Assalamualaikum wrt wbt.

[heeeee.. dengan gaya tersengih]

Tahniah! Genap 30 hari 48 jam saya tidak mengupdate blog. Ingatkan tiada yang mahu membaca. Berkali-kali juga saya tulis dan padam, tulis-termenung-padam, tulis kemudian padam. Entah apa yang menggusarkan hati untuk menulis entry baru, saya sendiri tidak pasti. Bukannya saya dormant berhibernasi di dalam kepompong cuma masih tercari-cari tajuk entry yang sesuai. Akhirnya, sampai kini tak jumpa. Hehe.

Secara jujurnya, saya sudah hampir lupa apa yang saya lakukan di rumah selama sebulan saya mendiamkan diri ini. Apa pun, cuti musim panas ini ternyata lebih banyak diisi dengan aktiviti bersama keluarga [atau katil?] di rumah, hasil muhasabah tahun lepas. Keinginan saya untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan terpaksa saya tapis dengan sebaiknya, takut ada hati yang terluka lagi. Saya masih ada tanggungjawab sebagai anak dan kakak di rumah. InsyaAllah saya mencuba semampu mungkin untuk membantu rakan-rakan mengendalikan program di tanahair namun kali ini saya telah tetapkan had batasannya. Bukannya sampai sebulan tiada di rumah seperti tahun lepas. Semangat yang bagus, pertimbangan yang kurang bijak.

Status sebagai pelajar luar negara membuatkan saya agak cuak untuk berhadapan dengan masyarakat. Layanan yang diberikan cukup mesra dengan topik perbincangan yang kadang-kadang saya rasakan sungguh ilmiah. Ditambah pula dengan pujian yang meng'expose' saya kepada perasaan 'ujub atau riak [astaghfirullah, nauzubillahiminzalik]. Sesekali saya rasa status ini terlampau digembar-gemburkan hebatnya [kerana tidak ramai yang mampu ke luar negara?rasanya kat Dublin tu, kalau baling batu kat City Center, yang terdengar adalah 'adoi!' instead of 'ouch!' heee..]. Apa pun sebenarnya ada hikmah juga title sebegini. At least dapat digunakan untuk membantu juniors yang bakal fly atau masih di bangku sekolah.

Baiklah, sekadar berkongsi aktiviti yang saya lakukan sepanjang kehilangan saya.

PROGRAM PERSATUAN MAHASISWA LUAR NEGARA PULAU PINANG

Alhamdulillah, meskipun perancangan kami hanya bermula beberapa minggu sebelum program, usaha kami tidaklah begitu menghampakan. Meskipun yang hadir hanya 5 orang [1/4 total], saya dan rakan-rakan cuba berkongsi sebanyak mungkin pengalaman dan pengetahuan kami sepanjang keberadaan kami di luar negara. Kami bercerita serba sedikit tentang suasana di UK dan Ireland serta hal-hal yang berkaitan termasuklah urusan perbankan, makanan halal, pengangkutan, kehidupan sosial etc. Makanan yang ditempah hari itu sungguh mantops! Nak jugak cakap kat sini. =) Tidak dinafikan, ada sekelumit [urm?] rasa sedih jauh di dasar hati mengenangkan jumlah seniors yang hadir melebihi bilangan juniors yang hadir. Pastinya ada ruang muhasabah untuk mempergiatkan promosi pada tahun depan. Above all, kami bersyukur kerana masih ada yang sudi hadir. Kalaulah pujian dan manusia yang dijadikan asbab program ini, pastinya hati terasa luluh. Namun saya percaya, Allah melihat setiap yang nyata atau tersembunyi. Moga kami dikurniakan istiqamah untuk aktiviti tahun depan. Gambatte!



BANTING EXTENDED EXPERIENCE [BEE]

Whoa! Ini memang terbaek!


Program predeparture yang sungguh comel! Terasa kembali ke zaman muda-muda [skrg agak tua]. Paling menarik, mereka yang hadir adalah semuanya bekas pelajar Kolej Mara Banting, prep college yang terchenta! Seperti program predeparture lain, banyak pengisian yang diselitkan dalam BEE. Paling tak bleh blah, RM20 sahaja termasuk flying fox. Sungguh rugi mereka yang tidak hadir. Meskipun sistem immuniti badan agak lemah dan diserang demam pada hari pertama, alhamdulillah kesemangatan membolehkan saya bergiat aktif pada hari kedua. Selaku faci group Carpenter Bee, saya memang berbangga dengan semua adik2 group saya. Anda semua memang terbaik! Semoga tahun depan program ini akan terus dianjurkan. Ameen! Kepada juniors, moga Allah permudahkan urusan anda semua. InsyaAllah.

UNIFAIR KMB

Alang-alang dah turun ke KL, saya memanjangkan langkah menyertai program Unifair di Kolej Mara Banting yang teramat dirindui. Kami diminta mem'promote' universiti masing-masing di sini. Sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran awal tentang suasana 'placement' bagi pelajar tahun 1 dan persediaan menghadapi university life di luar negara buat pelajar tahun 2. Kami selaku pelajar RCSI, memang dengan semangatnya mempromosikan RCSI. Hampir sama soalan yang diajukan kepada kami. 'RCSI susah kan?','Ramai orang fail ek kat situ?'. Kami sekadar mengiyakan fakta yang kadangkala ter'over' disebarkan. Word of mouth. Takkan nak sumbat dengan gabus? Benar, RCSI bukan sebuah universiti yang menjanjikan kesenangan mendapatkan segulung ijazah Perubatan. Jauh sekali membenarkan anda melepak sesuka hati kemudian lulus peperiksaan dengan petik jari. Saban tahun pasti ada kes student yang terpaksa repeat year. Benar sekali, tiada bangkangan. Cuma, jika ada 1/10 pelajar yang gagal, perlukah kita memilih untuk berada di dalam golongan 1/10 itu? Cabaran mengajar manusia untuk berusaha. Enough said, no pain no gain. [ok, saya agak emo]

Ubah topik. Sudah hampir dua tahun tidak menjejakkan kaki ke situ. Perkara pertama yang saya realize dalam kegelapan malam tatkala tiba di KMB ialah KFC [Koperasi Food Court]. Wah3.. Sungguh terbaek KMB sekarang.Bangunan dan astaka juga sedikit berubah. Kerusi dewan makan sudah berubah rupa daripada kerusi plastik ke kerusi McD. Double wah3.. Menjengah ke Lecture Theatre [LT], triple wah3... Dah macam kerusi cinema lagaknya, memang sedap kalau tertidur time lecture. Yep, harus saya akui, sudah banyak yang berubah. Dari lanskap kolej hinggalah ke wajah-wajah baru yang saya jumpa. alhamdulillah, cikgu2 di KMB masih juga sama jadi saya berpeluang untuk bertemu dengan guru-guru yang mengajar saya. Masing-masing kelihatan ceria menyambut kedatangan kami. Gembira benar riak wajah mereka. Sedikit sebanyak kurang bebanan jiwa apabila mereka meluahkan perasaan mereka mendepani pelajar KMB sekarang yang semakin 'maju'. Tabahlah cikgu2, demi Tuhanmu.

........................................................................................................................................

Dan sekarang saya kembali di rumah, menemani mak yang amat saya sayangi. 8 bulan lamanya mak menanti kepulangan saya. Saya juga setiap hari menghitung hari untuk pulang ke pangkuan keluarga. Rasanya memang patut saya luangkan sedikit masa untuk menjalankan tanggungjawab yang selama ini terpaksa saya tolak ke tepi lantaran jarak yang memisahkan dua benua.

Ok, saya akan update blog dengan cerita dan luahan baru [sila berusaha!]. Semoga anda semua sentiasa sihat di samping keluarga tercinta. Hargailah sesuatu di saat anda masih memilikinya. =)

p/s : jangan lupa tengok segmen Tanya Ustaz di tv9. Memang terbaik!
bookmarks: 2 comments | edit post