urm... tetiba tangan ni terasa ringan nak menulis setelah sekian lama menghibernatekan diri. tengah menunggu waktu tengah malam untuk call mak tersayang. haih.... lambatnya nak balik Malaysia (dalam pada masa yang sama,cepatnya dah nak exam sem 2!!!) uhuk3....

bagi meraikan tajuk yang aku pilih untuk entry kali ni, memang ada tujuannya aku memilih untuk meluangkan masa menulis kali ini. sebagai ingatan untuk diri sniri yang x penah2 reti nak ingat kot. sebenarnya azam cuti sem 1 aritu -nak abeskan movie marathon wonderful life x berjaya dilaksanakan. aku memang kurang istiqamah sket. haih.. tapi mungkin ada sebabnya jugak kot. urm...
kebetulan, sebelum aku sempat nak menghabiskan marathon movie dengan jayanya, aku ada la pegi satu program ni kat Galway. alhamdulillah... ada sebab Allah pilih aku ke sana. Allah always knows best.

urm...video ni ditayangkan before kitorg bwat LDK. menarik sangat2 la LDK tu. kena berlakon jadi watak syaitan dan watak manusia. memang pandai gle kot budak2 kat situ berlakon termasuk la aku skali kan. klaka pun ada. sakit perut nak pecah usus asyik sangat dok gelak. haih... x kering gusi dan gigi asyik dok gelak. riuh btol... tapi, jauh di dasar hati, aku tau, aku sedang gelakkan diri sendiri. entah kenapa aku paling tersentuh waktu lakonan syaitan tengah memujuk manusia time tengok movie. movie korea. bingo! pelakon2 sangat la berbakat. aku terbayangkan situasi tu di bilik aku. ya Allah selama ni macam tu ke syaitan ni keliling aku. patut la asyik dok melagha je. gelak tu gelak jugak,tapi rasa bodoh tu lebih menguasai diri. bodohnya manusia...


aku rasa geram sangat tengok video tu! mungkin ramai je yang dah penah tengok youtube tu tapi aku x penah tengok lagi la. alhamdulillah aku memang susah kena virus youtube kot. virus laen tu bleh tahan la. adeyh... urm.. nak kata ape ek.. bukannya Allah x pesan dalam Quran.

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."

Ya Allah leen... apa nak jadi ni...masa tu aku rasa sedih sangat. tertipu dengan syaitan. mesti syaitan gelak2 je. baek la aku baca monkhouse ke, buat benda2 yang lebih berfaedah daripada tengok movie. alhamdulillah, Allah sayangkan aku. Selama 21 tahun hidup, Allah pilih Galway sebagai tempat aku sematkan azam dalam diri. SAY NO TO KOREAN MOVIE! sebenarnya bukan aku x sedar aku x dpt pape pun tengok movie korea tu. sedar je diri. tapi xtau kenapa susah sangat nak sekat kemeluapan perasaan nak tengok cite yang banyak orang cakap best gilest! sempat aku tengok sampai episode 6 kot. dalam pada khusyuk2 tengok tu pun aku terasa gak cam buang masa je tengok tapi...tu la kan syaitan yang dedikasi menjalankan tugas. haih...

jadi, dengan ini, aku berazam. xnak buang masa tengok cite korea lagi. tapi logik akal ade je nak je melawan.

"ala relax r, kalo tengok cite korea pun, nanti buat benda melagha laen plak...".
"lorh.. bleh pe blaja sumthin dari movie korea ni. leh la blaja ckp korea/jepun. senang nak g lawat negara orang."

huhu... apa pun alasan yang hati dan otak aku nak bagi, insyaallah aku akan tetap dengan resolusi kali ni! aku lebih kenal diri sendiri. kenapa nak cari alasan untuk buat benda yang salah leen? dah la... xnak kena tipu dengan syaitan lagi. at least bukan dengan melagha tgk cte korea. so remind me if i forget. correct me if i'm wrong ye.

CHAIYOK LEEN!
KOREAN MOVIE!
2 Responses
  1. ya allah, terasa nyer... T_T kena try gak nih.. terima kasih akak ^_^ kenal saya?


  2. kenal.. =) awak kat mana ye skang?