Bismillahirrahminirahim

Subhanallah,walhamdulillah, lailahailallah. Tajuk entri memang langsung tidak berkaitan dengan isinya. Sekadar teringat lagu raihan.

Lama benar rasa tidak menulis. Perkongsian pengalaman di Turki juga masih tergantung. I know it's not good, tapi... cuti sebulan saya tanpa kelas dan rotation telah tamat. Sudah seminggu saya memulakan rotation di Bons Secours Hospital yang hanya sepelaung dari Botanical Garden nun di Dublin 9. Memandangkan ini rotation yang pertama, maka saya bersama teman seperjalanan (translate travel partner) memang amat berdebar. Tambah lagi mendengar cerita kakak-kakak tentang sesetengah consultant yang cukup membuat palpitation makin bertambah,berdiri bulu roma membayangkan situasi kena marah. Allah.

Alhamdulillah,rotation minggu pertama tamat dengan 'jaya'nya. Banyak yang diperolehi,banyak yang dipelajari, banyak yang wajar diteladani. Sekarang barulah benar-benar rasa hampir bergelar doktor, insyaAllah! Minggu ini telah beberapa kali menyaksikan pembedahan hernia dan beberapa procedure lain. [nota sendiri : Delorme procedure = resection of mucosa lining of prolapsed rectum). Semakin hari terasa semakin bersyukur dengan nikmat kesihatan yang Allah beri (walaupun sedikit merungut dengan luka di jari). Setiap hari ada sahaja pesakit yang akan datang untuk menjalani pembedahan. Setiap hari.

Bila bercerita tentang pengalaman mengaplikasikan pembelajaran di dalam kelas kepada real patient, memang x berkesudah hingga ke pagi. Daripada yang suka berjenaka, serius, skema, dan tidak kurang yang melayan kami seperti cucu sendiri. Memandangkan Bons Secours adalah sebuah hospital swasta (wah,lama berfikir mencari perkataan private dalam Bahasa Melayu) yang agak sederhana, makanya kes yang diterima juga bukanlah kes kecemasan. Kebanyakan kes adalah dirujuk daripada hospital lain atau pun GP (General Practitioner) untuk mendapatkan rawatan lanjut ataupun menjalani pembedahan. Jadi, kurang jugalah exposure yang diberikan dari segi melihat kes-kes kecemasan. Namun jangan risau, banyak juga yang saya perolehi sepanjang seminggu di sana. Hari pertama berkesempatan menyaksikan colonoscopy bersama Dr.Brian, dan petangnya bersama Dr.Connor dan Dr.Gardner menjalankan bronchoscopy. Dr.Gardner sangat baik,dan suka tersenyum. Mungkin sebab itu dia nampak lebih muda daripada umur sebenar. "U want to be anaesthetist,don't u?", itu soalan yang diajukan kepada saya ketika saya mengintai-intai dengan kepala kura-kura untuk melihat nama anaesthesia (ubat pelali) yang digunakan. 'Well,maybe.", saya menjawab sambil tersenyum. Dulu memang sangat beriya mahu menjadi anaesthetist, tapi kini mula berkira-kira. InsyaAllah kalau dikurniakan nikmat masa dan akal yang mantop.

Hari kedua pula menyaksikan pembedahan hernia dan beberapa pembedahan lain yang melibatkan sistem Gastrointestine. Menarik namun ternyata surgery bukan minat saya meskipun sering kagum dengan kecekapan pakar bedah yang mantop belaka. Hari ketiga berkejaran di wad mencari pesakit untuk berjumpa. Hari keempat kembali ke Operation Theatre dan mencari patient untuk dimuatkan ke dalam Case Upload. Ada cerita ngeri tentang case upload tapi biarlah dilupakan,hanya menyakitkan jiwa. Apa pun, RCSI sila perbaiki sistem anda! Hari kelima tamat dengan berjumpa dengan 2 orang pesakit sahaja kemudian berkejar kembali ke rumah untuk menyiapkan case upload,huh!

Sibuk-sibuk begini,saya tersedar sudah makin jarang berbual dengan mak dan abah. Kalau ada pun selang 2,3 hari. Itu pun dalam keadaan tercungap-cungap mengejar bus, atau bercakap kuat melawan kebingitan bunyi enjin bus. Namun, mak setiap kali itu juga menjawab panggilan saya dengan nada yang cukup ceria. Cukup mengubat hati yang kadangkala sedih, penat dan sendiri. "Tak payah call selalu pun xpa, mak tau kakak sibuk sekarang ni. Yang penting kakak sihat",ayat yang seringkali terpacul apabila saya meminta maaf kerana acapkali bertangguh menghubungi mak. Kadang-kadang fikiran saya melayang dalam perjalanan pulang dari hospital ke rumah, membayangkan keadaan saya nanti apabila telah bergelar doktor atau mungkin isteri orang, pandaikah saya membahagikan masa dan kasih sayang seadilnya? Sebelum sempat mendapat jawapan, saya sudah tiba di rumah atau pun tertidur di dalam bus. *sigh* InsyaAllah akan berusaha!

p/s : homesicoccus infection again,maybe? ayuh berusaha untuk rotation next week!

mahu pakai begini dalam OT..
bookmarks: edit post