Alhamdulillah, masa yang dinanti telah tiba! Saat untuk kita berjuang di medan jihad kita, dengan kertas dan pena. Kali ni saya membawakan pasukan emoticon saya khas untuk diri sendiri dan sahabat-sahabat yang sedang dan akan menduduki exam.



Berusaha hingga ke akhirnya.


Jaga makanan dan kesihatan


Tidur yang secukupnya bukan berlebihan. Otak juga perlukan rehat.


Anda rasa sukar dan payah? Kawan-kawan pasti sedia membantu.


Jangan tension-tension. Allah kan ada..


Practice makes perfect! Bg practical exam, berlatih sampai anda haematemesis (muntah darah).


Minta restu daripada kedua ibu bapa. Minta dan beri kemaafan kpd insan di sekeliling anda.


Jika ingin menaiki bus, pastikan anda benar-benar pasti dengan jadual bus.
(atas dasar pengalaman penulis)


Pecutlah hingga sampai kelajuan Ferrari pun di saat akhir ini.


Kamikaze pun boleh...


Usaha dengan sehabis baik ketika menjawab soalan.


Terlupa? Jangan patah hati. Teruskan berselawat dan minta pertolongan Allah.


Apa jua yang anda usahakan, tawakal padaNya.


Khas bagi sahabat-sahabat Dublin, peka dengan cuaca! Bawa payung jika perlu.


Selamat pulang ke Malaysia dengan selamatnya. Jangan melagho lebih-lebih plak ye da abes exam.


Jangan lupa dunia hanya sementara, akhirat jua yang pasti.



Salam mujahadah dari Team Emoticon! All the best!
5 Responses
  1. Hebat sguh pasukan emoticon ko..sempat pulak ko kumpul..

    Salam Mujahadah


  2. wal Says:

    selamat berjuang sahabat..
    i like tke emoticons...
    sungguh menghiburkan hati..

    semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi ketenangan untuk menghadapi exam.. insyaAllah.. ameen...


  3. cYiD Says:

    terime kaseh team emoticon...
    lol...


  4. Pain pong Says:

    Comey sungguh batalion emoticon tu, sape ek ketua batalion yg mengumpul emoticon2 tu? hehe..

    Bittaufiq walhidayah wannajah dil imtihan...


  5. ee : yups.. ak kan ketua batalion emoticon yang berjaya. (naik taraf batalion)

    wal : jazakillah wal! insyaAllah. hehe.. nanti lin bwk pasukan yg laen juga.

    cyid : sama2! (wakil team)

    pain pong : urm saya la ketua dorg yg berdedikasi =) jazakallah. =)