Assalamualaikum wrt wbt.
Angin menderu di luar. Cuaca kian pelik. Peluh hangat di kala musim sejuk. Sesungguhnya ini juga tanda kekuasaanNya. Salji yang dinanti,haba panas yang tiba.
Mula berhibernisasi sejak pulang dari membaham taco fries petang tadi ditemani seorang rakan yang kesedihan menghantar pulang sepupunya di airport. Alhamdulillah, tercapai juga hasrat menjamah makanan yang tidak pernah membosankan itu. Seriously, 4 years and still counting, taco fries tetap di hati,sama macam Aldi. Hikhikhik.Cuma taco fries sekarang sedikit masam, mengeliat nak menghabiskan part-part terakhir hidangan tersebut.
Tatkala jam menginjak ke angka 12, baru saya terbangun dari hibernasi yang agak panjang. Melatonin yang melambung-lambung tadinya kini kian reda (boleh bukak tingkap terjun bumbung kalau still rasa mengantuk!) Usai menunaikan solat Isyak dan witir, saya terduduk di birai katil (urm,birai lah sangat)
PUISI akan berlangsung kurang dari 2 hari. MasyaAllah, ini tahun keempat saya! Siapa sangka dulu peserta, kini sebagai faci. Haruslah saya ini tidak layak, tapi sampai bila nak tunggu layak? Habislah kalau Nabi dulu tunggu lengkap turun satu Quran baru nak menyampaikan.
PUISI akan berlangsung kurang dari 2 hari. MasyaAllah, ini tahun keempat saya! Siapa sangka dulu peserta, kini sebagai faci. Haruslah saya ini tidak layak, tapi sampai bila nak tunggu layak? Habislah kalau Nabi dulu tunggu lengkap turun satu Quran baru nak menyampaikan.
Allah tahu kita mampu, sebab tu Dia bagi kan? Lepas ni kena makan dan hadam bacaan yang diberikan oleh team module yang berwibawa. Kagum saya melihatkan kesungguhan adik-adik ini yang sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menjayakan program ini. Semoga Allah kurniakan keberkatan masa dan ilmu kepada mereka,dan kami juga. Ameen. Berkali-kali saya berpesan, keberkatan bukan entiti yang boleh dikira dengan kalkulator (malahan GDC sekalipun!). Ia kurniaan Allah, jadi kena minta. Selain itu, sunnatullah perlu seiring dengan syariatullah. Usaha,usaha,usaha,doa dan tawakal!
Allahumma yasir wala tua'sir.
Rotation saya selepas ini ialah Clinical Medicine di Kilkenny. Masih belum mendapat sebarang email berkenaan attachment berkenaan. Bagi peluang untuk kami cuti sepenuhnya kot? Saya agak look forward untuk rotation clinical meds tapi bukan surgery. Allahu, kena tingkatkan minat kat surgery ni! Alhamdulillah kali ni saya bersama dengan travel partner saya,maka tiada lagi episod duka brekafast,lunch dan dinner roti. At least semangat sikit nak makan kalau ada orang teman. :) maka, expect juga la higher BMI.
Owh, Akif kini sudah kembali girang gumbira seperti sediakala selepas beberapa hari menjadi kerang busuk. Hebat sungguh penangan orang lepas bersunat ni. Hehe. Semoga menjadi anak yang soleh dan hamba yang taat. X boleh manja-manja mengalahkan kakak ok.
Jam sudah pukul 3am. Perut mula berkeroncong zapin sekarang. Ayuh bersahur dan puasa esok!
Memang tinggi BMI lepas ni!
Subhanallah,beautiful TV programme.
Minit ke-24 : Rasullullah seorang yang berbadan kurus. Contohilah baginda, insyaAllah.
Assalamualaikum wrt wbt.
Allah turunkan manusia ke bumi untuk dua tujuan utama. Beribadah kepadanya dan menjadi khalifah di muka bumi.
Khalifah ialah pentadbir bumi yang berusaha menegakkan hukumNya di muka bumi. Dalam bahasa mudah, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Mungkin personaliti saya yang agak susah marah dan tidak pandai mengekspresi rasa kurang senang,maka saya menghadapi masalah besar untuk mencegah kemungkaran. Saya tidak lantang bersuara apatah lagi berani berdegar-degar menegur secara terbuka. Saya kerap mengambil pendekatan wait-and-watch atau tegur secara lembut.
Tapi kadangkala teguran lembut lebih mendatangkan mudharat dari manfaat. Mana ingin saya cari nilai ketegasan yang mungkin tersembunyi di sudut hati ini?
Benarlah, menyeru kebaikan itu jauh lebih mudah daripada mencegah kemungkaran.
Dengan menyeru kebaikan, kita mungkin akan dilabelkan sebagai 'orang baik'. Tapi sebenarnya 'orang baik' juga harus berusaha untuk mencegah kemungkaran. Apa yang lebih penting, Allah suruh kita menjalankan dua elemen tersebut, bukan dengan pilihan untuk dipilih.
Daripada Abu Said al Khudri r.a katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu,hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman. (Riwayat Muslim)
Allah, hilangkanlah rasa marah dalam hati saya kerana saya mahu menegur atas dasar kasih sayang.
Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah. Akhirnya makhluk putih dari langit itu kembali bertamu ke bumi! It's snowing again. (though it's just for few mins. like mak said 'bagi salam je tu')
Yang paling gembira seharusnya adik 1st year :) Allah makbulkan doa mereka,alhamdulillah.
Hari ini diisytiharkan sebagai hari GP Portfolio untuk saya. Biar siapkan awal supaya dapat menumpukan perhatian kepada tugasan lain yang tidak kurang pentingnya. InsyaAllah. Doakan Allah beri istiqamah menyiapakan tugasan saya. Tajuk evidence based medicine saya -fibromyalgia. And I chose transgender as my ethical dilemma project. Whoa! Tak sangka jumpa patient macam tu kat sini.
Ok,'pen-alike-keyboard' off now.
Have a blessed Tuesday everyone!



