"Weyh, ko nak pegi tak ISK esok?" seorang sahabat bertanya.
"Urm...sejarah ni cam malas sikit. Lagipun aku dah penah dengar sikit masa kat KMB dulu. insyaallah la"jawabnya setelah berfikir sejenak.
Pagi itu, aku dan teman-teman serumahku sangat letih. Selepas menunaikan solat subuh berjemaah, semua orang seolah-olah terpukau dengan keenakan duvet yang amat sangat menggoda. terdengar sayup-sayup gamitan sang duvet. Ya Allah..dugaan hebat ni...
Mengerling ke arah jam tangan, aku makin resah. 10pagi!
"Ya tuhan,apekah! sepatutnya ISK tu start pukul 8pagi. Ni memang dah super duper saiya punya lambat ni...Dah la kemalasan tahap tinggi ni. Aiya,sejarah plak tu.." aku bermonolog sendirian.
Teman serumahku tiba-tiba mengetuk pintu dan bertanyakan waktu kami hendak bertolak ke Rumah Insyirah-tempat ISK diadakan. Aku lantas membuang jauh-jauh perasaan malas itu. Hampir saja aku tewas dengan dugaan. Meskipun kami tiba lewat di rumah tersebut, akak-akak seniors masih menghadiahkan senyuman manis menyambut ketibaan kami yang lewat tahap dewa. Terselit rasa malu. Segan. Tenang2... Better late than never-dialog menyedapkan hati sendiri yang penuh rasa bersalah.
Sejarah. Menyimpang jauh dari minatku. Bagiku, sejarah hanyalah subjek yang bercerita tentang orang yang telah mati. Menyesakkan storage compartment otakku. Bosan. Apatah lagi terpaksa menghafal tarikh-tarikh penting. Ya Allah, masalah! Sampai sekarang aku pelik, entah pemeriksa mana yang sangat berbaik hati memberikan gred A ketika menanda kertas Sejarah SPM ku. Alhamdulillah... Tapi sungguh mengagumkan. Aku bukan seorang yang menghargai sejarah.
INI SEJARAH KITA - meneroka peradaban yang hilang
ISK-mungkin hanya satu lagi rentetan sejarah yang sangat berkesan mentrigger rembesan enzim tidur. Benar. Aku disajikan cerita-cerita yang sudah biasa ku dengar namun jarang sekali melekat di otakku. Boring! Tetapi mengenangkan kembali niatku datang ke rumah Insyirah yang serba indah itu, aku tabahkan diri menadah telinga....
Lain. Kali ini benar-benar lain. Entah kenapa aku rasa sejarah yang aku dengar hari ini bukan sejarah biasa. Ini benar-benar sejarah KITA. Bukan sejarah yang membebankan serebrumku dengan tarikh-tarikh keramat. Jauh sekali membuatkan aku jemu menghafal nama-nama tokoh. Paradigma ku serta merta berubah. Sejarah bukan sekadar untuk dikenang, dipelajari di sekolah untuk lulus exam. Sejarah untuk dihayati,difahami, dan diselidiki. Benar. Selama ini aku acuh tidak acuh dengan ungkapan di setiap muka surat bab buku teks, "those who don't learn from history, are going to repeat it". Selama ini aku tidak pernah berperasaan apatah lagi terfikir secara mendalam tentang ungkapan tersebut. Bagiku, ia hanyalah suatu lagi falsafah yang hanya sedap didengar..
Ternyata aku salah. Aku terlalu memandang remeh perkara penting. Alhamdulillah, aku mendapat kesedaran itu di sini. Mungkin masih belum terlambat. Sebak dadaku mengenangkan pengorbanan umat-umat Islam terdahulu. Diseksa. Dipulau. Dihalau dari bumi sendiri. Sedangkan aku kini? Bersenang lenang menerima Islam warisan. Ya, warisan. Aku bersyukur namaku masih ada 'binti'. Petanda aku seorang Muslim. Alhamdulillah, meskipun aku memperolehi title Islam kerana aku anak abah, seorang muslim, aku masih tetap Islam. Nikmat terbesar yang Allah kurniakan. Tidak terjangkau akalku untuk membayangkan diriku tanpa nikmat Allah ini. Syukur yang tak terhingga ya Khalid..
"Great power comes with great responsibility"
Hatiku tersentuh ketika akak seniors menayangkan video kegemilangan Islam pada suatu ketika dulu. Itu lah tamadun Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia. Teguhnya iman mereka berjihad di medan perang. Jihad demi menegakkan agama Allah. Refleks pada diri. Sedangkan jihad melawan duvet pun aku sering tewas, apatah lagi ingin menguatkan azam berperang di jalan Allah. Terasa kerdilnya diri. Sedangkan aku dan umat-umat terdahulu sama. Sama-sama Islam. Tapi semangat kami jauh berbeza. Ya Allah, mampukah aku bermimpi walau untuk menjejak syurgaMu? huhu.. x mampu aku menjawab.
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku"
Al-Zarriyat : 56
Insyaallah, aku berjanji pada diri. Mulai saat itu, aku sedar akan sejarah ku. Bukan hanya sekadar sejarah nenek moyangku di Pulau Pinang. Tapi sejarah Nabi Adam. Sejarah Nabi Muhammad. Sejarah Muawiyah, Abbasiyah, Turki Uthmaniyah yang tumbang. Masih banyak yang perlu aku pelajari. Namun, cukup rasanya aku sedar, sejarah bukan hanya maklumat-maklumat bosan di dalam buku teks. Sejarah yang merencana jatuh bangun tamadun. Meninggalkan pengajaran, nasihat dan kebenaran yang hanya dapat ditemui orang-orang yang benar-benar mencari. Ya Allah, dekatkanlah aku denganMu...
Tarikh Penting
610 - Permulaan dakwah di Mekah
623 - Hijrah ke Madinah,dakwah diteruskan
633 - Permulaan zaman khalifah, perluasan empayar Islam
661 - Kerajaan Bani Umayyah, pengaruh Islam hingga sempadan India
750 - Kerajaan Bani Abbasiyah, perkembangan ilmu fiqh,hadith,sains
1095 - Tercetusnya perang Salib
1258 - Serangan puak Mongol
1453 - Pembukaan Constantinople
1492 - Kerajaan Turki Uthmaniyah, permulaan kejatuhan Khalifah
1924 - Terhapusnya sistem khalifah
2008 - Menegakkan Islam di bumi Allah
Sekadar berkongsi rasa dan peranan..
bersama mencari kebenaran dalam sejarah
graf umat islam
melalui lukisan graft tuh, islam telah melalui banyak zaman-minoriti, pertengahan dan majoriti..dalam tempoh tu banyak kitab telah dikarang mengenai pentadbiran mengikut islam utk setiap zaman..
persoalannya:mengapakah malaysia tidak mengaplikasikan kitab2 y telah dikarang itu utk memerintah?
nie isk kali ke bape dah leen?!?!?!
cool gak ade session nie...
just to remind ourselves, kan...
ee; not everything is as easy as we may see it... kiter senang2 suggest, bende tu bukan senang2 nak dipikul terus... and pentadbiran malaysia pon diwujudkan tyme just b4 merdeka... tyme british still in control...
cyid:mmg tak senang tapi pernahkah kita mencuba? banyak alasan digunakan utk menolak pemerintahan cara islam-antaranya malaysia negara majmuk..nak hormati kaum lain but they dont realise that islam dulu pun pernah memerintah rakyat yang bukan 100% islam...ada yang time muslim sbg majoriti dan ada juga time muslim sbg minoriti...
just bergantung kpd pemimpin skrg utk nak ke tak mengakui kehebatatan cara yang dianjurkan Islam...mybe..
skadar pendapatku sahaja..sila bagi tunjuk ajar
jap..nak gunakan kitab-kitab. ni tym zaman abbasiyah ke?kan dah kne buang kat sg tigris?urm.aku stuju dgn ee..tapi kena tgk pemerintah gak.zaman mustafa kamal at tartuk pun ade gak kitab tu.tapi nape turki utmaniyah bleh jatuh?sbb pemimpin x amalkan. aku xtau la peranan kte skrg ni untk ubah pentadbiran skg.tapi utk masa dpn, kte la profesional yg kne ubah negara kita. precisely,umat islam.huhu.. rase berat plak ckp tntg ni,tapi kte mmg kne pk pun kan. aku ni br nk sdr diri pun..
cyid, aku mane penah dgr isk kot..kat kmb dgr x abes je..
huhu..aku xleh nak brubah drastik tp insyaallah kesedaran tu da ade.. alhamdulillah..
@ e'e;
btol... i didn't say it's not able to be used... just kalo kiter just cakap2 cam tue x de kesan pape...
dah lame aku dgr org ckp cani, since skolah menengah lg... but still x de pon perubahan...
taking into example... ade dak2 penah persoalkan solat beberape org2 beso... their reply 'anda nie cam salah jurusan, baek x yah amek medic, gi timur tengah amek syariah...'
nampak sangat mentality rakyat cane... but kalo x cube sket2, bile nak grasp the whole thing...
@ leen;
hahaha... da, sorry gune blog ko wat jadik forum... hehehe
lorgh... i thought ko org kuat GNCC! hehehehehe
tp bgs la ko dgr... it's good...
i heard it stright from ust salam!
he's a great guy!
cyid : nope.it's from seniors tp alhamdulillah i got d gist kot.hehe..xpe2..free je nk gne pun.
urm,tu la pasal.sekularism.da sgt kuat da kat msia. take time nak sedarkan blk. lgpun sunnatullah Islam akan tertegak blk.the issue now,do we play our part je la..
hoho.terasa kepanasan di bumi dublin ni wlaupun x pkai heater.. ;)
salam.aku ada post comment td tetiba connection putus. kalu post dua kali sori la yer
@cyid:kita buka ckp kosong. Dan bukannya takde perubahan langsung. Mungkin aku berkongsi mggunakan contoh kat tmpat aku. Akhir tahun 2005 keluar undang2 y mengatakan guru akan dikenakan tindakan disiplin jika memaksa girls pakai tudung di skolah. Tapi Kelantan tak acknowledge undang2 tu. Girls masih wajib pakai tudung di skolah. Kedua, iklan y mngandungi gambar wanita, spt Digi, Syampu, pusat pelancongan di kelantan semuanya diwajibkan bertudung (iklan kat signboard tepi jalan etc) walaupun iklan y sama di tempat lain tak pakai tudng pun. Ketiganya, kat kelantan pun ada pusat snuker. Tapi masuk jer wktu mghrib, smua permainan diharamkan utk nk bg staf n pelanggan solat dulu.Dan beberapa contoh lain. Kiranya boleh dilaksanakan perubahan tu. Tu y aku bilang, bgantung kpd pemimpin. Dn kita selaku rakyat y dipimpin.Tu apa y aku rasa la.
@Leen:siapalah kita nak tentukan tapuk pemerintahan ?aku pun ada gak terfikir sedemikian.InsyaALLAH ada juga usaha y boleh dilaksanakan selain daripada hanya berdoa n tunggu je islam datang.Mungkin kita boleh spend masa sket2 (psanan lbih kpd diri sndiri) utk menambah ilmu ttg hukum2 islam.Manatau bila islam dah bejaya memegang puncak pimpinan, adanya kita y golongan professional yang juga mahir dlm soal2 hukum agama. Takde la waktu tu baru nak terngadah2 nak bagi didikan agama.urm...Mentality rakyat spt y cyid cakap y plajar medic tak sesuai nk cakap isu syariah tu sememangnya hanya mengundang kemunduran malah melambatkan lagi kejayaan Islam utk memerintah.Slain drp tuh, kita juga perlu (psnan lbih kpd diri sndiri) utk yakin n ada niat utk berkongsi ngn rakan2 y lain ttg KEHEBATAN & KEBENARAN hukum y ditetapkan oleh islam regardless apa jua zaman y kita hadapi sekarang.
INI SEJARAH KITA...sejarah hanya tinggal sejarah jika HANYA dibincangkan balik. Perlunya tindakan (bersesuaian ngn tahap kita)...
InsyaALLAH usaha yang kita semua sama2 lakukan, selangkah demi selangkah akan dikurniakan kejayaan.
sekadar perkongsian pendapat. Trima kasih kpd Cyid dan Leen (host) y sudi bagi teguran.
Setuju ngn EE. Takbir!!!
Lawan tetap lawan.
Ooooooops, sorry. Mempolitikkan blog Leen plak. Haha.
fakhrul2..kesibukan HK x mnghalang politik..haha..
askum ustazah fazlina..
gempak gle blog ko..
huhu
assalamualaikum leen.. salam singgah dari bumi sakura. Alhamdulillah, leen antara orang yang paling beruntung sekali mendapat sentuhan menerusi ISK ini. InsyaAllah kita sama2 mainkan peranan kita. Masih ingat 2 tugas kita yang utama?
P/S: terasa dekat dengan leen walaupun belum pernah bersua muka kerna perjuangan kita sama
from cucutokjanggut
http://cucutokjanggutninja.blogspot.com/