indahnya malam ini. tenang. sambil mendengar alunan lagu Melawan Kesepian, aku menyelak2 lecture notes. haih...moga dipermudahkan urusanku. moga Allah berkati ilmu ni. urm... terus membaca.


tetiba otak aku teringat sesuatu. urm...hari ni Maulidur Rasul. sunyinya suasana. kalau sekarang ni kat Malaysia, mungkin dah sibuk2 buat sambutan Maulidur Rasul. kalau kat KMB(Kolej Mara Banting) plak, mungkin ada perarakan sempena mengingati kelahiran Rasullah s.w.t yang amat kita sayangi. huhu... yang kita sayangi.

huhu. terasa sayu hati membaca khutbah wida' Rasulallah yang kita sayangi. terus aku tukarkan lagu yang aku tengah dengar dengan selawat nabi.

Antara isi/kandungan penting yang dipetik dari khutbah terakhir Rasulullah SAW - disampaikan pada 9 Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'


"cukupkah dengan selawat nabi? xde ke apa2 yang lain untuk sambutan maulidur rasul kali ini selain selawat?" aku mula menyoal diri. bertanya pada akal yang telah lama berhenti menilik nota Molecular Medicine. saban tahun, ini yang akan aku lakukan. alhamdulillah kelompok persekitaranku yang baik selama ini sentiasa menyedarkan aku dari lalai mengingati tarikh kelahiran nabi. alhamdulillah. namun, entah kenapa, tahun ini aku terasa kekosongannya. aku mahu lebih dari sekadar berselawat ke atas nabi, mendoakan Baginda.

dalam keadaan yang hampir nak demam semula, hatiku turut sama terasa sakit. sesak. ini bukan dyspnoea pastinya. haih.. besarnya harapan Rasulallah.. kalau la Baginda ada bersama hari ni.. ya Allah... kecewa. huhu. mungkin baru sekarang aku sedar. tanda kita sayangkan Nabi bukan sekadar selawat. ikutilah sunnah Baginda. jauhi apa yang Baginda larang. yups! kalau itu yang aku buat sebab menyayangi mak dan abah, perasaan sayang ini akan kuterjemahkan dalam makna yang lebih dalam -perbuatan.

sekurang-kurangnya malam ini, aku tak lagi terasa kekosongan yang teramat. bagiku, sambutan kelahiran Nabi cahaya seluruh alam pada tahun ini lebih bermakna. menangis terasa ingin benar bertemu kekasih Allah yang satu ini.


0 Responses