Alhamdulillah. Selamat sampai ke Dublin dari Belfast semalam. Subhanallah, sakitnya badan Tuhan je yang tahu. Kepala berat macam nak demam sangat je~namun sebagai anti-ubat sejati, aku masih x ada kudrat nak telan panadol. Hari ni bangun untuk subuh kemudian tido balik. aish... Dah lama x tido lepas subuh(cuba nak jadikan habit) tapi semalam memang x bleh tahan. Bak kata pepatah, kemengantukan tahap maksima.

Alhamdulillah sempat jugak siapkan sedikit kerja yang tertinggal sebelum ke Belfast dalam keadaan separa sedar semalam.

Urm,semangat nak bercerita tentang pengalaman di Belfast. Perjalanan ke Belfast mengambil masa selama 2 jam 55 mins. Harga ticket return 22Euro (sangat berbaloi!). Sepatutnya trip kali ni lebih ramai peserta tapi Syara keberatan nak ikut serta so tinggal aku dan Khadijah je la yang tegar dengan plan kami. Terima kasih mak abah atas keizinan. Mcm biasa, aktiviti atas bus yang sangat berfaedah~tido (better than mengumpat.heee)

Sampai di Belfast, kami dijemput oleh anakku bukan anakmu, farahin dan wal, sahabat yang baru saya kenali di Dublin yang suka tersenyum. Alhamdulillah. Dah pukul 12 p.m di mana tahap kemengantukan agak tinggi. Masih mamai2 dalam bus. Kami meneruskan perjalanan ke rumah Wal. Farahin, anakku hanya sempat melayan kami selama sehari sebab dorang nak ke Prague aritu (sampai hati anak tinggalkan ibu ye...huuu) Subhanallah, saya sayang sahabat2 saya. Layanan yang cukup mengharukan. Alhamdulillah. Tick the second niat!


Sempat bersua muka dengan Sya, Farahin dan Ili sebelum keberangkatan mereka ke kota Prague. Mana cik Wan?
wal,khadijah, leen, akma, tikah. subhanallah, baru kenal tapi terasa dekat di hati

Selesai lunch dan solat, bermula la aktiviti shopping! MasyaAllah... murah barang kat Belfast ni. Apa lagi, ambik kesempatan sepenuhnya nak beli buah tangan utk orang2 di Malaysia. Terlupa nak beli barang untuk diri sendiri. Hehe.... Terlaksana niat pertama dan kelima ke Belfast.

Memenuhi permintaan Mak Cik Wan yang nak tengok kehebatan sahabat nya bershopping. Mesti tersenyum girang insan-insan tersayang di Malaysia. =)

2 choc cadbury roses = 5 pound!

jam untuk Akif Uzair busuk

banyak lagi baju yang dibeli tapi malas dah nak tangkap gambar. peace to Cik Wan.

Malam itu selepas dinner masak sambal ayam Cik Nad(as her housemates called her), kami sambung sembang2 sikit. Nak update cerita-cerita terbaru. Heee.. Rupa-rupanya dah banyak terlepas train dah aku ni. Nampaknya aku dah hilang sifat-sifat professional gossipers semenjak dok Dublin ni. Haih... xpe la, x sempat nak tau cerita semua orang. Apa pun, thanx to my dearest daughter, Farahin and kawan2 sebab still spend time nak layan kitorg dalam kesibukan nak berangkat ke Prague. ibu cyg kamu! Malam tu kami tido agak awal. Simpan energy nak ke Giant Causeway - niat ketiga.

Esoknya, seawal jam 9.20 pagi (awal ke?) kami dah dijemput oleh sebuah van di depan rumah. Wal yang x tempah tiket lagi pun turut serta. Alhamdulillah. Bak kata pepatah, dunia ni kecik je. Entah macam mana boleh plak terjumpa dgn kawan2 di Dublin ni (to be specific RCSI) haih... Ditakdirkan sama-sama nak pegi ke tempat yang sama. Kami semua happy2 nak menempuh perjalanan yang dijangkakan mengambil masa 3 jam.

Perjalanan kami banyak terhenti di tempat-tempat menarik dalam perjalanan ke Giant Causeway. Subhanallah, keindahan yang memukau setiap jiwa yang memandang.

kehidupan perlukan arah tujuan agar tak tersadai di pinggir jalan

adakah manusia tunduk pada PenciptaNya sebagaimana ciptaan yang lain? Nak bawak family datang sini suatu hari nanti.

Subhanallah... lukisan alam refleksi kuasa Yang Esa

Quiz : Carrick-A-Rede ~ berapa juta kali lebih besar dari titian sirat?


Ukhwah yang terjalin ^_^

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar..." Al-Fussilat : 53

Wal dan akma dah update dah cte Giant Causeway kat blog dorg : klik sini wal & akma & tikah untuk cerita selanjutnya. Nak elakkan repeatition (padahal malas nak tulis)

Alhamdulillah. Perjalanan yang bukan sahaja best tapi memberi peluang untuk kami berkenalan lebih rapat. Mereka sahabat yang baik.

Esoknya, tatkala matahari menyinar x begitu terik, kami dah mulakan expedisi ke Botanic Garden dan Queen's Belfast University. Sape lagi pemandu pelancong kami kalau bukan Miss Akma (yang bz dgn hp nye), Miss Tikah (yang jd photographer terbaik), dan Miss Wal (yang x habis2 tersenyum). Cantiknya, subhanallah!

bunga dan daun sama-sama hijau

ungu yang menusuk kalbu


sahabat-sahabat saya di Belfast : tikah, akma, wal(amek gambar)

subhanallah! pink!

bergumbira di Botanic Garden

shopping! heee...

di depan pintu masuk Queen's Belfast University

tulip merah

sama-sama putih

tiru gaya cik Wan =p

i like!

akma dan bunga

KAMI

KAMI LAGI

Kami marathon lagi nak shopping. Khadijah x puas hati dengan dapatan shoppingnya pada hari pertama. Tu la x nak dengar nasihat. Kalau rasa berbaloi, ambik je. InsyaAllah semua yang aku beli tu berbaloi. X ada yang lebih bernilai selain dari senyuman insan-insan yang dekat di hati kita. kan? Sempat beli Chicken Pakora kat Jaipur sebelum bertolak pulang ke Dublin. Tersampai niat keempat. Thanx to tikah, wal and akma yang sabar je melayan kerenah kami. huhu. Jasamu dikenang!


Alhamdulillah. Terima kasih Allah kerana mengizinkanku melaksanakan niat-niatku. Moga perjalanan ini menjadikan aku insan yang lebih matang. Amin...

4 Responses
  1. Ibu salah eja la..chicken Pakora..ke mmg ade menu terbaru chicken tapura??


  2. hehe...sebenarnye cm blur2 nk ingat nama. hentam saja la labu. skali salah daa.. hehe.. da tukar.


  3. miss tikah Says:

    salam makcik, bila nk letak link entry giant's causeway i..

    ngeh32..

    nnti nk buat entry psl shopping + botanic garden laks

    x rindu chicken pakora on chips and doner kebab ke?? ;p


  4. hehe.. ye cik tikah. sy link kan ye. hehe.. rindu.tapi lebih rindu kt anda semua.
    tiada gantinya chicken pakora ngan kwn2 belfast. hehe. =p