Assalamualaikum wrt wbt.

Semoga semuanya sihat di bawah lembayung rahmatNya. Kalau kurang sihat, batuk-batuk, selsema, berdoalah kepada Allah dan kunjungi klinik berhampiran anda. Jangan biar lama-lama, takut melarat.

Hampir 2 minggu menjalani rotation di Bons Secours Hospital. Alhamdulillah sudah semakin mendapat momentum untuk bergerak aktif semula. Perasaan rasa-bersalah-kalau-tak-baca-buku-dan-tido-awal semakin kerap dirasai, maksudnya saya sudah kembali ke kehidupan normal sebagai pelajar perubatan. Allahu. Banyak sungguh yang perlu diulangkaji. Ya,ULANGkaji. Bukan tidak pernah jumpa dengan penyakit, nama ubat dan symptoms, namun terasa amnesia seketika tatkala berdepan dengan pesakit yang pelbagai ragam dan cara. Meskipun telah hampir 3 tahun belajar history taking dan physical examination, kadang-kadang masih tersasul melakukan kesalahan atau tertinggal di mana-mana. Definitely not good,leen! Tapi jangan gelabah dan putus asa, masih ada 2 tahun untuk berlatih dan terus berlatih kan? So,chaiyok2! (cubaan mengekalkan sikap optimis)

Sejak ke hospital ni macam-macam kes yang saya jumpa. Myasthenia gravis yang jarang dijumpai pun saya dah jumpa. Memandangkan sebelum ini saya lebih biasa buat history taking dengan pelakon yang pura-pura sakit, terasa kelainan bercakap dengan pesakit yang sebenar yang benar-benar sakit. Sebagai pelajar perubatan, kami diajar untuk tidak mendedahkan maklumat pesakit kepada sesiapa. Malah, nak berbincang sesama sendiri pun kena make sure tiada orang lain yang dengar. Takut menyinggung hati pesakit kalau dia terdengar. In a way, nak kata x elok mengumpat. Urm...

Bila berbual-bual dengan pesakit,bercerita tentang pelbagai kesukaran yang dialami, malah kadangkala berkongsi perasaan dan rasa cemas, saya sering berdoa agar dipermudahkan urusan agar cepat-cepat dapat jadi doktor dan berkhidmat. Biar tercapai impian membantu orang lain yang kesusahan. Namun semakin kerap berjumpa dengan pesakit, saya makin sedar, semua penyakit tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan, hanya dengan kuasa Allah.


Yang menariknya hampir kesemua pesakit akan mengomel tentang doktor, "Doctor rarely listen". Terus saya teringat pesanan mak, "Doktor selalu muka masam je. Cuba la senyum sikit, pesakit tengok pun sejuk hati". Alhamdulillah sehingga kini saya masih mampu tersenyum dan mendegar dengan tekun setiap butir perbualan dengan pesakit. Namun realitinya, saya tidak pasti sama ada mampu bertahan sebegitu setelah benar-benar menjadi doktor yang sibuk kehidupannya. Saya mula faham yang doktor-doktor tersebut bukan tidak berperasaan, namun mungkin sudah kurang rasa sensitivitinya dek kerana sudah terlalu kerap berjumpa pesakit seperti saya yang sudah mula jemu dengan kes hernia. Tapi bagi pesakit, kes mereka adalah unik, meskipun berjuta insan lain mempunyai symptoms dan penyakit yang sama, kesakitan mereka adalah unik, dan mereka minta dilayan sebagai seorang manusia yang sakit. Bagi doktor yang sentiasa sibuk, mereka hanyalah salah seorang daripada pesakit yang memenuhi katil hospital yang perlu dirawat segera. Tidak harus berfikiran demikian kan. Sewajarnya history taking bukan hanya sekadar soalan rutin yang dihafal sejak mula memasuki medic school. Perlu juga bertanya tentang kesihatan iman pesakit, kerisauan mereka dan melayan mereka seperti pesakit yang berperasaan. Mungkin lebih terasa kalau pesakit tersebut saudara-mara terdekat. Semoga Allah berikan ketabahan dan rasa sensitif itu ketika kami bergelar doktor kelak. Ameen ya rabbala'lamin!

Minggu ini adalah minggu terakhir di Bons Secours, saya masih belum berkesempatan melawat Botanical Garden yang hanya sepelaung daripada hospital tersebut. Mungkin akan merindui hospital ini juga. Sentimental.

Ayuh berusaha buat case upload!

Rabbana zidna 'ilma. O Allah,increase us in knowledge.


nota metatarsal : rindu!homesiccoccus.
bookmarks: edit post
0 Responses