Assalamualaikum wrt wbt.

Almost 4 months. Not bad.

Alhamdulillah sekarang dah final year (^_^). How time flies kan? Masuk minggu ini sudah cukup 11 minggu bergelar pelajar tahun akhir. Final year student. Sewaktu di Connoly Hospital pada minggu pertama dulu, rasa takut memuncak setiap kali ketika menaiki bus ke hospital. Berdebar-debar kalau ada doktor yang bertanya

'Which year are u in now?".
Separuh berbisik 'final year' dengan doa dalam hati 'jangan tanya soalan pelik-pelik dan expect aku tau semua benda please...'.
"Great! U must know everything!"
*pre-syncope and tremor*

Hari- hari seterusnya berlalu dengan sangat cepat, sepantas masa yang berlalu hampir lima tahun. Sebenarnya bukanlah teruk sangat bergelar pelajar final year. Dulu selalu rasa takut nak masuk hospital, kalau nampak consultant rasa macam nak 'honey i shrunk the kid' je. Tapi sebenarnya doktor-doktor ni makin semangat nak mengajar dan membantu kalau kita tunjukkan sedikit usaha dan semangat. Terharu rasanya kalau SHO atau intern sanggup jerit dalam wards untuk carikan patient untuk kita. Sweet.

Tahun akhir lebih kepada kesedaran diri sendiri untuk terasa diri tidak cukup ilmu dan dengan sedaya upaya melengkapkan diri dengan ilmu yang semakin lama semakin endless. Memang endless. Semakin lama belajar, semakin rasa nak habis belajar cepat-cepat, kerja, kahwin dan berhenti kerja. Yes, semangat berkobar-kobar mahu belajar hingga ke tahap tertinggi entah ke mana campaknya. Tatkala berbual dengan rakan-rakan, rupanya itu bukanlah perasaan yang asing. Perasaan itu makin memuncak tatkala mengulangkaji dan terasa medicine ini seperti tiada hujungnya. Belajar surgery, lupa medicine. Belajar medicine, risau surgery tak ingat. Hurm, don't remind me of ear,nose and throat, orthopaedics, anaest dan segala macam subspecialties lain. Kusut sorang-sorang jadinya.

Tapi...

Allah berikan peluang bukan untuk disia-siakan. Diri ini pernah berangan-angan agar suatu hari nanti dapat jadi seorang specialist (xtahu word consultant lagi time tu). Doa tanpa henti, berusaha semampunya dan sentiasa cuba untuk bangun walaupun acapkali langkah tersadung. Menjadi seorang specialist juga adalah cita-cita seorang ibu yang tulus hatinya.

"Jadi doktor ni bukan untuk dunia ja, kat akhirat pun dapat saham. Kalau penat belajar, cuba bayangkan pesakit-pesakit yang bersyukur kalau diberikan kesembuhan melalui kita oleh Allah. Pahala berpanjangan insyaAllah" *homesick*

So, stop dreaming and wake up. Life is more than just thinking about your own comfort. Hidup adalah anugerah dan amanah. ANUGERAH DAN AMANAH.

Daripada anaesthetist ke paediatrics ke internal medicine ke geriatrics. Entah  di mana akan berjumpa hujungnya. InsyaAllah, sematkan niat. Semoga dikira sebagai ganjaran pemberat timbangan di sana.

Doakan saya dan sahabat-sahabat kalau anda terbaca entry ini!
bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Dah lama tak buat perangai begini, maka izinkanlah.

2 days to go!!!

V(^_^)V

Homesiccoccus infection will be healed!

Mohon doakan saya dan sahabat-sahabat.
Assalamualaikum wrt wbt.


Indeed. 10% is really what had happened, the rest of 90% depends on your reaction. This is not going to drag me far from You insyaAllah. This is probably the bestest way for You to whisper to me 'I am indeed near".

Thanks Allah!

nota metatarsal : owh,i like the colour. ku lihat hijau ;)
Assalamualaikum wrt wbt.


This is definitely the best for me :)

Pesan mak "jangan sesekali bersangka buruk dengan Allah. Dia berikan yang terbaik." Kata-kata yang tidak pernah gagal membuatkan hati sebak. Lemahnya jiwa saya, baru dijentik sudah berhari-hari tidur tak lena.

Kena banyak bersyukur baru kali ini Allah beri sedikit ujian. Terkedu mendengar soalan mak di talian phone tempohari, "Kakak,sedar x selama ni Allah beri semua yang kakak mintak. Meskipun pernah menangis keluar exam, Allah masih kurniakan result yang baik. Cuma kali ini, itupun masih ada peluang"

Benar, at least di dunia masih ada peluang kedua. Kalau di akhirat, dengan malu, dengan sedih, dengan kesal. Waktu itu tiada lagi persoalan untuk peluang kedua, destinasi terakhir sudah terhampar di depan mata. Allahu, jauhilah kami dari seksaMu.

Doakan saya., kecemerlangan yang mendekatkan diri kepadaNya.

Gathering strength, i am armed and ready insyaAllah :)