Assalamualaikum wrt wbt.


This is definitely the best for me :)

Pesan mak "jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah. Dia berikan yang terbaik." Kata-kata yang tidak pernah gagal membuatkan hati sebak. Lemahnya jiwa saya, baru dijentik sudah berhari-hari tidur tak lena.

Kena banyak bersyukur baru kali ini Allah beri sedikit ujian. Terkedu mendengar soalan mak di talian phone tempohari, "Kakak,sedar x selama ni Allah beri semua yang kakak mintak. Meskipun pernah menangis keluar exam, Allah masih kurniakan result yang baik. Cuma kali ini, itupun masih ada peluang"

Benar, at least di dunia masih ada peluang kedua. Kalau di akhirat, dengan malu, dengan sedih, dengan kesal. Waktu itu tiada lagi persoalan untuk peluang kedua, destinasi terakhir sudah terhampar di depan mata. Allahu, jauhilah kami dari seksaMu.

Doakan saya., kecemerlangan yang mendekatkan diri kepadaNya.

Gathering strength, i am armed and ready insyaAllah :)
Assalamualaikum wrt wbt.

Kekalutan bergelumang dengan nota dan ilmu Allah yang tidak terjangkau akal luasnya.

Kadang-kadang hati terasa mahu putus asa. Lemah dan terasa cepat lacrimal gland mahu merembeskan isinya.

Sebab dunia ini memang tidak akan mampu untuk dikejar. Kitab sudah mengatakan ia bukan matlamat sebenar. Ia hanya persinggahan. Jangan sampai medan mencari bekal ini melalaikan jiwa.

Hati bukanlah hak mutlak jasad, maka perlu pohon ketenangan dan ketenteraman dari Pemiliknya.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah baru sahaja selesai exam end of rotation ObsGynae. Marathon sungguh sampai 12 stations OSCE dia nak buat, memang RCSI. Semoga Allah lembutkan hati pemeriksa, hijabkan kesalahan dan kurniakan kejayaan yang mendekatkan diri kepadaNya. Ameen ya rabb.

And yes, Obsgynae is definitely a consideration :)

Perjuangan seterusnya bersambut dengan Psych selasa ini.


SENIOR CYCLE 1
WRITTEN
CLINICAL
Psychiatry
08/05/2012
11/05/2012
Paediatrics
14/05/2012
17&18/05/2012
Obstetrics & Gynaecology
19/05/2012
23,24,25/05/2012
Med/surgery/GP
29/05/2012
31/05&1/06/2012


Tunggu result keluar dan beli tiket pulang ke Malaysia insyaAllah. Semoga Allah kurniakan kecemerlangan.

Mohon doakan!

bookmarks: 1 comments | edit post
"I can imagine yourself doing an operation in the theatre as gynaecologist" -Dr.M-

"Awak ni nanti mesti jadi anaesthetist. Gaya dah ada..."

Whatever field I might end up one day, insyaAllah hopefully someone beneficial for the ummah.

Ameen ya rabb.

bookmarks: 0 comments | edit post