Assalamualaikum wrt wbt.


Sabda Nabi s.a.w "Sebaik-baik hari yang diterbitkan matahari adalah Jumaat"

Kata para ulama' "Tiada hari yang lebih baik dari Jumaat dalam setahun kecuali Hari Arafah, Aidil Adha dan Adil Fitr. Ia malah lebih baik dari Ramadhan dan 10 hari terakhirnya. Hari Jumaat adalah lebih baik daripada hari-hari dalam bulan Ramadhan"

"Barangsiapa yang mandi, keluar awal berjalan kaki dan tidak menunggang. Kemudian menghampiri imam dn mendengar khutbah, maka pada setiap langkahnya,dia dikurniakan ganjaran berpuasa dan bersolat selama setahun"

ADAB BERSEDIA PADA HARI JUMAAT
1. Mandi
Nabi s.a.w bersabda "Mandi Jumaat adalah wajib kepada mereka yang sudah baligh"

2. Memakai pakaian yang terbaik dan menyimpan pakaian yang terbaik untuk hari Jumaat.
3. Memakai wangi-wangian menggunakan a'tar atau haruman-haruman lain.
4. Memotong kuku dan mencukur/gunting bulu yang dibolehkan
5. Melumurkan badan dengan minyak, lotion atau krim

ADAB KELUAR MASJID
1. Berjalan kaki selagi mampu dan jika masjid terletak berdekatan, atau memandu kereta
2. Keluar awal dan masuk ke masjid sebelum imam berada di mimbar.
"Di setiap pintu masjid ada malaikat yang menulis nama mereka yang memasukinya mengikut urutan. Ketika imam menaiki mimbar, mereka tutup lembaran itu untuk mendengar khutbah"

3. Menunaikan solat tahiyyatul masjid meskipun imam sudah di mimbar
4. Memberi perhatian terhadap khutbah yang disampaikan.

"Barangsiapa yang menggerakkan batu, pada hari Jumaat maka dia telah melakukan perkara yang sia-sia, barangsiapa yang melakukan perkara sia-sia maka tiadalah pahala Jumaat untuknya. Barangsiapa bercakap dengan temannya maka tiada pahala jumaat untuknya"

ADAB PADA HARI JUMAAT DAN MALAM SEBELUMNYA
1. Membaca surah Al-Kahfi. Ia melindungi kita daripada fitnah Dajjal.
"Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari jumaat, dia akan disinari cahaya hingga ke Jumaat berikutnya."

2. "Banyakkan berselawat kepadaku di hari Jumaat dan malam sebelumnya" permintaan peribadi Rasulullah.
3. Perbanyakkan doa dan menunggu saat doa makbul (saat matahari mulai terbenam)
Nabi s.a.w bersabda "Terdapat satu masa di hari Jumaat, jika seorang Muslim berdoa, doanya pasti akan dimakbulkan Allah"

"Jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku. Nescaya Allah akan mengasihimu" [Ali Imran:31]

Semoga Jumaat anda bermanfaat,insyaAllah.

nota metatarsal : esok PUISI (^_^)Y

bookmarks: edit post
1 Response
  1. atie lazis Says:

    Terima kasih untuk perkongsian..

    kenapa berhenti menulis? teruskanlah :)