uhh...
Lama sungguh x update blog ni.. haih.. Konsep istiqamah yang masih samar-samar. urm.. leen2... Sebenarnya x ada benda penting pun yang ingin aku kongsikan. Tetiba tangan terasa ingin menulis. di saat mulut terasa berat nak berbicara. huhu... lambatnya hari ini berlalu. mengenangkan project HBS yang masih belum siap, ok... hari cepat berlalu. kontradiksi monolog dalaman dalam konteks yang berbeza. urm, tinggalkan seketika cerita monolog dalaman yang x abes2.

tadi selepas maghrib, bercerita seketika dengan housemates2 ku yang tetiba ceria laen macam. haih... aku plak yang kemonyokan tanpa sebarang sebab. (well, mungkin ada). urm tajuk hari ni, buku yang anda suka baca. aiyak! toink3...
sedar diri plak dah lama x sentuh buku. buku selain daripada monkhouse dan lippincot la. urm, teringat kembali azam lama nak habiskan buku "Men Are From Mars, Women Are From Venus". haih... masih jauh perjalanan nak habiskan buku tu. insyaallah, akan mula baca balik buku tu. masih berbaki satu lagi buku yang aku target nak habiskan chapter Upper Limb Monkhouse, kemudian insyaallah aku akan mengadap kamu ye buku yang sangat best. =) this time for REAL. hehe...

mengenangkan topik bacaan yang diutarakan tadi, serebrum pantas mengimbau kembali kenangan time form 3 dulu. klaka la ingat kawan2 aku semangat je baca buku novel cinta. Ahadiat Akasyah. Sharifah ape ntah. banyak la. takut kena rampas, siap balut macam hadiah lagi. pass around buku tu then sama2 buat ulasan sendiri. hehe. aku je jadi pihak terkecuali. jelas, novel cinta bukan untuk aku. biar la orang kata baca novel boleh timba pengalaman pun. x terbuka pintu hati nak baca pun. biar la pengalaman tu aku yang corak sendiri. kalau susah2 sangat, kay kan ada. our dr.love. hehe...

zaman muda2 dulu, aku baca buku apa ek.. urm ingat lagi zaman tu suka sangat baca crita budak2 kat asrama. ala yang cerita kembar perempuan tu. sapa ingat? owh.. time tu sangat semangat pinjam kat library sekolah. memang habis la aku baca sampai abes siri tu. semangat. baca jugak Enid Blyton. siri penyiasatan. hehe.macam2...

sekarang ni. zaman dah berubah, dunia dah maju. so, aku pun kena la maju jugak seiring dengan zaman. hehe. xleh la jadi macam zaman dulu2 lagi. bahan bacaan kena la 'up' lagi jugak. parallel dengan umur yang dah 'up'. *tua plak rasa* so, seperti biasa, nak buat resolusi baru. kena habiskan at least satu buku sebulan! kena. kena. kena. penegasan 3 kali ye. insyaallah.

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan; Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah dan Tuhanmu lah yang Maha Mulia"
Al-Alaq : 1-3

nak jadi doktor pun, kena la jadi doktor yang berilmu. bukan takat ilmu anatomy je. x cukup dengan hanya biochemistry. bak kata mak, 'jadi doktor ni susah, bukan nak rawat penyakit yang nampak je, penyakit yang x nampak pun doktor kena ambik tau'. hehe... teringat mak aku yang bengang2 crita pasal doktor gigi yang sangat la suka ati je cabut gigi mak dgn kasar. bengang mak. well, sakit gigi la katakan. 'mungkin doktor tu gaduh ngan suami dia kot'. aku cuba membuat hipotesis. hehe. jarang nampak mak marah. jadi kali ni aku tau la yang doktor tu memang btol2 cari pasal. mak2... rindunya... sempat jugak mak ingatkan aku, 'nanti kalau nak rawat pesakit tu, jangan lupa baca doa atau sekurang-kurangnya bismillah. tenang sikit pesakit tu'. macam2 pesanan mak- penangan geram dgn dentist tu.

mak btol. insyaallah tengah berusaha la ni nak tambahkan ilmu kat dada ni. insyaallah. kena banyakkan membaca. yes! mari kawan2. jom baca!


sehari satu muka, lama2 habis satu buku!

0 Responses