Assalamualaikum wrt wbt.
Sepatutnya jam di dinding masih merangkak menuju jam 8 pagi namun disebabkan Daylight Saving Time(DST) telah pun bermula, maka saya bersyukur mempunyai lebihan satu jam untuk menulis. [masih enggan menukar waktu jam]. Sebentar lagi kehidupan sebagai pelajar perubatan akan bermula lagi (pernah ke berakhir?).Alhamdulillah, jadual kelas minggu ini agak kurang kejam di mana masih ada hari saya dapat pulang ke rumah pada jam 3 petang.
Menghabiskan tuturial pada jam 5 petang bukanlah menjadi kegemaran sesiapa, apatah lagi terpaksa menunggu bas 27b yang tiba-tiba menghilang hingga jam 5.40 petang. Sampai ke Eden Quay pada jam lebih kurang 6.05petang dan meneruskan perjalanan pulang ke Desa Rathmines yang tercinta selama lebih kurang 15 minit. Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam rumah, uniform pelajar perubatan ditanggal seketika dan diganti dengan uniform 'mini suri rumah'. Menunggu hingga waktu solat maghrib,tazkirah rumah, makan malam dan kemudiannya solat Isyak. Habis bacaan al-Mulk, mata mula menjadi lemah seperti keadaan pokok semalu menerima ancaman musuh. Ah, berjuang melawan mengantuk dan berjuang menelaah! ~seolah-olah kanak-kanak mengomel keletihan. Mungkin ini updates setelah beberapa lama memulakan sesi persekolahan baru. Terlampau banyak peristiwa yang berlaku meskipun kota Dublin ini baru menyambut kepulangan saya lebih kurang sebulan yang lepas. (baru sebulan?)Yes, harus bertabah!
Allah burdens not a person beyond his scope. He gets reward for that (good) which he has earned, and he is punished for that (evil) which he has earned’ [Al-Baqarah:286]
Allah does not give you more burdens than you can bear.
Ok, sepatutnya masa yang berbaki 15 minit sebelum perlu bersiap-siap ke kelas ini harus saya gunakan dengan sebaik-baiknya. Ini cuma sesi warm up setelah lama tidak menulis. Terkial-kial mencari perkataan yang sesuai. Saya berdoa semoga pagi yang indah ini akan menjadi sebuah permulaan kepada hari yang diberkatiNya. Rabbana yasir walatu'asir. [sambil menjenguk ke luar tingkap. Lidl masih belum buka.]
Sobahan nur! [jawab :sobahan khoir]