Assalamualaikum wrt wbt.
Minggu ini minggu ketiga saya menjalani clinical rotation. Kali ini di Cappagh Orthopedics Hospital di Dublin 11. Lebih jauh? Allah nak bagi lebih banyak peluang melihat keindahan Dublin. (Walaupun kebanyakan masa di dalam bus diisi dengan menilik ilmu tulang yang berselerakan di dalam hippocampus. Rasa macam tak pernah belajar! Allah....)
Saya sudah semakin membiasakan diri bercakap dengan pesakit yang sebenar. Alhamdulillah. Saya pun sudah semakin kerap berborak dengan mak di telefon, mengupdate berita-berita terkini serta kisah adik-adik saya yang semakin membesar (owh, saya rindu mereka.)
Sepanjang minggu di Cappagh, saya mendapat akhbar percuma Metro Herald yang diedarkan setiap pagi oleh petugas yang memakai baju kuning. Owh bukan, ini bukan paper Metro seperti di Malaysia. Ini Metro versi Ireland. Semenjak tercetusnya tsunami dan letupan nuklear di Jepun, maka memang penuh la headline dan beberapa halaman selepas itu dengan update tentang cerita di Jepun. Makanya saya yang ala-ala sibuk pun sedikit sebanyak dapat mengupdatekan diri dengan isu semasa. :)
Pulang ke rumah sambil mengisi perut yang amat mudah berdangdut di kala musim sejuk2 begini, saya bersambil-sambil membaca blog Ustaz Hasrizal. Menggeleng-geleng kepala sambil mengunyah. Tajuk Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri begitu menyentuh jiwa saya. Mungkin perlu ada saudara sendiri yang terlibat dalam tsunami dan letupan tersebut baru mahu timbul rasa simpati dan kasihan kepada mangsa-mangsa tersebut. Our 1st lady pun tak banyak membantu dengan komen ekonominya (boleh rujuk surat khabar dalam blog ustaz).
Tersedak sebentar membaca kisah lori beras terbalik dan orang ramai excited men'curi' beras hingga lupa menyelamatkan kelindan lori yang terperangkap. Tak cukup makanan ruji ke rakyat Malaysia? Saya teringat berita yang saya baca di dalam paper Metro suatu pagi, lebih kurang bercerita tentang keadaan Jepun yang masih terkawal tanpa sebarang keganasan atau cubaan rompakan meskipun semua orang berada dalam keadaan terdesak. Urm, kujumpai Islam itu dalam masyarakat yang bukan Islam sedangkan orang Islam sendiri makin luntur nilai sensitiviti (ye,bukan semua). Aish, macam2 la negaraku ini. Teringat kata-kata seorang makcik, 'yang penting bukan negara Islam, tapi masyarakat yang mengamalkan Islam. Tidak cukup hanya menjadikan Islam sebagai agama rasmi tapi benda lain disekularkan.'
Tidak boleh berterusan begini. Anda dan saya perlu mainkan peranan. Belajar sungguh-sungguh dan balik didik masyarakat ok. Bantu pihak yang memang sudah lama berusaha menegakkan Quran dan sunnah sebagai asas. :) senang bercakap dari buat,tapi harus berazam kan?
Sahabat-sahabat di Jepun, jaga diri ok. Kami mendoakan anda semua selamat dan sejahtera di bawah lindungan Allah.
Ok, mari sambung baca Orthopedics. :)
p/s : walau serapat mana pun kita, jangan lupa berkata terima kasih. tak susah kan? kan dah cantik Islam ajar kita :)