怒って. غاضب. rozzlobený . गुस्सा. wütend. com raiva.anger

Sumber : http://www.howtosayin.com/ -kalau salah translate, maaf ye.

Bahasa yang lebih mudah? MARAH. Urm.. tetiba aku terasa ingin bercakap tentang tajuk ni.Out of sudden selepas banyak rentetan peristiwa yang terlakar dalam pengembaraan hidupku. Dari kecil hingga ke saat ini, aku sedar masih ada satu sifat mazmumah yang tidak berjaya aku kikis secara total daripada kamus hidupku. ~huhu.. macam skema.

Berdepan dengan pelbagai kerenah manusia merupakan ujian Allah yang hebat. Meskipun tak menyamai ujian yang Allah timpakan ke atas umat manusia sebelum ini. Sebagai manusia yang ada emosi, ditambah lagi dengan status 'perempuan' yang aku pegang, haih.... Allah knows best. Entah berapa kali dalam sehari, tersirat perasaan yang satu ni-marah.

Berulang kali juga telinga aku ditembusi ceramah-ceramah, motivasi-motivasi, mahupun tazkirah yang sering mengingatkan tentang bahaya perasaan marah. Apatah lagi marah x bertempat. Namun, aku masih lagi lemah (atau tak pernah cuba untuk jadi resistant?) untuk mengawal marah. Anugerah Allah untuk hambaNya untuk menguji sejauh mana taqwa seseorang.

"Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhanmu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, (iaitu) yang berinfak, baik di waktu lapang atau sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Dan Allah mencintai orang yang berbuat kebajikan." -Ali Imran : 133-134

Subhanallah, apa mau cakap lagi cik leen? Harap je tampal ayat ni kat dinding tapi masih mau marah2 ka? Aiyok... Huhu, mengambil contoh kejadian yang berlaku saban hari dalam hidup aku sebagai pelajar RCSI, penghuni 314, anak mak dan abah, kakak kepada 3 orang adik, kawan kepada rakan-rakan dan paling utama-hamba Allah sepenuh masa, aku rasa sangat kerdil. Terdengar orang memperkecilkan diriku, ada perbuatan insan lain yang tidak kena dengan kemahuanku, melihat ada yang janggal dalam diri orang lain, refleks pada masalah2, ternyata kebolehan aku mengawal marah sangat terbatas. Huuu.... Senang je hati ni nak membara mcm dalam oven. Cepat je blood flow aku meningkat walaupun bukan dalam keadaan exercise. Cuma kadang-kadang perasaan marah ni dapat aku kawal. Itu pun selepas berhempas pulas bermonolog dalaman.

So, what to do? Urm... Mr.Google membantu :

Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhundri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Marah itu bara api maka siapa yang merasakan demikian, jika ia sedang berdiri makan hendaklah duduk, bila ia sedang duduk hendaklah bersandar (berbaring)."

Urm.. searching2 lagi. Dapat plak tips daripada ulama' yang menjelaskan cara menyembuhkan penyakit marah. Meh share :

1. Berdoa kepada Allah, yang membimbing dan menunjuki hamba-hambaNya ke jalan yang lurus, dan menghilangkan sifat2 jelek dan hina dari diri manusia.

"Berdoalah kalian kepadaku niscaya akan aku kabulkan"
(Ghafir: 60)


2. Terus menerus berzikir kepada Allah seperti membaca Al-Quran, bertasbih, bertahlil dan beristighfar.

"Ingatlah dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram"
( Ar-Rad : 28)


3. Mengingati nas2 yang menganjurkan untuk menahan marah dan balasan bagi orang-orang yang mampu manahan amarahnya sebagaimana sabda Nabi S.A.W. :

Barangsiapa yang menahan amarahnya sedangkan ia sanggup untuk melampiaskannya, (kelak di hari kiamat) Allah akan memanggilnya di hadapan para makhluk-Nya hingga menyuruhnya memilih salah satu dari bidadari surga, dan menikahkannya dengan hamba tersebut sesuai dengan kemahuannya.
(HR. Tirmidzi, IbnuMajah dan dishahihkan oleh Syaikh Al-Albani, lihat shahihul jami No. 6398).

4. Mengubah posisi ketika marah, seperti jika ia marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah ia duduk, dan jikalau ia sedang duduk maka hendaklah ia berbaring, sebagaimana sabda rasulullah shalallahu alaihi wasallam :

Apabila salah seorang diantara kalian marah sedangkan ia dalam posisi berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kalau telah reda/hilang marahnya (maka cukup dengan duduk saja), dan jika belum hendaklah ia berbaring. (Al-Misykat 5114).

5. Berlindung dari syaitan dan menghindar dari sebab-sebab yang akan membangkitkan kemarahannya. Sabda Rasulallah S.A.W :

Tidaklah kelemah lembutan itu berada pada sesuatu kecuali akan membuatnya indah,dan tidaklah kelembutan itu dicabut kecuali akan menjadikannya jelek.
(HR. Muslim).

6. Yang ni aku tambah sendiri. Walaupun bukan ulama' tapi nyata berkesan kalau betul2 buat. Ambil wuduk dan solat. Air memang ada kesan dalam menenangkan hati manusia. Contoh? Manusia suka tengok pantai, air terjun sebab apa? Hati jadi tenang kan? Lagi cantik kalau dalam tenang-tenang tu, hati bertasbih dengan kebesaran Allah.

Hadis diriwayatkan Abu Daud yang bermaksud: “Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan sesungguhnya syaitan itu diciptakan daripada api dan api itu hanya dapat dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, jika salah seorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk.”

Alhamdulillah. Tenang sikit perasaan ni. Dah kesan masalah, dah tau solution. Jadi? Seterusnya, laksanakan la cik leen ye. Jadi manusia yang mampu menahan kemarahan ye. InsyaAllah... Buat yang membaca (ada ke?), jom kita sama-sama kempen perangi perasaan marah. DAN! Jangan sesekali buat orang lain marah. Sedih kan kalau kita ni jadi pembantu syaitan untuk menerbitkan gelojak rasa marah dalam hati manusia lain?


sorry la pelakon x bertudung plak. ambil pengajaran ye. Syaitan pernah memberitahu Nabi Musa bagaimana dia mendekati manusia supaya melakukan perbuatan dilarang agama dengan katanya:

“Tiga perempat daripada masa yang paling baik untuk aku menggoda manusia ialah sewaktu mereka dalam keadaan marah, kerana pada masa itu aku boleh mempermainkan hati mereka seperti sebiji bola.”


Ish2.. Jahat sungguh la setan ni! Ada ke main2kan kita macam bola?????!!!Suka ati je ek.. well, sape soh ikut setan? Bukan ke Allah dah pesan dalam Quran?

DAN LAGI SATU! Kalau kita sedar dengan fitrah kita yang susah nak mengawal kemarahan, jangan cepat melatah dengan kemarahan orang lain. Sebaik-baiknya kita maafkan je la orang tu. Mungkin orang tu ada konflik dalaman yang tersangat kronik cuma x cakap je. Mungkin juga orang tu tengah ada masalah keluarga ke. Mana tau time tu orang tu tengah tahan sakit ke. atau ada peristiwa yang menyebabkan trauma ke. Cepat je nak darah. Xpe2.. hulurkan kemaafan. Raya pun dah dekat. X rugi pun sebenarnya maafkan orang. Hati tenang, jiwa pun riang! Macam dapat pisang! (apekah...) Hidup lebih ceria tanpa perasaan dendam. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang sesiapa yang ingin dimuliakan tempat tinggalnya dan ditinggikan darjatnya, maka hendaklah ia memberi maaf kepada orang yang menzaliminya, memberi kepada orang yang tidak mahu memberi kepadanya dan menyambung silaturahim kepada orang yang memutuskannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

3 Responses
  1. Azri Haris Says:

    ko knl atikah hamid ke??


  2. cYiD Says:

    dr sabar...
    ke marah...

    -emo- btol... hahaha... but everyone has emotions... sometimes it gets to you and you burst...
    that's life for ya!

    ciao! :D


  3. haha...o0o0o.. transition yang x begitu sesuai kan. hehe..
    cyid, bkn ko sptutnye bace anat ke skg? =p