urm..bila biar gambar yang banyak bercakap, nak siapkan satu entry pun dah berjam2. mungkin salah internet yang x begitu laju. tapi dah memang hukum internet, upload gmbr besar2, memang la lambat. kali ni biar banyak tulis. gambar sket je. *membebel seketika melepaskan perasaan*

jom sambung.

HARI 6/7 - 2/3 Feb 2008 (CORDOBA) - tempat yang terakhir ditawan oleh Kristian

Perjalanan kami dari Madrid ke Cordoba hanya dengan menaiki bus. tiket pun murah sket kot dan at least mengurangkan kemungkinan nak kena check in luggage one more time. no2.. cukup la duitku melayang. kang habis cmtu je x beli souvenier pun. *sigh* hari ni perjalanan yang agak memenatkan sebab kami tido di dalam bus. letih Tuhan je yang tau. menyesal jugak la x tempah hostel. xpela. biar penat demi pengalaman. alhamdulillah. kami berjaya melepasi halangan di madrid -pickpocket- teringat pengalaman kami yang tersangat la berhati menjaga barang dan beg masing. bersangka buruk pada semua orang. astaghfirullah... moga Allah ampunkan kami semua. kes kehilangan beg seorang sahabatku ternyata memberi impak yang sangat besar terhadap kami. moga Allah memberikan ketabahan kepada sahabatku itu. untuk kami, sentiasa berhati-hati. extra hati-hati.
Cordoba antara bumi yang amat ingin aku lawati. dengan izin Allah, kami berjaya masuk ke dalam Mezquita Mosque (kini Cathedral) free of charge! hehe.. alhamdulillah! ni la taktik yang kak mar ajar. masuk Mezquita time paderi2 tengah nak masuk 'sembahyang'. selamat la jugak 8euro kami.


di hadapan Mezquita
Allah je yang tau perasaan aku tatkala melangkahkah kaki ke dalam tempat ni. kebetulan pada waktu tu memang orang Kristian tengah sembahyang. haih.. sakit ati tengok dorg bina church betul2 tengah Mezquita tu. perlu ke?? mengikut apa yang Kak Xati cte, UNESCO penah mintak kerajaan Spain hentikan keja2 contrusction church kat dalam Mezquita sebab sedikit sebanyak menjejaskan struktur Mezquita yang sangat2 cantik tu. tapi kerajaan Spain yang x nak.

bergambar kenangan di dalam Mezquita
Masjid ni dibina oleh Abdul Rahman III. untuk penerangan lanjut, klik sini. sebak jugak menahan perasaan semasa berjalan-jalan di sekitar Mezquita ni. x dapat nak diungkapkan. bercampur baur. sememangnya aku kagum dengan architecture Mezquita. subhanallah. x sangka penah wujud zaman dulu arkitek2 yang sehebat ni. dalam masa yang sama, kenapa terlampau berseni masjid ni? bukan ke dulu nabi bina masjid dengan pelepah tamar je? berapa lama masa nak buat masjid ni? tenaga kerja? banyak ke masa diorang? urm... berlegar-legar soalan tu di ruang Mezquita, mencari jawapan..

ketelitian yang mengagumkan dan membuat aku berfikir
urm.. mengikut ape yang kak Xati baca, pembinaan arch Mezquita pun ada sejarahnya sendiri. mengikut kajian yang dijalankan, kalau kita tengok arch Mezquita (macam gambar di bwh), nampak yang arch2 tu seolah2 bergerak menuju suatu destinasi. disamakan, solat kita adalah sebenarnya perjalanan menuju Allah. kita takbiratul ihram, rukuk, sujud mengagungkan pencipta kita-Allah. sejujurnya, kami sendiri x tau sejauh mana kesahihan kajian tersebut. tapi kalau benar apa yang dikaji, urm... jom ambik pengajaran. di sini la konsep lillahita'ala. arkitek Islam pada zaman ini sentiasa cuba mengaitkan ajaran Islam dan konsep ketuhanan dalam rekaan mereka. bagus la. kita pun kena cmtu. ambik pengajaran ye...

look at the arch!
selesai menjelajah Mezquita dan berbincang serba sedikit, kami meneruskan perjalanan melawat2 bandar Cordoba yang cukup tenang. sebuah bandar kecil yang damai. tengah harinya, kami ke Medina Al-Zahra.
aku mungkin x betah nak bercakap tentang sejarah. masih dalam peringkat percubaan nak minat dengan sejarah. basically, Medina Al-Zahra ni adalah tempat pemerintahan pada zaman khalifah Abdul Rahman III. sangat cantik dan arch nya lebih kurang sama macam kat Mezquita. subhanaallah. besar sungguh. boleh sesat kalau jalan-jalan kat sini terutamanya species manusia cam aku yang agak kurang berkebolehan dalam mengingat jalan. yang menariknya, ni baru 10% yang berjaya dijumpai. so, imagine urself how BIG is 100% of Medina Al-Zahra. kekayaan yang terkata. yang sedihnya, tempat ni hanya bertahan x sampai satu abad pun. musnah dalam Perang Dunia dan juga tanah runtuh (Medina Al-Zahra dekat dengan bukit). urm ada jugak kat dalam bangunan tu kesan terbakar. mengikut apa yang dikatakan oleh tourist guide kami, Medina Al-Zahra ni juga penah terbakar. sebab? perebutan kuasa. sejauh mana kesahihnya masih lagi aku cuba sangat2 nak kaji. boleh klik sini utk penerangan lanjut.

akhir skali, Muzium of The Gate kot. (xsure nama). muzium ni tersangat la best. x habis2 kitorg memuji2 muzium ni. ada replika Mezquita (which is rily2 awesome), alhambra yang sgt real!, ada jugak sejarah2 tempat laen. this is a-must-go place la orang kata. memang x rugi langsung byr 3 euro (student fee).

on d way ke muzium yang sangat2 best!

HARI 8/9 - 4/5 Feb 2009 (GRANADA)

akhirnya.. sampai ke tempat ingin sangat aku nak pegi. ALHAMBRA!subhanaallah. besar sangat! rasa macam dah ada kat dalam dunia lain je once menjejakkan kaki kat sini. rasa macam betul wujudnya mesin masa Doraemon.
alhambra-lambang kemegahan?
nama Alhambra ni wujud sebab Alhambra akan kelihatan merah pada waktu malam. (sini) x mampu nak menipu diri sendiri. aku sangat kagum dengan keluasan istana ni. terasa x sanggup nak keluar sebab suasana kat dalam alhambra ni cantik pada setiap sudut. x sampai hati rasa nak tinggalkan tempat secantik ni. apatah lagi sebelum aku sampai ke sini, aku ada membaca serba sedikit tentang alhambra. pembinaan yang sangat teliti dan memakan masa yang sangat lama. setiap sudut diukir dengan teliti. aplikasi konsep matematik sepenuhnya. akhirnya... aku kelu. terdiam kagum.
Alhambra

kanak-kanak riang!subhanallah...
urm..inikah yang dikatakan kelalaian? terngiang2 lagi apa yang aku perolehi time ISK. 'kejatuhan umat Islam kerana mereka terlampau leka dengan hal-hal seni, muzik, keilmuan dan falsafah. mereka mengabaikan sistem ketenteraan. semangat jihad makin luntur. disebabkan itulah, dengan mudah Kristian dapat menawan semula tanah Spain." yups. aku berdiri di hadapan Alhambra hari ini. menyaksikan kembali kegemilangan empayar Abbasiyah suatu masa dulu. jauh di sudut hati, aku mengiyakan pendapat itu. tiada salahnya menghargai seni kerana seni itu indah. tapi apabila apa yang sepatutnya menjadi prioriti diletakkan pada tangga no.2, lihatlah akibatnya pada sejarah umat Islam. sejarah berulang? tepuk dada tanya iman.
Al Baisin (x pasti ejaan)
sebaik sahaja mengetahui akan kewujudan sebuah masjid berdekatan dengan Alhambra iaitu di AlBaisin, kami semua tetiba menjadi sangat excited!. perjalanan selama beberapa hari di Spain membuatkan kami terasa begitu asing. solat hampir di mana-mana saja ruang yang bersih dan lapang. meskipun di halaman apartment. di tengah2 taman. stesen keretapi. berlapikkan pashmina. sayu hati tatkala kami penah x dibenarkan bersolat di suatu kawasan lapang di dalam stesen keretapi. bezanya dengan Malaysia! masjid di mana-mana. tak perlu risau untuk bermusafir. setiap RNR insyaallah pastinya dilengkapi dengan surau. selesa. namun, alhamdulillah. pengalaman ini mengajar aku agar lebih menghargai setiap apa yang aku miliki. we appreciate more when we lost them. true enough. terima kasih Allah akan kemudahan yang kau beri selama ini.
perjalanan dari Granada ke Malaga, ruang fikiranku ligat memutar kembali kisah perjalanan hidupku sepanjang 21 tahun aku dihantar Allah ke bumi. urm... akhirnya aku terlena.

HARI 10/11 - 6/7 Feb 2009 (MALAGA)

Malaga juga sebuah bandar yang damai. perancangan kami untuk ke Gibratar tidak menjadi atas sebab2 yang sangat mengecewakan. haih... tapi xpe la, Allah knows best. akhirnya kami tersadai di Marbella. tempat yang termasuk dalam plan kami pun. tapi alang2 dah sampai, kami pun melawat pantai di Marbella yang... subhanallah! menikmati keindahan laut.

di hadapan University of Malaga. kalau la RCSI camni kan...
alcazar!
sejauh mana kaki menapak, hatiku akan sentiasa tertinggal di Malaysia.

kebanyakan masa kami habiskan dengan berehat di hostel. x larat dah! hehe. mengimbau kembali perjalanan kami. berdoa agar kami akan menjadi manusia yang lebih baik ketika pulang ke Dublin nanti. insyaallah. ukhwah yang bertaut erat. aku belajar untuk lebih banyak bertoleransi. mengutamakan kepentingan orang laen berbanding diri sendiri. sentiasa bergerak dalam jemaah. perancangan adalah tersangat penting!tapi x lupa, Allah adalah penentu terbaek. terima kasih Allah kerana membawa aku mengembara ke bumi Spain ini.
5 Responses
  1. Anonymous Says:

    bape bnyk abiskan g spain?


  2. around 500euro kot..ok la tu.. dgn shopping pashmina lg.hehe.. tingin nak g jepun.


  3. Anonymous Says:

    tmsk tmbg flight ker?pashmina?mende ape tuh?haha...

    bek blk mesia drpd dtg jepun.haha...jepun lg jauh dari mesia =p


  4. Anonymous Says:

    datang leh..dak gopeng dah bertambah dengan pesat..hahaha...
    bez gak tgk gambar2 tu...nak bace panjang sangat..bace ape yg bleh je..huhu....
    sape agi dak yg aku kenal ade berdekatan ngan ko ek?


  5. haha.. wan sitah kat UK. kat ireland ni xde kot.