Alhamdulillah. Limpah rahmatnya tidak pernah terputus ke sekalian alam. Subhanallah, saya masih berupaya untuk bangun dan berjalan, meneruskan baki perjalanan hidup yang belum pasti tempohnya. Hari ini hari Jumaat, penghulu hari. Hari ini juga bumi Tuhan dimeriahkan dengan sambutan Eid Adha/Hari Raya Korban sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim a.s beratus-beratus tahun dahulu. Allahuakbar!

Kali ini Allah hamparkan peluang untuk saya dan rakan-rakan menguatkan ukhwah sesama kami melalui sambutan Eid Adha bersama-sama di kota asing ini, Dublin. Masih terasa kemeriahan Aidilfitri di kampung halaman 3 bulan lalu bersama keluarga dan sahabat handai. Cuma latar tempatnya berbeza, Malaysia vs Dublin. Tapi apalah sangat bezanya sambutan hari raya di Dublin, kampung orang Melayu ni.

Satu rumah sibuk berpencak silat di ruang tamu (dapur rumah kami x muat 5 orang masuk dalam satu masa) menyiapkan menu pagi raya. Rendang, kuah lodeh, kuah kacang, kek coklat, sambal ikan bilis. Tangan ligat memotong bawang, hati bermonolog mengenangkan keluarga di rumah. Masing-masing memendam sendiri perasaan rindu. Risau hendak meluahkan rindu melalui lisan kepada housemates, takut nanti terzahir dengan rembesan lacrimal gland. Inilah pengorbanan kerdil, moga dipermudahkan setiap urusan oleh Yang Maha Agung. Malam ini kami tidak mahu kalah dengan keriuhan jiran-jiran berparty di rumah tingkat atas. Laungan takbir raya dipasang dengan volume maksima. Lebih aman bunyinya daripada muzik ntah apa2 yang sering kedengaran pada malam2 sebelum ini.




Alhamdulillah, usaha membuahkan hasil positif, juadah siap terhidang. Penat tapi puas. Menunggu hari esok sambil bertahmid memuji kebesaranNya.

RAYA HAJI DI DUBLIN

Alhamdulillah, tidak seperti tahun lepas, saya dan sahabat-sahabat cuma perlu ada satu kelas hari ini! Lecture neuroscience dari pukul 10 hingga 10.50 pagi. Admin RCSI seolah-olah turut meraikan Aidil Adha. Kesempatan yang terbentang luas bagi kami untuk menunaikan solat Aidiladha. Syukur. Meriah sungguh O'Flanagan Hall hari ini. Merah, biru, turqoise, kuning, gold, hitam, purple, pink, maroon dan segala macam warna yang terdapat dalam kotak kaler Luna memenuhi ruang dewan. Malaysia memang berwarna-warni. Mungkin juga rakan-rakan dari negara yang lain mencemburui kepelbagaian kami. Meriah2.. Lecture temporal bone di pagi hari raya cukup syahdu. Tambah berseri apabila diselang selikan dengan lawak-lawak Tom Farrell. Nasib baik semua masih mampu mampu memberikan konsentrasi sebaik mungkin meskipun ada perut-perut yang bergendang sakan minta diisi. Heee, terbayang juadah di Malaysian Hall dan rumah Haji Fauzi. Makan lagi... Setelah tamat lecture, masing-masing membuka langkah ke destinasi yang tersendiri. Tujuan yang sama. Memenuhi hak perut dan bertemu rakan taulan untuk sama-sama menyambut hari raya Aidil Adha. Lebih kurang sama seperti di Malaysia. Indah.






Eid Adha tour yang bermula dari masa tamat lecture berlanjutan hingga ke malam hari. Satu persatu rumah sahabat dikunjungi. Penat juga la perut berleter minta diberi rehat seketika. Namun, juadah menyelerakan tidak mampu ditolak dengan mudah. Makan dan makan. Dalam kemeriahan kadang-kadang terleka menghayati signifikasi sambutan Aidiladha yang sebenar. Astaghfirullah. Malam itu saya dan rakan-rakan berhalaqah mengingatkan antara satu sama lain. Surah Ibrahim kami baca dan hayati, ungkapan ikhlas cuba kami huraikan satu persatu dalam konteks kehidupan. Pengorbanan manfaat diri dan kepentingan individu perlu kami laksankan demi mengejar ikhlas. Subhanallah, terima kasih Allah. Beginilah sambutan di perantauan. Meriah dalam keasingan. Berjauhan dari keluarga membuatkan kami semua menjadi lebih akrab. Berpegangan antara satu sama lain dalam menempuh suka duka hidup di sini. Semoga ukhwah yang terjalin mendapat rahmat dariNya. Salam eid adha buat semua!

"O Mankind, We created you from a single (pair) of a male and a female and made you into nations and tribes, that you may know each other. Verily the most honored of you in the sight of God is he who is the most righteous of you" (Quran 49:13)

5 Responses
  1. Afham Says:

    Quality control
    1- Lodeh anda seperti kurang kuah
    2- Sambal anda seperti tidak pecah minyak
    Hoho
    Memang begemerlapan lah baju2 org Msia dlm LectHall~~
    Salam aidiladha


  2. 1- Lodeh tu boleh rujuk kepada Kak Anis. nak aku maklumkan kepada dia kah?
    2 - Mana anda tau x pecah minyak.

    Salam aidil adha juga.


  3. Anonymous Says:

    selamber ye mengutuk masakanku. cis. lodeh nmpk mcm tak cukup kuah sebab utk 5 org je makan. (ni bukan rumah 218...heheh)

    cili sambal tu dah tumis lama sbnrnya. haih. pasrah je la dgn kritikan chef afham ni.


  4. Afham Says:

    Owh, silap target org

    1-Lodeh nampak cam tak cukup kuah maybe sebab isi banyak sngt.Btw, 218 cam selalu cukup!

    2- Petua nak tahu sambal dah masak, samada nak bersin, warna jadi gelap atau tak gatal kepala. Sambal anda tgok pun dah gatal kepala.Allahualam.

    Salam aidiladha kepada Kak Anis juga


  5. afham, saya harap anda tahu anonymous yang membalas comment anda adalah kak anis.