Showing posts with label .:melihat keindahan alam:.. Show all posts
Showing posts with label .:melihat keindahan alam:.. Show all posts

Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah. Akhirnya makhluk putih dari langit itu kembali bertamu ke bumi! It's snowing again. (though it's just for few mins. like mak said 'bagi salam je tu')

Yang paling gembira seharusnya adik 1st year :) Allah makbulkan doa mereka,alhamdulillah.

Hari ini diisytiharkan sebagai hari GP Portfolio untuk saya. Biar siapkan awal supaya dapat menumpukan perhatian kepada tugasan lain yang tidak kurang pentingnya. InsyaAllah. Doakan Allah beri istiqamah menyiapakan tugasan saya. Tajuk evidence based medicine saya -fibromyalgia. And I chose transgender as my ethical dilemma project. Whoa! Tak sangka jumpa patient macam tu kat sini.

Ok,'pen-alike-keyboard' off now.



Have a blessed Tuesday everyone!

Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah. Banyak perkara yang berharga berlaku sepanjang kehilangan saya. Semalam semasa sesi usrah, kami menjalankan sesi taaruf suka suki dan soalannya : Apakah perkara yang paling berharga berlaku kepada anda dalam masa sebulan ini?

Perkara pertama yang hadir tanpa berfikir panjang : Jaulah ke Turkey. Ini catatan untuk diri sendiri buat kenangan di masa tua. Uhuk3...

DAY 1 - 9th FEB [Wednesday]

2.00 am

Arrive at Atarturk Airport

J

5.00 am

Sur Hotel Sultanamet

-Luggage

-Relax & recharge

7.30 am

Breakfast

8.00 am

Dolmabache Palace

-Metro [Sultanamet à Kabatas]

11.30 am

Miniarturk

-Metro [Kabatas à Eminonu]

-Ferry [Eminonu à Mini]

-Bus [Mini à Eminonu]

7.00 pm

Dinner @ Bosphorus

-Metro [Eminonu à Sultanamet]

8.00 pm

Hagia Sofia [optional]

9.00 pm

Hotel

-Sleep!

DAY 2 – 10th FEB [Thursday]

9.00 am

Hagia Sofia

-TL20 + TL5

11.00 am

Topkapi Palace

-TL20 + TL5

2.00 pm

Blue Mosque

-Zohor + Asar prayer

3.00 pm

Others

-Hippodrome

-Museum [TL10]

-Basilicca Cistern [TL10]

5.00 pm

Little Hagia Sofia

-Maghrib + Isya’ prayer

7.00 pm

Pick up from hotel

-One Nation Travel

8.30 pm

Depart to Cappadocia

J

DAY 3 -11th FEB [Friday]

North Cappadocia

No Dinner

DAY 4 – 12th FEB [Saturday]

South Cappadocia

No dinner

DAY 5 – 13th FEB [Sunday]

Pamukkale

Overnight bus to Istanbul

DAY 6 – 14th FEB [Monday]

--- am

Arrive Istanbul

Check in Cordial House

10.00 am

Masjid Fatih + Makam

-Metro [Cemberlitas à Aksaray]

2.00 pm

Masjid Suleyman

-Zohor + Asar prayer

3.30 pm

Grand Bazaar

J shop till u drop

7.00 pm

Masjid Sultan Beyazit

-Maghrib + Isya’ prayer

-Dinner

8.30 pm

Back to hostel

DAY 7 – 15th FEB [Tuesday]

6.00 am

Masjid Eyub by taxi

-Subuh prayer

8.00 am

Back to hostel

9.00 am

Free time – shopping maybe? J

2.00 pm

Depart to Atarturk Airport

-Taxi / Hostel

5.00 pm

Depart to Dublin!


Tentatif perjalanan kami

Hari 1 : Dublin-Istanbul [8 February 2011]

Allahu. Hanya Dia yang mengetahui setiap yang dinyatakan atau disembunyikan. Rasa gembira menyelinap ke segenap ruang hati, mungkin serotonin turut mencapai puncak ketika ini. Memandangkan saya dilantik menjadi ketua perjalanan untuk jaulah kami bertiga kali ini, saya pergi lebih awal ke airport setelah selesai memprint initerary flight kami. Untuk ke Turkey, kami menaiki Lufthansa Airlines dari Dublin-German-Istanbul. Saya tiba di Dublin Airport 2 jam lebih awal. Berehat seketika menunggu 2 orang sahabat lain sambil menghabiskan bekalan nasi goreng yang sempat dimasak sebelum keluar rumah.

boleh check in luggage 20kg. suka!

Selesai menghabiskan bekalan, saya mula tidak tentu arah untuk menunggu sahabat yang masih dalam perjalanan. Akhirnya, saya memilih untuk membaca buku 'Secangkir Teh, Pengubat Letih' karangan Ustaz Hasrizal. Habis satu bab. Subhanallah,dalam mencongak-congak keikhlasan hati berjaulah kerana Dia, saya tersenyum sendirian membaca beberapa perenggan terakhir bab 1 buku tersebut:

"Carilah satu dunia asing... untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah;sama ada di tikar sejadah,atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,"itu nasihat saya.

Carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda berjiwa da'ie,yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda,emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi... hanya kamu dan Dia.. tiada yang ketiga.

Selamat mencari damai dan tenteram jiwa,wahai anak muda!"

Allahuakbar, Dia sering menjawab dengan cepat. Teringat pesan mak untuk memperbanyakkan niat, kerana hanya dengan niat, Allah sudah memberikan ganjaran pahala. Niat banyak-banyak. Banyak.

Seketika kemudian, sahabat saya sudah terpacul di depan mata. Kami menuju ke kaunter Lufthansa dan alhamdulillah urusan selepas itu berjalan lancar.

Tatkala kaki melangkah meninggalkan bahagian security yang paling kurang saya gemari, hati terasa begitu lapang dan tenang. Sudah lama rupanya saya tidak keluar dari bumi Shamrock ini sejak masuk ke Intermediate Cycle. Allah,ini juga hadiah terindah dariMu sambil melupakan seketika result exam yang bakal diumumkan tidak lama selepas kami pulang dari jaulah kami nanti.

Seperti biasa, pesawat berlepas lebih kurang pukul 6.30 petang dan kami diberikan makanan sebelum tiba di Frankfurt,Jerman untuk transit. Saya semakin khusyuk menghabiskan bacaan buku Ustaz Hasrizal. Saya mencadangkan buku ini untuk sahabat-sahabat yang ingin ke Turkey. Tidak banyak tentang sejarah,namun cukup molek jika ingin berkenalan dengan bumi khalifah dan penghuninya.

Tidak sedar entah bila saya tertidur tatkala pilot mengumumkan pesawat akan mendarat tidak berapa lama lagi. Allah,Allah,Allah. Gembiranya dan syukur bukan kepalang. Ini saat yang saya nantikan :)

Hari 2 : Istanbul [9 Februari 2011]

Tepat jam 2pagi,kami tiba di Atarturk Airport,Istanbul. Selepas mengambil baggage, kami mencari tempat untuk berehat sementara perkhidmatan Metro [ala-ala LRT di Malaysia] beroperasi. Kami berjalan-jalan tanpa arah di dalam airport yang agak besar dan akhirnya bertemu tujuan apabila terjumpa signboard masjid. Apa lagi,kami masuk dan berehat di situ sementara menunggu masuk waktu Subuh. Ada seorang makcik yang masuk tatkala kami sedang berehat. 2 sahabat saya yang lain sudah enak dibuai mimpi Al-Fateh ketika makcik tersebut menghampiri kami. Saya tersenyum dan memberi salam. Allah, mak cik ni x paham English rupanya. Maka, bermulalah sesi perbualan ayam dan itik antara kami. T_T

Tepat pukul 6pagi, kami bergerak ke arah Metro. Memilih arah Atarturk Airport-Sultanamet,kami memulakan hari pertama dengan doa moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Tukar laluan di Aksaray,kami tercari-cari metro yang dimaksudkan dalam peta. Mujur ada seorang pakcik yang baik hati membantu melihatkan kami yang terkial-kial memusing-musing peta. Adeyh. Alhamdulillah, Sur Hotel Sultanamet memang mudah ditemui. Permandangan indah dari tingkap dan murah. Owner pun memang sangat peramah dan baik. Syukur, Blue Mosque yang sebelum ini hanya dilihat di Google kini benar-benar tersergam di depan mata. Allah...

Kami bersiap-siap di hotel dan terus keluar menuju ke Metro yang memang tidak ubah seperti LRT di Malaysia. Yang berbeza adalah kadar tambang. Di Istanbul, kadar bayaran untuk one-way trip ialah TL1.75 tidak kira sejauh mana pun perjalanan kita menaiki Metro. Jadi, boleh sebenarnya mahu melawat semua stesen metro tanpa keluar. Kami membeli tiket (seakan-akan bentuk token main game) di Jetonmatik dan menunggu metro tiba. Mudah,alhamdulillah.

Destinasi pertama kami ialah Dolmabache Palace. Kami turun di stesen metro terakhir,Kabatas dan berhasrat untuk berjalan kaki ke istana emas tersebut. Dalam perjalanan, kami tergoda dengan papan tanda 'Bosphorus Tour TL12.50' [6.25euro] . Rasanya memang murah pun dan memandangkan masa masih banyak, kami sepakat untuk join tour tersebut. Owh, memang terbaik. Meskipun hampir sahaja bertukar menjadi snowwoman di atas boat tersebut dek kesejukan angin,memang worth it la kata orang. Nampak la segala bangunan termasuk Dolmabache Palace, Bophorus Bridge, istana, keadaan perumahan yang sesak di sebelah Europe dan Asia. Owh, kalau x tahu, Turki ni terletak betul-betul di tengah continent Asia dan Europe. 2 dalam 1 bak kata pepatah.


Selesai tour, kami bergerak menuju ke Dolmabache Palace yang terletak tidak jauh dari tempat tour tersebut. Dari jauh terlihat kemegahan istana yang dibina denga emas dan kristal, lambang kemegahan sultan pada zaman tersebut~salah satu faktor kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Ia dibina oleh Sultan Abdul Majid 1 dengan menggunakan wang negara yang diperuntukan untuk pertahanan pada asalnya. Bayaran masuk ialah sebanyak TL25 jika termasuk Harem [private place]. Lawatan perlu ditemani seorang pekerja di situ yang menerangkan struktur istana tersebut. Tidak dibenarkan mengambil gambar dan perlu memakai plastik bagi mengelakkan kasut anda mengotori karpet tersebut. Anda perlu masuk sendiri ke istana ini dan pastinya menggeleng laju-laju tatkala melihatkan chandelier,crystal stairs,dan pelbagai hiasan lain yang kebanyakan daripada emas dan kristal. Sungguh luas istana tersebut hingga sakit-sakit kaki kami ketika keluar dari istana tersebut. Ia sesuatu yang cukup menyakitkan mengenangkan keborosan pemimpin di kala itu. Sambil-sambil berjalan keluar, 'jauhnya beza rumah di zaman khilafah yang empat dulu dengan sekarang. Nak membandingkan rumah pemimpin di Malaysia? Allah..' Malas berbicara tentang Dolmabache.


Seterusnya kami menaiki metro ke Eminonu [ini ala-ala stesen Bandar Tasik Selatan] yang menjadi tempat bus dan metro bertemu. Kami makan tengah hari di situ. MasyaAllah, kali pertama saya dihidangkan setengah bahagian ayam,memang siap boleh bungkus buat makanan dinner banyaknya. Destinasi seterusnya ialah Miniaturk. Alhamdulillah, saya ternampak pamplet yang dibawa pulang oleh adik rumah saya tentang tempat tersebut. Perjalanan menaiki teksi memakan masa lebih kurang 20 minit,namun dirasakan agak lama dengan mengambil kira skill pemanduan pak cik teksi tersebut yang hampir menyamai Michael Shcumacher. Mengucap panjang kami sepanjang perjalanan. Miniaturk [klik] adalah salah satu tempat yang perlu dilawati jika tidak sempat pergi ke seluruh pelusuk Turkey kerana di sini dihimpunkan monumen dan bangunan comel dari segenap Turki. Mungkin ia hampir menyerupai Minieurope di Brussels,Belgium. Entah,saya pun tak pernah sampai Minieurope. Disebabkan kami sampai agak lewat,maka terpaksalah mendengar audio tour dengan pantas,cekap dan amanah. Tidak rugi TL10 yang dibayar untuk tiket :)

Kami pulang ke Eminonu dari Miniaturk dengan menaiki bus dengan tambang yang masih sama TL1.75. Masing-masing sudah keletihan dan hampir pengsan (ini hiperbola) di dalam bus. Lengkaplah perjalanan menaiki kapal terbang,metro,bus,taxi,berjalan kaki kami untuk hari ini. KebesaranMu Tuhan.
Alhamdulillah atas setiap kurniaan rezeki. InsyaAllah hari ini saya dan sahabat-sahabat akan memulakan kembara bumi khalifah kami, Turkey. Allah, perasaan gembira yang tidak dapat dibendung. Semoga perjalanan ini dikira sebagai ibadah oleh Allah. Doakan keselamatan kami ye. Balik nanti saya cerita ok. Till then,

Assalamualaikum wrt wbt.

Ada sesuatu yang mentrigger saya untuk membaca tentang snowflakes tatkala subuh baru menginjak.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. [Ali Imran : 190-191]

Subhanallah, indah sungguh permandangan pagi ini di saat saya menjenguk ke luar tingkap. Semua warna-warna yang selama ini berselang seli menembusi retina saya kini kelihatan sama, putih bersih. Allahu. Ketenangan yang dibawa bersama dari langit.


Sekian lama bumi Dublin tidak biasa bertemu dan beramah mesra dengan cik salji yang mengembara nun jauh dari langit [Kembara Tian Xia!]. Cuma sejak saya dan rakan-rakan tiba di bumi Shamrock 3 tahun yang lepas, kami dipilih Allah untuk merasa kedinginan dan kejakunan bermain salji. Tahun pertama, saljinya masih malu-malu tapi sudah cukup untuk membuatkan seisi bumi Ireland gembira menerima kunjungan makhluk dari langit itu. Tahun lepas, sedikit lebat. Tahun ini mencatatkan rekod salji paling tebal di Dublin hingga tidak memungkinkan kenderaan awam, iaitu Dublin Bus untuk berfungsi seperti biasa.

Saya teringat jaulah saya bersama Mimie dan Asma ke bumi Czech Republic tahun lepas. Meskipun hanya bertiga, kami benar-benar gembira sepanjang perjalanan tersebut. Apatah lagi mendapat layanan first class daripada sahabat-sahabat kami di sana. Kenangan bermain ski selama setengah hari hanya dengan bayaran beberapa belas euro menjadi kenangan yang pastinya tersemat indah untuk diceritakan kepada handai dan anak cucu [?]. Bergigabyte gambar yang sempat rakamkan. Antara yang paling saya suka :

Credit to Mimie. Anda memang photographer terbaik. =)

Alhamdulillah,subhanallah, allahuakbar. Buat pertama kali dalam hidup saya melihat molekul tersebut dari dekat. Selama ini tidak sedar butiran-butiran halus itu mempunyai bentuk yang sangat indah. Indah lagi Tuhan yang menciptakan.

File:SnowflakesWilsonBentley.jpg

Ini hasil yang saya perolehi daripada carian di wikipedia. Wilson Alwyn "Snowflake" Bentley mendedikasikan hidupnya untuk melakar pelbagai bentuk molekule salji.

Perasan atau tidak kesemua snowflakes tersebut mempunyai 6 bucu @ hexagon, namun tiada satu pun yang mempunyai bentuk yang benar-benar sama. Ini disebabkan 1 snowflake terdiri daripada 1019 water molecules. Bila air turun dari langit di dalam speed yang berbeza dan temperature serta humidity yang berbeza. Kiranya water molecules tu akan ‘menjadi ais’ pada rate yang berbeza, maka jadilah corak yang berbeza.

Kalau ada setitik air yang turun dalam rate yang sama, dan speed yang sama, serta temperature yang sama maka akan ada 'kembarlah' snowflake itu. Begitu jugalah kejadian manusia. Tiada yang serupa@identical meskipun hampir kesemuanya mempunyai 46 chromosomes. Subhanallah. Perbezaan pendapat adalah sesuatu yang pasti namun kebijaksanaan kita menguruskannya yang menjadi dinding pemisah antara perpecahan atau sesuatu yang lebih hebat. Jadi, setiap kali terasa marah atau geram dengan manusia lain, ingatlah :

"No two snowflakes are alike"

Mereka turun dari langit secara berjemaah dan hinggap di mana-mana ruang di muka bumi. Jika ia memenuhi jalan, maka terpaksa bersusah payahlah pakcik-pakcik mengalihkannya daripada ruang lalu lintas. Jika ia hinggap di pohon, maka beriya-iyalah kami semua menangkap gambarnya. Jika ia akhirnya cair di jalanan, maka akan berairlah kawasan tersebut hingga memungkinkan mana-mana manusia yang jauh lebih besar untuk jatuh dengan bangganya. Allahu. Jika kita benar-benar berfikir. Sama lah kita seperti snowflakes, diturunkan ke Bumi secara berjemaah oleh Allah, namun dengan tugas yang lebih berat. Tugas yang enggan ditanggung oleh gunung yang terpasak kuat di Bumi sekalipun. Maka saya berpesan pada diri sendiri:

You are the best community ever raised among the people: you advocate righteousness and forbid evil, and you believe in GOD. If the followers of the scripture believed, it would be better for them. Some of them do believe, but the majority of them are wicked.
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah,kini Ireland benar-benar dihiasi bunga-bunga. Subhanallah,cantik sangat! Sempat berpicnic bersama geng usrah setelah menghabiskan weekdays yang memenatkan di Beaumont. Jazakillah sisters!

Geng usrah saya! Gonna miss u guys this summer.

Setiap hari berjalan melalui kawasan ini. Terdetik hati mahu membawa anak berjalan-jalan di waktu petang. Bilakah.... Terima kasih teman dan adik-adik. Sepetang di Stephen's Green Park yang sangat indah,seindah tautan ukhuwah kita.

Subhanallah. Tidak perlu ke Holland untuk permandangan sebegini. Buat teman-teman, mari melawat Ireland!

Ok, izinkan saya ubah mood spring yang indah ke isu semasa. Bertukar! Baru semalam rasanya kami berhalaqah bercerita tentang berita menarik global mahupun tanah air.

Cerita Iceland yang menakjubkan. 'valcano dalam peti sejuk'.

The science of volcanic eruptions


Eyjafjallajökull Volcano: Volcanic ash causes travel disruption

Alhamdulillah tiada kecederaan yang dilaporkan. Cuma masalah flight delay je. Mampukah kita escape ketika bumi digoncangkan dengan sangkakala Israfil nanti? Paling penting, sudahkah saya bersedia?

Hari ini berkesempatan menjengah berita di tanahair yang dirindui. Dimulai dengan Utusan Online. Urm, headline tersebut benar-benar menyentap jiwa saya.

Astagfirullah..Mengucap panjang saya membaca keratan berita ini. Ini benar-benar melampau. Syaitan pun pastinya gerun dengan ke'syaitan'an manusia kini. Negara saya ke ni?

Termenung lagi. Geleng kepala. Tersenyum pun ada membaca berita ni. Bukan kelakar,sekadar pelik. Malaysia oh tanahairku...

"In family and personal matters, Muslims in Malaysia are governed by Shariah or Islamic law, which forbids the consumption of alcohol." -owh ye? Alhamdulillah KALAU betul-betul dijalankan.

The Malaysian show's official Web site said "the party is only open to non-Muslims aged 18 years and above. Previous major pop concerts in Malaysia, including one by the Black Eyed Peas in 2007, have always been open to Muslims." -moga Allah hindarkan mana-mana muslim.

She said the concert would not have been permitted at all under normal circumstances because government regulations forbid alcohol companies from organizing concerts. But authorities made an exception on the hopes the event would boost tourism, the official said on condition of anonymity because she was not authorized to make public statements. Guinness must not use its logo in concert publicity material, she said.

Urm, meriah lagi la jalan raya di Selangor nanti. Boleh teduh jalan dipayungi bendera-bendera. Budak-budak plak, happy la dapat pungut duit tampal poster. Paling kurang mesti ada 5-6 pondok-pondok tepi jalan, giat berkempen. Ada 4 calon- P Kamalanathan (MIC), Zaid Ibrahim (PKR) dan 2 parti bebas- S Chandran and Johan Mohd Diah. Semoga pemimpin terbaik yang akan diangkat naik nanti. [MasyaAllah, baru teringat. Belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Ish3, balik ni mungkin bleh ke pejabat pos berdekatan ye. Jalankan amanah anda.]

*klik headline untuk bacaan lanjut.

Ok,sekian sahaja sesi stretching. Back to work.