Assalamualaikum... ~terasa kekok

(drama swasta di pagi hari)
Labah-labah : Seronoknye bwat rumah kat sini!
Pokok menjalar : Aa, setuju2! Mana la pegi tuan blog ni. X reti2 nak update?

Adeyh, lama sungguh x mengetuk keypad menzahirkan rasa. Lama. Terlampau banyak yang tersimpan sampai x tau mana satu yang patut saya ceritakan. Terlampau banyak.

Menyelak cerebrum... Nak mengimbas kembali pengalaman cuti musim panas lalu? Nak berkongsi luahan cerita hehidupan sebagai 'kakak rumah'? Nak membebel tentang masalah internet yang alhamdulillah baru sahaja selesai? Urm, mungkin juga berceloteh keseronokan ber'picnic' di Powerscout hujung minggu lepas? Subhanallah, cepatnya masa berlalu. Sedar atau itu, itu semua kenangan.
Baiklah, ikut cakap mak saya. Satu persatu. Sekadar nak berkongsi pengalaman yang amat-amat bermakna bagi saya ketika bercuti di bumi tercinta, Malaysia. Sayang kalau x direkodkan, rasa kedekut kalau x berkongsi~erk.. Tidak pernah mak kepung saya di rumah. Mak tahu saya ada banyak tanggungjawab. Bukan hanya pada mak abah dan keluarga. Saya dihantar belajar ke Ireland dengan duit rakyat jadi selayaknya cuti saya dihabiskan dengan berkhidmat kembali untuk penduduk Malaysia (walaupun bukan semua 27+ juta). here we go!

PROGRAM MOTIVASI
Belum sempat kaki menjejak bumi tercinta, Cikgu Asma (cikgu darjah 1 yang paling garang) menghubungi saya. Hajatnya meminta saya datang ke sekolahnya dan berkongsi sedikit sebanyak pengalaman sukar untuk saya tolak. Saya mencuba yang termampu. Indah rasanya memberi. Syaratnya mudah,ikhlas. Semoga adik-adik ini berjaya dalam kehidupan mereka, biar lebih dari saya. Amin....

PROGRAM KHIDMAT KASIH (GUA MUSANG, KELANTAN)





Program Khidmat Kasih anjuran PPIMI + PMC. Ini adalah program pertama yang saya sertai semenjak pulang bercuti. Banyak pengalaman dan cerita yang saya kutip sepanjang 4 hari berada di bumi Kelantan yang hampir tidak pernah saya kunjungi. Haih, pengalaman digelakkan oleh sorg pakcik ni sebab x paham cakap loghat klate pun masih tersemat kukuh dalam ingatan saya. Kenapakah bahasa kelantan menjadi sedemikian rupa? (sila jawab jika tahu jawapan) Owh ye, saya dapat keluarga angkat di Kelantan! Layanan yang cukup mengharukan. Tenkiu Ma dan Abah. Sempat juga berkunjung ke rumah sahabat-sahabat saya di negeri cik siti wan kembang itu. Anda semua mmg tourist guide terbaek! Keterangan mengenai program ini? Sila2...

KEM BORNEO ~ KEM EKPLORASI MINDA (KUCHING, SARAWAK)



9 - 15 July 2009. Jauh perantauan saya summer ini. Sampai ke Borneo, alhamdulillah. Pengalaman pertama kali menjejakkan kaki ke Kepulauan Borneo~x pernah terpikir akan sampai ke sini. Pada awalnya memang hesitate jugak la nak pegi. Tapi selepas aktiviti memujuk mak abah berjaya, Allah izinkan juga saya turut serta berkhidmat. Ketua team program ni yang saya kira cukup prihatin dan superb. Seronok dapat memotivasikan (hopefully..) adik-adik di MRSM Kuching dan Kolej Datu Patinggi Abang Haji Abdillah ~memang semua nama jalan kat Kuching ni panjang2 ok.. Best dapat berkenalan dengan Cikgu Aisyah yang amat saya rindui. =p Pastu dapat berjalan2 sekitar area Kuching. Makan mee kolok, shopping kek lapis, g open house Azri, jumpa RAMAI kawan, dan yang paling penting, saya isi masa summer dengan benda berfaedah. Sila la klik sini untuk tahu apa tu kem borneo. Mana tau tahun depan nak join ke kan. best2!


KOTA KONABALU, SABAH
Alang-alang dah ke Sarawak, saya melebarkan sayap (naik flight la) ke Sabah, menunaikan janji saya untuk berkunjung ke rumah sahabat saya, Mimie. Bergumbira seketika bershopping pearl yang sangat2 murah, berjalan2 ke kundasang, naik rakit menyusur sungai. Puas! Layanan yg memang 1st class dari tuan rumah. Tenkiu Mimie and family!

GUNUNG KINABALU!
Behold! in the creation of the heavens and the earth, and the alternation of night and day,- there are indeed Signs for men of understanding,- Men who celebrate the praises of God, standing, sitting, and lying down on their sides, and contemplate the (wonders of) creatio...n in the heavens and the earth
[3:190]

Raflessia!


BALING RELIEF MISSION (BALING,KEDAH)


Subhanallah, sangat best! Program ni dijalankan under IMAM UK Iere. pada 23-26 Julai 2009. Secara paksa rela saya dilantik menjadi bendahari untuk program ni. Amanat sebagai bendahari menjadikan saya orang yang dah x takut pegang duit. Serius. Selamba je kot pegang duit 3,4 ribu dalam tangan. Haih, mungkin bagi orang lain itu perkara biasa tapi bagi saya, itu agak menakutkan. Alhamdulillah, banyak ilmu kemasyarakatan dan kemanusiaan yang saya timba. Siap kena tegur dengan kawan kot sebab garang. Hehe. Pandai nasihat orang makan ubat, jaga kesihatan tapi diriku? Huh, perang besar kot dengan ubat sampai sekarang. Yes, saya juga belajar check blood pressure, blood glucose (dgn susah payahnya), dan ulangkaji pharmacology (yang sekian lama tertanam di dalam laci meja). Alhamdulillah Allah pilih saya dan rakan-rakan yang lain. Nak tahu lebih lanjut, klik sini

TERENGGANU DARUL IMAN



UKM, BANGI, SELANGOR


Juga bersemangat menghulurkan bantuan kepada juniors yang bakal fly. BEE! Ini adalah program terakhir yang saya sertai sebelum menamatkan sesi jelajah program saya. Dah janji dengan mak untuk duduk diam kat rumah pada bulan Ramadhan. Heee.. Saya juga ada tanggungjawab untuk keluarga. Mencuba sehabis baik untuk berlaku adil.

Apa yang saya dapat sepanjang summer lepas?

Sayangi insan-insan di sekeliling anda. Belajar menerima kepelbagaian ragam manusia. Anda tidak tahu sampai saat bila mereka akan ada di samping anda.


Tension sorang2 tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Look around u, there's always someone to offer u help.
"Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat" [2:153]

Walau apa pun yang ada lakukan, besar atau kecil, jangan cepat mengalah dengan dugaan. Sentiasa positif dan rasional!
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" [2:286]

Ilmu Allah itu luas. Membaca bukanlah satu-satunya jalan mencapai ilmu. Experience is the best teacher!


Teamwork! Many hands make light work. Berjemaah itu wajib.
"Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalanNya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan bangunan yang tersusun kukuh" [61:4]



Jauh perjalanan, luas permandangan, terbuka minda, tersebar ukhwah. Makin jelas terasa nikmat kasihNya. Alhamdulillah

So many things in this world money alone won't be enough. ~ hilangkan materialistik anda

Perjuangan fitrahnya sukar dan berliku namun manisnya tidak terungkap.
"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar" [3:142]


Ada 2 doa yang ingin saya kongsi bersama :
1) Doa yang diambil dari hadith Ali bin Abi Thalib r.a. yang menyebutkan Rasulallah s.a.w pernah bersabda kepadanya. Berdoalah kamu dengan doa:

"Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku dan berikanlah kepadaku sifat istiqamah dan ketetapan dalam segala urusan" - Hadith riwayat Muslim

2) Doa yang diambil dari Husain bin 'Ubaid sebagaimana diriwayatkan dari Abu Daud bahawa Rasulallah s.a.w. bersabda kepada Husain. Berdoalah kamu dengan doa:

"Ya Allah berikanlah ilham kepadaku agar selalu mengikuti kebenaran dan peliharalah aku dari segala keburukan"

Ya Allah, terima kasih atas setiap nikmat dan kurniaan yang Engkau turunkan ke atas hambaMu ini. Meski aku sering lalai mengingatiMu, kasihMu masih melimpah ruah. Tunjukkan aku jalan yang lurus dan benar, jalan yang Engkau redha. Berkatilah hidup kami ya Rabbi.