Assalamualaikum wrt wbt.
Ngeh ngeh ngeh.. (tetiba rasa nak tulis benda ni. maafkan saya,syndrome exam semata-mata ni)
Menulis bukan untuk menyatakan perasaan cuak (gelabah?) untuk menghadapi exam yang berbaki 2 hari. Bukan juga untuk mengadu rasa hati yang 'sakit rumah' seperti selalunya. Sekadar terasa mahu menulis. :) juga bukan bermaksud sudah terlebih bersedia untuk exam mendatang hingga masih ada masa untuk menulis. (sila jangan cakap berbelit-belit seperti ini dalam clinical exam dan history taking nanti ok!)
Sudah alang-alang menulis, baik saya tulis sesuatu yang bermanfaat ye dak? Tapi saya x boleh tulis panjang-panjang,ada nota yang masih perlu saya hadam. Kena praktis clinical exam sampai terkulai juga.
Semalam buat pertama kali selepas beberapa tahun saya merasai apa itu vertigo,nausea,vomiting dan severe headache. Elok pulak tengah baca nota neurology,mungkin terlampau empathy. Atau mungkin sebab diet kurang sihat saya menjelang musim exam. Saya hanya menjamah beberapa keping biskut di pagi hari dan seteguk dua smoothie tinggalan junior. Sungguh sadis gayanya. Mungkin juga postural hypotension kerana sudah lama berteleku di atas katil tanpa gerak-gerak. Urm, tapi sekurang-kurangnya ada junior yang baik hati memasakkan bubur ayam untuk saya semalam. Alhamdulillah kembali bertenaga dan boleh menelaah semula pelajaran.
Bagaimana gamaknya sahabat-sahabat saya yang tabah menghabiskan puasa ramadhan tatkala musim summer sebelum ini? Waktu subuh lebih kurang pukul 3 dan maghrib pukul 9 malam. Mungkin sudah longgar semua otot-otot di lutut. Tapi masih dapat merasa enaknya hidangan nasi Pak Usop yang super-delicious di Dublin Mosque.
Tapi bagaimana dengan orang-orang yang kehidupannya memang sedia daif? Tiada makanan. Kalau ada pun,kais pagi makan pagi,kais petang makan petang. Biar betapa teruk sekalipun hypoglycaemia (kurang glucose sebab x makan),pening sampai nak pengsan ke, tiada apa yang ada di dapur buat pelapik perut. Bukankah itu lebih sadis? Semoga Allah selamatkan saudara-saudara kita di mana sahaja mereka bertebaran di atas muka bumi.
Do not think of the few things you did not get after praying. Think of the countless beautiful things God gave without asking.
Lalu saya berpesan kepada diri saya sendiri. Ujian exam, pening dengan kerenah landlord, kesedihan pulang lambat ke Malaysia tidak setara langsung mahu dibandingkan dengan kesusahan orang lain. Sekurang-kurangnya saya ada booster (ie pulang ke Malaysia) untuk terus membuatkan saya tersenyum tatkala hati pedih menahan ujian. Banyakkan bersabar, kurangkan rungutan ok. :)
Video ini pun sangat sedih. Semoga Allah beri hidayah kepada si pendekar kecil ini.
nota metatarsal : nikmat kesenangan juga sebenarnya satu ujian yang lebih sukar untuk ditangani. Lalu, bersedia untuk menghadapi ujian kesenangan summer ini insyaAllah.
bukan semua manusia itu bertuah!