Salam,

selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.

Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik.. Berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kdang2 kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.

Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:

ombak eh perempuan ini?

Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.

Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.

Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.

Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.

Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!

Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.

Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.

Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.

Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.

Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.

Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.

( tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula…hohoohoh)

Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?

Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.

Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari ALlah.

Kenalilah simptom futur anda

Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.


Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera..

Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.

Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.

Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.

dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.

Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.

Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:

Ala, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaa.. apa salahnya dengar lagu rihanna?ehek ehek…..

Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:

aku bila lagi? aku bila lagi?

dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..

dan kita lebih jauh dari Allah..

bertambah jauh.

Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.


Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.

Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?

Syaitan!

dan siapa yang akan kalah dan menangis ? Islam dan diri sendiri juga!

Sebab itu, kenalilah sifat kita yang mudah down, dan berombak. Dan ubatilah kefuturan dengan setepat-tepat ubat. Bukan mencarinya dan mengubatnya dengan hiburan dan kelekaan.

Jawapan itu ada pada:

1) Kembalilah pada Allah.

Yes. I mean this.

Go back to Him. Bersolatlah kepada Dia. Bercakaplah dengan Dia.

Kalau uzur, baca ma’thurat. Hafal surah. Buat perkara -perkara yang mendekatkan diri dengan Allah. Even membaca buku yang mengingatkan kita pada Allah.

Berdoalah. Kembalikan kekhusyukan. Istighfar berulang kembali.

Dan paling best untuk dilakukan adalah:

Membaca Quran, serta mentadabburi setiap makna kalimahNya.


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (QS Al-Isra’ : 9)

Perkara ini juga dikuatkan oleh Ustaz Hasan Al-Hudhaibi yang berkata :

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.”

Allah SWT berfirman :

“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Ruh (Al-Qur’an) dengan perintah kami . Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami tunjuki siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami”. (QS As-Syura : 52)

Ketika Ruh tersebut melekat ke dalam hati dan setiap penjurunya dipenuhi dengan cahaya iman, maka ia mampu mengusir hawa nafsu dan rasa cinta terhadap dunia dan kemudiannya akan mempengaruhi perilaku seorang hamba dan tujuan hidupnya.

Maka temuilah ketenangan itu pada tadabbur Al-Quran. Berkata-katalah dengan Allah dengan membaca ayatNya, penuh dengan kehadiran sebuah perasaan.

Ibnu Mas’ud berwasiat :

“Janganlah kau membaca Al-Qur’an secepat kau membaca sya’ir, atau seperti buah kurma yang berguguran dari tangkainya, berhenti dan renungkanlah keajaiban-keajaibannya, gerakkanlah hatimu dengannya dan janganlah menjadikan akhir surah sebagai pusat perhatianmu.”


2) Bergaullah dengan orang-orang yang soleh.

Tak semestinya kena cari naqibah, atau ustaz. Carilah teman yang mengingatkan kita pada Allah. Yang akanremindkan kita tentang akhirat. Yang dapat menyedarkan kita dari tidur yang lena itu.

Sebab time kita down, memang hati tengah gelap. Sukat untuk kita menerima nasihat orang. Maka sentuhan orang-orang soleh ini dapat melembutkan hati kita, dan memberi cahaya baru dalam hati kita dengan izin Allah..

Jangan bersendirian ketika futur. Kita akan diganggun dengan bisikan syaitan jika kita terus bersendirian.

3) Berdoa kepada Allah.

Berdoalah diberikan semula hidayah yang malap. Berdoalah untuk diberikan kekuatan. Dan berdoalah supaya Allah mudahkan urusan kita yang menyebabkan kefuturan kita.

Berdoalah kepada ALlah:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir” (QS al-Baqarah [2]: 250).

Berdoalah dan temuilah kekuatan itu dengan doa!

4) perbaharui kefahaman kita.

Sebelum ini mungkin kita dah faham akan erti hidup kita. Kita faham tugas kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat di dunia ini.

Namun bila saatnya futur, maka kefahaman itu seolah-olah terbang ditiup angin nafsu yang mengelabui iman dan akal kita.

Di saat itu, perbaharuilah kefahaman kita. Bila kita menganggur, syaitan akan mudah menjadikan kita futur.

Maka perbaharuilah kefahaman itu dengan tarbiyah. Pergilah kepada majlis-majlis ilmu. Nyalakan semula semangatmu. Semarakkan semula baraan himmahmu.

Katakan pada dirimu bahawa:

‘ Hidupku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam!’

Kerana memberi dakwah itu menghidupkan dan merupakan jalan keluar kepada kefuturan. Kerana itu di saat kau meninggalkannya, perkara itu akan lebih mendownkan kamu.

Maka di saat down, ambillah masa sekejap untuk istighfar dan perbaiki semangatmu. Seterusnya, bangkitlah dan teruskan memberi kepada manusia!

5) Mengingati negeri akhirat.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya ketika ia ditanya tentang makna ‘insyirah shadr’ (keterbukaan dada) dalam firmanNya :

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az-Zumar : 22)

Nabi saw menjelaskan :

“Apabila cahaya iman masuk terbukalah hatinya” (untuk menerima kebenaran).”

Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, apa ciri-cirinya?”

Rasulullah saw bersabda :

“Kerinduan kepada kampung keabadian, merasa jauh dari dunia yang menipu, bersiap-siap untuk menghadapi kematian sebelum ia datang.”

Di dunia ini kita akan selalu ditinggalkan keseorangan. Apa awak ingat awak seorang je ke takde murabbi? ( kita akan selalu mengadu benda yang kita takde, benda depan mata, selalu tak kita hargai…)

orang terdahulu sendiri banyak belajar berdikari. Banyak membina diri mereka sendiri.

Semakin lama kita dalam tarbiyah, Sedarlah, kita perlu lebih banyak bergantung pada tarbiyah dzatiyah berbanding tarbiyah jam’iyah ( tarbiyah diri sendiri, daripada tarbiyah beramai-ramai)

Maka, bila kita down, kitalah yang perlu merawat ke’down’an kita itu sendiri. Dengan cepat!

Jika kamu tak mampu merawatnya, siapa lagi?

sedangkan ummah mendambakan parajurit-parajurit yang sentiasa terpadu iman dan amal jihadnya, untuk menongkah jahiliyah yang amat pekat di luar sana.

Mampukah kamu bangkit semula?

Like this! Of course I copied this from somewhere else. For my own reminder.

bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum.

Walla! Musim cuti tiba lagi! Alhamdulillah, saya akan bercuti hingga 28 Feb 2011. Hampir sebulan masyaAllah. *grin from ear to ear*

Bagi mengisi masa lapang:
Suggestion from my kakak usrah :) better late than never aite?

Done half of it. I love this story. Better than movie version.

Self help book mood. (^_^)

Bought from Eason. Haven't really start reading this book. Flipping through it,interesting!


InsyaAllah akan habiskan sebelum ke Turkey 8 Feb ini.

p/s : Siti, in case u read this, akak pinjam tau buku Life is an open secret. :p
bookmarks: 2 comments | edit post
Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Maka dengan tamatnya paper OSCE tempoh hari, maka berakhirlah musim peperiksaan secara rasminya. Setelah berusaha, berdoa dan berikhtiar [dari segi kesungguhan memastikan peluru tembakan mengena sasaran yang dirasakan paling menyakinkan], maka tiba masa untuk bertawakal. Sedikit gentar tapi saya harus percaya, Allah Maha Kuasa.

Susunan peperiksaan agak bercelaru pada hari tersebut. Jarak tempat duduk antara saya dan rakan sebelah hanyalah lebih kurang 2cm dari bahu ke bahu. Terkesima juga melihat susunan tempat duduk, membuka peluang yang cukup luas untuk sesi perbincangan tidak rasmi mahupun mata yang menjeling kertas rakan di sebelah. Entah mengapa kali ini pengurusan sistem peperiksaan agak sedikit kelam kabut. Apapun, saya dan rakan-rakan di sebelah mencuba sedaya mungkin untuk menumpukan retina hanya kepada kertas soalan dan skrin. Alhamdulillah, berjaya untuk tidak terlihat rakan sebelah. Setelah menghantar kertas jawapan, kami meninggalkan Robert Adam Lecture Theatre dan menuju ke surau. Waktu zohor telah lama berlalu. Kami bergegas.

Selepas solat,kami bersalam-salaman. Allahu. Dia yang maha mengetahui perasaan tatkala memeluk erat sahabat-sahabat yang bakal meneruskan perjuangan di bumi yang jauh dari kami, Penang [ok, dekat bagi saya sebenarnya]. Tidak sanggup pula rasanya untuk membayangkan kehidupan selepas ini yang mungkin sedikit suram tanpa kehadiran banjiran pelajar Malaysia di dalam kelas. Saya pasti merindui wajah-wajah ini. Rasa yang terselit di sudut hati saya pendam dalam-dalam, khuatir akan dizahirkan dengan esak tangis yang mungkin masih terlalu awal. Ok, xnak bercakap tentang hal ini lagi. Sekurang-kurangnya buat masa ini.

Huh. Keluhan kecil yang tidak terbendung tatkala mencongak-congak bilangan hari cuti. Sebenarnya tak perlu bercongak pun. Hari jumaat lepas adalah satu-satunya hari kami bercuti selepas exam jika ditolak cuti weekend. Aish, rasa mahu saja ponteng kelas esok. Sepanjang minggu depan, kelas akan bermula jam 8.30pagi [ulangan PAGI] dan tamat jam 1.15petang. Saya benar-benar rasa seperti seorang pelajar perubatan sekarang. Aish, mengeluh lagi. Terasa mahu pengsan sekarang. Apa pun, sila bersemangat ke kelas semula esok!

Monday 24th January 2011

8.30am Introduction-DW

8.45am Prescribing for the Elderly-David Williams

9.45am Cognitive Impairment and Dementia- Dr Mary Cosgrove (Beaumont/St Itas)

10.45-11.15 BREAK

11.15am The management of Depression in the elderly patient-Dr Mary Cosgrove

12.15pm The multidisciplinary approach to Stroke Rehabilitation Prof Sean Murphy

Tuesday 25th January 2011

8.30am Dementia-The structural basis-Professor Michael Farrell (Beaumont)

9.30am Stroke-An Essential Framework-Professor Michael Farrell

10.30-11pm BREAK

11pm Management of Acute Stroke-David Willlams

12 midday Management of Hypertension in the elderly-Dr Eamon Dolan (Connolly)

Wednesday 26th January 2011

8.30am Rehabilitation in the Elderly Patient-Dr Frances Horgan (school of physiotherapy, RCSI)

9.30am Models of Health Service Management for the Elderly Patient-Dr Patricia McCormack (Connolly)

10.30-11am BREAK

11am Discharge Management in The Elderly Patient-Dr Olwyn Lynch (Drogheda)

12 midday Management of incontinence Dr Clare Fallon

Thursday 27th January 2011

8.30am Management of Parkinson’s Disease-Dr Ciaran Donegan(Beaumont)

9.30am Communication/History taking in the elderly patient-Dr Frances Meagher(RCSI)

10.30-11 BREAK

11am Health Promotion for the Elderly population-Ms Mary O’ Neill(School of Nursing)

12 midday Outreach Services for the Elderly- Dr Siobhan Kennelly (Connolly)

Friday 28th January 2011

8.30 am Management of Osteoporosis and Bone Health in the Elderly Patient-Dr Cora McGreevy

9.30am Ethical Issues in relation to the Elderly Patient-Dr Ciaran Donegan

10.30-11am BREAK

11am Management and Investigation of Falls and Syncope-Dr Alan Moore

12 middayManagement of delirium in the elderly Patient-Dr Rory McGovern (Kilkenny)


Melihatkan tajuk Elderly Medicine, saya berdoa topik yang dibawa lebih menarik dan berjaya menghalang rembesan pineal gland. Selamat bermujahadah!

nota metatarsal : oh,oh,oh! tidak sabar mahu ke Turkey!!
bookmarks: 0 comments | edit post
Memang terdapat beberapa keistimewaan yang ada pada hari Jumaat itu sendiri. Salah satu yang sedia maklum ialah wujudnya solat Jumaat pada hari tersebut. Didalam sebuah riwayat dari Abu Lubaabah menyatakan bahawa terdapat lima perkara yang disebut:

a. Hari tersebut Allah mencipta Adam as.
b. Adam diturunkan ke bumi pada hari tersebut
c. Adam meninggal dunia pada hari tersebut
d. Hari dimana Allah akan mengkabulkan permintaan hambanya
e. Hari bermulanya kiamat.

Hadith ini diriwayatkan oleh Ibn Maajah (# 1084) dan dikelaskan sebagai Hasan oleh Syiekh al-Albani didalam al-Jaami' (#2279).

Ada beberapa amalan2 sahih yang boleh dilakukan pada hari Jumaat. Diantaranya :-

1. Pergi bersolat Jumaat. Dimulakan dengan membersihkan diri, datang awal ke masjid, mendengar khutbah dsb. Ibn Umar ra dan Abu Hurairah ra mendengar khutbah Nabi saw di mimbar dimana beliau mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat, Allah akan sitarkan hati-hati mereka (hadith Muslim, 865).

2. Membaca surah al-Kahfi. Diriwayatkan dari Abu Sa'ed al-Khudri bahawa nabi saw bersabda :-

من قرأ سورة الكهف في يوم الجمعة أضاء له من النور ما بين الجمعتين
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya diantara dua Jumaat" [hadith riwayat al-Hakim. hadith ini dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Albani didalam Sahih al-Targhib, 836].

3. Memperbanyakkan berdo'a. Di riwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw menyebut bahawa pada hari Juma'at :-

سَاعَةٌ لا يُوَافِقُهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي يَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى شَيْئًا إِلا أَعْطَاهُ إِيَّاهُ وَأَشَارَ بِيَدِهِ يُقَلِّلُهَا
"Hari (ketika) tidak berdiri seorang hamba yang muslim untuk besolat dan memohon kepada Allah apa-apa jua, melainkan Allah akan memberinya - baginda mengisyaratkan dengan tangannya bagi menunjukkan pendek masa tersebut" [hadith riwayat al-Bukhari #893; Muslim 852].

Secara umumnya, hari Jumaat merupakan hari umat Islam digalakkan memperbanyakkan zikir dan do'a. Malahan sehinggakan puasa khusus pada hari Jumaat di makruhkan kerana menurut ulama' agar manusia tidak letih pada hari tersebut, seperti juga orang yang berwukuf di padang 'Arafah. Cuma selain dari amalan2 yang dinyatakan diatas, umat Islam bebas membaca mana-mana surah yang lain tanpa mengkhususkan bacaan tersebut khas bagi malam Jumaat sahaja. Sabda nabi saw :-

لا تَخْتَصُّوا لَيْلَةَ الْجُمُعَةِ بِقِيَامٍ مِنْ بَيْنِ اللَّيَالِي ، وَلا تَخُصُّوا يَوْمَ الْجُمُعَةِ بِصِيَامٍ مِنْ بَيْنِ الأَيَّامِ ، إِلا أَنْ يَكُونَ فِي صَوْمٍ يَصُومُهُ أَحَدُكُمْ
"Jangan mengkhususkan malam Jumaat untuk berqiam dari malam2 lain, dan jangan mengkhususkan hari Jumaat untuk berpuasa dari hari2 lain, melainkan telah menjadikan puasa kebiasaan dikalangan kamu" [hadith Riwayat Muslim; #1144). WA.

sumber ; http://qazikirdandoa.blogspot.com/2009/03/dalil-aamalan-malamhari-jumaat.html
bookmarks: 0 comments | edit post