Kali ini mahu berkongsi adab dan tips makan setelah ditrigger oleh sesuatu. Bak kata pepatah, anak-anak ibarat kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya. Jadi, untuk melahirkan masyarakat yang mengamalkan sunnah nabi dan beradab ketika makan, kita mesti melengkapkan diri dengan ilmu untuk diajarkan kepada anak-anak. Tahukah anda?
Untuk pertumbuhan, anak memerlukan suapan makanan dan minuman yang halal dan bergizi seimbang. Ketika bayi, ibu memainkan peranan menyusukan anak dan secara berperingkat, anak mula mengingati waktu dan tempat makan yang lazim sebagaimana yang telah diterapkan oleh ibu bapanya. Anak juga telah dapat mengenal beraneka jenis makanan, bahkan kadang kala mula merengek menolak jenis makanan tertentu. Pendek kata ia telah mulai sedar ada kegiatan rutin yang dinamakan makan dan minum setiap hari.
Kemudian ketika anak menjangkau usia 2 tahun, menurut Ronald E. Kleinman , M.D., Ketua Bahagian Pencernaan dan Gizi Kanak-kanak di RS Umum Massachusetts, Boston, Amerika, usia 2 tahun merupakan fasa awal kemandirian,di mana ia dapat memutuskan apa yang ingin dimakannya. Pada usia 3-4 tahun, anak sudah dapat memegang makanan sendiri dengan menggenggam, dan pada usia 5-6 tahun, mereka sudah dapat menyapu jam di atas roti sendiri.
Oleh itu, proses makan dan minum yang berlaku secara rutin setiap hari wajar dijadikan medan terbaik untuk kita memberikan latihan proses makan/minum sendiri serta berdikari (terutamanya bagi doktor) bagi sang anak sesuai tahap usia dan kemampuannya. Jangan lupa selitkan dengan ilmu hadis dan sunnah Rasulullah.
1- Mulakan dengan Bismillah
وعن عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم فليذكر اسم الله تعالى، فإن نسي أن يذكر اسم الله تعالى في أوله، فليقل: بسم الله أوله وآخره.(رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديث حسن صحيح)
Dari ‘Aisyah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, ” Apabila seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (yakni: ‘Bismillah‘). Jika dia terlupa menyebut nama Allah pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (HR Abu Dawud dan atTirmidzi.)
2- Gunakan tangan kanan (tangan kiri dilarang)
وعن سلمة بن الأكوع رضي الله عنه أن رجلاً أكل عند رسول الله صلى الله عليه وسلم بشماله، فقال: كل بيمينك قال: لا أستطيع قال: لا استطعت ! ما منعه إلا الكبر ! فما رفعها إلى فيه. (رواه مسلم)
Dari Salamah bin al-Akwa’ r.a., seorang lelaki sedang makan dengan tangan kirinya berhampiran dengan Rasulullah s.a.w. Maka Baginda berkata: “Makanlah dengan tangan kananmu”. Lelaki itu berkata: “Aku tak boleh”. Baginda menjawab, “Engkau tidak boleh!? Tidaklah yang menghalangnya kecuali sifat bongkak!! Kemudian, tidak dapat diangkat tangannya ke mulut. (HR Muslim)
عن جابرٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا تأكلوا بالشمال، فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله (رواه مسلم)
Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya. (HR Muslim)
3- Makan yang berhampiran.
عن عمر بن أبي سلمة رضي الله عنهما قال: كنت غلاماً في حجر رسول الله صلى الله عليه وسلم، وكانت يدي تطيش في الصحفة، فقال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم: يا غلام سم الله تعالى، وكل بيمينك، وكل مما يليك (متفقٌ عليه)
Dari Umar bin Abi Salamah r.a. berkata, aku merupakan hamba di rumah Rasulullah s.a.w., dan pernah tanganku menjalar-jalar ke serata hidangan (ketika hendak makan). Maka Rasulullah s.a.w berkata: Wahai budak, ucapkan ‘Bismillah‘, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah apa yang hampir denganmu. (HR Bukhari dan Muslim)
4- Galakan guna tiga jari
عن كعب بن مالكٍ رضي الله عنه قال: رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم يأكل بثلاث أصابع… (رواه مسلم)
Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah s.a.w. makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)
5- Larangan mencela makanan
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: ما عاب رسول الله صلى الله عليه وسلم طعاماً قط، إن اشتهاه أكله، وإن كرهه تركه. (متفقٌ عليه)
Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah s.a.w mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)
6- Tidak bersandar ketika makan
عن أبي جحيفة وهب بن عبد الله رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لا آكل متكئاً (رواه البخاري)
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah s.a.w bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)
7- Kutip makanan yang terjatuh.
وعن جابرٍ رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إذا وقعت لقمة أحدكم، فليأخذها فليمط ما كان بها من أذىً ولياكلها، ولا يدعها للشيطان، ولا يمسح يده بالمنديل حتى يلعق أصابعه فإنه لا يدري في أي طعامه البركة(رواه مسلم)
Dari Jabir r.a., Sabda Rasulullah s.a.w., “Apabila jatuh sebahagian (kecil) makanan seorang dari kamu, ambil dan buang bahagian yang terkena kotoran dan makanlah ia, dan jangan tinggalkan ia untuk syaitan, dan jangan dia menyapu tangannya dengan kain sehingga dia menjilat jarinya dahulu kerana dia tidak mengetahui pada makanannya, bahagian mana yang terdapat keberakartan” (HR Muslim)
8- Mula makan dari tepi (pinggir)
وعن ابن عباس رضي الله عنهما عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: البركة تنزل وسط الطعام، فكلوا من حافتيه ولا تأكلوا من وسطه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ صحيحٌ)
Dari Ibn Abbas r.a., Nabi s.a.w. bersabda: “Keberkatan terdapat di tengah-tengah makanan, maka mulakan makan dari tepi dan jangan mulakan makan dari tengah” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi)
9- Jilat jari setelah selesai
عن ابن عباسٍ رضي الله عنهما قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إذا أكل أحدكم طعاماً، فلا يمسح أصابعه حتى يلعقها أو يلعقها. (متفقٌ عليه)
Dari Ibn Abbas r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Apabila seorang daripada kamu telah selesai makan makanan, maka jangan disapu jari-jari sehingga dijilat (terlebih dahulu) atau dijilatkan (oleh orang lain)” (HR Bukhari dan Muslim)
10- Doa setelah selesai makan
عن أبي أمامة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا رفع مائدته قال: الحمد لله كثيراً طيباً مباركاً فيه، غير مكفيٍ ولا مودعٍ، ولا مستغنىً عنه ربنا
(رواه البخاري).
Dari Abi Umamah r.a., “Adalah Nabi s.a.w. apabila selesai makan menyebut, ‘Alhamdulillahi katsiran toyyiban mubarakan fih, ghaira makfiyyin wa la muwaddi’in. wa la mustaghnan ‘anhu rabbana‘ (HR Bukhari)
وعن معاذ بن أنسٍ رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من أكل طعاماً فقال: الحمد لله الذي أطعمني هذا، ورزقنيه من غير حولٍ مني ولا قوةٍ، غفر له ما تقدم من ذنبه (رواه أبو داود، والترمذي، وقال: حديثٌ حسنٌ)
Dari Muad bin Anas r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang selesai makan, kemudian menyebut, ‘Alhamdulillah- illazi ath’amani haaza, wa razaqanihi min ghairi haulin minni wa la quwwatin‘, akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Tirmidzi)(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)
11- Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas.
Berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Tidak ada bejana yang diisi oleh manusia yang lebih buruk dari perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekedar dapat menegakkan tulang punggungnya (memberikan tenaga), maka jika tidak mau, maka ia dapat memenuhi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafasnya.” (HR. Ahad, Ibnu Majah)
12-Meneguk minuman tidak sekaligus
"Janganlah kalian minum dengan sekali teguk seperti minumnya unta, tetapi minumlah dua atau tiga kali teguk. Dan bacalah Basmalah jika kalian minum, serta bacalah Hamdalah jika kalian selesai minum." (HR.Tarmizi)(Rujukan: Riyadhus Solihin – Kitab Adab-adab Makan)
TAMBAHAN SAYA (berdasarkan pengalaman dan ajaran ibu)
11-Jangan makan dengan mengeluarkan bunyi yang mampu didengari orang lain hingga menggangu mereka. Bak kata mak saya, 'makan berkecap'. Saya pantang dengar orang makan berkecap sebegini. Terasa macam nak sound je direct. Tension.
12-Hendaknya tidak melakukan sesuatu yang dalam pandangan manusia dianggap menjijikkan.
13-Jika makan bersama orang miskin, maka hendaklah kita mendahulukan mereka.
Salam,
Entry yang unik- ada kaitan dengan hobi ker makan ni?
Urm, tip no 5 adalah terbaek. Memang syukur je lah ada makanan ni.
Iklan: Jangan lupa baca bismillah sblum makan keropok y bakal dijual Isnin ni~~~
Wslm.
Unik~apa maksudnye tu. Urm,saje je tgh makan2 tetiba nak refresh sunnah nabi. ok, aku promote kat adik2 umah nnti.