DAY 1 - 9th FEB [Wednesday] | ||||||
2.00 am | Arrive at Atarturk Airport | J | ||||
5.00 am | Sur Hotel Sultanamet | -Luggage -Relax & recharge | ||||
7.30 am | Breakfast | | ||||
8.00 am | Dolmabache Palace | -Metro [Sultanamet à Kabatas] | ||||
11.30 am | Miniarturk | -Metro [Kabatas à Eminonu] -Ferry [Eminonu à Mini] -Bus [Mini à Eminonu] | ||||
7.00 pm | Dinner @ Bosphorus | -Metro [Eminonu à Sultanamet] | ||||
8.00 pm | Hagia Sofia [optional] | | ||||
9.00 pm | Hotel | -Sleep! | ||||
DAY 2 – 10th FEB [Thursday] | ||||||
9.00 am | Hagia Sofia | -TL20 + TL5 | ||||
11.00 am | Topkapi Palace | -TL20 + TL5 | ||||
2.00 pm | Blue Mosque | -Zohor + Asar prayer | ||||
3.00 pm | Others | -Hippodrome -Museum [TL10] -Basilicca Cistern [TL10] | ||||
5.00 pm | Little Hagia Sofia | -Maghrib + Isya’ prayer | ||||
7.00 pm | Pick up from hotel | -One Nation Travel | ||||
8.30 pm | Depart to Cappadocia | J | ||||
DAY 3 -11th FEB [Friday] | ||||||
North Cappadocia | | No Dinner | ||||
DAY 4 – 12th FEB [Saturday] | ||||||
South Cappadocia | | No dinner | ||||
DAY 5 – 13th FEB [Sunday] | ||||||
Pamukkale | | Overnight bus to Istanbul | ||||
DAY 6 – 14th FEB [Monday] | ||||||
--- am | Arrive Istanbul | Check in Cordial House | ||||
10.00 am | Masjid Fatih + Makam | -Metro [Cemberlitas à Aksaray] | ||||
2.00 pm | Masjid Suleyman | -Zohor + Asar prayer | ||||
3.30 pm | Grand Bazaar | J shop till u drop | ||||
7.00 pm | Masjid Sultan Beyazit | -Maghrib + Isya’ prayer -Dinner | ||||
8.30 pm | Back to hostel | | ||||
DAY 7 – 15th FEB [Tuesday] | ||||||
6.00 am | Masjid Eyub by taxi | -Subuh prayer | ||||
8.00 am | Back to hostel | | ||||
9.00 am | Free time – shopping maybe? J | | ||||
2.00 pm | Depart to Atarturk Airport | -Taxi / Hostel | ||||
5.00 pm | Depart to Dublin! | |
Assalamualaikum wrt wbt.
Alhamdulillah. Banyak perkara yang berharga berlaku sepanjang kehilangan saya. Semalam semasa sesi usrah, kami menjalankan sesi taaruf suka suki dan soalannya : Apakah perkara yang paling berharga berlaku kepada anda dalam masa sebulan ini?
Perkara pertama yang hadir tanpa berfikir panjang : Jaulah ke Turkey. Ini catatan untuk diri sendiri buat kenangan di masa tua. Uhuk3...
Tentatif perjalanan kami
Hari 1 : Dublin-Istanbul [8 February 2011]
Allahu. Hanya Dia yang mengetahui setiap yang dinyatakan atau disembunyikan. Rasa gembira menyelinap ke segenap ruang hati, mungkin serotonin turut mencapai puncak ketika ini. Memandangkan saya dilantik menjadi ketua perjalanan untuk jaulah kami bertiga kali ini, saya pergi lebih awal ke airport setelah selesai memprint initerary flight kami. Untuk ke Turkey, kami menaiki Lufthansa Airlines dari Dublin-German-Istanbul. Saya tiba di Dublin Airport 2 jam lebih awal. Berehat seketika menunggu 2 orang sahabat lain sambil menghabiskan bekalan nasi goreng yang sempat dimasak sebelum keluar rumah.
boleh check in luggage 20kg. suka!
Selesai menghabiskan bekalan, saya mula tidak tentu arah untuk menunggu sahabat yang masih dalam perjalanan. Akhirnya, saya memilih untuk membaca buku 'Secangkir Teh, Pengubat Letih' karangan Ustaz Hasrizal. Habis satu bab. Subhanallah,dalam mencongak-congak keikhlasan hati berjaulah kerana Dia, saya tersenyum sendirian membaca beberapa perenggan terakhir bab 1 buku tersebut:
"Carilah satu dunia asing... untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu. Basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah;sama ada di tikar sejadah,atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah,"itu nasihat saya.
Carilah damai untuk diri sendiri. Khususnya buat anak muda berjiwa da'ie,yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain, hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda,emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi... hanya kamu dan Dia.. tiada yang ketiga.
Selamat mencari damai dan tenteram jiwa,wahai anak muda!"
Allahuakbar, Dia sering menjawab dengan cepat. Teringat pesan mak untuk memperbanyakkan niat, kerana hanya dengan niat, Allah sudah memberikan ganjaran pahala. Niat banyak-banyak. Banyak.
Seketika kemudian, sahabat saya sudah terpacul di depan mata. Kami menuju ke kaunter Lufthansa dan alhamdulillah urusan selepas itu berjalan lancar.
Tatkala kaki melangkah meninggalkan bahagian security yang paling kurang saya gemari, hati terasa begitu lapang dan tenang. Sudah lama rupanya saya tidak keluar dari bumi Shamrock ini sejak masuk ke Intermediate Cycle. Allah,ini juga hadiah terindah dariMu sambil melupakan seketika result exam yang bakal diumumkan tidak lama selepas kami pulang dari jaulah kami nanti.
Seperti biasa, pesawat berlepas lebih kurang pukul 6.30 petang dan kami diberikan makanan sebelum tiba di Frankfurt,Jerman untuk transit. Saya semakin khusyuk menghabiskan bacaan buku Ustaz Hasrizal. Saya mencadangkan buku ini untuk sahabat-sahabat yang ingin ke Turkey. Tidak banyak tentang sejarah,namun cukup molek jika ingin berkenalan dengan bumi khalifah dan penghuninya.
Tidak sedar entah bila saya tertidur tatkala pilot mengumumkan pesawat akan mendarat tidak berapa lama lagi. Allah,Allah,Allah. Gembiranya dan syukur bukan kepalang. Ini saat yang saya nantikan :)
Hari 2 : Istanbul [9 Februari 2011]
Tepat jam 2pagi,kami tiba di Atarturk Airport,Istanbul. Selepas mengambil baggage, kami mencari tempat untuk berehat sementara perkhidmatan Metro [ala-ala LRT di Malaysia] beroperasi. Kami berjalan-jalan tanpa arah di dalam airport yang agak besar dan akhirnya bertemu tujuan apabila terjumpa signboard masjid. Apa lagi,kami masuk dan berehat di situ sementara menunggu masuk waktu Subuh. Ada seorang makcik yang masuk tatkala kami sedang berehat. 2 sahabat saya yang lain sudah enak dibuai mimpi Al-Fateh ketika makcik tersebut menghampiri kami. Saya tersenyum dan memberi salam. Allah, mak cik ni x paham English rupanya. Maka, bermulalah sesi perbualan ayam dan itik antara kami. T_T
Tepat pukul 6pagi, kami bergerak ke arah Metro. Memilih arah Atarturk Airport-Sultanamet,kami memulakan hari pertama dengan doa moga segalanya dipermudahkan oleh Allah. Tukar laluan di Aksaray,kami tercari-cari metro yang dimaksudkan dalam peta. Mujur ada seorang pakcik yang baik hati membantu melihatkan kami yang terkial-kial memusing-musing peta. Adeyh. Alhamdulillah, Sur Hotel Sultanamet memang mudah ditemui. Permandangan indah dari tingkap dan murah. Owner pun memang sangat peramah dan baik. Syukur, Blue Mosque yang sebelum ini hanya dilihat di Google kini benar-benar tersergam di depan mata. Allah...
Kami bersiap-siap di hotel dan terus keluar menuju ke Metro yang memang tidak ubah seperti LRT di Malaysia. Yang berbeza adalah kadar tambang. Di Istanbul, kadar bayaran untuk one-way trip ialah TL1.75 tidak kira sejauh mana pun perjalanan kita menaiki Metro. Jadi, boleh sebenarnya mahu melawat semua stesen metro tanpa keluar. Kami membeli tiket (seakan-akan bentuk token main game) di Jetonmatik dan menunggu metro tiba. Mudah,alhamdulillah.
Destinasi pertama kami ialah Dolmabache Palace. Kami turun di stesen metro terakhir,Kabatas dan berhasrat untuk berjalan kaki ke istana emas tersebut. Dalam perjalanan, kami tergoda dengan papan tanda 'Bosphorus Tour TL12.50' [6.25euro] . Rasanya memang murah pun dan memandangkan masa masih banyak, kami sepakat untuk join tour tersebut. Owh, memang terbaik. Meskipun hampir sahaja bertukar menjadi snowwoman di atas boat tersebut dek kesejukan angin,memang worth it la kata orang. Nampak la segala bangunan termasuk Dolmabache Palace, Bophorus Bridge, istana, keadaan perumahan yang sesak di sebelah Europe dan Asia. Owh, kalau x tahu, Turki ni terletak betul-betul di tengah continent Asia dan Europe. 2 dalam 1 bak kata pepatah.
Selesai tour, kami bergerak menuju ke Dolmabache Palace yang terletak tidak jauh dari tempat tour tersebut. Dari jauh terlihat kemegahan istana yang dibina denga emas dan kristal, lambang kemegahan sultan pada zaman tersebut~salah satu faktor kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah. Ia dibina oleh Sultan Abdul Majid 1 dengan menggunakan wang negara yang diperuntukan untuk pertahanan pada asalnya. Bayaran masuk ialah sebanyak TL25 jika termasuk Harem [private place]. Lawatan perlu ditemani seorang pekerja di situ yang menerangkan struktur istana tersebut. Tidak dibenarkan mengambil gambar dan perlu memakai plastik bagi mengelakkan kasut anda mengotori karpet tersebut. Anda perlu masuk sendiri ke istana ini dan pastinya menggeleng laju-laju tatkala melihatkan chandelier,crystal stairs,dan pelbagai hiasan lain yang kebanyakan daripada emas dan kristal. Sungguh luas istana tersebut hingga sakit-sakit kaki kami ketika keluar dari istana tersebut. Ia sesuatu yang cukup menyakitkan mengenangkan keborosan pemimpin di kala itu. Sambil-sambil berjalan keluar, 'jauhnya beza rumah di zaman khilafah yang empat dulu dengan sekarang. Nak membandingkan rumah pemimpin di Malaysia? Allah..' Malas berbicara tentang Dolmabache.
Seterusnya kami menaiki metro ke Eminonu [ini ala-ala stesen Bandar Tasik Selatan] yang menjadi tempat bus dan metro bertemu. Kami makan tengah hari di situ. MasyaAllah, kali pertama saya dihidangkan setengah bahagian ayam,memang siap boleh bungkus buat makanan dinner banyaknya. Destinasi seterusnya ialah Miniaturk. Alhamdulillah, saya ternampak pamplet yang dibawa pulang oleh adik rumah saya tentang tempat tersebut. Perjalanan menaiki teksi memakan masa lebih kurang 20 minit,namun dirasakan agak lama dengan mengambil kira skill pemanduan pak cik teksi tersebut yang hampir menyamai Michael Shcumacher. Mengucap panjang kami sepanjang perjalanan. Miniaturk [klik] adalah salah satu tempat yang perlu dilawati jika tidak sempat pergi ke seluruh pelusuk Turkey kerana di sini dihimpunkan monumen dan bangunan comel dari segenap Turki. Mungkin ia hampir menyerupai Minieurope di Brussels,Belgium. Entah,saya pun tak pernah sampai Minieurope. Disebabkan kami sampai agak lewat,maka terpaksalah mendengar audio tour dengan pantas,cekap dan amanah. Tidak rugi TL10 yang dibayar untuk tiket :)
Kami pulang ke Eminonu dari Miniaturk dengan menaiki bus dengan tambang yang masih sama TL1.75. Masing-masing sudah keletihan dan hampir pengsan (ini hiperbola) di dalam bus. Lengkaplah perjalanan menaiki kapal terbang,metro,bus,taxi,berjalan kaki kami untuk hari ini. KebesaranMu Tuhan.
0 Responses
Post a Comment
Subscribe to:
Post Comments (Atom)