AL-QURAAN TEMAN YANG SEJATI
walau apa sekalipun jangan tinggalkan Al Quran…bacalah setiap hari paling sedikit 1 helai. Jika sibuk sekali pun carilah masa utk membacanya. jadikan hati kita sentiasa dekat dgn quran kerana quran itu cahaya penyuluh hidup.
Di dalam sebuah hadis Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah swt tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al – Quran ”
Melalui hadis di atas kita dapat mengetahui bahawa Al – Quran adalah pemberi syafaat yang mana syafaatnya akan diterima Allah. Terdapat satu riwayat menyatakan bahawa “Apabila seseorang itu meninggal dunia dan keluarganya sibuk melakukan upacara pengkebumian, seorang yang kacak akan berdiri di bahagian kepalanya.
Apabila mayat itu dikafankan, orang itu akan datang mendiami antara dadanya dan kain kafan itu. Bila selesai dikebumikan, orang ramai akan pulang ke rumah dan datanglah dua malaikat; Munkar dan Nakir cuba untuk memisahkan orang yang kacak itu supaya mereka dapat membuat pertanyaan mengenai iman orang yang meninggal dunia itu tanpa sebarang gangguan.
Tetapi orang yang kacak itu akan berkata :”Dia adalah kawanku. Aku tidak akan meninggalkannya berseorangan walau dalam keadaan apa sekali pun. Jalankanlah tugas kamu tetapi aku tidak akan meninggalkannya sehingga aku membawanya masuk ke syurga!”
Selepas itu dia berpaling ke arah mayat sahabatnya dan berkata :”Akulah Al-Quran yang mana engkau telah membacanya kadang kala dengan suara perlahan dan kadang kala dengan suara yang kuat”.”Janganlah engkau bimbang. Selepas pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan berasa dukacita lagi” .Bila pertanyaan selesai, orang yang kacak itu akan mengadakan untuknya satu hamparan sutera yang penuh dengan kasturi dari malaikat – malaikat dari syurga”
Alangkah indahnya dan bahagianya sekiranya orang itu adalah kita. Kita tahu tentang tingginya syafaat Al – Quran tetapi dengan mengetahuinya sahaja tanpa berusaha untuk mendekati dan merebut syafaat itu kita adalah orang-orang yang rugi.
Cuba kita renungkan sejenak diri kita sendiri. Ajal dan maut adalah ketentuan Allah. Bila ia telah datang kita tidak akan mampu memperlambatkan atau mempercepatkannya walaupun untuk tempoh sesaat. Dan apabila berada di alam kubur siapakah lagi yang akan menemani kita jauh sekali memberi bantuan kecuali amalan – amalan kita sewaktu di dunia.
Allah telah menjanjikan Al – Quran sebagai pemberi syafaat terulung dan janji Allah itu adalah benar. Dekatilah Al – Quran dan jadikalah ia teman di dunia dan pemberi syafaat di Akhirat.
Semoga Allah swt memberikan kita restu dan hidayahnya.. Amin..


Ini filem yang menjadi pilihan adik-adik saya. Suka betul pengarah negara ini dengan isu rempit kan. Saya cuba bertanya2 dengan Akif, cuma cerita lawak yang melekat di kepalanya. Takut jugak kalau terikut dengan perkara yang tidak baik. Alhamdulillah tidak ada aksi Akif merempit dengan basikal lagi setakat ini. Nauzubillahiminzalik.




Hari ke 9 di Malaysia. Panasnya masih sama. Jet lag pun masih di tahap merisaukan. [tapi best sebab skang dah ada Syara kadang-kadang menemani.]
Alhamdulillah hari ini bangun lebih 'awal' daripada semalam apabila berjaya tidur tatkala jam menunjukkan lebih kurang pukul 7 pagi. Urm... Dah berjanji dengan mak untuk teman ke majlis kenduri berdekatan rumah. Dengan sepantas kilat bersiap ala kadar lalu buat kali keduanya, keluar di waktu siang hari. Yes, di kala matahari betul-betul di atas kepala.
Dari kejauhan dah nampak kemeriahan walimah di kampung. Siap dengan marhaban skali. =) DAh siap bersalaman dengan puan rumah, kami pun beratur mengambil makanan [teringat zaman asrama] dan memilih tempat duduk di sisi paling dekat dengan pelamin. Alhamdulillah dapat jugak merasa nasi minyak. Memang beratur-atur kad jemputan di rumah. Sila rajinkan diri teman mak g kenduri ye cik leen...
Lamunan terstop bila tiba-tiba suasana jadi bising. Memang rezeki kitorang tengok pengantin sampai. Subhanallah, cantik amat. Berseri-seri! Silap xde kompang je. Riuh plak pakcik DJ jemputan tu berceloteh, tersipu-sipu la pengantin. Ada jugak terfikir nak request pakcik tu pasang lagu Maher Zain. Lagi la meriah. Bosan plak dengar lagu pengantin melayu ni. [Ewah...]
Alhamdulillah,terbina lagi sebuah masjid. Saya tumpang gembira dengan kegembiraan pasangan tersebut. Melihat betapa besar harapan yang disemai, saya doakan mereka berbahagia hingga ke syurga.
Next, wedding Sarah@Caah. Saya x pasti sama ada Allah akan izinkan saya menghadiri wedding tersebut atau tidak. Memandangkan lokasi walimah adalah di Selangor, saya agak berkira-kira untuk hadir. Namun doa akan sentiasa mengiringi insyaAllah. Semoga menjadi isteri yang solehah dan bidadari di syurga, Sarah. [0.00001% chance Caah akan baca ni]