Assalamualaikum wrt wbt.

Morning! Sobahan nur! [jawab:sobahan khoir] Alhamdulillah, sebuah hari yang indah anugerah Allah kepada saya. Makin tenang jiwa tatkala merenung jauh ke sawah padi yang menghijau di hadapan rumah, sesuatu yang jarang saya temui di Kota Dublin. Selesai mengemas bilik, saya berehat seketika sambil mengstalker manusia-manusia lain di Facebook. Macam-macam kerenah manusia,ada sahaja cerita baru yang mahu dikongsi setiap minit. Rakan-rakan yang sudah berabad lama tak bersua muka pun boleh reunion balik kat facebook. Paling menarik, cikgu-cikgu, pakcik makcik pun tak mahu ketinggalan. Moga saya tidak diserang heart attack jika suatu hari nanti tok saya di kampung pun add facebook saya. Hehe. Benar, facebook telah menjadi satu medium perantaraan yang baik untuk mengkhabarkan berita, iklan, berkongsi rasa dan medan sesetengah golongan meninggalkan tazkirah untuk sahabat-sahabat lain. Cuma, kadangkala pengaruh facebook saya rasakan sudah sampai ke tahap kronik dan membazir masa. Jangan risau, masih belum terfikir untuk mendelete account facebook. Cukup sekadar berjaga-jaga dengan perkara baik yang berkemungkinan mengundang padah.

Ok, bukan tajuk facebook yang ingin saya kongsikan. Rasanya sudah banyak artikel dan pendapat peribadi berkenaan facebook yang diutarakan dengan fakta dan hujah masing-masing. Hanya tinggal untuk memilih. Tepuk dada, tanya akal dan iman.

Sejak menyertai BEE, agak ramai juniors yang saya add di facebook. Sesetengahnya memang saya kenali, tapi sebahagian besar yang lain, saya agak-agak bajet kenal je. Seronok sebenarnya membaca luahan rasa graduan International Baccalaureate [IB] ini. Sedikit sebanyak ia mengimbau kenangan saya menghadapi kehidupan sebelum, semasa dan selepas IB.

12 tahun lalu

Saya membelek akhbar hari ini. Seperti biasa, berita-berita ekonomi atau politik dengan tulisan kecil setengah mukasurat pastinya bukan bahan bacaan pilihan saya. Keratan gambar yang berwarna-warni lebih menarik minat saya. Sehelai demi sehelai naskhah akhbar itu saya selak, entah apa yang saya cari. Urm, menjelang musim raya memang lebih banyak keratan gambar berwarna-warni akan menghiasi setiap mukasurat. Bagi kanak-kanak seperti saya yang merasakan hitam putih adalah gabungan yang sungguh bosan, saya lebih kerap 'membaca' akhbar berbanding musim bukan raya. Mata saya terpaku pada sebuah ruangan khas di dada akhbar itu. 'Salam Perantauan'. Wah, berbunga sakura hati saya melihat gambar-gambar tersebut. Setiap satu gambar saya belek, tidak melepaskan setiap nama yang tercetak di bawah gambar tersebut. 'Royal College of Surgeons in Ireland'. Wah, sungguh sedap. Finger licking good nama universiti ni. Menarik2. Nak pergi la kat universiti ni nanti! Jerit hati yang teruja melihat perkataan royal.

IB 2006-2008

Alhamdulillah,niat asal saya saja-saja apply tajaan MARA untuk program luar negara rupa-rupanya menjadi langkah pertama saya merealisasikan impian masa kecil [direct translation childhood] saya. Saya dipilih oleh Allah menerima tajaan tersebut tetapi perlu menghabiskan sebuah preparation programme yang amat pelik namanya, IB. Pernah saya dengar tapi tidak pernah terlintas untuk menyiasat lebih lanjut. Dengan perasaan gumbira bajet nak fly oversea, saya memulakan pengajian di Kolej Mara Banting, sebuah kolej ala-ala sekolah yang terletak 'tidak jauh' dari bandar Putrajaya. Kehidupan di KMB tidak ubah seperti di sebuah sekolah berasrama penuh. Sistem outing, beratur di dewan makan, sistem kelas yang berjadual 8am-3pm,dobi, dan segala macam peraturan sekolah biasa. Remaja yang kurang rebel seperti saya [ecece], menerima keadaan tersebut dengan redha. Usah membandingkan diri dengan rakan-rakan di universiti tempatan lain, pujuk diri.

Saya bukanlah antara pelajar cemerlang di KMB. Kadang-kadang result yang diterima hanya cukup-cukup makan. Jangan cakap la pasal cuak tak dapat fly, memang sentiasa menghantui jiwa. Mungkin satu kampung dah tau yang saya mendapat tajaan belajar di oversea. Setiap kali pulang ke rumah, menghadiri kenduri kahwin, pasti ada mulut yang bertanya bila akan terbang ke luar negara. Aish, beban di jiwa memang sukar nak diterjemahkan. Kadang-kadang saya selamba membalas sapaan mereka, 'susah makcik IB ni. Dah masuk prep college pun belum tentu dapat fly'. Entah mereka faham atau tidak, saya malas meneruskan daya fikir.

Kalau mahu bercerita tentang subject Maths yang '........', Extended Essay yang berjaya disiapkan agak last minute [alhamdulillah dapat A,thanx Puan Azhana], Theory of Knowledge Essay [yang saya sendiri sukar nak fahami,entah macam mana dapat B], Internal Assessment Business [yang terpaksa diedit sedikit sebanyak], CAS hour yang bersusah payah saya penuhi, World Literature Malay [yang berjaya membuat saya tak tidur malam], TOK Presentation [first time berlakon jadi peguam ok!], pernah digrounded sebanyak sekali sebab x sempat nak pulangkan kad [bilik warden tutup awal! memang x puas hati], list goes on, memang rasa mahu pecah neuron otakku.

Namun, masih banyak kenangan manis yang menjadi memori hingga kini di KMB. Terlampau banyak untuk dikongsi bersama. Kelas M06F yang terbaek!, cikgu-cikgu yang sporting dan sentiasa update gossip, pengalaman di rumah anak yatim, masakan dewan makan [especially hari jumaat after usrah], jogging bersama Mz, IRP session, study dengan geng common room. Aish, boleh bersarang semut mengimbau semua itu.

Cuma satu yang amat saya ingat hingga kini. Pengalaman mendapatkan placement universiti. Alhamdulillah, memang rezeki saya apabila kaunselor menetapkan supaya saya memilih RCSI sebagai universiti pilihan. The one and only choice i have. Ada rakan-rakan yang merungut, ada yang cuak, ada yang gembira. Saya sendiri sujud syukur berulang kali kerana RCSI memang idaman saya sejak kecil. Memang banyak kali saya ditakutkan dengan cerita-cerita senior tentang ketoughan sistem di RCSI. Masa belajar dari pagi hingga petang. Ramai pelajar Malaysia yang tumpas berdepan dengan exam yang susah dan tidak berperikemanusiaan. Pendek kata, xde life. Tapi saya masih tekad dengan pilihan saya. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Bukan semua student fail pun, ramai je yang pass with flying colours.

Kaunselor cuba membahagikan kami ke universiti sebaiknya. Namun, kaunselor tidak mampu menguruskan semuanya untuk kami, jadi kami diminta apply kemasukan ke universiti secara individu. Dengan exam IB yang hanya berbaki beberapa minggu, saya masih lagi bergelumang dengan masalah placement. Berbekal connection internet Concourse yang sungguh menyesakkan jiwa, saya apply admission RCSI pada suatu petang. Saya perlu mengejar tarikh tutup application. Setelah mengisi pelbagai ruangan kosong, application saya diterima petang itu, menurut webpage tersebut. Saya check email berkali-kali namun confirmation email yang saya tunggu masih belum kunjung tiba. Berdebar juga jantung melihat rakan-rakan lain sudah boleh tersenyum lega setelah menerima confirmation email daripada RCSI. Saya yakin ada masalah teknikal dalam appplication saya. Ingin mencuba sekali lagi tapi mengenangkan setiap application perlu disertakan dengan bayaran 150euro, saya membatalkan niat. Tambahan lagi saya terpaksa meminjam kredit kad kawan saya. Aish, RM750 bukan jumlah yang kecil. Saya menenangkan diri dan berniat mencuba lagi malam nanti. Masih gagal. Cuba lagi keesokan paginya. Gagal. Petangnya pula. Gagal. Malam itu sekali lagi. Juga gagal. Saya menelefon kaunselor dan bercerita masalah yang saya alami, namun tiada apa yang dapat dilakukan. Memang admission procedure, kena apply online dulu. Malam itu saya benar-benar buntu. Saya hubungi mak, meluahkan rasa. Keesokan paginya saya pinjam Streamyx kawan saya dan bertapa di dewan makan, mencuba untuk apply sekali lagi namun masih gagal. Saya segera menulis email kepada pegawai yang bertugas bertanyakan status application saya. Terselit sedikit rasa pasrah kalau terpaksa belajar di Malaysia sahaja. Keesokan paginya, saya terima email daripada pegawai RCSI menyatakan nama saya tiada dalam application list. Huuuu, kematian kutu membawa kaki saya ke bilik kaunseling. Saya merayu kaunselor untuk menghubungi pihak universiti sambil berdoa. Saya tidak ingat apa yang berlaku selepas itu. Apa yang saya tahu, akhirnya saya dipanggil ke temuduga di Ampang. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.

Semasa sesi temuduga, seperti biasa interviewer memang peramah teramat. Keliru sebentar. Sape interview sape ni? Memang budaya Irish sebegitu, memuji hingga ke langit. Bagi saya yang sudah berpuluh tahun dibesarkan dengan budaya agak lokek dengan pujian, terasa kembang kempis hidung mendengar pujian. Urm, alhamdulillah, daripada 40 orang yang diinterview, saya tersenarai antara 20 orang yang diterima. Hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap apa yang nyata dan sembunyi. Angan-angan saya 12 tahun dulu kini menjadi kenyataan. Saya akui memang semua orang ada cerita sendiri bagaimana mereka berdepan dengan masalah placement. Ada yang dipermudahkan, ada yang melalui jalan sedikit sukar. Apa yang pasti, semuanya ada hikmah. Saya lebih menghargai penerimaan masuk saya ke RCSI.

Hingga kini, saya pasti tersenyum sendirian mengenangkan angan-angan saya itu. Alhamdulillah, kini saya sudah bergelar pelajar Royal College of Surgeons in Ireland [cuma belum penah masuk ruangan Sampaikan Salam je]. Setiap kali melalui pintu masuk RCSI, perasaan syukur menyelinap di hati saya. Perjalanan ke pintu masuk itu bukan boleh diukur dengan deruan kapal terbang selama 14 jam. Perjuangan ke sini telah bermula sejak saya membelek akhbar 12 tahun lalu. Syukur di atas ketetapan Allah. Allah definitely knows best.


Perjalanan yang sejauh ini tertempa. Alhamdulillah.



Nota metatarsal : Jangan putus asa! Life is too short for u to weep and be sad all times.
3 Responses
  1. Ibu Sayang Says:

    Salam Fadz,

    Kalau di izinkan Allah, anak buah ibu jugak bakal menjejakkan kaki di RCSI. Skrg sedang buat IB di KMB. Semoga cita2 Alya akan berjaya spt Fadz..InsyaAllah


  2. Wslm.

    Owh ye ke? Alya? Nanti boleh la berkenal-kenalan. InsyaAllah. =)


  3. Anonymous Says:

    Assalamualaikum. akak, sy kmbian jugak ^^. nak tanya agak2 range berapa eh result sem 2 yg sesuai untk di rank kan apply rcsi?