Assalamualaikum wrt wbt,


Alhamdulillah kepulangan ke Malaysia kali ini membolehkan saya menonton TV3, TV9, RTM serta segala siaran yang selama ini hanya mampu saya ikuti melalui website internet. Nasib baik juga rumah saya tiada ASTRO. Kalau tidak, mungkin saja saya dah jadi statue di depan kotak bersuara itu.


Salah satu siaran yang jarang-jarang saya tinggalkan ialah Buletin Utama TV3 jam 8 pm. Baru-baru ini banyak pula berita gempar yang dipaparkan. Semalam di awal berita ada video penjenayah terjun dari bangunan. Live! Teringat subjek Theory of Knowledge yang saya 'pelajari dengan sepenuh hati' di Kolej Mara Banting. Urm, macam-macam. [geleng2]


Satu lagi berita yang membuat saya terkedu di depan tv, cerita kemasukan 40 orang ulama ke dalam UMNO. Kenapa saya terkedu? Jawab sendiri. Sebelum ini berita kemasukkan Dr. Mohd Asri ke dalam UMNO turut mencuri perhatian saya. Namun semuanya terjawab melalui kenyataan ini [klik]. Huhu. Semoga kemasukan mereka akan memanfaatkan kerajaan dan rakyat kita. Saya tertarik dengan komen MAZA di dalam blognya :


Ulama UMNO Bakar Kapal


Saya bukan orang politik. Bukan aktivis mana-mana parti. Saya seorang rakyat yang memerhati perkembangan pemikiran Islam dalam negara ini. Artikel ini akan menyebut istilah ulama UMNO atau ulama pro-UMNO. Walaupun istilah ini umum, namun saya mengecualikan mereka yang ikhlas dan tidak bersikap seperti yang disebutkan nanti.

Saya tidak faham mengapakah Umno kebelakangan ini suka berkeras mengambil pandangan-pandangan agama yang bersifat perkauman dan amat konservatif.

Dulu mereka lebelkan PAS demikian. Namun hari ini apabila PAS mula membuka ufuknya, melihat Islam dalam kerangka yang lebih luas, Umno pula yang cuba kembali ke zaman ortodoks tersebut.

Ya, memang masih ada dalam PAS sendiri kelompok yang ‘ala ulama Umno’ hari ini, yang juga mengurung diri dengan pandangan-pandangan yang agak konservatif dan menolak keluasan ijtihad.

Namun suara pembaharuan dan keterbukaan jelas kedengaran dalam PAS. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lagi bersendirian dengan pandangan-pandangan pembaharuannya.

Pelik, sebagai pemerintah mengapa Umno menerima pandangan-pandangan yang sempit itu. Padahal pandangan-pandangan itu hanyalah tafsiran ‘kurang luas’ golongan konservatif agama, atau satu ijtihad yang boleh untuk dilihat atau dibandingkan dengan ijtihad yang lain.

Apakah kerana Umno merasakan bahawa mereka hanya mampu bernafas dalam iklim yang kurang ‘oksigen keluasan ijtihad’ atau hanya gas perkauman dan fahaman ’sempit’ agama sahaja yang mampu menghidupkan Umno.

Atau, apakah ulama-ulama pro-Umno hanya mampu bernafas selagi parti itu dikurangkan oksigen keluasan berfikir? Atau, apakah Umno melihat rupa paras Islam dalamnya hanya mampu dilihat jika ia bersifat keras dan sokongan Melayu pun akan datang kepadanya dengan membakar isu-isu tersebut?

Dimanakah keserasian wajah 1 Malaysia Perdana Menteri dengan pendekatan Islam Umno hari ini?

Sebagai pemerintah bagi sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama, oksigen keluasan ijtihad diperlukan oleh Umno. Mengapakah Umno menerima pendapat-pendapat yang menajamkan salah faham terhadap Islam di negara ini.

Dulu Umno menolak pihak yang membangkitkan tuduhan 300 ribu orang Melayu murtad serta menuduh individu dan institusi itu dan ini sebagai pusat Kristian.

Hari ini pendapat pihak seperti tersebut diterima pakai. Bahkan beliau dijadikan perlambangan ulama pro-Umno. Atau memang Umno kini berminat dengan perdekatan yang sifatkan media antarabangsa sebagai ‘ala-ala Taliban’?

Segala tudingan Umno dahulu kepada PAS sebagai pembawa Islam sempit dan jumud, hari ini PAS hampir dapat membebaskan diri dan imejnya seumpama itu sedangkan sebaliknya Umno pula yang memakai seragam kejumudan dan kesempitan tersebut.

Peguam bukan Islam

Lihat, isu peguam bukan Islam di Mahkamah Syariah. Media-media Umno membesar-besarkan isu ini seakan ia akan memusnah orang Islam.

Diambil pendapat pihak yang menyatakan bahawa itu akan mengelirukan umat Islam dan mengancam Islam. Saya ditanya oleh Utusan Malaysia, namun apabila saya beri pendapat yang berbeza, ia tidak disiarkan.

Isu itu boleh memberikan gambaran salah kepada bukan Islam, dan juga generasi baru Muslim mengenai Islam.

Bagaimanakah mungkin, universiti rasmi kerajaan UIAM memberikan sijil yang sah dalam bidang tersebut kepada peguam berkenaan, tetapi kerajaan yang sama menyatakan ia tidak boleh digunapakai?

Apakah ini secocok dengan keadilan Islam?

Kedua, bayangkan dalam sebuah negara Islam sepenuhnya yang hanya bertunjangkan Mahkamah Ssyariah, tiba-tiba kita beritahu bukan Islam tidak boleh menjadi peguam!

Apakah dalam negara yang berbilang agama ini, mereka akan pandang tinggi tentang konsep keadilan di mahkamah yang bersifat Islam seperti itu?

Peguam ialah pembela. Sesiapa sahaja boleh membela tertuduh di mahkamah Islam. Yahudi pernah menang kes menentang Saidina ‘Ali dalam pertikaian baju besi.

Pada zaman Nabi SAW dan al-Khulafa al-Rasyidin, tiada sistem guaman secara rasmi. Seseorang boleh menuntut keadilan dengan hujah-hujahnya di hadapan hakim. Untuk membela atau berhujah, sesiapa pun boleh berhujah.

Penentunya, sistem kehakiman itu sendiri, bukan peguam. Di zaman kini lebih jelas. Undang-undang telah dienakmenkan. Ia bertulis dan setiap pihak terikat dengan undang-undang bertulis itu.

Sesiapa sahaja yang berhujah, sama ada Islam atau bukan Islam, mereka terikat dengan hal tersebut. Hakim akan menentukannya secara adil. Keadilan sebenar dapat diperolehi jika hakim adil.

Setiap pihak berhak membela diri, dan berhak meminta sesiapa sahaja yang mampu membelanya. Keadilan itu buta warna kulit dan jenis agama.

Islam yang seperti itulah patut digambarkan jika kita ingin menuju kepada Islamisasi negara yang sebenar. Jika ada beberapa peruntukan undang-undang yang kurang sesuai dalam masyarakat yang rencam ini maka ia perlu diubah.

Cara Umno mengendalikan isu tersebut, mengelirukan bukan Islam!

Jika tidak mahu benarkan, mengapa dia diizinkan melalui pengajian dan menghabiskan masa untuk itu, kemudian dimaklumkan ’sijil awak tidak laku’.

Ulama pro-Umno bising. Menariknya, apabila ada orang yang ditahan tanpa diberikan hak perbicaraan, mereka diam! Tidakkah ini mengelirukan Islam dan bukan Islam?

Jika ini tidak diubah, Islam di negara ini terus menjadi defensive, takut pada bayang-bayang sendiri dan gagal memahamkan bukan Islam tentang keindahan Islam.

Lebih 50 tahun Umno memerintah, generasi baru bukan Islam bertambah prejudis dengan Islam yang dibawa oleh Umno. Golongan muda Islam juga demikian.

Agama dijadikan senjata permusuhan, bukan lagi rahmat yang menimbulkan kedamaian dan keyakinan rakyat kepada keindahan Islam.

Jika tanpa pendakwah-pendakwah dan tokoh-tokoh yang ikhlas menjelaskan tentang hakikat Islam sebenar, tentu bukan Islam bertambah prejudis kepada Islam.

Generasi Islam yang terpelajar juga akan mula mempersoalkan Islam seperti ini.

Isu kalimah Allah

Isu kalimah Allah juga demikian. Ulama pro-Umno, termasuk ‘ala Umno‘ yang berada dalam PAS membakar rakyat awam dengan isu ini.

Sehingga ada ulama pro-Umno yang cuba mengkafirkan orang lain dalam isu nama Allah tersebut. Tidak cukup dengan 300 ribu yang dimurtadkan dulu, ditambah pula ahli politik yang cuba dijadikan murtad baru.

Semuanya kerana tafsiran yang sempit. Padahal, isu itu boleh diselesaikan dengan adil dan saksama. Diraikan hak agama lain dan dibuat beberapa peraturan untuk ketenteraman awam. Saya sendiri telah menggaris panduan dalam media. Bukan Islam ramai yang setuju.

Namun, ada yang cuba bermain sentimen rakyat yang kurang faham.

Media Umno pula hanya menerang pendapat sebelah pihak. Namun sekarang apabila melihat kekalahan di Sibu yang membabitkan penduduk Kristian, Umno mula gelisah. Apakah Umno akan meminta fatwa baru dari ‘mufti’ yang setia berkhidmat itu?

Isu masuk masjid

Isu bukan Islam tidak boleh masuk ke dalam masjid juga dipopularkan oleh media Umno. Padahal larangan bukan Islam masuk masjid hanya salah satu pendapat dalam kalangan ulama.

Ulama hadis ramai berpendapat sebaliknya. Ini disebabkan hadis-hadis menunjukkan bukan Islam pada zaman Nabi SAW masuk ke dalam masjid dan mempelajari Islam.

Jsuteru, di zaman kini yang banyak salahfaham terhadap Islam, mereka lebih patut dibenarkan masuk.

Cumanya, letakkan beberapa peraturan atas asas siyasah syar’iyyah (islamic administration). Namun, jika apabila dikemukakan pendapat bahawa bukan Islam boleh masuk ke masjid, bangkitlah ulama-ulama pro-Umno dengan fatwa-fatwa ketat dan seakan hendak berjihad mempertahankannya.

Malang sekali, apabila timbul isu judi bolasepak, tidak pula mereka berani lantang dan tegas. Tidakkah ini mengelirukan? Apa tidaknya, apabila bukan Islam hendak masuk masjid dihalang, tapi apabila diberikan keizinan berjudi didiamkan!

Isu Sebat

Isu sebat tiba-tiba muncul. Dulu Umno sensitif dengan hudud. Dalam persekitaran yang ada, saya juga fikir PAS tidak perlu menegaskan isu hudud. PAS sejak dulu patut angkat isu keadilan seperti mereka lakukan sekarang.

Keadilan itulah objektif. Hudud adalah mekanisma yang boleh diselaraskan apabila keadaan wajar.

Hukum yang baik untuk tempat yang sesuai. Sama seperti wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jika wanita yang baik dikahwinkan dengan lelaki yang jahat, kepincangan akan berlaku.

Demikianlah hudud. Saya telah beri pandangan dalam masalah ini.

Tapi kini, tidak semena-mena tanpa mukadimah yang jelas agar rakyat faham, Umno mencanangkan isu sebat Kartika dan tiga wanita di Wilayah Persekutuan.

Menurut laporan media, mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria kata sesiapa hina hukum sebat murtad kerana ia hukum Allah. Namun, apabila Sultan Pahang batalkan hukuman, beliau berkata itu hak Sultan.

Saya telah beri pandangan dalam kes ini, boleh rujuk laman web saya. Keajaiban ulama dalam media Umno!

Perarakan Maulid

Apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat kata perarakan maulid bukan galakan agama, media Umno dan ulama pro-Umno membuat ulasan.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diserang. Walaupun saya ketika itu menulis dalam Mingguan Malaysia, saya memberikan pandangan yang berbeza.

Artikel saya ‘Melayu dan Mamak Penang’ boleh dirujuk. Media Umno jadikan seakan isu itu benteng Melayu-Islam di Malaysia.

Di Kelantan, lebai entah dari mana datangnya, pun menulis di Mingguan Malaysia kononnya Nik Aziz - Wahabi disebabkan isu-isu seperti ini.

Bisinglah mereka. Malangnya, media dan ulama pro-Umno tidak pula bising keruntuhan moral muda-muda Melayu-Islam saban tahun disebabkan perhimpunan pesta sambutan tahun baru yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin politik!

Inilah ulama yang pro-Umno sekarang. Apakah mereka ini dapat menarik perhatian generasi baharu Islam dan bukan Islam kepada Islam?

Barah

Banyak lagi isu lain jika hendak disebutkan yang membabitkan ulama dalam Umno.

Saya bukan anti-Umno tetapi inilah realitinya. Saya ramai sahabat dalam Umno. Kepimpinan Umno bermula dari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sehingga ke lapisan bawah, ramai yang baik dengan saya. Tapi ini realiti. Kritikan saya untuk semua. Kali ini khas untuk Umno.

1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib akan tenggelam dibakar oleh pemikiran sempit dan berkepentingan oleh sesetengah ulama Umno ini.

Malang sekali, di kala rakyat Malaysia mula bersikap terbuka, memahami Islam dari kerangkanya yang luas, menelaah ijtihad yang berbagai dan bersedia untuk berhujah secara matang, Umno memilih fatwa atau pandangan yang kian sempit dan berkepentingan.

Dunia sudah terbuka disebabkan media baru, Umno cuba kembali ke zaman selepas kemerdekaan.

PAS yang dahulunya dilihat kolot, mula dipenuhi dengan tokoh-tokoh politik Islam yang kian matang dan mampu mengadaptasi Islam dalam lakarannya yang luas. Pada masa yang sama Umno sedang kerumuni oleh sesetengah mereka yang ‘narrow-minded’ dan melihat Islam dalam kerangka perkauman.

Bolehkah 1 Malaysia tajaan Perdana Menteri berjaya jika ini terus berlaku. Generasi muda Islam dan bukan Islam telah jauh ke hadapan meninggalkan kesempitan ini. Islam dalam kerangkanya yang lebih universal akan mengambil tempat.

Ulama Umno sebenarnya sedang membakar kapal sendiri dan menenggelamkannya. Perdana Menteri, patut menilai semula agenda 1 Malaysia!

* Tersiar dalam Malaysiakini pada 28 Mei 2010.

Assalamualaikum wrt wbt.

v (^_^) v

Mana pulak la aku belajar emoticon cam di atas tu. Peace! Masih terjangkit dengan penyakit peace Akif. Hari ini bangun awal meskipun tido lambat semalam. Imsonia kah? Entah la.

Saya ikut mak dan abah pergi bersarapan di luar hari ini. Roti canai dan teh tarik. Fuh, truly Malaysian! Selesai makan, abah bawa kami berjalan ke pekan ahad [saya rasa la nama pasar tu pekan ahad sebab hari ini hari ahad]. Belum pun sempat 10 minit berjalan, mak mengajak kami keluar. Nak pitam katanya. Hehe, mentang2 la tiada air cond atau kipas di situ. Lalu, destinasi seterusnya... Pusat taekwondo islamik! Hik3..

Semalam selepas solat maghrib saya duduk di atas katil, membiarkan fikiran melayang entah sampai ke Ireland. Harus melakukan sesuatu untuk memnafaatkan cuti kali ini. 4 bulan bukanlah begitu lama tapi sayang kalau tidak digunakan sebaik-baiknya. Masa adalah amanah daripada Allah. Urm, bercaturan sendirian di dalam kepala. Mahu menjahit baju, dah banyak sangat baju kurung. Mahu ambil tempahan? Hehe, belum cukup pro bab2 menjahit. Mahu belajar masak...urm, mak pun dah bestest chef ape. Takkan la 24 jam nak bertapa di dapur. Tipu3... Mahu tanam pokok? Menarik, tapi macam kurang gemar pulak berjemur tengah panas [bajet orang putih kah?]. Ting! Tetiba terfikir mahu menyertai taekwondo. Yes,ini memang pengaruh Karate Kid. Rasa mahu belajar kungfu tapi macam bermimpi di siang hari plak. Mana nak cari tok guru macam Jackie Chan? So, taekwondo is the best choice i guess. =) Hasrat hati saya suarakan kepada mak malam itu juga usai solat isyak. Mak membalas dengan pandangan pelik. "Buang tabiat ape anak aku ni?"~mungkin ini yang terdetik di dalam hati mak. Tiada hujan, tiada ribut, tiada salji, tetiba nak blaja taekwondo. Haha, apa2 la mak. Saya pun entah macam mana terdetik idea tersebut.

Lalu, tadaa!

Islamic taekwondo!

InsyaAllah bakal sign up for taekwondo khamis ini! =D Tak sangka ada jugak islamic taekwondo. Pulang sahaja ke rumah, saya terus masuk ke website yang tertera di banner tersebut. klik sini. Serius menarik. Tidak sabar untuk bermula. Hehe. Sebenarnya bukan saya buang tabiat, sekadar mengisi masa cuti. =) Lagipun Saidina Umar r.a pernah berpesan supaya kita sebagai umat Islam untuk belajar 5 perkara :

1. Menunggang kuda
2. Bermain pedang
3. Memanah
4. Berenang
5. Ilmu mempertahankan diri

Malangnya semua pun saya tidak tahu tapi insyaAllah peluang untuk belajar sentiasa ada. Yosh! Jom rakan-rakan! Kita manfaatkan masa cuti!

IBN ABBAS RA BERKATA
" Orang mukmin yang sempurna imannya ialah yang terbaik budi pekertinya dan lunak jenaka pada keluarganya dan sebaik-baik kamu ialah yang terbaik kepada isterinya ( keluarganya )."

Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah, masih berupaya menyedut oxygen untuk hari ini. Semoga dapat terus berbakti pada mak abah dan berusaha memperbaiki diri.

Hari ini saya ikut mak ke pasar a.k.a market. Menu untuk hari ini sungguh simple. Ayam goreng dan sayur masak air. Lama sungguh x makan bayam kegemaran saya. Di Ireland memang tak berjodoh la dengan bayam. Malas cari. Yummy2!

Selepas selesai melawat-lawat pasar [macam muzium plak], saya ikut mak ke klinik kesihatan berdekatan. Menyesal pulak mengadu gigi berlubang pada mak. Saya memang doktor yang penakut. Bercita-cita mahu jadi pakar bius [amin!], tapi melihatkan jarum sewaktu nak check blood glucose pun saya cuak, aish2... Tak cukup practical ke ape ni? Tetiba pulak teringat peristiwa saya lengan saya terpaksa dicucuk sebanyak 4 kali untuk ujian darah di RCSI. Fuh, mau je bersilat dengan nurse tu. Saya yang pada mulanya tutup-tutup mata melihat jarum menembus kulit, akhirnya sudah hilang takut hingga mampu memberikan cadangan kepada nurse tersebut. Selamba pulak tengok jarum tersebut menginvade blood vessel saya. Masalah jugak kalau veins kecik ni. Well, experience is the best teacher. [Lagipun, jadi doktor kita yang cucuk orang ye x? Hik3...]

Sampai sahaja di pintu klinik, kaki saya terasa ringan mahu melangkah keluar dan mengajak mak pulang. Dasar penakut. Tapi mak berkali-kali menyedapkan hati saya dengan mengatakan doktor yang bertugas adalah doktor perempuan yang lemah lembut [hopefully!]. Selesai mendaftar, saya menunggu giliran. Urm, patut la ramai doktor yang belajar di oversea tidak mahu pulang ke tanahair. Dengan bayaran RM1 saya sudah layak menjalani any dental procedure di klinik tersebut. Banyak sungguh bantuan kesihatan percuma yang ditawarkan kepada rakyat, baru saya tahu. Berbanding sistem di Ireland, penduduk dilindungi dengan insurans. Bagi golongan veterans, mereka diberikan Medical Card yang membolehkan mereka mendapat perkhidmatan doktor dengan harga yang lebih murah. Kalau bercakap tentang consultation, sekali jumpa pun melayang 50 euro. Jika mahu bercakap tentang dental procedure, huh sediakan la wang at least 100euro [antara sebab saya tangguhkan dating dgn dentist]. Alhamdulillah, syukur sudah pulang ke Malaysia. =)

Dentist perempuan yang merawat saya sungguh lemah lembut. Best. Rupa-rupanya gusi saya telah membengkak. [swelling=tumor la kan?] Lalu doktor memprescribe Amoxycillin 250g [sejenis antibiotik] sebelum meneruskan prosedur. Minggu depan kena datang lagi skali. Yes! Penat saya cuba mengingati cabang facial nerve [7th cranial nerve] yang melalui parotid gland serta muscles. Yang mampu saya ingat hanyalah masseter dan temporal. Aish3... Nampak sangat sudah lama meninggalkan medical books sejak exam IC1 tamat. Sila mula belajar semula cik leen.Wajib!



Akif sudah pulang dari sekolah. Petang ini mahu ke pejabat Celcom untuk mendapatkan num celcom. Yes, masih berusaha dengan buku 7 habits saya. Yosh! Gambatte!

p/s : Seek first to understand, then to be understood.
Assalamualaikum wrt wbt.

Makin banyak masa yang lapang, makin malas pulak update blog. Sebenarnya sudah 2, 3 kali saya tulis kemudian delete entry-entry sebelum ini. Entah apa la masalah.

MOGA KHABAR ITU MENGGEMBIRAKAN

Sambungan entry saya yang lepas, alhamdulillah, memang khabaran yang gembira yang saya terima. Syukur ke hadratNya atas limpah kurnia. Jujurnya, saya rasa tidak layak untuk keputusan begitu jika dibandingkan dengan usaha yang tidaklah semaksima mana. Namun, atas belas ihsan Allah, alhamdulillah kali ini sekali lagi Allah membantu saya. Sujud syukur.

Kali ini result tidak direleased secara personal sebaliknya dikeluarkan dalam bentuk pdf. Jadi, memang terpampang jelaslah result keseluruhan batch saya. Hanya Allah yang mengetahui betapa tachycardia yang melanda hampir saja membuat saya pengsan [yes, ada unsur hiperbola di situ]. Maklum lah exam IC1 ini bukan calang-calang menakutkan. Kalau diikutkan statistik sebelum ini, memang ramai yang fail semester yang satu ini. Semester berhantu agaknya. Awal-awal lagi kami diingatkan oleh seniors agar fokus dengan pembelajaran dan jangan belajar last minute [like what i usually do before]. Mendengar pula pesanan lecturer yang menggerunkan, diburukkan lagi dengan briefing exam yang hampir-hampir membuat aku pitam. Allahuakbar, benar, ini semua kekuasaan Dia yang membantu aku melepasi ujian ini. Tatkala menyemak result sendiri, mata tertumpu pada highlight pink yang tertulis 'Fail'. Fuh, berderau darah. Untuk memudahkan kerja dan supaya nampak lebih bijak berteknologi, aku tekan CTRL F, menaip student number ku dengan penuh tawakal. Alhamdulillah, tiada garis pink. Kurang gembira kerana tiada result 1st honour, semuanya 2nd class. Cepat-cepat aku usir perasaan itu. Syukur, ini rezeki yang Allah kurniakan. Allah minta aku berusaha lebih kuat untuk semester depan untuk result yang lebih gempak insyaAllah. Alhamdulillah...

Selepas memaklumkan kepada mak dan abah tentang result, aku duduk berteleku sendirian. Teringat sahabat-sahabat lain yang sama-sama berjuang mengharungi semester-yang-bukan-mudah ini. Harapnya mereka juga meraikan berita gembira di mana jua mereka berada. Terkenang kembali senarai pink yang menyakitkan mata itu, hatiku jadi kecut. Nyaris. Alhamdulillah. Bagi sahabat yang ditangguhkan Allah rezeki buat seketika, semoga kalian terus tabah meneruskan perjuangan. Yang paling penting, jangan lupa bersangka baik dengan Allah. Dia melihat setiap usaha kita. Dia tidak zalim.

"Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi Kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya."(Al-Mu'minuun: 62)


InsyaAllah semester depan kita akan sama-sama meneruskan usaha ok! Semangat2! Bertenang tau jawab exam nanti. InsyaAllah akan sentiasa mengiringi perjuangan anda semua dengan doa. Gambatte!

The one who kneels to Allah can stand up to anything.

FAMILY TRIP KE LANGKAWI

Wohohoho. Alhamdulillah, kali ini dikurniakan kesempatan untuk bercuti bersama keluarga di Pulau Langkawi. Dekat je dengan Penang. Alhamdulillah sempat jugak pegi sebelum cuti sekolah tamat. =)

Sangat gembira percutian 3D2N di sana. Lebih gembira kerana bercuti bersama orang-orang yang tersayang. Banyak sangat gambar yang disnap. Hampir 1GB. Mantop sungguh. Next, mahu pergi ke Lost World Tambun selepas ini. InsyaAllah.

LAWATAN SOSIAL KE SEKOLAH LAMA

Hehe. Ala ala bajet artis plak dok update pasal diri sniri. Biar la, dah nama blog sendiri. Ok back to the topic. Since sudah berkurun tidak menjejakkan kaki ke SMKA Al-Irshad, saya tidak mensia-siakan ajakan sahabat saya, Wan untuk ke sekolah berjumpa dengan guru-guru.

Sampai sahaja di sekolah, mula la terasa cuak. Hampir 6 tahun tidak ke sini, entah ada yang kenal entah tidak. Lokasi pertama, bilik sains. Hehe. Nyata sangkaan meleset tatkala cikgu biology Form 2 tersenyum ternampak kelibat saya. Alhamdulillah,ada jugak yang kenal. "Cikgu ingat tulisan awak la...". Urm,redha la dengan trademark sedemikian. Bersembang hampir 15 minit, kami meminta diri. Takut mengganggu sesi pengajaran cikgu. Lagipun kami masih ada beberapa destinasi untuk dituju. Banyak sunggguh perubahan di sekolah itu, bukti telah berkurun lama x melawat sekolah. Aish. Next, berjumpa dengan Cikgu Syidah dan Teacher Lela. URm, memang masih sama seperti 6 tahun dulu. Cikgu Syidah masih dengan sifat keibuannya. Teacher Lela dengan celoteh yang membuatkan saya dan Wan naik lenguh mulut sebab banyak sangat ketawa. Gumbira. Hampir 1 jam melayan komen-komen pedas teacher, kami mengorak langkah ke bilik pengetua. Yes, pengetua masih ingat. =) Sembang-sembang lagi then ikut pengetua ke kantin. Makan mee kari free hari ni. Alhamdulillah.

Mungkin akan mengadakan lawatan ke2. Kaunselor mintak buat program untuk students. InsyaAllah...


SUMMER ALMOST 4 MONTHS

Alhamdulillah. Since result dah released, insyaAllah bercuti selama hampir 4 bulan la saya di Malaysia. Jadi, haruslah memanfaatkan cuti sepenuhnya.

Ibnu Abbas RA berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:

نِعْمَتَانِ مَغْبُوْنٌ فِيْهِمَا كَثِيْرٌ مِنَ النَّاسِ : الصِّحَّةُ وَالْفَرَاغُ

Maksudnya: Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu sihat dan kelapangan.
[Hadis Riwayat Al-Bukhari]


Buku sudah dibeli, jadi tuan buku sila baca ye. Habiskan buku 7 habits ok! Harus juga menambahkan soft skills. Akan difikirkan kemudian insyaAllah.

Ok, malam sudah menginjak. Sudah pun membatalkan keahlian Kelab Jetlag. Senyum selalu semua!