And this worldly life is not but diversion and amusement. And indeed, the home of the Hereafter - that is the [eternal] life, if only they knew. [Al-Ankabut:64]
18 March 2012. Post St.Patrick Day di kota Dublin Ireland.
Lama benar tidak menulis. Sekarang saya sudah minggu terakhir dalam rotation Psychiatry. @_@
Secara jujur dan jelas nyata, psychiatry bukanlah bidang pilihan saya. In fact, saya rasa ia bertentangan dengan personaliti dan karakter saya. Saya ini kurang sikit human touch nya. Masih terkial-kial untuk memperbaiki interpersonal skill.
Saban hari saya akan menemani Registrar di dalam klinik untuk membantu 'menyelesaikan' masalah yang dibawa bersama oleh jiwa-jiwa yang ditarik sedikit nikmat ketenangan. Macam-macam cerita. Ada yang lucu, sedih, tidak logik dan tidak kurang yang membuatkan saya mengalami mental strain yang teramat.
Pelbagai diagnosis yang dikeluarkan oleh ICD-10 untuk mengklasifikasikan penyakit-penyakit mental ini. Sungguh terperinci. Depression adalah yang paling sering dijumpai di sini,maklum la prevalence pun 1% (maksudnya 1 dalam 100 orang ada depression atau 'kemurungan?') Kasihan orang yang ditarik nikmat ketenangan hati ni. Rasa nak bunuh diri, tidur tak lena, makan x lalu, tak boleh concentrate. Apatah lagi kalau patient yang ada mania. Allah,memang jadi bahan gelak orang je la jawabnya. Ada pula yang datang dengan masalah kewangan dan keluarga yang tidak berpenghujung (aih,pening!)
Mulianya tugas seorang psychiatrist kalau dia boleh berdakwah dalam menjalankan tugas seharian. Kebanyakan masalah yang diadukan tu sebenarnya tidak boleh diselesaikan manusia pun. Semuanya kena minta dari Tuhan~ketenangan hati dan jalan keluar dari masalah.
Oh, random sungguh post saya ni.
Minggu depan akan ada OSCE Exam.
Minggu depan kena submit case records dan psychiatry essay.
Lagi 2 minggu depan akan bermula rotation Obs & Gynae.
Serabut juga sekali sekala.
InsyaAllah,berusaha!
Bak kata Rabiatul Adawiyah, "Dunia ini asalnya daripada tanah dan akan kembali menjadi tanah". Jadi, cuba letakkan dunia ini di tangan, bukan di hati :)
TARGET KEHIDUPAN
1. Gadis yang membantu
2. Isteri yang solehah
3. Ibu yang pintar
4. Nenek yang memahami
5. Wanita dalam masyarakat
(^_^)V
Lagu di playlist yang bakal diulang selama sebulan sebelum jumpa lagu baru.
46 chromosomes. A muslim, a da'ie, a medical student, a daughter, a sister, a friend. This is where my stories lie and hopefully end with husnul khatimah. Ameen ya rabb.
You are the best community ever raised among the people: you advocate righteousness and forbid evil, and you believe in GOD. If the followers of the scripture believed, it would be better for them.