Assalamualaikum wrt wbt.

[Caution : sila berikan prioriti kepada kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan. Entry ini sungguh random]

Ini kali ke 17 saya menaip dan kemudian padam. Ada sahaja yang membantutkan usaha saya mengupdate blog. Memang salah saya sebenarnya, pukul 6 baru mengadap laptop lalu haruslah tidak siap-siap entry. Sebagai anak perempuan tunggal mithali [uhuks!ameen..], saya kena la membantu mak di dapur. Sebenarnya lebih sebagai pemerhati bertauliah, mak saya memang superb. Cekap sungguh bekerja. Yes, saya perlu jadi begitu.

....................................................................................................................

AKIF

Tahun ini bukan tahun pertama Akif berpuasa, tapi ini tahun pertama dia berpuasa penuh hingga ke hari 16. Sebelum ni, balik sekolah terus buat muka kerang busuk kemudian buat-buat nak pengsan. Akif2. Tahun ni sudah tiba masanya Akif berlatih puasa penuh.Hari pertama kesian jugak tengok Akif, melingkar atas lantai macam ular. Golek ke kiri,golek ke kanan, buat muka lapar. Awal-awal lagi dah pesan, dia x boleh ambikkan apa-apa barang atau tolong apa-apa sebab dia puasa. Xpe, bagi peluang. Bila siaran pengumuman waktu berbuka seluruh Malaysia, mula la dia buat muka Einstein. 'Kalau kita pindah Sabah pun x pa kan kakak? Cepat sikit bukak puasa'. Aish, layan.. Paling x tahan bila jam dah menginjak ke jarum 7. Mulutnya akan melontarkan soalan yang sama bertubi-tubi. 'Lagi berapa minit kakak?' Kesabaran saya sedikit teruji, mengenangkan iklan ayah menjawab soalan anaknya tentang burung pun masih kurang memberi kesan terhadap kesabaran saya. Akhirnya, bagi mengelakkan diri menjadi marah sekaligus mengurangkan pahala puasa, saya set kan timer di handphone untuk Akif. Tatkala azan berkumandang di kaca tv, Akif mula buat muka. 'Kan best kalau kita duduk KL'. Urm, plak dah.. Akhirnya waktu berbuka pun tiba. Alhamdulillah, Akif masih bertahan dan terus bertahan. Gambatte Akif Uzair!

........................................................................................................................................

FYDOT aka Faridah

Hehe. Sila jangan salah sangka fydot adalah lelaki. Adeyh la. InsyaAllah sahabat saya yang sedang menuntut di Indonesia dalam bidang perubatan ini akan pulang ke tanahair tidak lama lagi. InsyaAllah akan menerima kedatangannya sebagai tetamu dengan layanan terbaik. =) Jumpa nanti dear!

........................................................................................................................................

KISAH BUKU

Sepanjang invisible period saya, alhamdulillah saya berjaya menghabiskan beberapa buah buku. Misi ulat buku @_@ hampir berjaya. Yang penting istiqamah ye. InsyaAllah. Gembira rasanya tatkala berjaya menghabiskan misi bacaan buku tentang kehidupan dan keperibadian Aisyah r.a. Apatah lagi ada sesi revision melalui slot Jejak Rasul. Saya perlu menyedarkan diri untuk membaca lebih banyak tentang sejarah. Yes, insyaAllah.

Novel 5 tahun 5 bulan kelihatan seperti sebuah novel remaja biasa. Dengan penggunaan laras bahasa yang santai dan agak sarat dengan istilah-istilah remaja yang sebelum ini tidak terjangkau dek akal saya. Rasanya buku begini senang mendapat tempat di hati kebanyakan remaja yang allergic dengan ayat-ayat 'skema badut'. Apa yang menarik, watak dalam drama ini adalah bekas penuntut KMS yang kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Aberdeen dalam bidang perubatan. See, itu la sebab nya saya membeli novel tersebut pada awalnya. Awal pembacaan, novel ini memang menghiburkan, meskipun ada sedikit sebanyak penggunaan bahasa remaja yang sarat. Tatkala mengakhiri pembacaan di muka surat terakhir, ternyata novel ini menggalas banyak pengajarann buat remaja. Nampak santai tapi islamik juga. Cool! Buah tangan Hlovate ini memang antara yang terbaik!

Seterusnya sebuah buku yang berkisar tentang diet yang diamalkan Rasululllah s.a.w[sila selawat] sepanjang hayat beliau. MasyaAllah, patut la Rasul junjungan kita tidak pernah sakit sehingga saat beliau jatuh sakit dan kemudiannya pergi meninggalkan kita. Memang bacaan yang amat sesuai untuk bulan Ramadhan. Saya hampir pitam apabila membandingkan diet saya dan Rasulullah. Jauh beza. Benar, makanan adalah penyebab utama kebanyakan penyakit. Sudah tiba masanya saya mula memantau pemakanan saya dengan lebih hati-hati dengan menolak sedikit share nafsu dalam membuat pertimbangan. InsyaAllah saya akan cuba kongsikan isi kandungan buku tersebut nanti. =)

Owh, novel Denyut Cinta Medik juga terbaek! Banyak juga sticknotes yang saya lekatkan di sisi novel tersebut, menandakan begitu banyak input yang cuba disampaikan oleh penulis. Benar bagai yang ditulis, novel tersebut menceritakan serba sedikit tentang fiqh perubatan, fiqh wanita dan fiqh cinta. Sebenarnya membaca novel tersebut membuatkan saya berasa amat gerun mahu berdepan dengan dunia housemanship nanti. Owh,owh,owh.. Namun saya tabahkan hati. Baru nak masuk 3rd year, x payah nak palpitation lebih-lebih ok. Bagi pelajar medic khususnya yang belum mendapatkan buku tersebut, sila la ke kedai buku berhampiran. InsyaAllah berbaloi2! Nak pinjam? Boleh datang ke rumah. =)`

Sekarang masih berusaha membelek buku Sifat Solat Nabi pemberian Pak Chaq saya pada cuti summer lepas. Astaghfirullahalazim. Begitu lama buku tersebut dibiarkan di rak. Semoga dapat menambah khusyuk dan yakin dalam solat. Ameen.

........................................................................................................................................

ISU BABY DUMPING

Istighfar panjang saya menonton Buletin Utama sejak pulang ke Malaysia. Mual dengan isu politik, kini saya rasa gerun berada di negara sendiri. Isu buang bayi sudah jadi seperti sajian wajib warta berita. Meskkipun Ramadhan hampir separuh berlalu, isu ini masih tidak sunyi-sunyi. Rasanya syaitan dikurung. Jadi, siapa yang sebenarnya berleluasa melakukan kerja yang tidak tergamak dilakukan oleh haiwan sekalipun? Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNya kepada kita semua.

........................................................................................................................................

Sila berusaha!
bookmarks: edit post
0 Responses