Assalamualaikum wrt wbt.
Saya bukanlah penonton Youtube tegar. Saya kadangkala tidak faham bagaimana sesetengah rakan menjadi addicted dengan video-video di Youtube. Fikiran saya seringkali buntu untuk mencari perkataan untuk diisi di bahagian 'Search'. Namun sejak ada perkongsian yang pelbagai di Facebook tentang bermacam video menarik, saya mula pandai sedikit sebanyak mencari kata kunci di Youtube.
Sorry, panjang pulak mukaddimah. Sebenarnya,saya mahu berkongsi sesuatu :
Subhanallah. Setiap kali ada masa terluang atau sudah hampir haematemesis [muntah darah] mengadap nota, luangkanlah masa untuk mendengar sebarang tafsir atau kupasan ayat yang disampaikan Nouman Ali Khan. Banyak manfaatnya. :)
Sabda Rasulullah, "Sampaikan dariku walau sepotong ayat" (HR Tirmidzi)
Salam mujahadah rakan-rakan dan diri sendiri!