Bismillahirahmanirahim...

[CAUTION: membaca nota anda adalah lebih menarik dari membaca entry ini]

4.30+ p.m.

Microb tutorial tamat. Bergegas menuju ke surau Beaumont Hospital untuk menunaikan solat asar,takut kalau x sempat nak solat di rumah. Maghrib jam 6.09 p.m.

4.45 p.m.

Selepas solat, sama-sama berjalan bersama sahabat. Alhamdulillah, tidak lama menunggu, 27B menunjukkan wajah. Mengantuk! Buat pertama kali, tertidur dalam bus dengan nyenyaknya.

5.10 p.m.

Sampai di Eden Quay. Dua pertiga perjalanan selesai. Pantas berjalan menanti bus 15. Masih mengantuk.

5.15 p.m

Bus 15A ku tahan dan terus melangkah dengan longlai. Kurang stamina hari ini barangkali? Urm, bus ini merangkak kah? 10 minit berlalu, masih belum tiba.

5.30 p.m

Melatonin memuncak. Tak baik tidur time asar. Bertahan!

5.45 p.m

Ok, akhirnya tiba di rumah. Sesaknya jalan hari ni! Perjalanan 10 minit jadi 30 minit hari ni. Kereta, basikal, bus menghurungi jalan. Sibuk benar hari ini. Haih... SABAR... At least dah sampai pun rumah. Orang lain xde rumah camne?

Urm, mula la bacteria ini menyerang semula. Homesickoccus! Sila pergi seketika.



Gram-negative bacteria which causes severe symptoms. Recently, found to be highly infectious. Stress seems to aggravate the symptoms. Memory cells unable to stimulate the antibody. The only possible treatment : go back to Malaysia + meet family.

Mari call family!

Other things may change us, but we start and end with the family.

bookmarks: edit post
3 Responses
  1. Afham Says:

    Hg dah nazak dah ni~

    Ibunda aku pernah berbicara ' perpisahan ini bukan selamanya tapi sementara'
    Perpisahan ini bukan sia-sia tapi satu pelaburan'
    Pepisahan ini bukan merenggangkan tapi merapatkan'
    Perpisahan ini bukan untuk ditangisi tapi harus disyukuri.


  2. ~i need immediate treatment...

    'Sementara itu tak lama namun menyeksa jiwa yang merindu'
    'Pelaburan ini pasti bukan sia-sia namun pengorbanan kadangkala melelahkan'
    'Rapat yang mendambakan pertemuan'
    'Alhamdulillah.. =)'


  3. loOkinoomz Says:

    haha.. comel la bakteria tu
    telah menjangkitiku