Bismillahirahmanirrahim...
Kembali menulis setelah berehat seketika pada minggu pertama exam Sem 2. Hehe... Minggu depan masih berbaki 2 paper dan satu ujian praktikal anatomy (mungkinkah jodoh bersama Prof. Clive Lee lagi?). Sebenarnya x ada apa pun yang best nak dikongsikan. Sekadar rasa nak menulis. (kak safiah, sila jgn pukul saya)
Berusaha-Doa-Tawakal. 3 elemen yang datang seiring. 3-1=0. 3-2=0. Apatah lagi kalau 3-3. Salah satu exception dalam rumus matematik lakaran manusia. Konsep yang sama pada rukun Islam dan Iman. Minggu lepas adalah minggu ujian untuk saya. Benar-benar satu ujian. Mental dan fizikal. Jasad berperang dengan selsema yang melanda sebelum exam, mental sibuk bersilat dengan nota-nota yang meminta hak untuk diulangkaji.
Usaha yang boleh dikatakan sedaya upaya walaupun mungkin tak mencapai tahap maksima (masih ada ruang masa untuk menulis blog). Tahun depan, azam untuk lebih istiqamah dalam usaha. Semoga Allah memberkati usaha saya dan rakan-rakan.
‘’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah diri mereka sendiri…’’
(Ar-Ra’d ayat 11)
(Ar-Ra’d ayat 11)
Doa... Hanya Dia yang tahu betapa hati yang rapuh ini minta dikurniakan rahmat kasih sayang dan pertolongan. Semoga Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya yang lemah ini dan dipermudahkan segalanya. Amin...
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas."
(Al-A'raf: 55)
(Al-A'raf: 55)
Tawakal? Menyerah diri kepada Allah SWT, redha terhadap ketentuannya, mengikhlaskan niat kita dan memperbaiki sangkaan kita terhadapNya. Menyerah diri kepada Allah-terasa kerdil diri ini nak menghadapi exam. Meskipun di depan mata hanyalah helaian A4 yang boleh didapati di Dunnes, nilainya terasa sangat berbeza. Kerana helaian kertas tersebut bersamaan dengan nilai satu tahun. Subhanallah. Takut. Cuak. Tapi, apa yang tinggal hanyalah diri, kertas, pen, ilmu dan pertolongan Allah. Noktah. Lalu hati jadi tenang dengan keindahan tawakal.
“Apabila kamu telah berazam (bertekad dan berusaha) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)
"KepunyaanNyalah segala rahsia langit dan bumi. Dan kepadaNyalah dikembalikan segala perkara. Oleh karena itu pujalah dia dan bertawakallah kepadaNya. Tuhanmu tidak akan alpa terhadap apa yang kamu kerjakan."
(Hud:123)
(Hud:123)
Mengikhlaskan niat kita. Cukup ke ikhlas saya ni? Masuk exam dengan harapan x nak kena repeat, so x payah balik awal time summer? Daifnya niat. Singkatnya pemikiran. Tanggungjawab sekecil tu je ke? Hanya kepada diri sendiri. Lalu, saya ingin menyeru diri ini dan kawan-kawan, mari kembali renungi peranan kita. Kita mesti lakukan yang terbaik dalam setiap perbuatan kita. Elakkan sifat sambil lewa, ala kadar, cukup makan. Sebab apa? Jawapan mudah.
Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati (Nya)
(Al-Naml : 62)
(Al-Naml : 62)
Boleh juga rujuk Ali Imran : 110. Jom2 kita bersemangat! Kita adalah pemimpin. Kita ada peranan dalam menegakkan kembali agama Islam di muka bumi. Siapa lagi kalau bukan kita? Harapan nak berperang senjata seperti rakyat Palestine, alahai.. Jadi, berjuanglah dengan ilmu yang ada. Berhenti memikirkan tentang diri sendiri. Tanggungjawab kita lebih besar daripada itu. Nikmat akal yang Allah kurniakan patut kita utilize sungguh2. Sesungguhnya, telinga yang paling dekat dengan orang yang memberi pesan adalah pemberi peringatan itu sendiri -saya. So, ingat leen..
Bersangka baik pada Allah. Teringat entri saya beberapa bulan lepas. Bercerita tentang tragedi 'ngeri' tatkala menghadapi exam Sem 1. Bila dikenangkan kembali, terasa benar kasih sayang Allah. Alhamdulillah. Tahun ini, alhamdulillah, masih tidak diuji dengan dugaan sedemikian rupa. Saya berdoa agar tiada lagi peristiwa seumpama itu. Cukuplah sekali sebagai peringatan. Tapi kali ini, banyak perkara yang berlaku yang memerlukan aplikasi konsep bersangka baik terhadap Allah. Setelah berbulan-bulan persediaan menghadapi exam, hati terasa agak kacau bilau (x dapat cari perkataan yang lebih sesuai). Melangkah keluar dari dewan peperiksaan, hati terasa tidak tenang, berharap agar dapat menginjak masa ke belakang. Membetulkan apa yang salah, menyusun kembali jawapan yang adakalanya tidak begitu teratur (x flow bak kata pepatah). Tapi, mana boleh! Lalu hati terasa tidak sihat, memikirkan perkara yang telah berlalu. Come on hati!

Menghitung-hitung soalan yang tidak dapat dijawab dengan baik, dah kira berapa banyak soalan yang Allah permudahkan untukmu? Bersyukur...
Jiwa kusut, risau mengenangkan keputusan, ingat tak betapa selama hidup ini Allah sering membantumu?
Terasa takut mengenangkan pemeriksa yang mana yang akan menanda kertas, lupa ke Allah memegang hati manusia?
Kecewa dengan prestasi yang sepatutnya lebih baik, sudah cukupkah usaha? Dah lengkap amalan untuk meminta-minta lebih dari Allah?

Lalu cik hati, sedarlah diri. Tawakal pada Allah dengan sebenar-benarnya. Allah tidak akan menzalimi hambaNya melainkan hamba itu sendiri yang menzalimi diri sendiri. Teringat pesan mak sebelum saya menjejakkan kaki ke RCSI. "Ingat apa-apa pun yang berlaku, Allah ada. Dia x akan berlaku kejam kerana itu bukan sifatNya."
Kemudian datanglah konsep redha dengan ketentuanNya-baik atau buruk. Bukan redha tanpa usaha, doa dan tawakal. Tu redha tin kosong namanya. Yakin dengan Allah. Kita merancang, Allah juga merancang dan sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Allah knows best! Jadi, let bygone be bygone. Apa yang tinggal hanyalah doa agar Allah melembutkan hati pemeriksa dan menghijabkan kesalahan kita. Amin... Ayuh, teruskan usaha!
Bila Allah cepat memakbulkan doamu, Maka DIA menyayangimu,
Bila Dia lambat memakbulkan doamu, Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak memakbulkan doamu seperti apa yang kamu minta,
Maka Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu, kalau pun bukan di sini, insyaAllah di syurga.
Sentiasalah bersangka baik kepada ALLAH dalam apa jua keadaan pun kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya

bukan sekadar metacarpal & phalangeal bones
"Di antara manusia ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia,' dan tidak ada baginya bagian di akhirat. Dan di antara mereka ada orang yang berdoa, 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari siksa neraka.' Mereka itulah orang-orang yang mendapat bagian dari apa yang mereka usahakan, dan Allah sangat cepat perhitungan-Nya.
(Al-Baqarah: 200-2)
salam mujahadah!
(Al-Baqarah: 200-2)
salam mujahadah!