Assalamualaikum wrt wbt.

Hari ke 9 di Malaysia. Panasnya masih sama. Jet lag pun masih di tahap merisaukan. [tapi best sebab skang dah ada Syara kadang-kadang menemani.]

Alhamdulillah hari ini bangun lebih 'awal' daripada semalam apabila berjaya tidur tatkala jam menunjukkan lebih kurang pukul 7 pagi. Urm... Dah berjanji dengan mak untuk teman ke majlis kenduri berdekatan rumah. Dengan sepantas kilat bersiap ala kadar lalu buat kali keduanya, keluar di waktu siang hari. Yes, di kala matahari betul-betul di atas kepala.


Macam over plak emoticon ni.

Dari kejauhan dah nampak kemeriahan walimah di kampung. Siap dengan marhaban skali. =) DAh siap bersalaman dengan puan rumah, kami pun beratur mengambil makanan [teringat zaman asrama] dan memilih tempat duduk di sisi paling dekat dengan pelamin. Alhamdulillah dapat jugak merasa nasi minyak. Memang beratur-atur kad jemputan di rumah. Sila rajinkan diri teman mak g kenduri ye cik leen...

Lamunan terstop bila tiba-tiba suasana jadi bising. Memang rezeki kitorang tengok pengantin sampai. Subhanallah, cantik amat. Berseri-seri! Silap xde kompang je. Riuh plak pakcik DJ jemputan tu berceloteh, tersipu-sipu la pengantin. Ada jugak terfikir nak request pakcik tu pasang lagu Maher Zain. Lagi la meriah. Bosan plak dengar lagu pengantin melayu ni. [Ewah...]

Trend baju kawin 2 colours skrg ni

Alhamdulillah,terbina lagi sebuah masjid. Saya tumpang gembira dengan kegembiraan pasangan tersebut. Melihat betapa besar harapan yang disemai, saya doakan mereka berbahagia hingga ke syurga.

Next, wedding Sarah@Caah. Saya x pasti sama ada Allah akan izinkan saya menghadiri wedding tersebut atau tidak. Memandangkan lokasi walimah adalah di Selangor, saya agak berkira-kira untuk hadir. Namun doa akan sentiasa mengiringi insyaAllah. Semoga menjadi isteri yang solehah dan bidadari di syurga, Sarah. [0.00001% chance Caah akan baca ni]

"Berkahwinlah anda demi TUHAN dan NabiNya bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan. Tiba masanya ia akan datang menjemput. Namun perlu dibukakan lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. Biar hidup sendirian dan selesa membina pahala daripada hidup berdua tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar terlewat sebab bersikap memilih daripada tersalah pilih."
bookmarks: edit post
0 Responses