alhamdulillah...bersyukur atas nikmat Allah. suasana kat Dublin sekarang ni benar-benar membuatkan aku pelik. 6.30 pagi dah cerah, 8 malam masih lagi cerah. solat isyak pada jam 9.30 malam. haih... menguji keimanan sungguh. mata sekarang cepat je nak melabuhkan tirai. ^_^
semalam time duduk2 dengan jiran keliling rumah 314 yang indah ni, berbincang2 tentang isu semasa. time tilawah tu, terperasan la satu surah ni,
" Sungguh rugi orang yang mendustakan pertemuan mereka dengan Allah, dan mereka tidak mendapat petunjuk" -Surah Yunus : 45-
tertarik dengan ayat tu. kalau la manusia ni nampak yang kita ni sebenarnya tengah berjual beli dengan Allah, mesti kita takkan benarkan diri kita ni rugi walau sedikit pun. yela, syurga Allah tu kan mahal. kalau asyik deficit je setiap hari, time mana la nak cukup duit nak beli syurga Allah kan. *kecut perut*
"Telah beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solat mereka" -Al-Mukminun : 1-2-
urm... memang mantap la Quran ni, ni cite orang yang untung plak. macam senang, tapi x sebenarnya. huhu. saje je dah alang-alang teringat tentang benda ni, bleh la share...
- Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
- "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya."
- Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud :
- "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat."
- Hadis lain dari Rasulullah s.a.w.
- "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang"
- "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".
Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:
-
- 1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
-
- 2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan solat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
-
- 3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
-
- 4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
- 5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
- 6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.-
- 8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
-
- 9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
-
- 10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.-
- 12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
-
- 13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
-
- 14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
-
- 15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.
insyaallah. jom jadikan hari ni lebih baik dari semalam. sekurang-kurangnya sama sperti semalam tapi bukannya makin teruk. huhu.
teringat celoteh akif yang semangat bercerita dia dah pandai solat. haih. adikku yang tembam dan comel itu. (mak kata akif dah tinggi dah, so x la tembam sangat). rindunya kat budak tu! alhamdulillah dia dah lebih matang sekarang. (insyaallah) hehe... semangat btol dia boikot KFC. x nak nanti saudaranya kena bom dengan 'orang jahat'. alhamdulillah, jiwa kecil itu memang senang dibentuk. mudah menerima kebenaran. kita? tepuk dada, tanya iman. =)
moga bermanfaat.
p/s : 6 april ni nak g belfast. doakan keselamatan saya dan rakan-rakan ye. semangat nak g jalan2 dan shopping.heee.. juga nak jumpa sahabat2 kat situ (mention second bukan bermaksud niat sampingan ye).