Assalamualaikum.

11 days to go! 11!


MasyaAllah, mandi x basah, makan x kenyang [dah makan banyak pun x kenyang?], tidur tak lena macam dulu. Macam-macam bermain dalam otak. Ligat berputar-putar, pi mai pi mai tang tu. Semua benda dirasakan serba x kena. Immune system pula mula buat hal. Virus berjaya jugak meng'invade' semua immunity barrier, maka jadilah demam dan selsema. Rasa mahu cabut hidung, tapi itu hanya itu keselesaan sementara. Akibat ketidaktahanan, akhirnya si anti-ubat menggagahkan diri menelan Panadol Actifast setiap 4 jam sekali. Benar bagai ditulis, relieve symptoms tapi tidak pasti sejauh mana keberkesanannya merawat the actual problem-viral infection. Saya berdoa semoga immuniti badan mampu menentang kuasa jahat yang datang dengan perkasanya. Berusaha T cells dan konco2!

Syndrome yang sama melanda setiap kali musim ini tiba. Bukan musim spring, tapi musim exam. Tapi kali ini brain compression terasa lebih kronik dari biasa. Mengenangkan nota hardcopy mahupun softcopy yang meng'everest' tingginya, terasa unexplained palpitation. Urm, tapi sampai bila harus rasa begini? Masa 11 hari yang berbaki mesti digunakan dengan sebaiknya. Yes! Jangan tension hingga rasa nak campak buku, ia tidak membawa anda ke mana cik leen. Berusahalah dengan sedaya upaya ok. Ambil masa untuk bertenang dan be smart! Kalau tension di luar kawalan, call mak. Bila rasa tiada manusia yang mampu memahami bahasa manusia, call The Creator yang tidak pernah tidur atau pun lupa.

"Those who believe, and whose hearts find satisfaction in the remembrance of Allah. for without doubt in the remembrance of Allah do hearts find satisfaction." [Ar-Rad :28]

Jangan lupa lazimi Al-Quran, banyak motivasi yang Allah beri. Luangkan sedikit masa bersiar-siar di St Stephen Park yang sangat indah ini. Belum pasti tahun depan [belum tentu esok juga], anda akan dapat berjalan-jalan di situ lagi. Jaga hubungan dengan manusia, dan jangan lupa hubungan dengan Allah. Nag Him!

"When My servants ask thee concerning Me, I am indeed close (to them): I listen to the prayer of every suppliant when he called on Me: let them also, with a will, listen to My call, and believe in Me: that they may walk in the right way." [Al-Baqarah :186]



Mintalah pada Allah wahai manusia yang lemah. Dia Maha Mendengar. Tunaikan segala yang wajib, perbanyakkan segala yang sunat. InsyaAllah, Dia dekat. Jadi, teruskan berdoa ok! Jangan lupa berusaha juga! Gambatte!

~kembali mengadap nota Microbiology. Urm, macam mana pulak la bentuk virus dalam badan saya ek. Spiral ke?
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah,kini Ireland benar-benar dihiasi bunga-bunga. Subhanallah,cantik sangat! Sempat berpicnic bersama geng usrah setelah menghabiskan weekdays yang memenatkan di Beaumont. Jazakillah sisters!

Geng usrah saya! Gonna miss u guys this summer.

Setiap hari berjalan melalui kawasan ini. Terdetik hati mahu membawa anak berjalan-jalan di waktu petang. Bilakah.... Terima kasih teman dan adik-adik. Sepetang di Stephen's Green Park yang sangat indah,seindah tautan ukhuwah kita.

Subhanallah. Tidak perlu ke Holland untuk permandangan sebegini. Buat teman-teman, mari melawat Ireland!

Ok, izinkan saya ubah mood spring yang indah ke isu semasa. Bertukar! Baru semalam rasanya kami berhalaqah bercerita tentang berita menarik global mahupun tanah air.

Cerita Iceland yang menakjubkan. 'valcano dalam peti sejuk'.

The science of volcanic eruptions


Eyjafjallajökull Volcano: Volcanic ash causes travel disruption

Alhamdulillah tiada kecederaan yang dilaporkan. Cuma masalah flight delay je. Mampukah kita escape ketika bumi digoncangkan dengan sangkakala Israfil nanti? Paling penting, sudahkah saya bersedia?

Hari ini berkesempatan menjengah berita di tanahair yang dirindui. Dimulai dengan Utusan Online. Urm, headline tersebut benar-benar menyentap jiwa saya.

Astagfirullah..Mengucap panjang saya membaca keratan berita ini. Ini benar-benar melampau. Syaitan pun pastinya gerun dengan ke'syaitan'an manusia kini. Negara saya ke ni?

Termenung lagi. Geleng kepala. Tersenyum pun ada membaca berita ni. Bukan kelakar,sekadar pelik. Malaysia oh tanahairku...

"In family and personal matters, Muslims in Malaysia are governed by Shariah or Islamic law, which forbids the consumption of alcohol." -owh ye? Alhamdulillah KALAU betul-betul dijalankan.

The Malaysian show's official Web site said "the party is only open to non-Muslims aged 18 years and above. Previous major pop concerts in Malaysia, including one by the Black Eyed Peas in 2007, have always been open to Muslims." -moga Allah hindarkan mana-mana muslim.

She said the concert would not have been permitted at all under normal circumstances because government regulations forbid alcohol companies from organizing concerts. But authorities made an exception on the hopes the event would boost tourism, the official said on condition of anonymity because she was not authorized to make public statements. Guinness must not use its logo in concert publicity material, she said.

Urm, meriah lagi la jalan raya di Selangor nanti. Boleh teduh jalan dipayungi bendera-bendera. Budak-budak plak, happy la dapat pungut duit tampal poster. Paling kurang mesti ada 5-6 pondok-pondok tepi jalan, giat berkempen. Ada 4 calon- P Kamalanathan (MIC), Zaid Ibrahim (PKR) dan 2 parti bebas- S Chandran and Johan Mohd Diah. Semoga pemimpin terbaik yang akan diangkat naik nanti. [MasyaAllah, baru teringat. Belum mendaftar sebagai pengundi lagi. Ish3, balik ni mungkin bleh ke pejabat pos berdekatan ye. Jalankan amanah anda.]

*klik headline untuk bacaan lanjut.

Ok,sekian sahaja sesi stretching. Back to work.
Berpinau mata menelaah nota? Mari pinaukan lagi mata anda.


Are these red lines are straight or wavy?

zoptic12.gif


These lines are straight although they do not appear so

http://i2.tinypic.com/xbhfmh.gif

Is the shape below a perfect square?

http://i1.tinypic.com/xbhhlt.gif

Black dot seems to appear everywhere in the intersection

Sorte Prikker.jpg

Circle Illusion, stare the circle in the centre of the picture.

zoptic5.gif

Scroll this page up and down and watch the center square magically move.

http://i2.tinypic.com/xbhkbt.jpg

Stare at the image below and slowly move your head toward and away from the screen.

http://i3.tinypic.com/xbhks9.jpg

Look at the red lines, do they appear to be wavy?

http://i1.tinypic.com/xbhl53.gif

Focus on the middle of the square

zoptic11.gif

Spider Effect

http://i2.tinypic.com/xbhlqr.gif

bookmarks: 0 comments | edit post
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'" (Sahih Muslim no. 469)

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf." (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya, "Jika seorang imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn'... (ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), maka ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu." (Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu'nya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia.'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadis ini)

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawaRasulullah SAW bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?" Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'" (Al Musnad no. 9140, hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' r.a. bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'" (Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit.'" (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur.

Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:"Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur." (hadis ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh." (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain." (disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Saya semakin kurang terurus, perlukan masa untuk kembali kuat mengharung hidup. Ya, memang sedikit lemah namun keyakinan saya pada pertolongan Dia tak pernah sirna. Semoga doa penduduk langit yang sentiasa bertasbih memujiNya ditambah dengan doa hamba yang tidak kenal jemu meminta, dapat mengarahkan pandanganNya kepada saya, meskipun pandangan itu adalah pandangan yang hina. Allah, bantulah aku dan mereka.

Hanya Allah yang tahu betapa ingin kembali ke sisi mereka yang disayangi. Namun perjuangan masih berliku sebelum sampai ke persimpangan itu. Semoga Allah jadikan liku-liku ini sebagai medium saya menjadi matang(yes!). Akif, 1 1/2 months to go! Gambatte!

bookmarks: 0 comments | edit post