Assalamualaikum wrt wbt.

Salam mujahadah! Bulan yang dinanti kedatangannya hanya berbaki 2 hari. InsyaAllah. Seperti biasa, malam ini pasti menunggu pakcik pemegang mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh hari raya dengan perasaan yang kosong.

Tahun ini jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu saya hanya mengambil tahu tugas yang telah siap di'delegate' oleh mak, tahun ini saya perlu mengambil tempat mak seketika sebagai 'raya coordinator'. [Wow! Tinggi jawatan] Kayap mak masih belum sembuh elok. Saya risau tapi saya yakin dengan Allah. Ini cuma ujian untuk menambah pahala semua ahli rumah kami. Doakan supaya mak saya cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Allah, hanya Dia yang tahu saya sudah mula merindui ketangkasan mak beraksi tatkala menjelang hari raya. Saya yang baru setahun jagung mahu bersilat di dapur pastinya nampak ada kekok dan janggal di mana-mana tapi itu sahaja pilihan yang ada. Haruslah berusaha menyediakan juadah dan kuih muih bagai. At least saya dapat kurangkan kerisauan mak akan persiapan hari raya. No worries mak, kakak boleh! ;)

Ah, lari tajuk. Batman langsung x membantu.
Berusaha!

Hari ini perlu mengemas rumah sebelum ke pasar membeli barangan masakan. Harus mengerah adik-adikku yang ala-ala penukul untuk membersihkan segala yang perlu. Pastikan baju raya dan segala uniform adik-adik lengkap menjelang pagi raya. Kuih raya kena siapkan at least lagi satu [haish, peristiwa sungguh la buat Kuih Mazola dengan Amin]. Almond london saya pun kena dimandikan dengan coklat by malam raya. Owh, yes, haruslah berusaha masak rendang ayam [please be good to me eh ayam]. Sekurang-kurangnya kena la lebih up daripada rendang sempoi saya ketika di Dublin menyambut Eid Adha bersama rakan-rakan. Hidangan waktu raya, tahun ini mungkin mee kuah, lalu haruslah meningkatkan skills bekerja secara efficient dan penuh gaya. Dan banyak lagi. Terasa sungguh duniawi.

Jangan lupa dear. Aidilfitri yang bakal menjelma tidak harus melebihi keghairahan menghidupkan bulan penuh barakah ini dengan kesungguhan. Anda akan merinduinya leen. Saya rasa sedikit lost di penghujung ini. Mesti berusaha!

Allah, bantulah aku. I know, it ain't easy. Nonetheless, this is the best for me at this moment. Thank you Allah. =)

bookmarks: 2 comments | edit post
Bersabda Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik perhiasan di dunia ini adalah wanita yang solehah.”

Perempuan yang aku sayangi
Adalah pencinta agama Tuhannya
Yang mengalir rasa cinta.. takut dan harap
Terus menguasai perjalanan kehidupannya
Dari waktu ke waktu
Sehingga perjanjian antara jasad dan nyawanya berakhir

Perempuan yang aku rindui
Adalah yang di mata dan wajahnya
Terpancar sinar nur Ilahi
Lidahnya basah dengan zikrullah
Sentiasa muraqabah
Setiap waktu sibuk membaiki diri
Di sudut hati kecilnya sentiasa membesarkan Allah

Perempuan yang aku cintai
Yang menutup auratnya dari pandangan ajnabi
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya
Mujahadatunnafsi adalah perjuangan yang mesti
Muhasabatunnafsi dilakukan selalu
Disanjung tinggi penduduk langit dan bumi

Perempuan yang aku dambai
Yang mendekatkan hatiku yang jauh dari Allah
Tika aku di sana dilamar duniawi
Hadirnya memperkasa Akhiratku
Sewaktu aku alpa dan leka
Lembut manjanya mentazkirah diri
Di kala aku disapa bahana
Belai kasihnya menginsafkan naluri

Perempuan yang aku kasihi
Yang bersyukur pada apa yang ada
Yang bersabar pada apa yang tiada
Cinta pada hidup yang sederhana
Demi kebahagiaan abadi di sana

Perempuan yang aku sukai
Menjadi dian pada dirinya sendiri
Yang menjadi pelita untuk putera-puteriku
Yang bakal dilahirkan
Untuk menyambung perjuanganku
Menegak kalimah Allah nan qudus
Mendaulat perjuangan suci Junjungan Mulia

Perempuan yang aku impi
Adalah wanita yang luhur haqiqi
Muslimah yang setia sejati
Mu’minah yang taat pada Ilahi

Itulah…
Perempuan acuan al-Qur’an.

CITRA RASA BAHAGIA 2008

Muslimah in Ramadhan

*love this! copied from kak Aisyah's blog for future reference. =)
bookmarks: 0 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Maaf, saya lebih suka membaca blog buat masa ini berbanding menulis sendiri. Alhamdulillah, bertemu dengan artikel yang agak lain sudut pandangnya, bukan artikel biasa yang memperkatakan kelebihan Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Artikel ini agak panjang but it worth your precious time. =)

.....Jadi, mulai bilakah perlu mempersiapkan diri supaya menjadi orang yang layak menerima Lailatul Qadar? Jawapannya ialah sejak kecil lagi. Nabi saw mempersiapkan diri, roh dan jiwanya sebelum menerima wahyu daripada Allah swt sejak daripada kecil. Baginda tidak pernah berbuat dosa pada ketika orang lain banyak berbuat maksiat. Oleh sebab itu baginda digelar Al-Amin (yang terpercaya) sejak sebelum dilantik menjadi rasul lagi.

Enam bulan sebelum Lailatul Qadar, baginda mengasingkan dirinya secara intensif meninggalkan keluarga dan kaumnya sementara waktu untuk menumpukan hati kepada Allah di gua Hira’. Itulah persediaan jiwa nabi sebelum menghadapi Lailatul Qadar.

Bagaimanakah dengan jiwa kita? Mungkinkah ibadah yang kita usahakan selama ini daripada satu Ramadan ke satu Ramadan belum menghasilkan jiwa sempurna atau suci bagi membolehkan didatangi oleh malaikat? Jika tahun ini kita tingkatkan lagi ibadah, seterusnya ditingkatkan tahun demi tahun, tidak mustahil satu ketika nanti kita akan didatangi malaikat pada malam Al Qadar.

Rugilah bagi orang-orang yang hanya menunggu-nunggu tanda-tanda Lailatul Qadar barulah bersiap untuk beribadah sebanyak-banyaknya. Atau hanya memperbanyakkan ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan dan mengabaikan serta sambil lewa pada 20 malam sebelumnya dan tidak ambil kisah langsung dengan 330 malam di luar Ramadhan. Tidak salah menambah pecutan di sepuluh malam terakhir… tetapi momentumnya perlu bermula lebih awal. [selanjutnya di sini Mencari... Bukan Menanti Lailatul Qadr ]

Ayuh! Jangan bersedih andai kita bangun pagi esok, melihat cahaya mentari tampak suram, petanda malam sebelumnya adalah malam yang dinanti. Harus terus berusaha. Jika tidak berjodoh pada saat ini, moga Allah menghitung setiap amal, persediaan bertemunya lagi tahun hadapan. Ameen. Gambatte!


Di tengah pembacaan, gegendang telinga menangkap soalan yang dikemukakan dalam program Al-Kuliyyah petang tadi yang turut berdiskusi tentang Lailatul Qadar. Menarik dan penuh info, dengan panelnya Dr. Harun Din. Soalan tersebut berkisah tentang keresahan wanita yang didatangi haid pada sepuluh malam terakhir Ramadhan. Saya menjumpai satu artikel yang maveles untuk menjawab persoalan tersebut.


Tersenyum saya membaca artikel tersebut. Allah definitely knows best. Tidak ada sesuatu pun di bumi yang Allah jadikan sia-sia. Saya kongsikan di sini eh. Klik sini. Baca dan kongsikan.


فَإِنَّ ذَلِكَ شَىْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ ، فَافْعَلِى مَا يَفْعَلُ الْحَاجُّ ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِى بِالْبَيْتِ حَتَّى تَطْهُرِى

Maksudnya : “Yang demikian itu adalah perkara yang sudah Allah tetapkan buat anak-anak perempuan dari keturunan Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang yang berhaji kecuali tawaf di Ka’bah hingga kamu suci.” ( Hadis riwayat Bukhari no. 305 dan Muslim no. 1211 )


Tak dapat ke masjid bertarawih? Dilarang membaca Al-Quran? Tidak boleh lagi bersolat tahajjud? No worries! Banyak lagi boleh buat ha!

  • memperbanyak berzikir dengan bacaan tasbih (subhanallah), tahlil (laa ilaha illallah), tahmid (alhamdulillah) dan zikir lainnya
  • memperbanyak istighfar
  • melipatgandakan doa
  • memperhebat sedekah
  • membantu menyediakan juadah berbuka
  • menolong kerja-kerja yang agak berat agar orang-orang lain yang berpuasa dapat berehat
  • dan lain-lain lagi kebaikan dan kebajikan yang semuanya ada nilaiannya di sisi ALLAH

Hargailah ia sementara ia masih di depan mata. Bakal merinduinya tatkala ia berlalu.

“Jadilah kamu hamba Allah (yang beribadah sepanjang masa, tempat dan suasana), jangan menjadi hamba Ramadhan (yang hanya tekun beribadah di bulan Ramadhan sahaja)"

-Imam Hasan Al Basri



Assalamualaikum wrt wbt.

Blast! Alhamdulillah rasa gembira hari ini walaupun semalam terasa semacam taufan Lanino di dada. Memang gila. Penuh emosi dan bersensitiviti tinggi. Allah2..

Nabi ajarkan kita satu doa sebagaimana disebutkan dalam hadisnya:

حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي سفيان عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول : يا مثبت القلوب ، ثبت قلبي على دينك ، قالوا : يا رسول الله ، آمنا بك وبما جئت به ، فهل تخاف علينا ؟ قال : نعم ، إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبها .

Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya.
(Sunan Ibn Majah)

Pagi ini bangun dalam keadaan lebih ceria dan mensyukuri nikmatNya. Alhamdulillah. Semenjak mak terkena penyakit shingles/herpes/kayap, saya la yang perlu menyediakan juadah sahur di pagi hari. Wah, teringat kota Dublin. Ada baiknya, sekurang-kurangnya saya dapat bangun lebih awal dan kurang berperasaan untuk tidur semula selepas waktu subuh. Masih ingat dialog Ketika Cinta Bertasbih? Jangan biar rejekimu dipatuk ayam! ^_^

Selepas menyiapkan hidangan bersahur [don't put expectation too high, nasi goreng je pun] saya dan mak mengejutkan seisi rumah. Mak memang sudah jadi pemerhati tetap saya setiap dinihari. Kami bersahur bersama kemudian ada yang tidur semula,ada yang tertidur menunggu waktu Subuh. Hehe, mak je yang paling mantop jarang sangat tidur lepas subuh. Ok, cerita yang ingin saya bawakan hari ini adalah tentang Akif. Dah berjela perenggan, baru nak intro.

Hari ni Akif ada sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Semenjak malam tadi beriya-riya mencari baju melayu raya tahun lepas untuk di'gaya'kan ke sekolah. Korek punya korek, alhamdulillah berjumpa dengan baju tersebut. Rasa nak tergelak juga bila nampak Akif cuba terkial-kial memakai baju tersebut. Alahai, macam sarung nangka! Ternyata proses 'perkembangan' Akif amat pesat dan memberansangkan. Lalu, baju Awis la yang menjadi sasaran kami. Hehe, misi mencari baju selesai. Merah menyala bajunya. [X paham dari mana datangnya perkataan 'merah mak ngah!'] Itu memang warna faveret Akif. Dengan laju dia menolak memakai baju melayu cream pemberian kawan mak. Merah pun merah la cik Akif.

Pagi tadi berusaha pula memakaikan sampin untuk si budak semangat ni. Memandangkan sampin tidak dapat dijejaki hingga ke sudah, mak mencadangkan saya melipat2 kain songket pemberian tok untuk dijadikan sampin. Wah, mak andam di pagi hari! Memang susah. Dulu saya selalu hairan dengan kawan-kawan yang suka membetulkan sampin. Hari jumaat adalah hari sampin sedunia bagi mereka. Rupa-rupanya memang susah mengenakan sampin secara manual. Geleng kepala saya dengar mak menyuruh saya bersabar. "Kalau sampin orang nak kawin lagi la. Berjam-jam siap". Whoa! Berjam-jam? Penyelesaiannya beli sampin yang sudah siap dijahit, tinggal sarung je [baca:malas!] Bukan malas, lebih praktikal. =)

Ziarah rumah Pak Cik Google kejap mencari tentang sampin. [xde plak dalam wikipedia? Baju kurung ada!] Wosh2, macam-macam cara pemakaian sampin. Berbunga-bunga, berpintal-pintal pun ada. Kalau hendak diikutkan budaya Melayu, pemakaian sampin ni pun sebenarnya dapat melambangkan identiti dan perwatakan seseorang. Kalau masuk istana, Datuk je boleh pakai sampin hijau tau [eh?]. Zaman berganti zaman, generasi macam saya ni kadang-kadang x tahu pun signifikasi pemakaian sampin tu. Pakai sebab memang dah sejak bukak mata, time raya orang pakai sampin. Tak segak la kalau tak pakai [macam la saya pakai].

Bercerita dengan sungguh random di pagi hari. Berpakaianlah secara bersederhana dan sesuai dengan suasana. Kesimpulannya :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al- A’raaf:26)


p/s : Akif, diet sikit la!