Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah maka hari ini secara rasminya telah tamat GP attachment saya di kota damai Portarlington :) How time flies,flies and flies! Rasanya baru dua tiga hari lepas saya mengadu kemalasan untuk meninggalkan Dublin bagi menghabiskan sesi berGP di Laois. Malam ini jari melompat-lompat di atas keyboard di dalam bilik sendiri di bandaraya Rathmines.

Hari ini surgery kurang sibuk, kebanyakan masa dihabiskan oleh GP untuk mengisi 'disability allowance', 'carer allowance', 'eye report for driving license' dan banyak lagi form2 lain. Namun hari ini GP saya rasa bersalah seolah-olah mengabaikan lalu menyuruh saya mengambil darah beberapa orang patients. Nanti bila dah jadi intern, bersiapsiagalah untuk menjadi drakula penghisap darah setiap hari. Nurse ambik darah x dapat je,terus cari intern. Lalu, mahu atau tidak kena la ambil tahu tentang hal-hal praktikal ni ok. Alhamdulillah patient juga baik-baik belaka cuma seorang nenek tua ni je yang buat saya rasa slack sikit. "Are you from India?" Allah, rasanya xde la macam sari sangat baju aku ni. Fancy pun tidak. Hitam putih je. Apa-apa la nenek. Angguk-angguk buat-buat tau je la bila saya cakap saya dari Malaysia. ^_^

Walaupun sangat riang gembira dapat pulang ke pangkuan orang-orang tersayang di Dublin (acece), terasa sayu sebenarnya mahu melambai buat kali terakhir kepada bumi Portarlington yang menerima kunjungan saya selama 3 minggu. Cantik sebenarnya bandar kecil Portarlington ni, banyak lembu-lembu dan ulat bulu putih (baca:biri-biri) di sepanjang perjalanan dari tempat penginapan saya, The Heritage Spa & Resort ke Surgery GP saya di Main Street. Sungguh mendamaikan melihat alam yang tidak henti berzikir memuji Pencipta. Tambahan pula, GP dan staffs (Maura, Noreen dan Patricia) begitu meraikan kedatangan saya setiap pagi. Tea with milk without sugar, memang anti-diabetis sungguh air yang dibancuh setiap hari untuk saya. Kesian Maura 5-6 kali cucuk sorang patient untuk ambil darah dengan kehadiran saya,mungkin saya ini 'bad luck' untuk dia. GP saya yang sentiasa mengiyakan permintaan saya, sangat teruja bila diberi peluang untuk buat 'ear syringe' walaupun prosedur tersebut begitu simple. Hari ini sebelum menghantar saya ke stesen keretapi, GP membelanja saya di 'The French', antara kedai makan yang menjadi buah mulut orang di situ. Dalam hati berdoa je please jangan offer makan ayam, meskipun saya sudah terangkan yang saya hanya makan ayam yang disembelih. Alhamdulillah special menu hari itu ialah vegie soup! Kenyang menyumbat perut dengan sup,roti dan hot choc,nasib baek x terlebih-lebih masuk duodenum je. To be honest, I'm surely gonna miss all this great people. Semoga Allah beri mereka hidayah.

Dari Heuston Station berkejar ke Malaysia Hall untuk menghadiri Iftar dan solat hajat anjuran PPIMI dengan menyeret luggage saya. Bukan apa, sudah lama tidak bersosial dengan orang Melayu. Sayalah satu-satunya melayu bertudung yang ada di Portarlington sepanjang 3 minggu lepas. Lagipun,

Allah swt berfirman: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain).” [Surah al-Hujurat : 13]

Sekali sekala melapangkan masa berjumpa dengan adik-adik ataupun rakan-rakan yang sudah lama tidak bersua muka sedikit melapangkan dada. Allah suka kalau kita berkenal-kenalan kan. Lagipun insyaAllah dapat banyak pahala senyum :)

Malam ini nampaknya saya perlulah marathon untuk menghabiskan portfolio GP supaya masa hujung minggu nanti tidaklah terkejar-kejar kalau ada aktiviti lain. Lagipun tak elok bertangguh. Kan Fadzlina?



bookmarks: edit post
0 Responses