Assalamualaikum wrt wbt.

Salam mujahadah! Bulan yang dinanti kedatangannya hanya berbaki 2 hari. InsyaAllah. Seperti biasa, malam ini pasti menunggu pakcik pemegang mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh hari raya dengan perasaan yang kosong.

Tahun ini jauh berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Jika dulu saya hanya mengambil tahu tugas yang telah siap di'delegate' oleh mak, tahun ini saya perlu mengambil tempat mak seketika sebagai 'raya coordinator'. [Wow! Tinggi jawatan] Kayap mak masih belum sembuh elok. Saya risau tapi saya yakin dengan Allah. Ini cuma ujian untuk menambah pahala semua ahli rumah kami. Doakan supaya mak saya cepat sembuh dan pulih seperti sediakala. Allah, hanya Dia yang tahu saya sudah mula merindui ketangkasan mak beraksi tatkala menjelang hari raya. Saya yang baru setahun jagung mahu bersilat di dapur pastinya nampak ada kekok dan janggal di mana-mana tapi itu sahaja pilihan yang ada. Haruslah berusaha menyediakan juadah dan kuih muih bagai. At least saya dapat kurangkan kerisauan mak akan persiapan hari raya. No worries mak, kakak boleh! ;)

Ah, lari tajuk. Batman langsung x membantu.
Berusaha!

Hari ini perlu mengemas rumah sebelum ke pasar membeli barangan masakan. Harus mengerah adik-adikku yang ala-ala penukul untuk membersihkan segala yang perlu. Pastikan baju raya dan segala uniform adik-adik lengkap menjelang pagi raya. Kuih raya kena siapkan at least lagi satu [haish, peristiwa sungguh la buat Kuih Mazola dengan Amin]. Almond london saya pun kena dimandikan dengan coklat by malam raya. Owh, yes, haruslah berusaha masak rendang ayam [please be good to me eh ayam]. Sekurang-kurangnya kena la lebih up daripada rendang sempoi saya ketika di Dublin menyambut Eid Adha bersama rakan-rakan. Hidangan waktu raya, tahun ini mungkin mee kuah, lalu haruslah meningkatkan skills bekerja secara efficient dan penuh gaya. Dan banyak lagi. Terasa sungguh duniawi.

Jangan lupa dear. Aidilfitri yang bakal menjelma tidak harus melebihi keghairahan menghidupkan bulan penuh barakah ini dengan kesungguhan. Anda akan merinduinya leen. Saya rasa sedikit lost di penghujung ini. Mesti berusaha!

Allah, bantulah aku. I know, it ain't easy. Nonetheless, this is the best for me at this moment. Thank you Allah. =)

bookmarks: edit post
2 Responses
  1. Afham Says:

    entah mengapa aku terasa kegelabahan ko dalam menyambut raya.

    Anak sulong katakan~

    Haha.all the best raya di Penang.
    Maaf Zahir Batin.

    p/s: 'bestnya' raya di Dublin~~~


  2. aku memang gelabah. tetiba dah jadi suri rumah. Allah..

    Yes,aku faham ke'best'an beraya di Dublin. Xpe, bleh skype2 di pagi raya. =)

    Kalau baik hati boleh la aku bawak barang secubit dua kuih raya nanti.