Assalamualaikum wrt wbt.

Pokok yang saya beli di Dunnes sudah makin berkembang dengan jayanya. Alhamdulillah, berseri bilik saya dengan bekalan oksigen. Masih belum berkesempatan untuk buat taman bunga so sepasu pokok pun jadi la. Moga ia akan terus mendoakan saya.


Pagi ini cuaca cerah. Suka melihat keadaan di luar,terang benderang namun siapa jangka suhunya masih lagi mencecah 8 celcius. Biarlah kota Dublin ini terus bermain dengan kitaran cuacanya bak ECG (mungkin PQRS complex fluctuate lebih teruk lagi).

Ada hari cuaca indah sangat, siap boleh picnic kat Merion Park!


Ada hari cuaca suam-suam kuku, dah macam dekat sangat dengan summer
(bagus,dah makin dekat nak balik Malaysia)


Ada hari...masyaAllah, panas bukan main. Rasa nak campak coat.


Tengah elok-elok panas, tiba-tiba hujan pulak.


Paling menarik, salji pun x melepaskan peluang menjadi rakyat asing ketika musim spring ini. Haih, dublin dublin....


Urm, apa pun bersyukur la dengan setiap kurniaanNya. Sekurang-kurangnya masih dapat menggunakan semua deria untuk mengesan perubahan cuaca di Dublin. Sesiapa yang ingin berkunjung ke Dublin, pastikan anda bersedia dengan 'keunikan' cuacanya. Sediakan payung sebelum hujan ok! (sediakan duit lebih kerana payung anda mungkin akan patah 2,3 kali sebelum sampai ke destinasi)

Terfikir juga, memang begini ke cuaca Dublin sejak dulu? Urm, atau sebenarnya Allah berbisik, "dunia semakin tua dan tenat". Ya, dunia makin tua tapi saya? Makin wahan-cintakan dunia,takutkan mati? Astagfirullah....

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
(Al Hadid (57): 20)