Assalamualaikum wrt wbt.

Alhamdulillah. Banyak perkara yang berharga berlaku sepanjang kehilangan saya. Semalam semasa sesi usrah, kami menjalankan sesi taaruf suka suki dan soalannya : Apakah perkara yang paling berharga berlaku kepada anda dalam masa sebulan ini?

Perkara pertama yang hadir tanpa berfikir panjang : Jaulah ke Turkey. Ini catatan untuk diri sendiri buat kenangan di masa tua. Uhuk3...

DAY 1 - 9th FEB [Wednesday]

2.00 am

Arrive at Atarturk Airport

J

5.00 am

Sur Hotel Sultanamet

-Luggage

-Relax & recharge

7.30 am

Breakfast

8.00 am

Dolmabache Palace

-Metro [Sultanamet à Kabatas]

11.30 am

Miniarturk

-Metro [Kabatas à Eminonu]

-Ferry [Eminonu à Mini]

-Bus [Mini à Eminonu]

7.00 pm

Dinner @ Bosphorus

-Metro [Eminonu à Sultanamet]

8.00 pm

Hagia Sofia [optional]

9.00 pm

Hotel

-Sleep!

DAY 2 – 10th FEB [Thursday]

9.00 am

Hagia Sofia

-TL20 + TL5

11.00 am

Topkapi Palace

-TL20 + TL5

2.00 pm

Blue Mosque

-Zohor + Asar prayer

3.00 pm

Others

-Hippodrome

-Museum [TL10]

-Basilicca Cistern [TL10]

5.00 pm

Little Hagia Sofia

-Maghrib + Isya’ prayer

7.00 pm

Pick up from hotel

-One Nation Travel

8.30 pm

Depart to Cappadocia

J

DAY 3 -11th FEB [Friday]

North Cappadocia

No Dinner

DAY 4 – 12th FEB [Saturday]

South Cappadocia

No dinner

DAY 5 – 13th FEB [Sunday]

Pamukkale

Overnight bus to Istanbul

DAY 6 – 14th FEB [Monday]

--- am

Arrive Istanbul

Check in Cordial House

10.00 am

Masjid Fatih + Makam

-Metro [Cemberlitas à Aksaray]

2.00 pm

Masjid Suleyman

-Zohor + Asar prayer

3.30 pm

Grand Bazaar

J shop till u drop

7.00 pm

Masjid Sultan Beyazit

-Maghrib + Isya’ prayer

-Dinner

8.30 pm

Back to hostel

DAY 7 – 15th FEB [Tuesday]

6.00 am

Masjid Eyub by taxi

-Subuh prayer

8.00 am

Back to hostel

9.00 am

Free time – shopping maybe? J

2.00 pm

Depart to Atarturk Airport

-Taxi / Hostel

5.00 pm

Depart to Dublin!


Tentatif perjalanan kami

Hari 1 : Dublin-Istanbul [8 February 2011]

Allahu. Hanya Dia yang mengetahui setiap yang dinyatakan atau disembunyikan. Rasa gembira menyelinap ke segenap ruang hati, mungkin serotonin turut mencapai puncak ketika ini. Memandangkan saya dilantik menjadi ketua perjalanan untuk jaulah kami bertiga kali ini, saya pergi lebih awal ke airport setelah selesai memprint initerary flight kami. Untuk ke Turkey, kami menaiki Lufthansa Airlines dari Dublin-German-Istanbul. Saya tiba di Dublin Airport 2 jam lebih awal. Berehat seketika menunggu 2 orang sahabat lain sambil menghabiskan bekalan nasi goreng yang sempat dimasak sebelum keluar rumah.

boleh check in luggage 20kg. suka!

Selesai menghabiskan bekalan, saya mula tidak tentu arah untuk menunggu sahabat yang masih dalam perjalanan. Akhirnya, saya memilih untuk membaca buku 'Secangkir Teh, Pengubat Letih' karangan Ustaz Hasrizal. Habis satu bab. Subhanallah,dalam mencongak-congak keikhlasan hati berjaulah kerana Dia, saya tersenyum sendirian membaca beberapa perenggan terakhir bab 1 buku tersebut:

"Carilah satu dunia asing... untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah;sama ada di tikar sejadah,atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,"itu nasihat saya.

Carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda berjiwa da'ie,yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda,emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi... hanya kamu dan Dia.. tiada yang ketiga.

Selamat mencari damai dan tenteram jiwa,wahai anak muda!"

Allahuakbar, Dia sering menjawab dengan cepat. Teringat pesan mak untuk memperbanyakkan niat, kerana hanya dengan niat, Allah sudah memberikan ganjaran pahala. Niat banyak-banyak. Banyak.

Seketika kemudian, sahabat saya sudah terpacul di depan mata. Kami menuju ke kaunter Lufthansa dan alhamdulillah urusan selepas itu berjalan lancar.

Tatkala kaki melangkah meninggalkan bahagian security yang paling kurang saya gemari, hati terasa begitu lapang dan tenang. Sudah lama rupanya saya tidak keluar dari bumi Shamrock ini sejak masuk ke Intermediate Cycle. Allah,ini juga hadiah terindah dariMu sambil melupakan seketika result exam yang bakal diumumkan tidak lama selepas kami pulang dari jaulah kami nanti.

Seperti biasa, pesawat berlepas lebih kurang pukul 6.30 petang dan kami diberikan makanan sebelum tiba di Frankfurt,Jerman untuk transit. Saya semakin khusyuk menghabiskan bacaan buku Ustaz Hasrizal. Saya mencadangkan buku ini untuk sahabat-sahabat yang ingin ke Turkey. Tidak banyak tentang sejarah,namun cukup molek jika ingin berkenalan dengan bumi khalifah dan penghuninya.

Tidak sedar entah bila saya tertidur tatkala pilot mengumumkan pesawat akan mendarat tidak berapa lama lagi. Allah,Allah,Allah. Gembiranya dan syukur bukan kepalang. Ini saat yang saya nantikan :)

Hari 2 : Istanbul [9 Februari 2011]

Tepat jam 2pagi,kami tiba di Atarturk Airport,Istanbul. Selepas mengambil baggage, kami mencari tempat untuk berehat sementara perkhidmatan Metro [ala-ala LRT di Malaysia] beroperasi. Kami berjalan-jalan tanpa arah di dalam airport yang agak besar dan akhirnya bertemu tujuan apabila terjumpa signboard masjid. Apa lagi,kami masuk dan berehat di situ sementara menunggu masuk waktu Subuh. Ada seorang makcik yang masuk tatkala kami sedang berehat. 2 sahabat saya yang lain sudah enak dibuai mimpi Al-Fateh ketika makcik tersebut menghampiri kami. Saya tersenyum dan memberi salam. Allah, mak cik ni x paham English rupanya. Maka, bermulalah sesi perbualan ayam dan itik antara kami. T_T

Tepat pukul 6pagi, kami bergerak ke arah Metro. Memilih arah Atarturk Airport-Sultanamet,kami memulakan hari pertama dengan doa moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Tukar laluan di Aksaray,kami tercari-cari metro yang dimaksudkan dalam peta. Mujur ada seorang pakcik yang baik hati membantu melihatkan kami yang terkial-kial memusing-musing peta. Adeyh. Alhamdulillah, Sur Hotel Sultanamet memang mudah ditemui. Permandangan indah dari tingkap dan murah. Owner pun memang sangat peramah dan baik. Syukur, Blue Mosque yang sebelum ini hanya dilihat di Google kini benar-benar tersergam di depan mata. Allah...

Kami bersiap-siap di hotel dan terus keluar menuju ke Metro yang memang tidak ubah seperti LRT di Malaysia. Yang berbeza adalah kadar tambang. Di Istanbul, kadar bayaran untuk one-way trip ialah TL1.75 tidak kira sejauh mana pun perjalanan kita menaiki Metro. Jadi, boleh sebenarnya mahu melawat semua stesen metro tanpa keluar. Kami membeli tiket (seakan-akan bentuk token main game) di Jetonmatik dan menunggu metro tiba. Mudah,alhamdulillah.

Destinasi pertama kami ialah Dolmabache Palace. Kami turun di stesen metro terakhir,Kabatas dan berhasrat untuk berjalan kaki ke istana emas tersebut. Dalam perjalanan, kami tergoda dengan papan tanda 'Bosphorus Tour TL12.50' [6.25euro] . Rasanya memang murah pun dan memandangkan masa masih banyak, kami sepakat untuk join tour tersebut. Owh, memang terbaik. Meskipun hampir sahaja bertukar menjadi snowwoman di atas boat tersebut dek kesejukan angin,memang worth it la kata orang. Nampak la segala bangunan termasuk Dolmabache Palace, Bophorus Bridge, istana, keadaan perumahan yang sesak di sebelah Europe dan Asia. Owh, kalau x tahu, Turki ni terletak betul-betul di tengah continent Asia dan Europe. 2 dalam 1 bak kata pepatah.


Selesai tour, kami bergerak menuju ke Dolmabache Palace yang terletak tidak jauh dari tempat tour tersebut. Dari jauh terlihat kemegahan istana yang dibina denga emas dan kristal, lambang kemegahan sultan pada zaman tersebut~salah satu faktor kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Ia dibina oleh Sultan Abdul Majid 1 dengan menggunakan wang negara yang diperuntukan untuk pertahanan pada asalnya. Bayaran masuk ialah sebanyak TL25 jika termasuk Harem [private place]. Lawatan perlu ditemani seorang pekerja di situ yang menerangkan struktur istana tersebut. Tidak dibenarkan mengambil gambar dan perlu memakai plastik bagi mengelakkan kasut anda mengotori karpet tersebut. Anda perlu masuk sendiri ke istana ini dan pastinya menggeleng laju-laju tatkala melihatkan chandelier,crystal stairs,dan pelbagai hiasan lain yang kebanyakan daripada emas dan kristal. Sungguh luas istana tersebut hingga sakit-sakit kaki kami ketika keluar dari istana tersebut. Ia sesuatu yang cukup menyakitkan mengenangkan keborosan pemimpin di kala itu. Sambil-sambil berjalan keluar, 'jauhnya beza rumah di zaman khilafah yang empat dulu dengan sekarang. Nak membandingkan rumah pemimpin di Malaysia? Allah..' Malas berbicara tentang Dolmabache.


Seterusnya kami menaiki metro ke Eminonu [ini ala-ala stesen Bandar Tasik Selatan] yang menjadi tempat bus dan metro bertemu. Kami makan tengah hari di situ. MasyaAllah, kali pertama saya dihidangkan setengah bahagian ayam,memang siap boleh bungkus buat makanan dinner banyaknya. Destinasi seterusnya ialah Miniaturk. Alhamdulillah, saya ternampak pamplet yang dibawa pulang oleh adik rumah saya tentang tempat tersebut. Perjalanan menaiki teksi memakan masa lebih kurang 20 minit,namun dirasakan agak lama dengan mengambil kira skill pemanduan pak cik teksi tersebut yang hampir menyamai Michael Shcumacher. Mengucap panjang kami sepanjang perjalanan. Miniaturk [klik] adalah salah satu tempat yang perlu dilawati jika tidak sempat pergi ke seluruh pelusuk Turkey kerana di sini dihimpunkan monumen dan bangunan comel dari segenap Turki. Mungkin ia hampir menyerupai Minieurope di Brussels,Belgium. Entah,saya pun tak pernah sampai Minieurope. Disebabkan kami sampai agak lewat,maka terpaksalah mendengar audio tour dengan pantas,cekap dan amanah. Tidak rugi TL10 yang dibayar untuk tiket :)

Kami pulang ke Eminonu dari Miniaturk dengan menaiki bus dengan tambang yang masih sama TL1.75. Masing-masing sudah keletihan dan hampir pengsan (ini hiperbola) di dalam bus. Lengkaplah perjalanan menaiki kapal terbang,metro,bus,taxi,berjalan kaki kami untuk hari ini. KebesaranMu Tuhan.
Alhamdulillah atas setiap kurniaan rezeki. InsyaAllah hari ini saya dan sahabat-sahabat akan memulakan kembara bumi khalifah kami, Turkey. Allah, perasaan gembira yang tidak dapat dibendung. Semoga perjalanan ini dikira sebagai ibadah oleh Allah. Doakan keselamatan kami ye. Balik nanti saya cerita ok. Till then,

Assalamualaikum wrt wbt.

Allahu. Baru sedar, esok sudah 4hb. Sejak meninggalkan zaman persekolahan di Beaumont Hospital(huk3), saya jadi sedikit dementia dalam mengingat tarikh dan hari~mungkin fail ujian awal MMSE [Mini mental state exam]. MasyaAllah cepat juga masa berlalu, teringat kelajuan Dublin Bus menuju ke Beaumont Hospital. Meskipun terkial-kial di rumah mencari kerja, rupa-rupanya sudah hampir seminggu berdiam di rumah. Sedikit sebanyak terasa rindu dengan kesibukan sesi akademik ketika di IC2 [Intermediate Cycle 2 = Semester 5]. Yes, kelihatan sungguh pelik. Kadang-kadang terasa mahu ikut serta rakan-rakan yang sedang menjalankan research [Student Selected Component] di lab atau pun join ward round di hospital. Ada sahaja cerita menarik mereka setiap hari di mukabuku. Dulu bukan main mintak cuti, bila dah cuti nak g sekolah semula. Manusia memang macam ni kan? Or, it's just me.

Sunyi juga rumah bila sebahagian besar ahli rumah keluar berjaulah. Semalam berkampung di dapur mencuba resepi kek dan memasak. Symptoms yang ditunjukkan memang sungguh classical dengan diagnosis 'never-have-long-hols-since-being-in-IC2 syndrome'. Selepas memasak, menyelesaikan tugas-tugas rasmi, bersembang dengan mak hingga panas phone di telinga,melawat-lawat mukabuku rakan-rakan, membaca blog, cuba bersungguh-sungguh menghabiskan bacaan buku, menunggu kepulangan akak final year, memaksa mereka makan makanan dan kemudian bersembang-sembang. Sepatutnya masa yang ada boleh saya gunakan untuk menelaah nota-nota yang mungkin menjerit-jerit histeria di dalam almari, mintak dikeluarkan dan dibaca. Namun, apakan daya, saya hanya bercadang untuk mula membaca nota-nota medical semula bermula minggu depan. Owh yes, harus juga memperbanyakkan hafalan surah (berdoa mendapatkan anak hafiz,kena berusaha dari sekarang kan). Aish...

Rasulullah sallahualaihiwassalam bersabda, “Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia, iaitu nikmat masa lapang dan kesihatan

Benar, sangat aman di sini hingga sampai boleh berkira-kira mahu mencuba semua resepi yang dilihat di internet. Entah apa khabar sahabat-sahabat saya di Mesir saat ini. Khabarnya ada yang mendapat cuti 3 bulan,malah ada yang sampai setahun. Allah datangkan ujian dalam pelbagai bentuk kan? Seriously, nikmat kelapangan ini kadangkala lebih perit, kerana selalunya hilang consciousness yang diri sedang diuji kan? Alhamdulillah, penyakit down sudah jarang melanda, ikut menyorok bersama-sama nota medical mungkin? Hehe.


Owh, baru sahaja menghabiskan buku 'Life is an open secret'. Self-help kind of book. Best,since pengarang,Zabrina A.Bakar menggunakan banyak analogy yang simple and understandable. Sila la baca bagi yang belum. Rahsia-rahsia yang dibongkarkan tu sememangnya telah ada dalam Quran dan sunnah,cuma tinggal nak buat je. Since saya pun macam sedikit berkelapangan buat masa ini, saya share content je la ye. Ini untuk rujukan saya di masa akan datang juga. Kot2 terlihat orang lain baca tapi tetiba jadi dementia as if x pernah baca pulak kan. [Pardon me, the word dementia was used a lot in Elderly Medicine lectures last week. My hippocampus is working perfectly well alhamdulillah].

Secret 1 : Love ur mother [of course I do!]
"A woman is a flower vase of beauty and fragrance. So smell her gently, do not wrestle with her"-Arabian proverb.

"Your Lord has decreed, that you worship none save Him, and (that you show) kindness to parents. If one of them or both of them to attain old age with you, say not "Fie" unto them nor repulse them, but speak unto them a gracious word." [17:23]

Secret 2 : Decide your path wisely
"You have to paddle your own canoe" -American proverb
Change. Turn towards Him. And be successful.

Secret 3: Rise early [yes,it means qiam and don't go back to sleep after subuh]
"Plan your year in the spring,your day at dawn"- Chinese proverb
The early bird gets the worm. Tak percaya? Pagi esok tunggu tepi tingkap. Tengok burung tido x lepas subuh.

Secret 4 : Face challenge with zest
"Fighting has been enjoined upon you while it is hateful to you. But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not." [2:216]

Secret 5 : Aim and strive!
"The bird will not fly into your arrow"-Ovambo proverb
"Whoever does righteousness, whether male or female, while he is a believer - We will surely cause him to live a good life, and We will surely give them their reward [in the Hereafter] according to the best of what they used to do." [16:97]

Secret 6 : Be connected
"And hold firmly to the rope of Allah all together and do not become divided. And remember the favor of Allah upon you - when you were enemies and He brought your hearts together and you became, by His favor, brothers. And you were on the edge of a pit of the Fire, and He saved you from it. Thus does Allah make clear to you His verses that you may be guided" [3:103]

"No one can whistle a symphony. It takes an orchestra to play it"

Secret 7 : Stay steadfast [istiqamah,deal?]
Aishah narrated : The Prophet was asked, "What deeds are loved most by Allah?" He said, "The most regular, constant deeds, even though they may be few." He added, "Don't take upon yourselves, except the deeds which are within your ability." [Al Bukhari]

Secret 8 : Sharpen your communication skills
Anas Ibn Malik reported that when the Prophet [pbuh] used to say something, he would repeat it three times so that it would be understood. When he came to people, he would greet them three times [Al-Bukhari]

Secret 9 : Say the word and do the action [it's a must-read chapter!]
O you who have believed, why do you say what you do not do? Great is hatred in the sight of Allah that you say what you do not do" [61:3]

Secret 10 : Choose your word with care
Abu Darda' reported that the Messenger of Allah[pbuh] said, "There will be nothing heavier in the balance of the believer on the Day of Rising than good character. Allah dislikes foul language" [At-Tarmizi]

Secret 11 : Manage your time [hmmm..]
"By time, indeed all mankind is in loss, except those who have believed and done righteous deeds and advised each other to truth and advised each other to patience." [103:1-3]

"It's not so much how busy you are,but why you are busy. The bee is praised. The mosquito is swatted"-Mary O'Connor

Secret 12 : Be ready for opportunities in life
"When one door closes, another opens. But we often look so regretfully upon the closed door that we don't see the one that has opened for us."

Secret 13 : What goes around, come around
"Whoever does righteousness - it is for his [own] soul; and whoever does evil [does so] against it. And your Lord is not ever unjust to [His] servants." [41:46]

Secret 14 : Half full or half empty? [ok,get thirsty already]
"You can complain because roses have thorns, or you can rejoice because the thorns have roses."

Secret 15 : Make patience your policy [am trying.real hard u know?]
Abu Hurairah reported that a man said to the Prophet[pbuh], "Advise me." He said, "Do not get angry". He repeated his request several times, and the Prophet said, "Do not get angry" [Al Bukhari]

Secret 16 : Be persistent
"Consider the postage stamp. It secures success through its ability to stick to one thing till it gets there"

Secret 17 : Less me and more of we
"Faithful believers are to each other as the bricks of a wall, supporting and reinforcing each other." So saying, the Prophet [pbuh] clasped his hands by interlocking his fingers." [Al Bukhari]

Secret 18 : Trust your Lord
"And We charge no soul except [with that within] its capacity, and with Us is a record which speaks with truth; and they will not be wronged." [23:62]

"And will provide for him from where he does not expect. And whoever relies upon Allah - then He is sufficient for him. Indeed, Allah will accomplish His purpose. Allah has already set for everything a [decreed] extent." [65:3]

Secret 19 : Find your passion
"Do they distribute the mercy of your Lord? It is We who have apportioned among them their livelihood in the life of this world and have raised some of them above others in degrees [of rank] that they may make use of one another for service. But the mercy of your Lord is better than whatever they accumulate." [43:32]

"God gives the nuts, but He doesn't crack them" -Germany proverb

Those are 19 secrets revealed in this book. But I just want to add in another one. Even number sounds a bit nicer, I think. The number-twenty secret is :
Don't just read and get inspired. Close the book and start experimenting!

*Yawn*

With this, I rest my case. InsyaAllah esok akan lebih produktif.

Salam,

selepas saya kahwin, barulah saya memahami karekter seorang wanita.

Sebab suami saya selalu hairan dengan hypermanic dan monotonousnya mood saya , bertimbal balik.. Berpusing2 karekter antara ecstatic dan juga kesedihan, kdang2 kala ceria dan boleh jadi terlalu serius.

Sampai dia terpaksa clarify mmg perangai perempuan macam:

ombak eh perempuan ini?

Sampailah saya terdiam, kerana memikirkan betulnya kata-kata dia itu.

Namun itulah dia pasang surut emosi seorang wanita.

Cepat downnya, cepat juga mendapatkan semangat dan kekuatan.

Dan emosi kita bergantung kuat pada kadar hormon estrogen dan progesterone dalam badan kita. sangat bergantung kuat ada perasaan dan peristiwa2 yang berlaku dalam kehidupan kita.

Dan bila orang tak endahkan perasaan kita, kita rasa amat tertekannnn!!!!!!

Dan emosi perempuan ini sedikit sebanyak menganggu kehidupan mereka , apatah lagi kehidupan mereka sebagai seorang daie.

Dahulu kami semua fikir, kalau kahwin sure dapat jadi stabil. Kalau kahwin sure ada teman untuk sentiasa mendengar luahan perasaan kita, menjaga perasaan kita dan sebagainya.

Dan kebanyakan akhawat merasai bahawa berkahwinlah dapat mengatasi masalah emosi yang tak stabil dan seperti ombak ini.

Bila saya sudah berkahwin ini, barulah saya tahu, kahwin, tidak akan dapat menyelesaikan masalah emosi perempuan ini.

Kerana, kita tak pergi pada root of the problem itu sendiri.

Kita tak pergi Pencipta kepada manusia itu sendiri, yang menjadikan fitrah seorang perempuan sebegini.

( tapi seorang lelaki bila tak stabil, lebih horror dari perempuan pula…hohoohoh)

Dan bukankah Allah lebih tahu cara mengatasi masalah perasaan kita yang selalu down, dan selalu rasa takde support itu?

Kalau kita mencarinya pada sebuah perkahwinan. Tentu kita akan kecewa. Kerana suami tidak akan memberikan segala-galanya buat kita.

Terkadang kita cuba lari dari kenyataan itu. kita malu untuk mengakui pada diri sendiri yang kita sedang down. Maka kita mencari kekuatan kepada benda-benda yang jauh dari Allah. Kita mencarinya pada shopping atau tengok movie, atau bersuka ria. Maka bertambahlah jauhnya kita dari ALlah.

Kenalilah simptom futur anda

Bila iman makin menurun, maka jaga-jagalah: Ia mungkin boleh turun lagi.


Kerana itu kita perlu mengenal simptom futur supaya kita dapat merawatnya dengan segera..

Bila kita futur, hati kita meliar-liar mencari sesuatu untuk mengisi hati kita.

Syaitan yang sedang menghiasi futur kita akan sentiasa menggoda kita dengan DAHSYATNYA sekali.

Tengoklah movie itu. ko kan dah buat usrah banyak dah, sekali sekala tengok movie apa salahnya. belajar cara diorang movie. tgk diorang buat cerita. best per.

dan dari satu movie ke satu movie kita akan tengok, menyebabkan bertambah-tambah futur kita. Bertambah-tambah tompok dosa pada hati kita.

Dan di saat futur itu, ibadah makin longgar. Hati sudah tidak khusyuk. Membaca quran sudah tidak penuh lagi tadabbur.

Di situlah syaitan menghiasi lagi futur kita:

Ala, apa salahnya dengar lagu kejap. Boringlah asyik2 dengar nasyid je. Quran pun ko dah baca banyak. alaa.. apa salahnya dengar lagu rihanna?ehek ehek…..

Dan bila kita menjengok facebook pula, sambil melayan2 dan menjawap komen2 manusia, kita mula menjengah dan melihat gambar2 rakan kita yang sudah berkahwin . Maka hati kita berkocak dan bergoncang lagi.. Dan pertanyaan terus datang silih berganti dalam benak hati kita:

aku bila lagi? aku bila lagi?

dan jemari kita mula mengclick dan menjengah gambar2 mereka yang bukan ajnabi pada kita. Membina angan-angan dan menambah dosa pada mata serta hati. Akhirnya terjebak kepada lembah kefuturan demi kefuturan..

dan kita lebih jauh dari Allah..

bertambah jauh.

Maka kita bagaikan mayat yang sedang hidup. Hati kita mati, tetapi badan tetap mengaku masih aktif.


Akhirya perlahan-lahan kita mahu melarikan diri dari dakwah. Kita mahu menyendiri, dan akhirnya kita tersingkir seorang diri.

Siapa yang akan gembira dan gelak ketawa bila seorang pendokong dakwah mula mengengsot pergi?

Syaitan!

dan siapa yang akan kalah dan menangis ? Islam dan diri sendiri juga!

Sebab itu, kenalilah sifat kita yang mudah down, dan berombak. Dan ubatilah kefuturan dengan setepat-tepat ubat. Bukan mencarinya dan mengubatnya dengan hiburan dan kelekaan.

Jawapan itu ada pada:

1) Kembalilah pada Allah.

Yes. I mean this.

Go back to Him. Bersolatlah kepada Dia. Bercakaplah dengan Dia.

Kalau uzur, baca ma’thurat. Hafal surah. Buat perkara -perkara yang mendekatkan diri dengan Allah. Even membaca buku yang mengingatkan kita pada Allah.

Berdoalah. Kembalikan kekhusyukan. Istighfar berulang kembali.

Dan paling best untuk dilakukan adalah:

Membaca Quran, serta mentadabburi setiap makna kalimahNya.


“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lebih lurus.” (QS Al-Isra’ : 9)

Perkara ini juga dikuatkan oleh Ustaz Hasan Al-Hudhaibi yang berkata :

“Yang menjadi panduan seseorang dalam tilawah Al-Qur’an bukanlah seberapa banyak ia membacanya, namun sejauh mana ia dapat mengambil manfaat dari hasil bacaannya. Al-Qur’an tidak akan turun sebagai barakah kepada Nabi saw dengan lafadz-lafadz yang tidak bermakna. Sesungguhnya barakah Al-Qur’an itu adalah pada saat kita mengamalkannya, dan saat kita mengambilnya sebagai manhaj hidup yang menerangi jalan orang-orang yang menempuhnya. Maka ketika kita membaca Al-Quran, mestilah diniatkan untuk merealisasikan kandungan makna tersebut dan itu hanya boleh dilakukan dengan mentadabbur ayat-ayatnya, memahami dan mengamalkannya.”

Allah SWT berfirman :

“Dan demikianlah kami wahyukan kepadamu Ruh (Al-Qur’an) dengan perintah kami . Sebelumnya kamu tidaklah mengetahui apakah Al Kitab dan tidak pula mengetahui apakah iman itu, tetapi kami menjadikan Al-Qur’an itu cahaya yang kami tunjuki dengan dia siapa yang kami tunjuki siapa yang kami kehendaki diantara hamba-hamba kami”. (QS As-Syura : 52)

Ketika Ruh tersebut melekat ke dalam hati dan setiap penjurunya dipenuhi dengan cahaya iman, maka ia mampu mengusir hawa nafsu dan rasa cinta terhadap dunia dan kemudiannya akan mempengaruhi perilaku seorang hamba dan tujuan hidupnya.

Maka temuilah ketenangan itu pada tadabbur Al-Quran. Berkata-katalah dengan Allah dengan membaca ayatNya, penuh dengan kehadiran sebuah perasaan.

Ibnu Mas’ud berwasiat :

“Janganlah kau membaca Al-Qur’an secepat kau membaca sya’ir, atau seperti buah kurma yang berguguran dari tangkainya, berhenti dan renungkanlah keajaiban-keajaibannya, gerakkanlah hatimu dengannya dan janganlah menjadikan akhir surah sebagai pusat perhatianmu.”


2) Bergaullah dengan orang-orang yang soleh.

Tak semestinya kena cari naqibah, atau ustaz. Carilah teman yang mengingatkan kita pada Allah. Yang akanremindkan kita tentang akhirat. Yang dapat menyedarkan kita dari tidur yang lena itu.

Sebab time kita down, memang hati tengah gelap. Sukat untuk kita menerima nasihat orang. Maka sentuhan orang-orang soleh ini dapat melembutkan hati kita, dan memberi cahaya baru dalam hati kita dengan izin Allah..

Jangan bersendirian ketika futur. Kita akan diganggun dengan bisikan syaitan jika kita terus bersendirian.

3) Berdoa kepada Allah.

Berdoalah diberikan semula hidayah yang malap. Berdoalah untuk diberikan kekuatan. Dan berdoalah supaya Allah mudahkan urusan kita yang menyebabkan kefuturan kita.

Berdoalah kepada ALlah:

رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَثَبِّتۡ أَقۡدَامَنَا وَٱنصُرۡنَا عَلَى ٱلۡقَوۡمِ ٱلۡڪَـٰفِرِينَ

Ya Rabb kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, teguhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir” (QS al-Baqarah [2]: 250).

Berdoalah dan temuilah kekuatan itu dengan doa!

4) perbaharui kefahaman kita.

Sebelum ini mungkin kita dah faham akan erti hidup kita. Kita faham tugas kita. Kita tahu apa yang perlu kita buat di dunia ini.

Namun bila saatnya futur, maka kefahaman itu seolah-olah terbang ditiup angin nafsu yang mengelabui iman dan akal kita.

Di saat itu, perbaharuilah kefahaman kita. Bila kita menganggur, syaitan akan mudah menjadikan kita futur.

Maka perbaharuilah kefahaman itu dengan tarbiyah. Pergilah kepada majlis-majlis ilmu. Nyalakan semula semangatmu. Semarakkan semula baraan himmahmu.

Katakan pada dirimu bahawa:

‘ Hidupku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah tuhan sekalian alam!’

Kerana memberi dakwah itu menghidupkan dan merupakan jalan keluar kepada kefuturan. Kerana itu di saat kau meninggalkannya, perkara itu akan lebih mendownkan kamu.

Maka di saat down, ambillah masa sekejap untuk istighfar dan perbaiki semangatmu. Seterusnya, bangkitlah dan teruskan memberi kepada manusia!

5) Mengingati negeri akhirat.

Inilah yang dijelaskan oleh Rasulullah saw kepada para sahabatnya ketika ia ditanya tentang makna ‘insyirah shadr’ (keterbukaan dada) dalam firmanNya :

“Maka apakah orang-orang yang dibukakan Allah hatinya untuk menerima agama Islam lalu ia mendapat cahaya dari Tuhannya (sama dengan orang yang membatu hatinya)? (QS Az-Zumar : 22)

Nabi saw menjelaskan :

“Apabila cahaya iman masuk terbukalah hatinya” (untuk menerima kebenaran).”

Kami bertanya : “Wahai Rasulullah, apa ciri-cirinya?”

Rasulullah saw bersabda :

“Kerinduan kepada kampung keabadian, merasa jauh dari dunia yang menipu, bersiap-siap untuk menghadapi kematian sebelum ia datang.”

Di dunia ini kita akan selalu ditinggalkan keseorangan. Apa awak ingat awak seorang je ke takde murabbi? ( kita akan selalu mengadu benda yang kita takde, benda depan mata, selalu tak kita hargai…)

orang terdahulu sendiri banyak belajar berdikari. Banyak membina diri mereka sendiri.

Semakin lama kita dalam tarbiyah, Sedarlah, kita perlu lebih banyak bergantung pada tarbiyah dzatiyah berbanding tarbiyah jam’iyah ( tarbiyah diri sendiri, daripada tarbiyah beramai-ramai)

Maka, bila kita down, kitalah yang perlu merawat ke’down’an kita itu sendiri. Dengan cepat!

Jika kamu tak mampu merawatnya, siapa lagi?

sedangkan ummah mendambakan parajurit-parajurit yang sentiasa terpadu iman dan amal jihadnya, untuk menongkah jahiliyah yang amat pekat di luar sana.

Mampukah kamu bangkit semula?

Like this! Of course I copied this from somewhere else. For my own reminder.

bookmarks: 2 comments | edit post