Assalamualaikum wrt wbt.

[mood emo bertukar kepada lebih ceria]


Mari kita meneroka sejarah kemerdekaaan Malaysia. This one is special version, trust me.

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-53 negaraku, Malaysia.

Kalimah Allah mahu dieksklusifkan, Doa Khutbah mahu dieksklusifkan, Masjid dan Surau mahu dieksklusifkan, hingga aku terbelenggu dalam fikiran, betapa bertuahnya Melayu mendapat Islam, namun bertuahkah Islam mendapat Melayu?

Mahsyar akan menuntut jawapan kepada persoalan itu… [selanjutnya di Bertuahkah Islam Mendapat Melayu?]


Allahuakbar, semalam berita mak rempit dan banyak kes khalwat berlaku pada malam 31 Ogos 2010 bersamaan 21 RAMADHAN 1431. Sudah terang lagi bersuluh, masih banyak perkara yang layak mendapat perhatian serius daripada kerajaan. Namun realitinya, saya muak dengan isu non-muslim masuk masjid, doa khutbah dan pelbagai aduan rakyat tentang sikap tidak kisah pemimpin di Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Cukup lah mencari isu. Selesaikan masalah yang lebih parah. Allahuakbar, benar ini membuat saya merindui bumi Dublin.
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Title entry kali ini benar-benar mengingatkan saya kepada sesi OSCE [clinical exam] dan keberangkatan pulang saya ke bumi Dublin lebih kurang 23 hari lagi.

Sejak menjadi pelajar perubatan,saya menjadi lebih peka terhadap isu-isu kesihatan terutamanya yang termasuk di dalam syllabus yang telah saya pelajari di RCSI. Buku-buku yang saya beli juga tidak terlepas daripada memperkatakan tentang isu kesihatan atau sekadar cerita kehidupan doktor/pelajar perubatan. Secara jujurnya, saya berhasrat untuk melengkapkan diri dengan sebanyak mungkin pengetahuan tentang penyakit-penyakit yang sering dirujuk ke hospital. Kalau di Ireland, kebanyakan kes yang ditemui adalah lliver disease ie. cirrhosis, heart diseases,dan beberapa penyakit lain yang bersangkutan dengan alcohol atau pun rokok. Di Malaysia, yang mendapat perhatian adalah darah tinggi, kencing manis, sakit jantung [3 beradik], jangkitan, denggi, malaria dan beberapa penyakit lain. Meskipun kadangkala terkial-kial mengingati nama ubat dan mechanism penyakit tersebut, saya cuba sedaya upaya untuk mengaplikasikan apa yang telah saya pelajari.


Sejak minggu lepas, mak saya menerima ujian Allah, tanda kasih sayangnya. Rungutan mak tentang gatal-gatal dan rasa sakit di pinggangnya rupanya bukanlah sekadar ruam biasa atau allergy, sebagaimana diagnose saya saat mak memaklumkan kepada saya hal tersebut. Bintik-bintik ala-ala ruam yang pada mulanya sedikit, menjadi semakin merebak ke seluruh pinggang. Ia membuatkan saya risau. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saya pasti itu bukan eczhema, juga bukan allergy kerana mak telah lama berhenti menggunakan sabun yang dikhuatiri menjadi penyebab gatal-gatal. Tiba-tiba saya teringat akan suatu penyakit yang masih saya rasa belum dipelajari secara formal di kelas, kayap ular. Hoho, serius mendengar namanya pun naik berdiri bulu roma. Saya menggunakan khidmat haji google. Laa! Kayap tu rupa-rupanya shingles aka herpes zoster! Toink, mahu hentak kepala di bantal! Alahai, masalah btol la saya ni. Dah blaja pun x tahu ke? Adeyh la.

Jadinya, kayap ini disebabkan oleh jangkitan virus Herpes [klik]. Boleh jadi jangkitan yang pertama atau pun reactivated daripada jangkitan chicken pox semasa kecil. Hebat kan virus ni. Bleh main nyorok2 kat dalam nerve [urat saraf] kita. Dia ada tapi x menampakkan rupa. Bila sistem immuniti badan kita semakin lemah, maka virus ini mula menunjukkan belang! Owh, saya sangat mencintai artikel Herpes Zoster di wikipedia. Benar-benar buat saya rindukan kelas! [ecece] Kalau mengikut rawatan yang diberikan di hospital, mungkin mak akan diberikan ubat analgesics [pain killer] dan dicucuk [intravenous] dengan antiviral drugs ie acyclovir.

Tapi memandangkan mak sama seperti saya yang amat susah mahu menelan ubat, mak memilih untuk berubat secara tradisional. Ok, part ini sungguh menarik minat saya. Ada kawan saya yang menasihati mak untuk mengasah ubi bemban/ ubi garut [sila klik], ambil airnya kemudian sapu pada tempat kayap. Mengikut kata mak, sedikit sebanyak rasa sakit dan gatal tersebut berkurang. Kemudiannya mak berjumpa dengan seorang mak cik ni, dia ada bacakan ayat Quran pada bedak sejuk dan air. Dia minta campurkan bedak sejuk, air dan daun delima [pomegranate] kemudian sapukan di tempat kayap. Alhamdulillah, setelah beberapa hari, kayap tersebut dah semakin elok. Alhamdulillah, Dia jugalah yang menyembuhkan segala penyakit.

Wohoho, saya pun sudah makin berminat dengan macam-macam lagi petua orang tua-tua. Kadang-kadang saya rasa lebih elok daripada menggunakan ubat hospital yang entah apa kandungannya. Jadi, marilah kita belajar daripada insan lain di sekeliling kita. Jangan ingat dah bergelar pelajar perubatan/ doktor semua benda kita boleh ubati dengan ubat-ubatan di hospital. Tidak salah mencuba kan? Cuma jangan abaikan aspek keselamatan dan kebersihan bahan. Lagi penting, halalan wa toyibban! =)

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.” -
Abu Daud

p/s : kalau kena sengat dengan tebuan tanah, boleh sapu dengan air asam jawa dan bedak sejuk. Whoa3!
bookmarks: 1 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

[Caution : sila berikan prioriti kepada kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan. Entry ini sungguh random]

Ini kali ke 17 saya menaip dan kemudian padam. Ada sahaja yang membantutkan usaha saya mengupdate blog. Memang salah saya sebenarnya, pukul 6 baru mengadap laptop lalu haruslah tidak siap-siap entry. Sebagai anak perempuan tunggal mithali [uhuks!ameen..], saya kena la membantu mak di dapur. Sebenarnya lebih sebagai pemerhati bertauliah, mak saya memang superb. Cekap sungguh bekerja. Yes, saya perlu jadi begitu.

....................................................................................................................

AKIF

Tahun ini bukan tahun pertama Akif berpuasa, tapi ini tahun pertama dia berpuasa penuh hingga ke hari 16. Sebelum ni, balik sekolah terus buat muka kerang busuk kemudian buat-buat nak pengsan. Akif2. Tahun ni sudah tiba masanya Akif berlatih puasa penuh.Hari pertama kesian jugak tengok Akif, melingkar atas lantai macam ular. Golek ke kiri,golek ke kanan, buat muka lapar. Awal-awal lagi dah pesan, dia x boleh ambikkan apa-apa barang atau tolong apa-apa sebab dia puasa. Xpe, bagi peluang. Bila siaran pengumuman waktu berbuka seluruh Malaysia, mula la dia buat muka Einstein. 'Kalau kita pindah Sabah pun x pa kan kakak? Cepat sikit bukak puasa'. Aish, layan.. Paling x tahan bila jam dah menginjak ke jarum 7. Mulutnya akan melontarkan soalan yang sama bertubi-tubi. 'Lagi berapa minit kakak?' Kesabaran saya sedikit teruji, mengenangkan iklan ayah menjawab soalan anaknya tentang burung pun masih kurang memberi kesan terhadap kesabaran saya. Akhirnya, bagi mengelakkan diri menjadi marah sekaligus mengurangkan pahala puasa, saya set kan timer di handphone untuk Akif. Tatkala azan berkumandang di kaca tv, Akif mula buat muka. 'Kan best kalau kita duduk KL'. Urm, plak dah.. Akhirnya waktu berbuka pun tiba. Alhamdulillah, Akif masih bertahan dan terus bertahan. Gambatte Akif Uzair!

........................................................................................................................................

FYDOT aka Faridah

Hehe. Sila jangan salah sangka fydot adalah lelaki. Adeyh la. InsyaAllah sahabat saya yang sedang menuntut di Indonesia dalam bidang perubatan ini akan pulang ke tanahair tidak lama lagi. InsyaAllah akan menerima kedatangannya sebagai tetamu dengan layanan terbaik. =) Jumpa nanti dear!

........................................................................................................................................

KISAH BUKU

Sepanjang invisible period saya, alhamdulillah saya berjaya menghabiskan beberapa buah buku. Misi ulat buku @_@ hampir berjaya. Yang penting istiqamah ye. InsyaAllah. Gembira rasanya tatkala berjaya menghabiskan misi bacaan buku tentang kehidupan dan keperibadian Aisyah r.a. Apatah lagi ada sesi revision melalui slot Jejak Rasul. Saya perlu menyedarkan diri untuk membaca lebih banyak tentang sejarah. Yes, insyaAllah.

Novel 5 tahun 5 bulan kelihatan seperti sebuah novel remaja biasa. Dengan penggunaan laras bahasa yang santai dan agak sarat dengan istilah-istilah remaja yang sebelum ini tidak terjangkau dek akal saya. Rasanya buku begini senang mendapat tempat di hati kebanyakan remaja yang allergic dengan ayat-ayat 'skema badut'. Apa yang menarik, watak dalam drama ini adalah bekas penuntut KMS yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Aberdeen dalam bidang perubatan. See, itu la sebab nya saya membeli novel tersebut pada awalnya. Awal pembacaan, novel ini memang menghiburkan, meskipun ada sedikit sebanyak penggunaan bahasa remaja yang sarat. Tatkala mengakhiri pembacaan di muka surat terakhir, ternyata novel ini menggalas banyak pengajarann buat remaja. Nampak santai tapi islamik juga. Cool! Buah tangan Hlovate ini memang antara yang terbaik!

Seterusnya sebuah buku yang berkisar tentang diet yang diamalkan Rasululllah s.a.w[sila selawat] sepanjang hayat beliau. MasyaAllah, patut la Rasul junjungan kita tidak pernah sakit sehingga saat beliau jatuh sakit dan kemudiannya pergi meninggalkan kita. Memang bacaan yang amat sesuai untuk bulan Ramadhan. Saya hampir pitam apabila membandingkan diet saya dan Rasulullah. Jauh beza. Benar, makanan adalah penyebab utama kebanyakan penyakit. Sudah tiba masanya saya mula memantau pemakanan saya dengan lebih hati-hati dengan menolak sedikit share nafsu dalam membuat pertimbangan. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan isi kandungan buku tersebut nanti. =)

Owh, novel Denyut Cinta Medik juga terbaek! Banyak juga sticknotes yang saya lekatkan di sisi novel tersebut, menandakan begitu banyak input yang cuba disampaikan oleh penulis. Benar bagai yang ditulis, novel tersebut menceritakan serba sedikit tentang fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Sebenarnya membaca novel tersebut membuatkan saya berasa amat gerun mahu berdepan dengan dunia housemanship nanti. Owh,owh,owh.. Namun saya tabahkan hati. Baru nak masuk 3rd year, x payah nak palpitation lebih-lebih ok. Bagi pelajar medic khususnya yang belum mendapatkan buku tersebut, sila la ke kedai buku berhampiran. InsyaAllah berbaloi2! Nak pinjam? Boleh datang ke rumah. =)`

Sekarang masih berusaha membelek buku Sifat Solat Nabi pemberian Pak Chaq saya pada cuti summer lepas. Astaghfirullahalazim. Begitu lama buku tersebut dibiarkan di rak. Semoga dapat menambah khusyuk dan yakin dalam solat. Ameen.

........................................................................................................................................

ISU BABY DUMPING

Istighfar panjang saya menonton Buletin Utama sejak pulang ke Malaysia. Mual dengan isu politik, kini saya rasa gerun berada di negara sendiri. Isu buang bayi sudah jadi seperti sajian wajib warta berita. Meskkipun Ramadhan hampir separuh berlalu, isu ini masih tidak sunyi-sunyi. Rasanya syaitan dikurung. Jadi, siapa yang sebenarnya berleluasa melakukan kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh haiwan sekalipun? Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.

........................................................................................................................................

Sila berusaha!
bookmarks: 0 comments | edit post

Di sini, Dinar dan Dirham : Di sana, Dengki dan Dendam

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Wednesday, 18 August 2010 at 16:07



Kadang-kadang tingkah laku pemimpin UMNO ini sangat mudah untuk dijangka. Apa saja yang baik datang dari Kelantan,itulah yang akan dibangkang habis-habisan oleh UMNO. Sebut saja apa jua perkara yang datang dari Kelantan, berduyun-duyunlah pemimpin UMNO 'menunjuk cerdik' memberi komen. Kalaupun nampak janggal, tiadalah mereka peduli asalkan nampak hebat di mata pandangan gerombolan mereka.

Seingat saya, sepanjang dua dekad usia kerajaan PAS di Kelantan bermula tahun 1990 ini, itulah yang sentiasa kami hadapi. Cuti dua hari seminggu digelar sebagai 'budaya pemalas', akhirnya orang yang sama menelan kembali ludahnya. Cuti 60 hari kakitangan wanita yang bersalin turut dipandang sinis, kemudiannya tanpa segan silu ditiru. Jangan lupa pemerkasaan perbankan Islam turut bermula dengan langkah kerajaan Kelantan memindahkan wang kerajaan dari bank riba ke perbankan Islam. Itu belum termasuk program-program kebajikan seperti Skim Takaful Kifalah, Skim Armalah, Ladang Rakyat dan panjang lagi senarainya.

Terbaru apabila kerajaan Kelantan melancarkan mata wang syariah Emas Dinar dan Perak Dirham (D&D) 12 Ogos lepas, maka bersatulah pemimpin UMNO untuk menghentam langkah ini. Ramadhan yang sepatutnya menjadi bulan damai dan pesta ibadat menjadi pesta menghentam kerajaan Kelantan.

Saya ingin nyatakan, apakah salahnya Kelantan ingin memulakan jihad ekonomi ini? Jika UMNO / BN enggan memulakan,jangan pula menidakkan usaha pihak lain. Saya ulangi penegasan yang dibuat sebelum ini oleh ahli Exco saya, Datuk Haji Husam Musa bahawa apa yang dilancarkan oleh Kelantan bukanlah mata wang, ia hanyalah pengenalan kepada sistem barter trade.Tukar suka sama suka dengan kerelaan tidak pernah dihalang di negara demokrasi ini. Setiap orang berkuasa ke atas barangannya dan berhak membuat keputusan.Apa yang salah ialah membuat keputusan ke atas barangan yang kita tidak berhak.Contohnya, memberi percuma dua blok minyak minyak milik rakyat yang berharga ratusan billion ringgit kepada kuasa asing. Atau merompak hak milik rakyat Kelantan ke atas telaga minyak dengan menafikan royalti!

Seperti yang saya nyatakan di dalam ucapan perasmian pelancaran 12 Ogos lepas, sistem wang kertas diperkenalkan oleh penjajah untuk menguasai ekonomi umat Islam. Hasilnya,seluruh manusia di dunia diperkotak-katikkan oleh kuasa-kuasa besar untuk mempercayai nilai yang ada pada sekeping kertas. Kertas tersebut hakikatnya langsung tidak mempunyai sandaran yang didakwa. Jika kita menaiki bas atau keretapi contohnya, kita membayar dan diberikan resit. Resit tersebut ialah tanda kita telah membayar kepada perkhidmatan yang diberikan, ertinya resit tersebut tidak mempunyai nilai apa-apa kecuali setelah bayaran diberikan. Hari ini, bank mengeluarkan wang kertas tanpa sebarang sandaran nilai. Kononnya ia disandarkan pada nilaian emas, hakikatnya ia disandarkan kepada keadaan ekonomi semasa sesebuah negara. Ini sebenarnya lebih teruk dari resit bas dan keretapi tadi.

Realitinya mata wang tidak berharga melainkan jika Kerajaan memberi nilai kepadanya. Wang kertas RM1.00 bukan bernilai RM1.00 daripada segi harga kertasnya. Ia bernilai RM1.00 kerana itulahnilai yang ditetapkan oleh Kerajaan. Jika Kerajaan mencetak angka lima atau sepuluh maka nilai kertasnya tidak naik kepada RM5.00 atau RM10.00. Hanya pengakuan dan jaminan Kerajaan yang menjadikannya bernilai sebanyak mana yang ditentukan. Itulah hakikatnya wang kertas.

Tertarik saya apabila seorang Timbalan Menteri yang baru-baru ini heboh telah meluluskan lesen judi tiba-tiba mengeluarkan kenyataan bahawa Dinar Emas dan Perak Dirham ini boleh menyebabkan kerugian. Terlintas di benak saya, jika begini taraf pemikian seorang timbalan menteri, apapula jenis pemikiran yang ingin diasuh kepada rakyat.

Emas merupakan komoditi yang paling stabil harganya. Ia akan terus meningkat jika dibandingkandengan wang ringgit. Bukankah Tun Dr Mahathir sendiri pernah melancarkan gold coin yang dinamakan Kijang Emas keluaran Bank Negara Malaysia satu ketika dahulu? Mari kita semak harganya. Pada 18 Julai 2001, sekeping syiling Kijang Emas seberat 1 auns harganya ialah RM1, 082.00. Hari ini pada tarikh 1 Julai 2010, ia sudah boleh dijual dengan harga RM4,104.00. Ertinya jika seseorang melabur sebanyak RM 108,200.00 dengan membeli seratus keping Kijang Emas pada tahun 2001, kini ia boleh dijual dengan harga RM410,400.00. Keuntungan 400% dalam masa 9 tahun! Butiran ini boleh dilayari di (http://www.bnm.gov.my/). Ini bukti harga emas tidak akan turun. Paling tidak pun, lebih baik daripada sebuah syarikat penerbanganyang rugi RM535 Juta pada suku kedua tahun ini!

Di dalam al-Quran sendiri menceritakan kisah Ashabul Kahfi yang tertidur selama 309 tahun di dalam sebuah gua. Apabila bangkit mereka menggunakan duit perak yang ada di tangan mereka untuk membeli makanan. Ertinya, selepas 309 tahun, duititu masih elok dan mempunyai nilai seperti sedia kala.

Justeru, saya nasihatkan kepada pihak-pihak tertentu, janganlah terburu-buru menidakkan usaha-usahakerajan Kelantan. Tidak cukup tenaga di Malaysia, diambil pula tulisan kolumnisyang beraliran orientalis untuk menghentam kami. Sehingga langkah kami mengasingkan kaunter bayaran di pasar raya disifatkan sebagai 'aparteid agama'.Bagaimana pula langkah Keretapi Tanah Melayu menyediakan gerabak khas bagiwanita? Itu aparteid apa namanya?

Saya ingin bertanya, apa kurangnya kami di Kelantan dengan anda yang berada di Pusat. Jika anda mempunyai pakar ekonomi, kami pun mempunyai pakar ekonomi. Takdirnya bertukar teraju di Putrajaya nanti, kami juga mampu mentadbir bahkan lebih baik dari anda, Insya-allah. Janganlah dibiarkan hasad dengki menguasai menyebabkan ternafinya segala kebaikan yang kami lakukan. Jangan pula kami di sini melancarkan Dinar dan Dirham (D&D), anda di sana melancarkan dengki dan dendam!

Akhir kata, jika datanglah bertadarus dengan kami di Kelantan di bulan Ramadhan ini. Salah satu ayat yang menjadi menjadi bacaan kami sekarang ialah ayat 63 dari Surah al-Furqan yang bermaksud :

"Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu(ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata (yang mengandung) keselamatan."

Salam Ramadhan.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 8 Ramadhan 1431H / 18 Ogos2010M


Saya super suka.

bookmarks: 3 comments | edit post
Dalam Fizik, konsep ketahanan mental, emosi dan spiritual ditekankan dalam bab haba pendam tentu dan berhubungkait dengan penjagaan aurat.

Jika dikaji tentang formula yang digunakan:

J = mc x tetha

J ialah haba pendam tentu: Kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa.

m ialah jisim objek yang menerima perubahan suhu.

c ialah keupayaan haba tentu: Keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa.

tetha ialah perubahan suhu.

Eksperimen 1: Haba Pendam Tentu (Fizik Tingkatan 4- BAB 2.3)

Abstrak/Pengenalan

Dalam kajian ini, "eksperimen" dilakukan ke atas 3 jenis wanita: wanita A- wanita bertudung labuh dan menjaga lengan daripada terdedah, wanita B-wanita memakai pakaian biasa tetapi masih menutup aurat dan wanita C- wanita yang lebih selesa memaparkan rambut yang lurus setelah melalui teknik rebonding, menunjukkan keputihan dan kehalusan kulit lengan, mendedahkan kerampingan bentuk badan dan berhias laksana model-model muka hadapan majalah hiburan.

Tujuan

Mengkaji tahap ketahanan spiritual, mental dan emosi wanita terhadap tekanan yang diberi berdasarkan cara pemakaian.

Hipotesis

Semakin baik cara pemakaian yang diamalkan mengikut tatacara yang disyorkan dalam Islam, semakin tinggi tahap ketahanan mental, emosi dan spiritual atas tekanan yang diberi. Begitu juga sebaliknya.

Inferens

Wanita A mempunyai tahap ketahanan yang tinggi, wanita B mempunyai tahap ketahanan yang sederhana dan wanita C mempunyai tahap ketahanan yang lemah.

Pembolehubah manipulasi

c atau keupayaan suatu objek yang mempunyai jisim tertentu menerima suatu kuantiti suhu dalam suatu kuantiti masa mempunyai hubungan dengan ketahanan seseorang terhadap tekanan yang dikenakan. Bercakap tentang konsep aurat, ia mempunyai kaitan dengan suhu. Ramai yang membuka aurat atas alasan panas dan lebih suka bebas dari suatu kongkongan. Seorang pensyarah wanita di UIA dari New Zealand (bukan Islam) mempersoalkan istilah baju kurung. Adakah istilah baju kurung tercipta kerana sifatnya "mengurung" wanita di Malaysia? Sehinggakan ramai wanita sekitar KL dan Selangor lebih suka memakai jeans dan t-shirt?

Pembolehubah malar

m atau jisim objek yang menerima perubahan suhu: anggap jisim, bentuk badan, bangsa, agama, dan ciri-ciri fizikal ketiga-tiga jenis wanita adalah sama.

tetha atau perubahan suhu: ia adalah tekanan yang diberi secara automatik oleh Pencipta alam di mana wanita berhadapan dengan perubahan biologi seperti haid (datang bulan), nifas (keadaan yang berlaku semasa bersalin), menopause (berlaku pengurangan hormon estrogen) dan tekanan persekitaran (kerja, pelajaran dan lain-lain).

Pembolehubah bergerakbalas

J atau kuantiti haba yang boleh diserap oleh suatu objek yang mempunyai jisim tertentu dalam suatu kuantiti masa. Ia berkaitan dengan setinggi mana tahap ketahanan spiritual, emosi dan mental ketiga-tiga jenis wanita terhadap daya tekanan yang diberi.

Kaedah

1) Melalui pemerhatian kritikal terhadap perubahan personaliti ketiga-tiga jenis wanita dalam suatu jangka masa.
2) Bertanya secara berhikmah tentang perspektif ketiga-tiga wanita terhadap cara pemakaian.
3) Eksperimen diulang keatas wanita-wanita lain yang mempunyai ciri yang sama.
4) Eksperimen juga dilakukan keatas 2 jenis lelaki: Lelaki A- Lelaki yang menutup aurat dengan baik dan Lelaki B- Lelaki yang suka mendedahkan pusat sewaktu berlengging dan memaparkan lutut serta paha sewaktu bersukan atau berjalan-jalan.

Pemerhatian

1) Wanita A kelihatan humble, tenang, happy, ceria, lembut, sopan, pendiam, bercakap ketika perlu, berhati-hati dengan perhubungan dan berkemampuan mengawal perkataan yang dikeluarkan dari mulut.

2) Wanita B juga kelihatan tenang, ceria, happy tetapi kadangkala kelihatan risau dan bimbang seperti ada sesuatu yang tak kena. Ada masanya terlepas juga kata-kata yang kurang baik ketika marah. Tapi kembali normal setelah beberapa ketika. Penulis yang berjurusan senibina pernah menegur seorang studiomate wanita yang menggunakan spray dengan cara yang salah ketika menyembur model yang dibuat sehingga menyebabkan cat yang terhasil rosak. Lalu dalam keadaan marah, penulis dikatakan penyibuk walaupun niat penulis ingin menegur kesilapan yang dibuat. Penulis terus berlalu kerana tahu tetha sedang dikenakan terhadap studiomate tersebut. Selepas kejadian tersebut, keadaan kembali normal.

3) Wanita C kelihatan kelam-kabut, mempunyai stail tersendiri, kurang menjaga perkataan yang dilafazkan, overexcited, mudah melenting, agak sombong, materialistik dan sosial.

4) Lelaki A kelihatan normal, tetapi lelaki B agak stylo, mudah marah, ego yang terlampau tinggi, sukar menerima nasihat, memandang rendah atas kemampuan orang lain dan lebih agresif.

Kesimpulan

Dari eksperimen yang dijalankan, wanita dan lelaki yang mempunyai nilai J yang tinggi adalah mereka yang menjaga cara pemakaian dengan baik mengikut syariat Islam dan sensitif terhadap aurat.

Seperti dalam formula yang diberi:

J = mc x tetha

Oleh itu, hipotesis diterima.

Diambil dari sini.

Cool!

And say to the faithful women to lower their gazes, and to guard their private parts, and not to display their adornment except what is apparent of it, and to extend their headcoverings (khimars) to cover their bosoms (jaybs), and not to display their adornment except to their husbands, or their fathers, or their husband's fathers, or their sons, or their husband's sons, or their brothers, or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their womenfolk, or what their right hands rule (slaves), or the followers from the men who do not feel sexual desire, or the small children to whom the nakedness of women is not apparent, and not to strike their feet (on the ground) so as to make known what they hide of their adornments. And turn in repentance to God together, O you the faithful, in order that you are successful
[Al-Maidah : 31]
bookmarks: 1 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Kajian Sains dan Ilmu Moden Berkenaan Kelebihan Puasa

Para penyelidik ilmu perubatan telah membuktikan bahawa puasa dapat membuang toksik / racun2 dari badan dan secara tidak langsung dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh dalam melawan penyakit.

“Puasa adalah seperti tongkat ajaib yang dapat menyembuhkan penyakit yang membabitkan perut.” – Dr. Mac Fadon, seorang doktor dari Amerika

Dalam ilmu biologi, otak tidak dapat berfungsi dengan baik ketika perut dan usus melakukan proses pencernaan, kerana tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada kerja-kerja penghadaman makanan. Apabila kita makan sampai terlalu kenyang, otak kita akan menjadi lemah untuk berfikir dan tubuh pun akan rasa mengantuk dan malas. Ketika berpuasa, tenaga dan pengaliran darah tertumpu kepada otak. Ini menjadikan otak dapat bekerja dengan lancar dan memberi peluang kepada diri kita untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menggunakan mental dan fizikal yang berkesan.

Dr. Alan Cott, Seorang pakar perubatan Amerika Syarikat melaporkan terhadap penyelidikan psikologi membuktikan bahawa puasa mempengaruhi darjah kecerdasan seseorang. Ujian dilakukan terhadap sekumpulan orang yang rajin berpuasa dan sekumpulan orang yang tidak berpuasa. Keputusannya, ternyata menunjukkan bahawa orang yang rajin berpuasa memperolehi skor (markah) yang jauh lebih tinggi dalam ujian berbanding dengan orang yang tidak berpuasa.

Puasa juga insyaAllah dapat menyembuhkan pelbagai penyakit. Suatu kongres antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun 1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu. Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan

Saranan Rasulullah S.a.w , sahabat dan ulama’ berkenaan puasa

Rasulullah S.A.W bersabda “Berpuasalah supaya kamu sihat.” -Hadith Riwayat Abu Naiim

Sabdanya lagi yang bermaksud, “Puasa adalah pelindung” – Hadith Riwayat Muslim, Ahmad, dan an-Nasa`

Al-Imam At-Tirmidzi rahimahullah meriwayatkan hadits :

“ Tidaklah Bani Adam memenuhi kantung yang lebih buruk dari perutnya, hendaknya Bani Adam makan sekadar menegakkan punggungnya, jika tidak dapat tidak (terpaksa) maka makanlah sepertiga makanan sepertiga untuk minuman dan sepertiga untuk nafasnya.” – HR. Imam Tirmidzi

Manfaat lapar untuk kesihatan hati

Nasihat Luqman Al-Hakim kepada anaknya, “Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah.”

Abdullah bin Mas’ud berkata, “Empat perkara yang mengelapkan hati atau melembapkan otak : perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa-dosa yang lalu dan panjang angan-angan.”

Berkata Al-Hasan Al-Bashri rahimahullah :“Wahai Bani Adam, makanlah sepertiga perutmu, minumlah sepertiga perutmu dan biarkan sepertiga untuk bernafas dan berfikir.”

Beliau juga berkata :“Barangsiapa mampu menguasai perutnya maka dia akan mampu menguasai amal sholehnya.”

Rahsia-rahsia puasa dan syarat-syarat kebatinannya menurut Imam AlGhazali;

1. Memejamkan mata dan menahannya dari meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menganggu hati, seperti melalaikannya dari berzikir dan mengingat kepada Allah.

2. Memelihara lidah dari bersembang kosong, berbohong, mencaci maki, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan riya’.

3. Memelihara pendengaran dari mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah Allah s.w.t telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firmanNya yang bermaksud: “Mereka itu suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (al-Maidah: 42)

4. Memelihara seluruh anggota yang lain dari membuat dosa seperti tangan dan kaki dan memeliharanya juga dari segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut dari memakan barang-barang yang bersyubhat waktu berbuka puasa. Apalah gunanya berpuasa dari makanan yang halal, kemudian dia berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana yang indah, kemudian dia menghancurkan sebuah kota.

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”

Ada yang mengatakan bahawa orang itu adalah orang yang berbuka puasanya dengan makanan yang haram. Yang lain pula mengatakan orang itu ialah orang yang menahan dirinya berpuasa dari makanan yang halal, lalu ia berbuka dengan memakan daging manusia; iaitu mencaci maki orang kerana yang demikian itu adalah haram hukumnya. Ada yang mengertikannya dengan orang yang tiada memelihara anggota-anggotanya dari dosa.

5. Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun dari makanan yang halal, sehingga terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dari makanan yang halal.

Hikmah Puasa

Bersahur pelihara kesihatan, walau dengan seteguk air

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan walaupun hukumnya sunat sahaja. Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya bersahur.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).

Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).
Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?”
Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah).

Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

........................................................................................................................................

MasyaAllah, titah Allah yang terbukti hanya selepas 1400 tahun difardukan kepada umat manusia. Alhamdulillah, masih berjodoh dengan Ramadhan pada tahun ini. Jom jalankan yang wajib dan perbanyakan yang sunat ok! Jangan lupa bersahur ye.

bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Bonjour! Seperti biasa, setiap pagi di rumah dirasakan begitu indah. Alhamdulillah =)

Sedar tak sedar, cuti musim panas selama hampir 4 bulan cuma berbaki sebulan lebih. Syukur diberikan kesempatan mengisi kedatangan bulan penuh barakah, Ramadhan bersama keluarga di Malaysia. Terima kasih Allah.

Memandangkan diri ini sudah bersawang di rumah, saya membuat satu resolusi untuk bulan ini. At least tolong la bertahan hingga ke penghujung Ramadhan. Berjam-jam saya habiskan memilih buku di Popular Jusco, Bandar Perda. Gaya macam nak bawak balik sebakul buku, tapi akhirnya cuma satu yang menarik minat saya. Cuma satu buku dipilih. Bukan apa, dah bersusun buku yang saya beli di atas meja dalam bilik. Lawa lagi, macam x bersentuh [sentuh masa beli je]. Lalu, haruslah saya menghabiskan buku-buku tersebut sebelum menyambung niat suci membeli buku-buku baru. Tadaa!


Sebenarnya buku ini direcommend oleh seorang senior yang turut menjadi ahli panel sewaktu satu sesi forum di BEE dahulu. Jujurnya, saya bukanlah kaki buku meskipun saya merupakan seorang pelajar perubatan. Saya lebih suka mendengar atau menonton berbanding membaca. [Tapi x pernah miss tulis 'membaca' dalam column hobi setiap kali menulis biodata] Ish3... Ok la, saya suka baca blog. Itu pun kebanyakannya membaca kisah hidup orang lain yang ditulis menggunakan laras bahasa santai. Tapi memandangkan novel ni macam best dan sinopsis di belakang novel ini mampu menarik hati saya, saya membelinya dengan semangat yang membara. 721 pages ok! Terasa juga keimpossiblean saya hendak menghabiskan pembacaan saya. Namun saya cuba.

Fuh, sedar x sedar saya berjaya menghabiskan novel ini dalam masa 2 hari [plus minus buat kerja-kerja lain]. Memang terbaek! Jarang-jarang saya menghabiskan bacaan buku apatah lagi novel. Cerita yang digarap dalam novel Bumi Cinta ini benar-benar memikat hati saya. Meh la saya bagi sinopsis serba ringkas. Novel Bumi Cinta mengisahkan kehidupan Muhammad Ayyas, seorang graduan sebuah universiti di Madinah. Dia kemudiannya memilih untuk meneruskan kajiannya tentang sejarah Islam di zaman Stalin di Rusia. So, latar tempat novel ini memang sepenuhnya di Moscow, Russia. Bagi saya sendiri yang tak pernah menjejakkan kaki ke Rusia, memang agak teruja mengetahui sedikit sebanyak keadaan geografi di sana, ditambah lagi dengan keindahan architecture di situ. [Tetiba rasa nak g Russia tahun depan]. Rasanya tak keterlaluan kalau saya katakan novel Bumi Cinta ini adalah Ayat-Ayat Cinta[AAC] versi Eropah. Cuma konflik yang diutarakan dalam cerita ni saya rasakan kurang dramatik sikit la berbanding novel AAC. Konflik yang banyak diperkatakan ialah tentang perbezaan budaya dan agama. Ada jugak la isu atheist dan Yahudi. Yang lebih menarik, dalam novel ini diceritakan sedikit sebanyak strategi orang Yahudi nak menjatuhkan umat Islam melalui watak Linor. Tragis2... Watak Ayyas yang begitu intektual dalam novel ini turut membuat saya jatuh cinta. Bagi sesiapa yang tengah mencari idea nak membidas hujah-hujah orang yang belum Islam tentang solat, perkahwinan, dan Islam sendiri, memang elok sangat la baca buku ni. Saya rasa Habiburrahman El Sherazy telah membuat kajian yang mendalam tentang isu ini sebelum beliau mengarang buku ini. Banyak la watak yang bakal membuat anda melekat dengan buku ini. Trust me, it worth ur RM25. Mahu tahu lebih lanjut? Hehe, sila ke kedai buku berhampiran anda. Bagi warga Penang dan Dublin, boleh pinjam dengan saya nanti. =)

Whoa! Ala-ala kupasan buku plak. Tapi serius, saya yang BUKAN ulat buku pun mampu menghabiskan buku ni, so maksudnya memang sangat best la. Seterusnya, projek saya menghabiskan buku tentang kisah Ummul Mukminin, Aisyah r.a. Berusaha!

Nota metatarsal : Salam mujahadah buat sahabat2 semua tidak kira apa pun yang anda semua sedang lakukan. InsyaAllah kita sama-sama berusaha menghadapi ujianNya tak kira dalam bentuk apa pun. Gambatte!

Semoga berkesempatan bertemu lagi.
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah,masih dikurniakan hari yang indah. Selasa. Hari ini saya berasa sedikit bosan. Akif dan Awis sudah ke sekolah tatkala matahari masih malu-malu menampakkan wajah. Sekarang tinggal mak dan saya di rumah. Baru sebentar tadi mak mengadakan lawatan sosial ke rumah mak cik sebelah. Lalu saya tercongok di hadapan meja, sendirian.

Bila sendiri, pelbagai perasaan akan menerjah dengan hebatnya. Monolog dalaman yang tidak dizahirkan adakalanya mampu mengganggu ketenteraman jiwa. Urm, apa pun sewajarnya saya bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakan kepada saya. Meskipun ada kurangnya di sini sana, alhamdulillah, tidak terhitung nikmat dariNya.

Saya harus kuat. Dan tabah. Saya mesti kekal positif!




It is not work that kills men, it is worry. Work is healthy; you can hardly put more on a man than he can bear. But worry is rust upon the blade. It is not movement that destroys the machinery, but friction.
-Henry Ward Beecher-


bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Morning! Sobahan nur! [jawab:sobahan khoir] Alhamdulillah, sebuah hari yang indah anugerah Allah kepada saya. Makin tenang jiwa tatkala merenung jauh ke sawah padi yang menghijau di hadapan rumah, sesuatu yang jarang saya temui di Kota Dublin. Selesai mengemas bilik, saya berehat seketika sambil mengstalker manusia-manusia lain di Facebook. Macam-macam kerenah manusia,ada sahaja cerita baru yang mahu dikongsi setiap minit. Rakan-rakan yang sudah berabad lama tak bersua muka pun boleh reunion balik kat facebook. Paling menarik, cikgu-cikgu, pakcik makcik pun tak mahu ketinggalan. Moga saya tidak diserang heart attack jika suatu hari nanti tok saya di kampung pun add facebook saya. Hehe. Benar, facebook telah menjadi satu medium perantaraan yang baik untuk mengkhabarkan berita, iklan, berkongsi rasa dan medan sesetengah golongan meninggalkan tazkirah untuk sahabat-sahabat lain. Cuma, kadangkala pengaruh facebook saya rasakan sudah sampai ke tahap kronik dan membazir masa. Jangan risau, masih belum terfikir untuk mendelete account facebook. Cukup sekadar berjaga-jaga dengan perkara baik yang berkemungkinan mengundang padah.

Ok, bukan tajuk facebook yang ingin saya kongsikan. Rasanya sudah banyak artikel dan pendapat peribadi berkenaan facebook yang diutarakan dengan fakta dan hujah masing-masing. Hanya tinggal untuk memilih. Tepuk dada, tanya akal dan iman.

Sejak menyertai BEE, agak ramai juniors yang saya add di facebook. Sesetengahnya memang saya kenali, tapi sebahagian besar yang lain, saya agak-agak bajet kenal je. Seronok sebenarnya membaca luahan rasa graduan International Baccalaureate [IB] ini. Sedikit sebanyak ia mengimbau kenangan saya menghadapi kehidupan sebelum, semasa dan selepas IB.

12 tahun lalu

Saya membelek akhbar hari ini. Seperti biasa, berita-berita ekonomi atau politik dengan tulisan kecil setengah mukasurat pastinya bukan bahan bacaan pilihan saya. Keratan gambar yang berwarna-warni lebih menarik minat saya. Sehelai demi sehelai naskhah akhbar itu saya selak, entah apa yang saya cari. Urm, menjelang musim raya memang lebih banyak keratan gambar berwarna-warni akan menghiasi setiap mukasurat. Bagi kanak-kanak seperti saya yang merasakan hitam putih adalah gabungan yang sungguh bosan, saya lebih kerap 'membaca' akhbar berbanding musim bukan raya. Mata saya terpaku pada sebuah ruangan khas di dada akhbar itu. 'Salam Perantauan'. Wah, berbunga sakura hati saya melihat gambar-gambar tersebut. Setiap satu gambar saya belek, tidak melepaskan setiap nama yang tercetak di bawah gambar tersebut. 'Royal College of Surgeons in Ireland'. Wah, sungguh sedap. Finger licking good nama universiti ni. Menarik2. Nak pergi la kat universiti ni nanti! Jerit hati yang teruja melihat perkataan royal.

IB 2006-2008

Alhamdulillah,niat asal saya saja-saja apply tajaan MARA untuk program luar negara rupa-rupanya menjadi langkah pertama saya merealisasikan impian masa kecil [direct translation childhood] saya. Saya dipilih oleh Allah menerima tajaan tersebut tetapi perlu menghabiskan sebuah preparation programme yang amat pelik namanya, IB. Pernah saya dengar tapi tidak pernah terlintas untuk menyiasat lebih lanjut. Dengan perasaan gumbira bajet nak fly oversea, saya memulakan pengajian di Kolej Mara Banting, sebuah kolej ala-ala sekolah yang terletak 'tidak jauh' dari bandar Putrajaya. Kehidupan di KMB tidak ubah seperti di sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem outing, beratur di dewan makan, sistem kelas yang berjadual 8am-3pm,dobi, dan segala macam peraturan sekolah biasa. Remaja yang kurang rebel seperti saya [ecece], menerima keadaan tersebut dengan redha. Usah membandingkan diri dengan rakan-rakan di universiti tempatan lain, pujuk diri.

Saya bukanlah antara pelajar cemerlang di KMB. Kadang-kadang result yang diterima hanya cukup-cukup makan. Jangan cakap la pasal cuak tak dapat fly, memang sentiasa menghantui jiwa. Mungkin satu kampung dah tau yang saya mendapat tajaan belajar di oversea. Setiap kali pulang ke rumah, menghadiri kenduri kahwin, pasti ada mulut yang bertanya bila akan terbang ke luar negara. Aish, beban di jiwa memang sukar nak diterjemahkan. Kadang-kadang saya selamba membalas sapaan mereka, 'susah makcik IB ni. Dah masuk prep college pun belum tentu dapat fly'. Entah mereka faham atau tidak, saya malas meneruskan daya fikir.

Kalau mahu bercerita tentang subject Maths yang '........', Extended Essay yang berjaya disiapkan agak last minute [alhamdulillah dapat A,thanx Puan Azhana], Theory of Knowledge Essay [yang saya sendiri sukar nak fahami,entah macam mana dapat B], Internal Assessment Business [yang terpaksa diedit sedikit sebanyak], CAS hour yang bersusah payah saya penuhi, World Literature Malay [yang berjaya membuat saya tak tidur malam], TOK Presentation [first time berlakon jadi peguam ok!], pernah digrounded sebanyak sekali sebab x sempat nak pulangkan kad [bilik warden tutup awal! memang x puas hati], list goes on, memang rasa mahu pecah neuron otakku.

Namun, masih banyak kenangan manis yang menjadi memori hingga kini di KMB. Terlampau banyak untuk dikongsi bersama. Kelas M06F yang terbaek!, cikgu-cikgu yang sporting dan sentiasa update gossip, pengalaman di rumah anak yatim, masakan dewan makan [especially hari jumaat after usrah], jogging bersama Mz, IRP session, study dengan geng common room. Aish, boleh bersarang semut mengimbau semua itu.

Cuma satu yang amat saya ingat hingga kini. Pengalaman mendapatkan placement universiti. Alhamdulillah, memang rezeki saya apabila kaunselor menetapkan supaya saya memilih RCSI sebagai universiti pilihan. The one and only choice i have. Ada rakan-rakan yang merungut, ada yang cuak, ada yang gembira. Saya sendiri sujud syukur berulang kali kerana RCSI memang idaman saya sejak kecil. Memang banyak kali saya ditakutkan dengan cerita-cerita senior tentang ketoughan sistem di RCSI. Masa belajar dari pagi hingga petang. Ramai pelajar Malaysia yang tumpas berdepan dengan exam yang susah dan tidak berperikemanusiaan. Pendek kata, xde life. Tapi saya masih tekad dengan pilihan saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bukan semua student fail pun, ramai je yang pass with flying colours.

Kaunselor cuba membahagikan kami ke universiti sebaiknya. Namun, kaunselor tidak mampu menguruskan semuanya untuk kami, jadi kami diminta apply kemasukan ke universiti secara individu. Dengan exam IB yang hanya berbaki beberapa minggu, saya masih lagi bergelumang dengan masalah placement. Berbekal connection internet Concourse yang sungguh menyesakkan jiwa, saya apply admission RCSI pada suatu petang. Saya perlu mengejar tarikh tutup application. Setelah mengisi pelbagai ruangan kosong, application saya diterima petang itu, menurut webpage tersebut. Saya check email berkali-kali namun confirmation email yang saya tunggu masih belum kunjung tiba. Berdebar juga jantung melihat rakan-rakan lain sudah boleh tersenyum lega setelah menerima confirmation email daripada RCSI. Saya yakin ada masalah teknikal dalam appplication saya. Ingin mencuba sekali lagi tapi mengenangkan setiap application perlu disertakan dengan bayaran 150euro, saya membatalkan niat. Tambahan lagi saya terpaksa meminjam kredit kad kawan saya. Aish, RM750 bukan jumlah yang kecil. Saya menenangkan diri dan berniat mencuba lagi malam nanti. Masih gagal. Cuba lagi keesokan paginya. Gagal. Petangnya pula. Gagal. Malam itu sekali lagi. Juga gagal. Saya menelefon kaunselor dan bercerita masalah yang saya alami, namun tiada apa yang dapat dilakukan. Memang admission procedure, kena apply online dulu. Malam itu saya benar-benar buntu. Saya hubungi mak, meluahkan rasa. Keesokan paginya saya pinjam Streamyx kawan saya dan bertapa di dewan makan, mencuba untuk apply sekali lagi namun masih gagal. Saya segera menulis email kepada pegawai yang bertugas bertanyakan status application saya. Terselit sedikit rasa pasrah kalau terpaksa belajar di Malaysia sahaja. Keesokan paginya, saya terima email daripada pegawai RCSI menyatakan nama saya tiada dalam application list. Huuuu, kematian kutu membawa kaki saya ke bilik kaunseling. Saya merayu kaunselor untuk menghubungi pihak universiti sambil berdoa. Saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Apa yang saya tahu, akhirnya saya dipanggil ke temuduga di Ampang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Semasa sesi temuduga, seperti biasa interviewer memang peramah teramat. Keliru sebentar. Sape interview sape ni? Memang budaya Irish sebegitu, memuji hingga ke langit. Bagi saya yang sudah berpuluh tahun dibesarkan dengan budaya agak lokek dengan pujian, terasa kembang kempis hidung mendengar pujian. Urm, alhamdulillah, daripada 40 orang yang diinterview, saya tersenarai antara 20 orang yang diterima. Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang nyata dan sembunyi. Angan-angan saya 12 tahun dulu kini menjadi kenyataan. Saya akui memang semua orang ada cerita sendiri bagaimana mereka berdepan dengan masalah placement. Ada yang dipermudahkan, ada yang melalui jalan sedikit sukar. Apa yang pasti, semuanya ada hikmah. Saya lebih menghargai penerimaan masuk saya ke RCSI.

Hingga kini, saya pasti tersenyum sendirian mengenangkan angan-angan saya itu. Alhamdulillah, kini saya sudah bergelar pelajar Royal College of Surgeons in Ireland [cuma belum penah masuk ruangan Sampaikan Salam je]. Setiap kali melalui pintu masuk RCSI, perasaan syukur menyelinap di hati saya. Perjalanan ke pintu masuk itu bukan boleh diukur dengan deruan kapal terbang selama 14 jam. Perjuangan ke sini telah bermula sejak saya membelek akhbar 12 tahun lalu. Syukur di atas ketetapan Allah. Allah definitely knows best.


Perjalanan yang sejauh ini tertempa. Alhamdulillah.



Nota metatarsal : Jangan putus asa! Life is too short for u to weep and be sad all times.