Assalamualaikum wrt wbt.

Mengisi sedikit masa yang terluang dengan menjenguk blog yang sekian lama dilupakan. Usai exam Psychiatry yang T_T tempohari, saya dan rakan-rakan perlu bersedia untuk memasuki rotation yang dikatakan paling sibuk untuk tahun ini iaitu Obstetric & Gynaecology.

Baru seminggu berada dalam rotation ini. Minggu lepas saya dihantar ke peripheral hospital di Mulingar (Midland National Hospital) selama seminggu. Memang selesa dengan katin double bed dan satu single bed. Boleh melompat dari katil ke katil kalau tension. Letaknya pula betul-betul di atas sebuah bar. Alhamdulillah tiada suara bising malam2, ditambah dengan sedapnya heater yang terpasang, nikmat tidur.

Kali pertama menyaksikan kelahiran bayi di sini, saya begitu teruja. Meskipun sudah beberapa kali melihat proses delivery di Malaysia tidak lama dulu, labour ward adalah antara tempat yang saya suka. Tempat yang menjadi saksi kelahiran khalifah penyambung ummah, juga menjadi medan terbaik untuk kembali muhasabah diri.

All of these processes happen naturally,cool isn't it? Subhanallah saya pula yang terlebih sayu dan hampir menitiskan airmata tatkala menyambut kelahiran bayi sulung saya yang seberat 5.05kg! Allahu, memang rewarding sungguh la mak dia mengandungkan dia selama 9 bulan. Semoga Allah permudahkan jalan baby ini mencari Islam. Ameen ya rabb...

Obs&Gynae penuh dengan keajaiban yang mengkagumkan setiap jiwa yang berfikir. If u want to know the Creator, look closely at His creatures. Subhanallah,walhamdulillah.

(tetiba homesick)

Perjalanan yang paling sukar adalah perjalanan melalui 'birth canal', and u survived so far. InsyaAllah teruskan usaha!

3 stages of labour :

1) 1st stage : Progress is measured in term of 1)dilatation of the cervix and 2)descent of the presenting part (kepala) --> measured by portogram. Averagely, in women who have never bear any child (primigravidae), the cervical dilatation is 1cm/hour.

2) 2nd stage : divided into 2 phases
-passive phase : full dilatation till the head reaches the pelvic floor.
-active phase : head reaches the pelvic floor associated with strong desire to push
*masa ni la orang buat episiotomy, instrumental delivery.


3) 3rd stage : delivery of the placenta by controlled cord traction.
-Sign of placenta separation : lengthening of the umbilical cord, gush of blood per vagina, rising up of fundus (upper part of uterus).

Mistake at any step and here go all the complications. So people, be grateful for being so healthy up till today. Subhanallah, betapa Allah memelihara kita dari sebarang cacat cela fizikal. Teringat berjuta-juta genetic/chromosomal disorder yang boleh berlaku sejak persenyawaan berlaku hingga saat kelahiran tatkala menelaah ilmu paediatrics dulu. Jadi, jagalah hak fizikal kita~makanan seimbang, exercise, berubat jika sakit. Jaga juga hak rohani kita. Baiknya Allah. Nikmat mana lagi yang engkau ingin dustakan?


Assalamualaikum wrt wbt.

Such a beautiful reminder.


Struggle to give the very best attention in class, but why not in solat?

Allah doesn't need you, you need ALLAH instead.

You want to talk to Allah? Start praying. Stop whining. Stop complaining. Stop praying just to off load the burden.

InsyaAllah, grant us the khusyuk in solat. Ameen ya rabb.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

18 March 2012. Post St.Patrick Day di kota Dublin Ireland.

Lama benar tidak menulis. Sekarang saya sudah minggu terakhir dalam rotation Psychiatry. @_@

Secara jujur dan jelas nyata, psychiatry bukanlah bidang pilihan saya. In fact, saya rasa ia bertentangan dengan personaliti dan karakter saya. Saya ini kurang sikit human touch nya. Masih terkial-kial untuk memperbaiki interpersonal skill.

Saban hari saya akan menemani Registrar di dalam klinik untuk membantu 'menyelesaikan' masalah yang dibawa bersama oleh jiwa-jiwa yang ditarik sedikit nikmat ketenangan. Macam-macam cerita. Ada yang lucu, sedih, tidak logik dan tidak kurang yang membuatkan saya mengalami mental strain yang teramat.

Pelbagai diagnosis yang dikeluarkan oleh ICD-10 untuk mengklasifikasikan penyakit-penyakit mental ini. Sungguh terperinci. Depression adalah yang paling sering dijumpai di sini,maklum la prevalence pun 1% (maksudnya 1 dalam 100 orang ada depression atau 'kemurungan?') Kasihan orang yang ditarik nikmat ketenangan hati ni. Rasa nak bunuh diri, tidur tak lena, makan x lalu, tak boleh concentrate. Apatah lagi kalau patient yang ada mania. Allah,memang jadi bahan gelak orang je la jawabnya. Ada pula yang datang dengan masalah kewangan dan keluarga yang tidak berpenghujung (aih,pening!)

Mulianya tugas seorang psychiatrist kalau dia boleh berdakwah dalam menjalankan tugas seharian. Kebanyakan masalah yang diadukan tu sebenarnya tidak boleh diselesaikan manusia pun. Semuanya kena minta dari Tuhan~ketenangan hati dan jalan keluar dari masalah.

Oh, random sungguh post saya ni.

Minggu depan akan ada OSCE Exam.

Minggu depan kena submit case records dan psychiatry essay.

Lagi 2 minggu depan akan bermula rotation Obs & Gynae.

Serabut juga sekali sekala.


InsyaAllah,berusaha!

Bak kata Rabiatul Adawiyah, "Dunia ini asalnya daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah". Jadi, cuba letakkan dunia ini di tangan, bukan di hati :)

TARGET KEHIDUPAN
1. Gadis yang membantu
2. Isteri yang solehah
3. Ibu yang pintar
4. Nenek yang memahami
5. Wanita dalam masyarakat

(^_^)V

Lagu di playlist yang bakal diulang selama sebulan sebelum jumpa lagu baru.


Doakan saya please :)
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt. :)

Hari ini sungguh menggembirakan.

1) Sudah hampir sembuh daripada batuk dan selsema. Telah pulih sepenuhnya dari demam! Syukur,alhamdulillah! Semoga lebih menghargai nikmat sihat.

2) Berjaya makan nasi dengan sayur yang banyak tanpa rasa tidak lalu.Makan dengan banyak hingga menyebabkan rembesan melatonin berganda-ganda banyak (non medic baca:mengantuk)

3) Dapat sembang agak lama dengan mak dan Amin. Senyum sampai telinga hari ni :) Alhamdulillah.

4) Berjaya mendapatkan 2 cases untuk case upload nanti. Terima kasih makcik COPD dan pakcik pancytopenia :) Semoga cepat sembuh dan segera mengatakan tidak kepada rokok.

5) Filem Hafalan Shalat Delisa sudah habis ditonton! (walaupun dalam keadaan separa sedar di akhirnya maka tidak layak membuat sinopsis.) Apa yang pasti, ombak dalam filem ini mesti lebih cantik dari ombak rindu ;)



Maka, bersyukurlah~dengan ucapan dan perbuatan.

Nota metatarsal : Tak sabar mahu pulang ke rumah dan bertemu adik-adik rumah yang baru pulang dari Italy dan Czech. Moga banyak pengajaran/ilmu yang bakal dikongsi.

bookmarks: 0 comments | edit post