Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ini saya mendengar seseorang menceritakan tentang kisah Jaafar bin Abi Talib. Too bad, saya sangat mengantuk dan tidak mampu fokus. Pulang ke rumah, saya qada' kisah yang saya terlepas itu. Allahu,kerdilnya diri. Baru menghadap ObsGynae dan beberapa halangan lain sudah bergudang-gudang keluhan dan rasa putus asa. Orang Islam kena berani! Yosh!

Jom buat kempen satu hari satu sirah. Boleh spend masa menghadap facebook lama-lama melihat kisah orang lain, apa dapat? Jika ingin ditunjukkan jalan yang lurus dan benar, kenalah ambil contoh daripada golongan yang mendapat cinta Allah. Plus, ada la idea nak buat bedtime story dengan anak-anak nanti insyaAllah. Let's!

Peperangan Di Medan Mauta. Menyaksikan Tentera Islam 3,000 menentang Tentera Kristian Rom 200,000

Kebanyakan surat-surat yang dikirimkan oleh Rasulullah S.A.W kepada beberapa orang raja adalah bertujuan supaya mereka memeluk agama Islam. Salah seorang yang dihantarnya ialah Raja Busra, surat kepada raja ini dihantar oleh Haris bin Umar Azdi r.a. Apabila sampai di Mauta, beliau telah dibunuh oleh Sharabbil Ghassani, yakni salah seorang Gabenor Qaisar. Pembunuhan ini adalah bertentangan dengan semua undang-undang kesusilaan di antara suku-suku, sebab Haris Bin Umar r.a. adalah utusan untuk menyampaikan surat.

Rasulullah S.A.W sangat dukacita atas kematian Haris, lalu beliau mengumpul seramai 3,000 pejuang yang gagah berani untuk menentang musuh yang jahat itu. Rasulullah S.A.W melantik Zaid Bin Harith sebagai Ketua Pasukan.


Kemudian baginda bersabda kepada para pejuang yang akan ke medan pertempuran,
" Sekiranya Zaid terbunuh maka Jaafar Bin Abi Talib hendaklah mengetuai pasukan dan jika Jaafar juga terbunuh, maka Abdullah Bin Rawahah hendaklah mengetuai pasukan. Dan sekiranya Abdullah juga terbunuh, maka bolehlah kamu semua memilih seorang ketua di kalangan kamu yang kamu kehendaki."


Seorang Yahudi yang kebetulan berada di situ berkata, "Pasti ketiga-tiga mereka ini akan terkorban, kerana itu adalah lumrah sebagaimana para Nabi yang terdahulu selalu meramalkan."

Sebelum tentera Islam berangkat menuju ke medan pertempuran, Rasulullah S.A.W memberikan sehelai bendera putih yang diperbuat sendiri oleh Rasulullah S.A.W kepada Zaid. Rasulullah S.A.W menemani tentera-tentera Islam beberapa langkah di luar Kota Madinah dan beliau berdoa, " Semoga Allah S.W.T akan mengembalikan kamu semua dengan selamat dan memperoleh kejayaan. Semoga Allah memelihara kamu semua dari segala kejahatan."

Setelah Rasulullah S.A.W selesai berdoa, Abdullah Bin Rawahah menyampaikan tiga rangkap syair yang bermaksud, " Aku hanya menginginkan keampunan terhadap segala dosa-dosa dan sebilah pedang untuk menyebabkan darah-darah merahku memancar seperti air yang mengalir keluar dari mata air...atau sebilah tombak untuk menembusi masuk ke liang hatiku dan isi perutku...dan ketika insan-insan melalui tepi kuburku, mereka akan berkata, semoga engkau telah gugur kerana Allah.. berjaya dan makmur. Engkau sesungguhnya insan yang berjaya dan makmur. "

Pihak musuh pula diketuai oleh Sarjil. Mereka telah mengetahui mengenai persediaan tentera Islam. Sarjil mengumpulkan 100,000 tentera yang lengkap dengan alat kelengkapan perang untuk menghadapi serangan tentera Islam. Ketika Sarjil dan bala tenteranya hendak mara, dia mendapat tahu bahawa Qaisar sendiri sedang mara dengan satu batalion tentera yang terdiri 100,000 orang untuk menolong Sarjil. Apabila berita ini sampai kepada para sahabat yang sedang dalam perjalanan untuk berperang dengan pihak musuh, mereka merasa ragu-ragu dan mereka berfikir sama ada untuk menentang musuh Islam yang berjumlah 200,000 orang itu, atau pun tidak. Atau mereka mengirim utusan kepada Rasulullah S.A.W untuk mendapatkan nasihat.

Dalam ragu-ragu itu, Abdullah Bin Rawahah dengan penuh semangat pejuang berkata dengan suara yang lantang, "Wahai para sahabatku, apakah yang membimbangkan kamu semua. Apakah tujuan sebenar kamu datang ke sini? Bukankah kamu semua datang ke sini untuk MATI SYAHID. Kita sebagai pejuang-pejuang Islam tidak pernah memperjuangkan tenaga kita dengan kekuatan senjata dan kekuatan bilangan tentera. Perjuangan kita adalah semata-mata kerana Islam yang telah dimuliakan oleh Allah S.W.T ke atas setiap kita pejuang-pejuang agama-Nya. Kita hendaklah mempastikan salah satu antar dua, Kemenangan atau Syahid."


Apabila para sahabat yang lain mendengar kata-kata semangat dari Abdullah Bin Rawahah, maka para sahabat pun beriktikad untuk bertemu dengan tentera-tentera Kristian di medan perang Mauta.

Apabila sampai di medan pertempuran, Zaid r.a. mengenggam bendera di tangan dan mengarahkan tugas bagi menghadapi pertempuran. Maka berlakulah pertempuran yang sengit di antara tentera Islam dengan tentera Kristian. Dalam pertempuran yang sedang rancak berjalan itu, saudara lelaki Sarjil mati dan Sarjil sendiri melarikan diri dan bersembunyi di dalam sebuah kubu.

Sarjil telah mengirim berita kepada Qaisar tentang masalahnya dan meminta bantuan tentera, maka Qaisar pun menghantar tentera yang gagah berani seramai 200,000 untuk membantu Sarjil. tentera Islam tetap bertarung dengan semangat jihad walaupun angka tentera musuh jauh berbeza dari tentera Islam yang cuma 3,000 orang sahaja. dalam pertempuran yang sengit itu, maka syahidlah Zaid (AllahuAkbar), Ketua Panglima tentera Islam.

Jaafar r.a. mengambil alih sebagai ketua dan menggenggam bendera. Beliau dengan sengaja melumpuhkan kaki kudanya agar beliau tidak dapat meninggalkan medan pertempuran jika datang perasaannya untuk meninggalkan medan pertempuran itu. Dalam peperangan yang sedang rancak berjalan itu, Jaafar membaca beberapa ungkapan syair. " Wahai Manusia ! Betapa Indahnya Syurga. Dan betapa gembiranya tentang kehampiran! Kecelakaan orang-orang Rom berada di dalam genggaman tangan, aku mesti hapuskan mereka semua."

Dengan memegang bendera Islam yang berkibaran di sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi beliau memegang pedang, beliau terus meluru ke arah musuh. Sewaktu meluru tangan kanan beliau yang memegang bendera telah ditetak, beliau dengan segera memegang bendera dengan tangan kiri, tetapi tangan kiri beliau juga ditetak, beliau tetap memegang kuat dengan mengigit bendera dengan bantuan kedua belah bahunya yang telah kudung. darah mengalir seperti air paip, datanglah musuh dari arah belakang lalu menetak Jaafar sehingga terbelah dua, dan syahidlah Jaafar r.a (AllahuAkbar). Umur Jaafar r.a. ketika itu ialah 33 tahun.

Abdullah Bin Umar r.a. menceritakan, " Ketika kami mengangkat beliau keluar dari medan pertempuran, kami mengira bahawa terdapat 90 liang luka di badan beliau."

Sewaktu Jaafar r.a. terbunuh, Abdullah Bin Rawahah sedang makan daging di penjuru medan peperangan, beliau sudah tiga hari kelaparan. Sebaik sahaja beliau mendengar tentang kematian Jaafar, dengan segera beliau mencampakkan daging dengan berkata, "Abdullah kamu ini asyik sibuk dengan makan, sedang Jaafar telah sampai ke Syurga." (AllahuAkbar)

Tanpa membuang masa, Abdullah Bin Rawahah terus mencapai bendera dan meluru ke arah musuh. Dalam pertempuran itu anak-anak jarinya banyak yang parah dan tergantung isi. Beliau meletakkan anak-anak jarinya ke bawah lalu dipijak dengan kaki dan ditarik sehingga jari-jarinya bercerai dari tangannya. Kemudian beliau terus mara dan beliau berhenti sebentar dan memikirkan tentera Islam yang sedikit berbanding tentera musuh yang ramai. Dalam tengah berangan-angan itu, dia tersentak dan berkata dalam hatinya, " Wahai hati, apa yang menyebabkan kamu memikirkan demikian? Adakah keran cinta kepada isteriku? Kalau begitu aku ceraikan kamu pada saat ini juga. Adakah kerana hamba-hamba? Kalau begitu aku bebaskan mereka semua. Adakah keran kebun? Kalau begitu aku berikan sebagai sedekah"

Oleh kerana keletihan dan kelaparan, beliau turun dari kudanya, sementara sepupunya datang membawa sekeping daging kepadanya dengan berkata, "Kamu tidak dapat tidur dan makan kerana kelaparanmu selama tiga hari."

Apabila Abdullah hendak mengambil daging tersebut, beliau telah mendengar laungan musuh di salah satu sudut medan pertempuran, beliau melempar daging tersebut, dengan pedang yang terhunus, beliau meluru ke arah musuh dan berjuang sehingga beliau Syahid di medan pertempuran itu. (AllahuAkbar)

Ini harga untuk syurga. Di mana kita?
Assalamualaikum wrt wbt.


Semoga anda semua berada di bawah lembayung rahmat Tuhan Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.


MasyaAllah, time flies real fast this year. Indeed! Sedar tidak sedar, saya sudah hampir ke penghujung tahun ke-4 di RCSI. Alhamdulillah. Teringat tatkala zaman kanak-kanak dahulu tiba di kota Dublin dengan penuh kekaguman apabila berbicara dengan pelajar seniors. Kini saya berada di waktu itu~sungguh masa berlalu dengan sagat cepat. Sangat cepat.


Lagi 2 minggu insyaAllah exam ObsGynae akan bermula, 3 hari kemudian disambut dengan Final Exam 4th year. Psychiatry, Paediatrics, Medicine&Surgery. Cuba kekal menjadi waras bukan mudah dalam keadaan yang begitu genting begini. Adakalanya rasa kepala hampir hydrocephalus dan mahu tercabut. Apatah lagi tatkala menghadiri tutorial dan membaca buku. Kenapa makin banyak baca, makin rasa cetek ilmu ni?


Ya, sebab memang Allah izinkan manusia merasa setitik je daripada lautan ilmuNya. Setitik pun dah macam nak cerebral oedema ni @_@ Seringkali juga hati terdetik, kenapa memilih jalan sukar ini? Sepatutnya saya teruskan niat menceburi bidang perhotelan selepas SPM (random?!). Namun, cepat-cepat perasaan itu cuba saya sirnakan dari hati dan benak pemikiran. Ini jalan yang Allah pilih untuk saya, pasti Dia akan tolong dan ia sudah tentu yang terbaik. (^_^)


Usaha. Usaha. Usaha. InsyaAllah bantuanNya akan mengiringi hambaNya yang mengejar redhaNya.



Imam Syafi’i rahimahullah dalam satu kata-katanya yang terkenal mewasiatkan,
Wahai saudaraku, syarat untuk mendapat ilmu itu ada 6.
  1. Kecerdasan
  2. Azam yang kuat
  3. Bersungguh-sungguh
  4. Menyediakan bekal yang cukup
  5. Bimbingan guru
  6. Waktu yang yang lama
Dan satu lagi tradisi ilmuwan dan sarjana Islam ialah mengembara mencari guru untuk menuntut ilmu. Tidak ada ada ulama yang tidak pernah keluar dari kampung halamannya untuk menuntut ilmu. Sehinggakan ada ulama yang melarang seseorang dari mengambil ilmu dari orang yang tidak pernah mengembara seperti kata Yahya bin Ma’in berkata, “Ada empat golongan yang tidak bisa diambil kebaikan dan manfaat darinya….Seorang yang belajar hanya di negerinya dan tidak keluar untuk mencari hadis.”

Imam al-Syafie pernah bersyair:

Aku mengadukan kepada Waki’ (guru beliau) tentang buruknya hafalan
Maka beliau membimbingku untuk meninggalkan perbuatan maksiat
Dan berkata, ‘Ketahuilah bahwa ilmu adalah cahaya
Dan cahaya Allah tidak diberikan kepada pelaku maksiat’

InsyaAllah, saya akan cuba melakukan yang terbaik. Doakan saya dan rakan-rakan! :)


bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

3 weeks into Obs&Gynae and Lord,i'm in love!


bookmarks: 0 comments | edit post


Assalamualaikum wrt wbt.

Mengisi sedikit masa yang terluang dengan menjenguk blog yang sekian lama dilupakan. Usai exam Psychiatry yang T_T tempohari, saya dan rakan-rakan perlu bersedia untuk memasuki rotation yang dikatakan paling sibuk untuk tahun ini iaitu Obstetric & Gynaecology.

Baru seminggu berada dalam rotation ini. Minggu lepas saya dihantar ke peripheral hospital di Mulingar (Midland National Hospital) selama seminggu. Memang selesa dengan katin double bed dan satu single bed. Boleh melompat dari katil ke katil kalau tension. Letaknya pula betul-betul di atas sebuah bar. Alhamdulillah tiada suara bising malam2, ditambah dengan sedapnya heater yang terpasang, nikmat tidur.

Kali pertama menyaksikan kelahiran bayi di sini, saya begitu teruja. Meskipun sudah beberapa kali melihat proses delivery di Malaysia tidak lama dulu, labour ward adalah antara tempat yang saya suka. Tempat yang menjadi saksi kelahiran khalifah penyambung ummah, juga menjadi medan terbaik untuk kembali muhasabah diri.

All of these processes happen naturally,cool isn't it? Subhanallah saya pula yang terlebih sayu dan hampir menitiskan airmata tatkala menyambut kelahiran bayi sulung saya yang seberat 5.05kg! Allahu, memang rewarding sungguh la mak dia mengandungkan dia selama 9 bulan. Semoga Allah permudahkan jalan baby ini mencari Islam. Ameen ya rabb...

Obs&Gynae penuh dengan keajaiban yang mengkagumkan setiap jiwa yang berfikir. If u want to know the Creator, look closely at His creatures. Subhanallah,walhamdulillah.

(tetiba homesick)

Perjalanan yang paling sukar adalah perjalanan melalui 'birth canal', and u survived so far. InsyaAllah teruskan usaha!

3 stages of labour :

1) 1st stage : Progress is measured in term of 1)dilatation of the cervix and 2)descent of the presenting part (kepala) --> measured by portogram. Averagely, in women who have never bear any child (primigravidae), the cervical dilatation is 1cm/hour.

2) 2nd stage : divided into 2 phases
-passive phase : full dilatation till the head reaches the pelvic floor.
-active phase : head reaches the pelvic floor associated with strong desire to push
*masa ni la orang buat episiotomy, instrumental delivery.


3) 3rd stage : delivery of the placenta by controlled cord traction.
-Sign of placenta separation : lengthening of the umbilical cord, gush of blood per vagina, rising up of fundus (upper part of uterus).

Mistake at any step and here go all the complications. So people, be grateful for being so healthy up till today. Subhanallah, betapa Allah memelihara kita dari sebarang cacat cela fizikal. Teringat berjuta-juta genetic/chromosomal disorder yang boleh berlaku sejak persenyawaan berlaku hingga saat kelahiran tatkala menelaah ilmu paediatrics dulu. Jadi, jagalah hak fizikal kita~makanan seimbang, exercise, berubat jika sakit. Jaga juga hak rohani kita. Baiknya Allah. Nikmat mana lagi yang engkau ingin dustakan?