua kekuasaan Dia yang membantu aku melepasi ujian ini. Tatkala menyemak result sendiri, mata tertumpu pada highlight pink yang tertulis 'Fail'. Fuh, berderau darah. Untuk memudahkan kerja dan supaya nampak lebih bijak berteknologi, aku tekan CTRL F, menaip student number ku dengan penuh tawakal. Alhamdulillah, tiada garis pink. Kurang gembira kerana tiada result 1st honour, semuanya 2nd class. Cepat-cepat aku usir perasaan itu. Syukur, ini rezeki yang Allah kurniakan. Allah minta aku berusaha lebih kuat untuk semester depan untuk result yang lebih gempak insyaAllah. Alhamdulillah...

Selepas memaklumkan kepada mak dan abah tentang result, aku duduk berteleku sendirian. Teringat sahabat-sahabat lain yang sama-sama berjuang mengharungi semester-yang-bukan-mudah ini. Harapnya mereka juga meraikan berita gembira di mana jua mereka berada. Terkenang kembali senarai pink yang menyakitkan mata itu, hatiku jadi kecut. Nyaris. Alhamdulillah. Bagi sahabat yang ditangguhkan Allah rezeki buat seketika, semoga kalian terus tabah meneruskan perjuangan. Yang paling penting, jangan lupa bersangka baik dengan Allah. Dia melihat setiap usaha kita. Dia tidak zalim.

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."(Al-Mu'minuun: 62)


InsyaAllah semester depan kita akan sama-sama meneruskan usaha ok! Semangat2! Bertenang tau jawab exam nanti. InsyaAllah akan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua dengan doa. Gambatte!

The one who kneels to Allah can stand up to anything.

FAMILY TRIP KE LANGKAWI

Wohohoho. Alhamdulillah, kali ini dikurniakan kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi. Dekat je dengan Penang. Alhamdulillah sempat jugak pegi sebelum cuti sekolah tamat. =)

Sangat gembira percutian 3D2N di sana. Lebih gembira kerana bercuti bersama orang-orang yang tersayang. Banyak sangat gambar yang disnap. Hampir 1GB. Mantop sungguh. Next, mahu pergi ke Lost World Tambun selepas ini. InsyaAllah.

LAWATAN SOSIAL KE SEKOLAH LAMA

Hehe. Ala ala bajet artis plak dok update pasal diri sniri. Biar la, dah nama blog sendiri. Ok back to the topic. Since sudah berkurun tidak menjejakkan kaki ke SMKA Al-Irshad, saya tidak mensia-siakan ajakan sahabat saya, Wan untuk ke sekolah berjumpa dengan guru-guru.

Sampai sahaja di sekolah, mula la terasa cuak. Hampir 6 tahun tidak ke sini, entah ada yang kenal entah tidak. Lokasi pertama, bilik sains. Hehe. Nyata sangkaan meleset tatkala cikgu biology Form 2 tersenyum ternampak kelibat saya. Alhamdulillah,ada jugak yang kenal. "Cikgu ingat tulisan awak la...". Urm,redha la dengan trademark sedemikian. Bersembang hampir 15 minit, kami meminta diri. Takut mengganggu sesi pengajaran cikgu. Lagipun kami masih ada beberapa destinasi untuk dituju. Banyak sunggguh perubahan di sekolah itu, bukti telah berkurun lama x melawat sekolah. Aish. Next, berjumpa dengan Cikgu Syidah dan Teacher Lela. URm, memang masih sama seperti 6 tahun dulu. Cikgu Syidah masih dengan sifat keibuannya. Teacher Lela dengan celoteh yang membuatkan saya dan Wan naik lenguh mulut sebab banyak sangat ketawa. Gumbira. Hampir 1 jam melayan komen-komen pedas teacher, kami mengorak langkah ke bilik pengetua. Yes, pengetua masih ingat. =) Sembang-sembang lagi then ikut pengetua ke kantin. Makan mee kari free hari ni. Alhamdulillah.

Mungkin akan mengadakan lawatan ke2. Kaunselor mintak buat program untuk students. InsyaAllah...


SUMMER ALMOST 4 MONTHS

Alhamdulillah. Since result dah released, insyaAllah bercuti selama hampir 4 bulan la saya di Malaysia. Jadi, haruslah memanfaatkan cuti sepenuhnya.

Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya: Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan kelapangan.
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]


Buku sudah dibeli, jadi tuan buku sila baca ye. Habiskan buku 7 habits ok! Harus juga menambahkan soft skills. Akan difikirkan kemudian insyaAllah.

Ok, malam sudah menginjak. Sudah pun membatalkan keahlian Kelab Jetlag. Senyum selalu semua!


"Dan kehidupan dunia ini hanya senda gurau dan permainan. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui"
-Al-Rum : 64-

Allah, tabahkan kami dengan ujianMu yang kecil di dunia ini ya Allah. Janganlah kau uji kami dengan pelajaran kami ya Rabb. Kurniakanlah kami setinggi-tinggi kecemerlangan dalam setiap peperiksaan yang kami duduki. Ya Allah, jadikanlah perjuangan kami ini suatu medan untuk kami menagih keredhaanMu. Kurniakanlah kepada kami kemudahan dalam setiap urusan. Kami memohon rahmat dan kasih sayangMu, ya Rahim... Jadikalah kami insan yang berjaya di dunia dan mendapat ganjaran JannahMu...

"Dan orang-orang yang bejihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat kebaikan"
-Al-Rum : 69-

Ya Allah, kami hambaMu yang lemah. Kami tidak mampu tanpaMu disisi. Janganlah Kau tinggalkan kami walau kadar sekelip mata pun ya Allah kerana kami sentiasa memerlukanMu. Tunjukkanlah kepada kami tatkala kami buntu. Kurniakanlah ilham tatkala kami di saat genting. Ya Allah, redhakanlah jihad kami. Kami yakin akan janjiMu ya Allah.

"Mohonlah pertolongan kepada Allah dan bersabarlah. Sesungguhnya bumi ini milik Allah, diwariskanNya kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dan kesudahan (yang baik) adalah bagi orang-orang yang bertakwa"
-Al-A'raf : 128-

Ya Allah, terangilah hati kami seperti mana Kau menerangi bumiMu dengan cahaya matahari. Lapangkanlah dada kami dalam menerima setiap ilmu yang Kau ajarkan kepada kami. Permudahkanlah jalan buat kami dan sahabat-sahabat kami Ya Basit. Wahai tuhan yang memegang hati manusia, Kau lembutkanlah hati pemeriksa kami dan Kau hijabkanlah kesalahan kami. Bantulah kami ya Wahhab. Ya Allah, kami bertawakal kepadaMu. Engkaulah yang Maha Mengetahui. Ya Muqit, ya Mujib, ya Qadir, ya Jabbar, bantulah kami. Amin...
Alhamdulillah. Limpah rahmatnya tidak pernah terputus ke sekalian alam. Subhanallah, saya masih berupaya untuk bangun dan berjalan, meneruskan baki perjalanan hidup yang belum pasti tempohnya. Hari ini hari Jumaat, penghulu hari. Hari ini juga bumi Tuhan dimeriahkan dengan sambutan Eid Adha/Hari Raya Korban sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s beratus-beratus tahun dahulu. Allahuakbar!

Kali ini Allah hamparkan peluang untuk saya dan rakan-rakan menguatkan ukhwah sesama kami melalui sambutan Eid Adha bersama-sama di kota asing ini, Dublin. Masih terasa kemeriahan Aidilfitri di kampung halaman 3 bulan lalu bersama keluarga dan sahabat handai. Cuma latar tempatnya berbeza, Malaysia vs Dublin. Tapi apalah sangat bezanya sambutan hari raya di Dublin, kampung orang Melayu ni.

Satu rumah sibuk berpencak silat di ruang tamu (dapur rumah kami x muat 5 orang masuk dalam satu masa) menyiapkan menu pagi raya. Rendang, kuah lodeh, kuah kacang, kek coklat, sambal ikan bilis. Tangan ligat memotong bawang, hati bermonolog mengenangkan keluarga di rumah. Masing-masing memendam sendiri perasaan rindu. Risau hendak meluahkan rindu melalui lisan kepada housemates, takut nanti terzahir dengan rembesan lacrimal gland. Inilah pengorbanan kerdil, moga dipermudahkan setiap urusan oleh Yang Maha Agung. Malam ini kami tidak mahu kalah dengan keriuhan jiran-jiran berparty di rumah tingkat atas. Laungan takbir raya dipasang dengan volume maksima. Lebih aman bunyinya daripada muzik ntah apa2 yang sering kedengaran pada malam2 sebelum ini.




Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil positif, juadah siap terhidang. Penat tapi puas. Menunggu hari esok sambil bertahmid memuji kebesaranNya.

RAYA HAJI DI DUBLIN

Alhamdulillah, tidak seperti tahun lepas, saya dan sahabat-sahabat cuma perlu ada satu kelas hari ini! Lecture neuroscience dari pukul 10 hingga 10.50 pagi. Admin RCSI seolah-olah turut meraikan Aidil Adha. Kesempatan yang terbentang luas bagi kami untuk menunaikan solat Aidiladha. Syukur. Meriah sungguh O'Flanagan Hall hari ini. Merah, biru, turqoise, kuning, gold, hitam, purple, pink, maroon dan segala macam warna yang terdapat dalam kotak kaler Luna memenuhi ruang dewan. Malaysia memang berwarna-warni. Mungkin juga rakan-rakan dari negara yang lain mencemburui kepelbagaian kami. Meriah2.. Lecture temporal bone di pagi hari raya cukup syahdu. Tambah berseri apabila diselang selikan dengan lawak-lawak Tom Farrell. Nasib baik semua masih mampu mampu memberikan konsentrasi sebaik mungkin meskipun ada perut-perut yang bergendang sakan minta diisi. Heee, terbayang juadah di Malaysian Hall dan rumah Haji Fauzi. Makan lagi... Setelah tamat lecture, masing-masing membuka langkah ke destinasi yang tersendiri. Tujuan yang sama. Memenuhi hak perut dan bertemu rakan taulan untuk sama-sama menyambut hari raya Aidil Adha. Lebih kurang sama seperti di Malaysia. Indah.






Eid Adha tour yang bermula dari masa tamat lecture berlanjutan hingga ke malam hari. Satu persatu rumah sahabat dikunjungi. Penat juga la perut berleter minta diberi rehat seketika. Namun, juadah menyelerakan tidak mampu ditolak dengan mudah. Makan dan makan. Dalam kemeriahan kadang-kadang terleka menghayati signifikasi sambutan Aidiladha yang sebenar. Astaghfirullah. Malam itu saya dan rakan-rakan berhalaqah mengingatkan antara satu sama lain. Surah Ibrahim kami baca dan hayati, ungkapan ikhlas cuba kami huraikan satu persatu dalam konteks kehidupan. Pengorbanan manfaat diri dan kepentingan individu perlu kami laksankan demi mengejar ikhlas. Subhanallah, terima kasih Allah. Beginilah sambutan di perantauan. Meriah dalam keasingan. Berjauhan dari keluarga membuatkan kami semua menjadi lebih akrab. Berpegangan antara satu sama lain dalam menempuh suka duka hidup di sini. Semoga ukhwah yang terjalin mendapat rahmat dariNya. Salam eid adha buat semua!

"O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honored of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" (Quran 49:13)

Bismillahirrahmanirahim..

Lama sungguh x menulis. Banyak bahan, namun tiada kelapangan. Bukan tiada, tidak dicari. Cuma hari ni benar-benar rasa mahu menulis sesuatu. Baru pulang dari menziarahi sahabat yang saya kasihi, Wan Syazzawani. Moga di saat ini, Allah melayangkan kekuatan dan ketabahan buat diri sahabat saya yang satu ini. Al-fatihah. Takziah buat pemergian ayahanda yang tercinta ke rahmatullah. Kasih Allah kepada arwah melebihi sayang kita padanya. Sudah tiba masa tuan mengambil kembali pinjamanNya.

Termenung saya mendengar khabar itu. Sudah banyak kali perkara yang sama dimaklumkan kepada saya. Pemergian keluarga sahabat-sahabat saya. Sejak di Dublin lagi. Kini di Malaysia masih terdengar perkara yang sama. Seolah merasa apa yang dirasai oleh sahabat saya ketika melawatnya tadi. Tiba-tiba. Namun itu lah kehidupan. Allah sebaik-baik perancang meskipun kita cuba megatur sesempurna mungkin. Tabahlah wahai sahabat. Allah Maha Mengetahui. Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Tiada satu pun aturanNya atas dasar penganiayaan. Tiada satu pun atas asas kezaliman. Kita doakan yang terbaik,ok?

Kematian by yimss_sindhu.
Takut hal yang sama berlaku pada diri? Pasti. Jawapan yang jujur dari saya. Namun, saya sedar, aturan Allah itulah yang terbaik. Saya berdoa dijauhkan dari ujian yang tidak mampu saya tempuhi.Buat diri, selagi ada masa lakukan yang terdaya. Tiada siapa tahu bilakah saat malaikat maut akan datang menjemput diri bertemu Pencipta.
Alhamdulillah, masa yang dinanti telah tiba! Saat untuk kita berjuang di medan jihad kita, dengan kertas dan pena. Kali ni saya membawakan pasukan emoticon saya khas untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sedang dan akan menduduki exam.



Berusaha hingga ke akhirnya.


Jaga makanan dan kesihatan


Tidur yang secukupnya bukan berlebihan. Otak juga perlukan rehat.


Anda rasa sukar dan payah? Kawan-kawan pasti sedia membantu.


Jangan tension-tension. Allah kan ada..


Practice makes perfect! Bg practical exam, berlatih sampai anda haematemesis (muntah darah).


Minta restu daripada kedua ibu bapa. Minta dan beri kemaafan kpd insan di sekeliling anda.


Jika ingin menaiki bus, pastikan anda benar-benar pasti dengan jadual bus.
(atas dasar pengalaman penulis)


Pecutlah hingga sampai kelajuan Ferrari pun di saat akhir ini.


Kamikaze pun boleh...


Usaha dengan sehabis baik ketika menjawab soalan.


Terlupa? Jangan patah hati. Teruskan berselawat dan minta pertolongan Allah.


Apa jua yang anda usahakan, tawakal padaNya.


Khas bagi sahabat-sahabat Dublin, peka dengan cuaca! Bawa payung jika perlu.


Selamat pulang ke Malaysia dengan selamatnya. Jangan melagho lebih-lebih plak ye da abes exam.


Jangan lupa dunia hanya sementara, akhirat jua yang pasti.



Salam mujahadah dari Team Emoticon! All the best!
pagi yang cerah.gumbira aku hari ni sebab kelas clinical competencies (CC) pukul 11.35pagi! wee! bukan senang nak dpt kelas yang start lambat. sungguh seronok sekali.

selepas menamatkan kelas CC dengan senyuman(memandangkan dapat tutor yang best dan sangat la sporting, aku bergegas ke Reads, salah sebuah kedai buku yang terkenal di Dublin. Aku pun x pasti apa sebabnya. Mungkin harga stationaries di sini 'agak' murah berbanding tempat lain. Ye ke? Yang pasti aku pun turut pergi ke sana. Niat di hati nak membeli plastic container akhirnya tercapai setelah aku dengan berat hati menghulurkan wang 15 euro kepada cashier yang kurang tersenyum kat Reads tu. Xpe... MARA kan bagi duit elaun perkakas. Lagipun memang satu keperluan. Padahal aku nak letak makanan je pun dalam tu (gara-gara geram dgn kehadiran seekor tikus yang tiba-tiba turun dari langit dan menyerang bilikku dan Kak Dya). Kami sangat la kegeraman sampai jadi gundah gulana. Biskut St.Bernard ku juga selamat menjadi hidangan istimewa 'cik ti' itu. Redha.. Sedekah. Mungkin ada yang tidak kena dengan perbelanjaanku. Atau mungkin bukan itu rezekiku. Aku pasrah dengan kekejaman 'cik ti'. Huuuu... Aku akhirnya tekad untuk membeli container. Harapanku gigi 'cik ti' xkan mampu menembusi container plastik yang tebal itu. Kalau masih mampu, pastinya para saintis perlu mencari formula penjagaan gigi dari 'cik ti'. Calcium berlebihan. Tapi aku x pasti ke mana 'cik ti' menghilangkan diri sekarang. Sejak aku pulang ke rumah, x terdengar lagi 'panggilan manja' cik ti yang sentiasa saja mampu mencuri perhatianku. Menyenangkan. Selesa. Bubye 'cik ti'!

Baru sahaja aku sampai ke Aldi(kedai barangan makanan yang murah), Asma menghubungiku. Bertanya sama ada aku hendak melawat Fer atau tidak. Pastinya ya. Teringat sabda Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada sahabat Ibnu Umar, yang bermaksud:

“Seorang Muslim bersaudara dengan Muslim yang lain. Ia tidak menganiayanya, tidak pula menyerahkannya (kepada musuhnya). Barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, maka Allah akan memenuhi pula keperluannya. Siapa yang melapangkan suatu kesulitan seorang Muslim, Allah akan melapangkan baginya satu kesulitan pula dari kesulitan-kesulitan yang dihadapi di hari kemudian.”

Selesai sahaja menghantar bekalan makanan ku(ganti makanan yang dimakan 'cik ti'),aku dan teman2 serumahku lantas menaiki Dublin Bus 123 ke St.James Hospital. Aku yang kepeningan menggagahkan diri. Nasib baik perjalanan tidak mengambil masa yang begitu lama. Hanya lebih kurang 15 minit. Itulah saat pertama aku menjejakkan kakiku ke daerah yang dipanggil 'rumah sakit' secara rasminya. Alhamdulillah. Canggih. Kenangan kali terakhir aku mengadakan lawatan-selamat-tinggal di Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah ketika melawat sepupuku yang diserang gastrik, bermain-main di kotak fikiranku tatkala kaki melangkah menghampiri pintu masuk utama hospital. Juga canggih. Perasaan bangga menyelinap dalam hatiku. Siapa kata Malaysia x maju? Tetiba semangat nationalisme. Insyaallah, akan ku buka hospital sebegini suatu hari nanti di kampung ku(amin...)

Phase 1H route 5. Berpusing-pusing aku dan teman-teman mencari wad Fer ditempatkan. Alhamdulillah. Kami berjaya sampai tanpa sesat. Wee! Fer lesu terbaring di katil. Kelihatan tidak begitu bermaya dan lebih dikawal subconcious mind. Beberapa kali kami terpaksa mengulang ayat yang sama ketika berbual dengannya. Kesan anaestasia pastinya. Alhamdulillah, dia sudah selamat dibedah. inguinal hernia. gerun aku mendengarnya. semoga Allah menenangkan hatinya. Setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya.

So lose not heart, nor fall into despair: For ye must gain mastery if ye are true in Faith.
Ali Imran : 139

semoga Fer cepat sembuh.