Assalamualaikum wrt wbt.
Blast! Alhamdulillah rasa gembira hari ini walaupun semalam terasa semacam taufan Lanino di dada. Memang gila. Penuh emosi dan bersensitiviti tinggi. Allah2..
Nabi ajarkan kita satu doa sebagaimana disebutkan dalam hadisnya:
حدثنا أبو معاوية عن الأعمش عن أبي سفيان عن أنس قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يكثر أن يقول : يا مثبت القلوب ، ثبت قلبي على دينك ، قالوا : يا رسول الله ، آمنا بك وبما جئت به ، فهل تخاف علينا ؟ قال : نعم ، إن القلوب بين إصبعين من أصابع الله يقلبها .
Diceritakan oleh Abu Mu'awiyah daripada Al-A'masy daripada Abu Sufyan daripada Anas bahawa Nabi SAW banyak berdoa: Wahai Tuhan yang menetapkan hati, tetapkan hatiku atas agamaMU. Mereka (para sahabat) bertanya: Ya Rasulullah, kami beriman denganmu dan apa yang kamu bawa, apakah kamu masih takut lagi tentang kami?Jawab baginda: Ya, sesungguhnya hati-hati manusia berada di antara dia jari Allah, Dia membolak balikkannya.
(Sunan Ibn Majah)
Pagi ini bangun dalam keadaan lebih ceria dan mensyukuri nikmatNya. Alhamdulillah. Semenjak mak terkena penyakit shingles/herpes/kayap, saya la yang perlu menyediakan juadah sahur di pagi hari. Wah, teringat kota Dublin. Ada baiknya, sekurang-kurangnya saya dapat bangun lebih awal dan kurang berperasaan untuk tidur semula selepas waktu subuh. Masih ingat dialog Ketika Cinta Bertasbih? Jangan biar rejekimu dipatuk ayam! ^_^
Selepas menyiapkan hidangan bersahur [don't put expectation too high, nasi goreng je pun] saya dan mak mengejutkan seisi rumah. Mak memang sudah jadi pemerhati tetap saya setiap dinihari. Kami bersahur bersama kemudian ada yang tidur semula,ada yang tertidur menunggu waktu Subuh. Hehe, mak je yang paling mantop jarang sangat tidur lepas subuh. Ok, cerita yang ingin saya bawakan hari ini adalah tentang Akif. Dah berjela perenggan, baru nak intro.
Hari ni Akif ada sambutan hari kemerdekaan di sekolah. Semenjak malam tadi beriya-riya mencari baju melayu raya tahun lepas untuk di'gaya'kan ke sekolah. Korek punya korek, alhamdulillah berjumpa dengan baju tersebut. Rasa nak tergelak juga bila nampak Akif cuba terkial-kial memakai baju tersebut. Alahai, macam sarung nangka! Ternyata proses 'perkembangan' Akif amat pesat dan memberansangkan. Lalu, baju Awis la yang menjadi sasaran kami. Hehe, misi mencari baju selesai. Merah menyala bajunya. [X paham dari mana datangnya perkataan 'merah mak ngah!'] Itu memang warna faveret Akif. Dengan laju dia menolak memakai baju melayu cream pemberian kawan mak. Merah pun merah la cik Akif.
Pagi tadi berusaha pula memakaikan sampin untuk si budak semangat ni. Memandangkan sampin tidak dapat dijejaki hingga ke sudah, mak mencadangkan saya melipat2 kain songket pemberian tok untuk dijadikan sampin. Wah, mak andam di pagi hari! Memang susah. Dulu saya selalu hairan dengan kawan-kawan yang suka membetulkan sampin. Hari jumaat adalah hari sampin sedunia bagi mereka. Rupa-rupanya memang susah mengenakan sampin secara manual. Geleng kepala saya dengar mak menyuruh saya bersabar. "Kalau sampin orang nak kawin lagi la. Berjam-jam siap". Whoa! Berjam-jam? Penyelesaiannya beli sampin yang sudah siap dijahit, tinggal sarung je [baca:malas!] Bukan malas, lebih praktikal. =)
Ziarah rumah Pak Cik Google kejap mencari tentang sampin. [xde plak dalam wikipedia? Baju kurung ada!] Wosh2, macam-macam cara pemakaian sampin. Berbunga-bunga, berpintal-pintal pun ada. Kalau hendak diikutkan budaya Melayu, pemakaian sampin ni pun sebenarnya dapat melambangkan identiti dan perwatakan seseorang. Kalau masuk istana, Datuk je boleh pakai sampin hijau tau [eh?]. Zaman berganti zaman, generasi macam saya ni kadang-kadang x tahu pun signifikasi pemakaian sampin tu. Pakai sebab memang dah sejak bukak mata, time raya orang pakai sampin. Tak segak la kalau tak pakai [macam la saya pakai].
Bercerita dengan sungguh random di pagi hari. Berpakaianlah secara bersederhana dan sesuai dengan suasana. Kesimpulannya :
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Al- A’raaf:26)
p/s : Akif, diet sikit la!